1429: Matlamat Perlu Ditulis!

 

vision

“Kamu ke yang sorokkan buku Geetha?” Jari telunjuk guru tersebut tepat mengarah ke muka saya.

Sebetulnya saya dituduh menyorokkan buku tulis Geetha, rakan sekelas saya. Pada waktu itu, guru tersebut meminta semua pelajar menyerahkan kerja rumah masing-masing.

Dan saya yang memang terkenal dengan sikap malas buat kerja rumah tersebut dituduh menyorokkan buku Geetha. Sedangkan pada ketika itu, sayalah yang menemukan buku tulis Geetha.

Saya terus dituduh supaya mengaku. Semua mata memandang tepat ke arah saya. Dan akhirnya saya yang pada ketika itu hanya berumur 10 tahun menangis. Siapa yang sanggup dirinya dituduh?

Terus guru tersebut cuba memujuk tetapi masih lagi dengan nada menyindir berkata kepada saya, ”Kalau betul bukan kamu yang sembunyikan buku tulis Geetha, saya cabar kamu dapat nombor 1 dalam kelas!”

Matlamat umpama visi yang harus dicapai segera

Sesiapa yang sekelas dengan saya memang akan mengatakan cabaran itu sesuatu yang tidak logik kerana sebelum itu saya mendapat nombor dua dari belakang dalam kelas untuk peperiksaan pertengahan tahun. Sedangkan Geetha pula mendapat nombor satu.

Petang itu terus saya pulang ke rumah dan menulis sesuatu di atas kertas.

‘Aku akan kalahkan Geetha dalam peperiksaan akhir tahun!’

Dan kertas tersebut dibiarkan sahaja di atas meja tulis saya. Hendak kata saya berubah menjadi pelajar yang rajin selepas itu, tidak pula. Saya masih lagi terus tidak buat kerja rumah. Tetapi penumpuan saya terhadap pelajaran dalam kelas lebih fokus berbanding sebelumnya.

Hasilnya, saya mendapat nombor tiga dalam kelas. Sedikit lagi untuk mengalahkan Geetha. Tapi, emak dan abah saya pun terkejut.

Akan tetapi, masuk sahaja tingkatan empat, perbuatan suka menulis matlamat sendiri dan menampal di dinding sudah saya anggap sebagai amalan budak-budak.

“Ala, budak kecik saja buat.”

Cuma beberapa ketika ini saya menyedarinya pentingnya menulis matlamat. Saya cuba membandingkannya dengan ketika saya hanya berangan-angan ingin buat itu ini tetapi tidak menyenaraikannya, apa lagi untuk menulisnya. Dan kebanyakannya tidak dapat dicapai.

Cara Nabi Muhammad memotivasi para sahabat

Nabi Muhammad pernah berkata, “Constantinople itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin (penawanan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawan)nya”

Kita fikirkan ketika itu sejauh mana kekuatan umat Islam. Dan bandingkan pula dengan kekuatan Constantinople. Jauh sekali, sampai mungkin orang beranggapan yang kata-kata Nabi Muhammad itu satu perkara yang mustahil.

Tetapi kata-kata itu yang menjadi perangsang kepada para sahabat. Lantas mereka bekerja keras, berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tersebut walau sesudah Nabi Muhammad wafat.

Dan sudah tentunya setiap kata-kata Nabi Muhammad ditulis atau diingati oleh para sahabat yang kuat ingatannya itu.

Tulislah, pasti kita akan terangsang untuk melakukannya!

Azam 1429

Jadi, untuk tahun baru ini saya ingin mencuba kembali ‘teknik budak-budak’ ini semula. Pasang matlamat dan tulis di atas kertas. Kemudian baca setiap hari. Dengan itu perancangan dan idea untuk merealisasikannya akan muncul sendiri.

Inilah azam saya pada tahun ini:

  1. Mempunyai beberapa buah website lagi.(Ini gila website namanya)
  2. Mempunyai passive income dari internet paling kurang RM1000.(Sesiapa yang ingin tahu tentang passive income boleh menyertai bengkel Cashflow 101)
  3. Menyiapkan manuskrip buku yang tak siap-siap lagi.
  4. Mengalahkan Khairuddin dalam pencapaian akademik.

P/s: Ada beberapa matlamat lain lagi yang ingin saya capai dalam tahun 2008. Tetapi masih dalam proses kira-kira. :D





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 13% [?]

8 Comments »

  1. avatar comment-top

    Selamat berjuang dalam wacana penamu.Semoga kalam pesanmu dapat menjadi ibrah dan pengajaran buat insan yang diberi akal untuk berfikir….berfikir….dan terus berfikir untuk mendekatkan diri kepada Dia.InsyaAllah.

    Sangat tertarik dengan matlamat yang keempat.InsyaAllah,semangatnya dalam belajar sering menjadi pembakar semangat buat sahabat-sahabat di sekelilingnya.Salam dari perantauan buat sahabat-sahabat yang di kasihi kerana Allah.
    Salam perjuangan.

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar
    hamba Allah Says:
    January 10th, 2008 at 6:02 pm
    comment-top

    Saya pernah mengamalkan teknik sebegitu. Yang paling saya ingat, saya tulis matlamat pencapaian kat penanda buku. Melihatkan keadaan pada masa itu, memang matlamat itu agak sukar dicapai, tapi alhamdulillah tercapai juga. Now, whenever the going gets tough, i would look at that bookmark and said to myself, nothing is impossible. Tapi doa dan usaha main peranan juga. Semoga tercapai matlamat saudara untuk tahun ni.

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    Salam.. Insya allah tahun baru ini kuatkan azam dengan mutu dan perancangan yang lebih mantap. Saya teringat kata Saidina Ali Bin Talib r.a yang menyebut bahawa

    “Bacalah buku(kitab) untuk dirimu,tulislah ilmu itu (ikatkan) untuk semua orang”.

    Akhir kata, majulah sukan untuk negara. he2..

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    gud luck bro!!matlamat ko nombor 2 tuh sama ngan aku..hehehe…

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    …matlamat bukan saja perlu ditulis tapi
    1. share
    2. doa muga tercapai
    3. buat yang penting dulu
    4. ada jangkamasa tertentu…sekira menpunyai ciri2 tersebut…proceed

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    “The power of visualization” banyak memainkan peranan dalam perkembangan Islam pada zaman Rasulullah SAW. Stephen Covey menyebut tentang perkara ini sebagai Begin With the End In the Mind.

    Rasulullah sendiri banyak menggunakan kekuatan “visualization” dalam perjuangan. Sehinggakan mimpi baginda juga adalah tentang perjuangan. Hal ini tergambar dalam banyak hadis antaranya pada hari-hari sebelum hijrah, Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya aku telah bermimpi melihat negeri hijrah itu, letaknya dalam kebun tamar di antara dua kawasan berbatu hitam”

    Sebelum peristiwa Fathu Makkah juga Rasulullah pernah bermimpi bahawa baginda nampak seolah-olah baginda sedang bertawaf. Rasulullah juga awal-awal pernah mem”visualize” bahawa Islam akan berjaya menakluk Rom dan Parsi walaupun logiknya pada ketika itu, tiada satu kerajaan pun yang bisa menumpaskan Rom dan Parsi.

    Inilah kekuatan “visualization”, the end in the mind atau secara mudah dalam bahasa Melayu, VISI. Tindakan seseorang itu akan bertumpu untuk mencapai visi sekiranya dia nampak secara jelas visi tersebut.

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    alhamduliillah

    belum terlewat rasanya nak ucap salam maal hijrah. didoakan agar dapat capai semua azam untuk tahun ni. yang penting perlu jidiyyah!

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    azree,
    as rasa kan, matlamat tuh kena tambah satu lagi ah..
    kasihanilah hasbu..haha
    :D

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment