Pesta Buku dan Isu DBP

 

Tiga hari saya di PWTC pada minggu lepas. Pada hari Jumaat saya datang selepas pulang dari Putrajaya. Jadi, alang-alang singgah sebentar di sana. Hari Sabtu dan Ahad pula datang untuk berbincang dengan Tuan Shamsuddin Kadir untuk satu program kewangan bersama LHDN pada hari Isnin hingga Rabu.

Begitulah jadual saya dipenuhkan pada minggu lepas.

Berjumpa penulis-penulis lain di booth PTS. Berjumpa juga beberapa editor yang adakalanya membeduk saya. Termasuk juga Puan Ainon Mohd.

Ainon Mohd

“Saudara, mana buku?” Tanya Puan Ainon yang saya kira meminta saya menyudahkan manuskrip novel yang sudah dibincangkan dengan beliau secepat mungkin.

Pesta bukuGerai PTS ternyata penuh sesak pada hari Sabtu dan Ahad. Ada beberapa rombongan sekolah yang datang. Juga beberapa keluarga bersama anak-anak kecil masing-masing. Jadi saya mengambil keputusan untuk merayau di gerai yang lain terlebih dahulu.

Sempat saya, Firdaus Ariff dan juga Zamri ke gerai Pak Samad. Zamri meminta pandangan Pak Samad tentang pengurusan kewangan bagi penulis baru yang ingin menulis sepenuh masa.

Pak Samad menasihati supaya penulis baru harus mempunyai simpanan wang untuk perbelanjaan diri sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Maksudnya sebelum berhenti kerja untuk menjadi penulis sepenuh masa, sudah mempunyai lebih kurang dalam RM6000 ke atas dalam simpanan.

Tuan Helmy SamadJuga sempat kami bertemu dengan Tuan Helmy, anak kepada A. Samad Said. Mendengar ceritanya tentang perancangan beliau untuk menuntut balik hak cipta karya-karya Pak Samad daripada DBP.

“Kalau mereka(DBP) tidak melepaskan hak cipta tersebut, kami akan buat majlis bertemu media!” Ujar beliau sambil tersenyum.

Beliau juga menceritakan tentang bagaimana Pengarah DBP menjelaskan tentang mengapa DBP tidak mahu melepaskan hak penerbitan karya-karya Pak Samad yang masih di tangan DBP.

“Kata mereka, jika dilepaskan, penulis lain akan menuruti. Saya benar merasakan pembesar-pembesar DBP hanya mementingkan diri mereka. Bukannya mereka mengulang cetak lagi buku-buku Pak Samad sedangkan sebagai penulis, beliau bergantung kepada royalti jualan buku.”

Teringat kenyataan pengarahnya beberapa tahun lepas bahawa buku-buku Pak Samad dan juga Usman Awang tidak laku.

‘Bagaimana mahu laku kalau mereka tidak menjualnya pun.’ Getus saya dalam hati. Memang mendengar kenyataan daripada DBP tersebut membuat saya sedikit sakit hati. Banyak buku-buku penulis lama yang saya cari tetapi sudah tidak diterbitkan.

Itupun masih mahu bersikap sombong tidak menyerahkan hak cipta yang dipegang mereka kepada penulis.

Teringat saya kepada kenyataan Puan Ainon Mohd tentang saranan Pengarah DBP kepada beliau supaya berhenti menerbitkan buku-buku dalam Bahasa Melayu dan mula memasuki dunia penerbitan buku dalam Bahasa Inggeris. Sangat memalukan bagi seorang Pengarah DBP.

 

Apa-apa pun tahniah di atas usaha gigih Tuan Helmy dalam memperjuangkan isu hak cipta karya bapanya. Kalau tidak, memang saya sebagai generasi muda ini tidak dapat membaca karya-karya beliau.

Sempena hari jadi Pak Samad pada Rabu yang lepas, beliau telah melancarkan petisyen yang ditujukan kepada DBP dalam menuntut kembali hak cipta karya beliau.

Diharap kepada semua pembaca StudioMuslim sudi menurunkan signature di website di bawah:

Petisyen Bantahan Kepada DBP 

 

P/s: Foto diambil daripada blog Sdr Firdaus Ariff dan Zamri Mohamad.





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 16% [?]

4 Comments »

  1. avatar comment-top

    asal kau pergi pesta buku tak bagi tau aku?!?!
    nak buat kiriman tidak rasmi
    huhu

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    apsal ko senyum cam tak ikhlas ni? akunye handphone rosak la. so camne? bleh dapatkan tak tulisan hiragana utk wordpress?

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    Cha,
    Ler… Mana la aku tahu kau dah habis exam.(Alasan)

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    Salam Azree, apa khabar?

    -Shueqry-

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment