Memo Buat Aktivis Dakwah

misi

Ada yang marah-marah, ada yang menyokong dan macam-macam lagi respon saya terima daripada komen mahupun sewaktu chatting selepas menulis entri ‘PRK: Siapa Betul’ itu.

Untuk yang menyokong, saya sekadar mahu membetulkan kesilapan jika ada salah faham. Tujuan entri tersebut ditulis bukan untuk mengajak orang memboikot pihak SRC pada tahun ini. Tidak sama sekali.

Tujuannya tidak lebih hanya sebagai bahan bacaan umum supaya semua manusia boleh menilai mana baik dan mana buruk. Dan membetulkan mentaliti para penggerak mahasiswa kita yang selalu berfikir, “Aku baik, mereka jahat. Jadi, setiap perbuatan mereka adalah salah.”

Untuk yang marah-marah, terpulanglah kepada anda untuk menentukan apa yang anda ingin buat. Apa yang saya boleh buat hanya menulis dan menyampaikan sahaja. Dan entri itu sudah diemelkan kepada pihak yang berkaitan.

Ada beberapa perkara ingin saya sentuh kali ini. Entri kali ini saya tulis dengan tujuan semua aktivis mahasiswa merenung kembali motto atau visi yang telah mereka tetapkan dalam gerakan mereka.

2 Memo Buat Para Aktivis Dakwah

Saya tidak mahu sentuh banyak. Hanya dua perkara saja saya sentuh kali ini.

Pertamanya, definisikan tujuan gerakan anda. Tujuan yang hendak dicapai oleh seorang aktivis atau pendakwah harus jelas tergambar di depan matanya, iaitu untuk menegakkan agama Islam.

Jadi, kenal pasti semula semua perkara yang gerakan anda telah tetapkan pada masa lalu dari sudut motto, visi, misi atau apa-apa sahaja. Saya pasti tujuannya adalah untuk menegakkan Islam.

Apabila sudah tetap tujuan untuk menegakkan Islam, kalau tidak menang pilihanraya sekalipun sepatutnya tidak perlulah rasa bimbang, risau dan apa-apa lagi. Apa yang perlu dirisaukan dan difikirkan adalah bagaimana hendak mengajak orang ke arah Islam.

Secara tidak langsung kalau anda betul-betul jelas dengan apa yang ingin anda bawa, saya rasa pasti tidak ada lagi poster atau tulisan-tulisan berbentuk memburuk-burukkan orang lain, dakwa-dakwi dan sebagainya.

Apa salahnya jika duit untuk anda photocopy poster tersebut, anda buat risalah yang mengajak orang beramal atau risalah tentang Islam. Ambil sahaja entri daripada blog Saiful Islam pun boleh. Asalkan disertakan nama alamat www.saifulislam.com pada artikel tersebut.

Saya rasa itu lebih berbaloi kalau betul-betul tujuannya untuk menyampaikan Islam.

Keduanya, tidak merasa diri terlalu sempurna. Seharusnya seorang pemimpin dan pendakwah pada zaman ini masih lagi merasakan dirinya ada kelemahan walaupun sedang berdepan dengan orang yang difikirkannya tidak betul(mat rempit dsb).

Semalam saya sempat membelek-belek buku tulisan Fathi Yakan bertajuk ‘Robohnya Islam di Tangan Da’ie. Dalam bukunya ada menyebut tentang pendirian beliau yang tidak bersetuju dengan bilangan jemaah yang terlalu banyak.

Tetapi, ada tetapinya. Beliau merasakan memang ada baiknya pertumbuhan bilangan jemaah yang banyak cuma beliau merasakan apa yang diharapkannya tidak berlaku.

Apa yang beliau tidak bersetuju, antaranya kerana terjadi sifat saling mencemuh satu sama lain, berlakunya seperti apa yang saya katakan, “Jemaah aku yang betul, maka jemaah dia salah.” Atau “Jemaah aku betul-betul mengikut apa yang digagaskan oleh Ikhwanul Muslimin tetapi jemaah mereka itu entah apa-apa saja.”

Maksudnya di sini, kalau perkara seperti di atas ini tidak berlaku maka bilangan jemaah yang ingin membawa nama Islam bertambah pasti akan dapat mengindahkan lagi suasana Islam.

Saya ingin bertanya kepada anda, kalaulah kita mahu menetapkan hanya satu jemaah sahaja yang wujud, mahukah jemaah andalah yang terpaksa dilenyapkan?

Kerana apa yang pasti kalau hanya ingin satu jemaah sahaja yang wujud, maka jemaah lain perlulah dihapuskan terlebih dahulu. Anda mahu?

Teringat saya kenangan sewaktu sekolah dulu, pernah saya dimarah teruk oleh seorang senior hanya kerana bercakap sesuatu perkara di dalam surau. “Enta ni suka sangat bercakap perkara lagho!”

Semasa itu saya bukanlah bercakap perkara yang bukan-bukan sangat pun. Cuma beberapa hari lepas saya bertembung dengannya yang sedang berjalan berdua-duaan dengan perempuan. Hurm…..

Kes ini bukan kes yang pertama, malah ramai lagi. Kerana itulah saya katakan semua orang tidaklah sempurna. Kalau hendak marah orang sekalipun, bukan dengan cara mengherdik. Berdakwahlah sehalus mungkin seperti Nabi Muhammad.

Kesimpulan

Seorang pendakwah atau pemimpin sekalipun perlulah meneliti dua perkara asas yang saya tulis di atas. Janganlah seseorang itu merasa dirinya terlalu perfect sampai menidakkan pendapat orang lain.

Dan janganlah merasa diri itu terlalu baik dengan hanya memakai kopiah, jubah dan sebagainya manakala orang yang memakai seluar jeans atau berambut panjang itu orang jahat.

Pengalaman saya sendiri semasa dalam program bersama mat rempit melihat bahawa pendapat mereka juga berguna dan ada manfaatnya. Ada waktu dan ketikanya kita bukanlah sehebat yang kita sangka. Dan bukanlah sangat baik berbanding orang yang kita kategori sebagai remaja bermasalah.

Percayalah, diri anda bukanlah orang yang sempurna. Samalah seperti saya dan juga orang lain. Setiap orang ada kelemahannya.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 10% [?]

5 Comments »

  1. avatar comment-top

    Salam…menyentuh bab jemaah spt yg saudara terangkan menarik perhatian saya…justeru sy mempunyai pendapat bhw seruan utk menyatukan jemaah yg ada di muka bumi ini bolehlah dikatakn hampir mustahil berlaku.namu,apa yg selalu dikumndangkan aktivis gerakan Islam tanah air(spt PAS) tidak lebih dr menyyelaraskan gerakan moga2 tidak berlaku apa yg disebut taadud jamaah(berbilang2 jemaah) dr sudut@perspektif tanaqud@tadhod(bertentangan atau saling berlawanan).yg nyata(realitinya berlaku) kegagalan pr aktivis memahami fiqhud jamaah menjadi asbab berlaku saling bertentangan antara jemaah2 yg wujud.sbg cth saya bawakan di msia adalah “stand”@ mauqif jemaah2 yg wujud dlm sesuatu isu yg menunjukkan berlakunya pertentangan antara satu sama lain.cthny isu menanggapi Islam Hadhari..mauqif jemaah PAS adalah menolaknya atas alasan ianya satu agenda melambat2kan proses tatbiq(pelaksanaan) syariah di bumi Msia..namun adalah malang bilamana wujud jemaah2 lain yg bukan sahaja menyokong Islam Hadhari bahkan mengkritik pendekatan Hadharah Islamiah yg dibawa PAS.justeru hal ini menunjukkan wujudnya pertentangan di kalangan jemaah2 kaum Muslimin yg sememangnya kita berhasrat dan berkeinginan agar ia dijauhi.moga2 saya dan saudara dpt memahami bhw seruan kearah satu jemaah(iaitu Jemaah Islam) tidak lah lebih dr satu seruan ke arah usaha penyelarasan kefahaman dan gerak kerja dan bukannya semata2 kesatuan dr sudut nama dan label.wallahua’lam.

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Mmg prlu ada krjasama atr stiap jmaah2 ni. Brulah dpat b’jalan lancar. Kita perlukan kualiti yang betul2 baik.

    dan di stu prlunya kerjasama dan bkannya saling b’musuhan. Siap jmaah ada cara msing2.

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    Salam

    Saya pernah berbicara dengan seorang teman Indonesia di sini. Dia pelik apabila saya kata di Malaysia ada banyak jemaah.

    “Gimana ya Malaysia ikhwan bisa ada banyak jemaah? Di Indonesia ada satu aja. Begitu juga di tempat-tempat lain,” tanya beliau.

    “Saya juga pusing memikirkan, gimana bisa Indonesia cuma ada satu jemaah? Pelik buanget!,” balas saya.

    Kemudian kami berdua ketawa, serentak.

    Pernah sekali saya terdengar kata-kata hikmah, “Semakin banyak persamaan kita, semakin banyak perselisihan terjadi”.
    Apabila seseorang yang bukan muslim datang menziarahi kita, kita sambut dengan ramah, konon-kononnya di atas nama toleransi agama. Namun, apabila seorang akh dari jemaah lain datang kepada kita, kita sambut dengan acuh tak acuh dan mulut masam mencuka, walhal akh itu sepatutnya lebih dekat hubungannya dengan kita kerana kita sama-sama muslim. Di manakah perginya semangat toleransi tadi?

    Maka dengan ini, saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat lain, menghidupkan semua roh “Islam ya’lu wala yu’la alaih”, Islam itu tinggi dan tiada yg lebih tinggi darinya. Hidupkan semangat islam, dakwah kepada islam, bukannya dakwah kepada mana-mana jemaah atau kelompok. Hidupkan semangat berlapang dada, semangat husnu dzon, semangat rendah diri, dan ikhlas.

    Semoga Allah menguatkan kita agar boleh terus bekerja di dalam jalan ini dan semoga satu hari nanti kita semua boleh berpegang pada satu tali yang agung, Tali Allah; Islam.

    wallahua’lam.

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    salam.. just wanna make a few comments on what Akh Muhammad b Ab Razak

    Quote:cthny isu menanggapi Islam Hadhari..mauqif jemaah PAS adalah menolaknya atas alasan ianya satu agenda melambat2kan proses tatbiq(pelaksanaan) syariah di bumi Msia..namun adalah malang bilamana wujud jemaah2 lain yg bukan sahaja menyokong Islam Hadhari bahkan mengkritik pendekatan Hadharah Islamiah yg dibawa PAS.: end Quote.

    Walaupun saya tidak pernah sign mana-mana borang B (anda faham2 sendiri apakah maksud B ini) dengan Pas, namun saya menghormati mereka atas perjuangan mereka menegakkan Islam di Malaysia. Namun, dari tulisan saudara di atas, seolah-olah menyatakan jemaah-jemaah lain redha dengan Islam Hadhari dan menolak Islam yang sebenarnya. Diharap saudara boleh memberi bukti yang kukuh menunjukkan jemaah islam lain menyokong islam hadhari dan pada masa yang sama membangkang islam pas.

    Ingin saya tanyakan, sudah berapa kali saudara mengundi di pilihanraya Malaysia? Saya boleh jamin, 90% ahli gerakan islam yang bukan ahli pas (anda di Malaysia lebih arif dengan nama-nama gerakan ini) akan memangkah PAS ketika pilihanraya, bahkan hingga menjadi calon utk PAS (anda boleh tanya barisan kepimpinan tertinggi pas sendiri). Jadi, ketika menghadapi tujuan dan matlamat yang sama (ketika pilihanraya misalnya), semua jemaah di malaysia di belakang tabir bersatu utk membantu PAS. Maka dengan ini janganlah menuduh tanpa usul periksa seolah-olah jemaah-jemaah lain tidak menyokong Islam sekiranya dia tidak bersama anda.

    Janganlah jadi seperti George W. Bush yang mengatakan, “If you are not with me, you are against me.” Itu adalah satu sikap yang menyedihkan apatah lagi jika didokong oleh seorang aktivis dakwah.

    wallahu’lam

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    Mungkin saudara boleh baca artikel ini yg dipetik dr laman rasmi sebuah gerakan Islam di Msia ebrkenaan dgn permintaan saudara terhadap saya agar mengemukakan bukti bahawa terdapat jemaah lain yg redha dgn Islam hadhari.

    http://www.abim.org.my/minda_madani/modules/news/article.php?storyid=139

    sekian…

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment