
Masuk bulan November nanti sudah hampir 5 bulan saya menulis untuk blog studiomuslim. Mulanya dahulu hanya menggunakan perkhidmatan wordpress.com pada bulan Mei. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunakan domain sendiri, studiomuslim.com.
Ada yang bertanya-tanya kenapa saya menggunakan perkataan ’studio’ dan ‘muslim’ untuk nama weblog saya ini. Lama juga saya tidak menjawab soalan tersebut. Jadi, pada entri kali inilah saya akan cuba menceritakan asal-usul StudioMuslim ini.
Mulanya di sini
Semuanya bermula semasa saya dan kawan-kawan saya berbincang tentang perjalanan program motivasi di Sekolah Rendah Al-Amin, Kuala Lumpur. Husaini selaku ketua meminta kami mencadangkan beberapa nama yang sesuai untuk menjadi program tersebut. Hal ini kerana sudah beberapa kali kami dipanggil untuk melaksanakan program motivasi di sekolah tersebut.
Jadi, dia rasakan perlunya ada satu benchmark pada nama setiap program yang dilaksanakan. Selepas beberapa lama masa berlalu dan nama demi nama ditolak, akhirnya seorang pelajar jurusan architecture mencadangkan supaya setiap program dimulakan dengan perkataan ’studio’.
Rasional yang diberikan untuk menggunakan nama tersebut ialah kerana studio bagi pelajar jurusannya adalah tempat untuk belajar, tempat untuk menimba ilmu. Jadi, memang padanlah dengan apa-apa jua program motivasi yang memang di dalamnya terdapat orang yang belajar.
Dan pada ketika itulah, saya mula tertarik pada perkataan tersebut. ‘Studio’ bukan sahaja bilik untuk pelukis, pengukir atau studio untuk rakaman tetapi maksudnya juga adalah tempat untuk belajar. Itulah yang ingin saya terapkan dalam setiap tulisan saya di StudioMuslim ini.
Setiap yang saya lalui dan saya rasa ia sesuatu yang bermakna untuk dijadikan pengajaran, akan saya cuba tulisnya di sini. Kalaupun anda tidak belajar daripada entri saya ini, mungkin orang lain akan belajar dan yang pasti saya tetap belajar daripadanya. Dan atas sebab itulah diwujudkan StudioMuslim ini.
Sejarah penulisan blog saya
Sebenarnya saya sudah mula menulis di blog sejak tahun 2005 lagi dengan menggunakan perkhidmatan blogspot – www.nuraninafa.blogspot.com. Banyak yang saya pelajari daripada pengalaman selama lebih 2 tahun itu.
Daripada mulanya hanyalah blog yang tiada seorang pun masuk, apatah lagi untuk membaca. Dan saya pun ketika dulu hanyalah update blog tersebut bila rasa ingin menulis atau ingin copy & paste artikel di blog. Itupun selalu juga 2 bulan tanpa apa-apa entri.
Ada juga satu hari saya diberitahu artikel di blog yang saya jarang update itu telah disebar-sebarkan. Pada ketika itulah saya fikir saya perlu menulis sendiri setiap artikel dalam blog saya. Tiada apa yang perlu dimalukan jika itu adalah pendapat kita sendiri ataupun jika itulah yang kita ingin kongsikan dengan orang lain.
Kalaulah ada yang rasakan apa yang kita tulis itu perlu diubah atau tidak betul, dari situlah kita dapat belajar sesuatu. Tetapi bukanlah bermaksud untuk menerima terus apa sahaja yang orang lain kata. Cuma belajar berfikir dan belajar menapis setiap yang kita terima. Dan dari situ jugalah kita akan dapat belajar sesuatu.
Ini juga bukanlah bermaksud kita boleh menulis apa sahaja secara suka hati. Setiap yang kita tulis itu kita perlu bertanggungjawab. Bukan sekadar bertanggungjawab di dunia sahaja malah di akhirat juga. Itulah yang perlu kita ingat setiap kali ingin menulis.
Kalau rasa diri mampu bertanggungjawab, maka tulislah. Kepada yang selalu bertanya kepada saya bagaimana ingin menulis dengan baik di blog, saya rasa inilah jawapan paling sesuai untuk soalan tersebut. Kalau kita belum mula menulis, memanglah tiada orang baca.
P/s: Sewaktu menulis entri ini, pagerank StudioMuslim sudah melonjak naik kepada 3 daripada 0.
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Popularity: 8% [?]
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
October 29th, 2007 at 1:41 pm
“Yang paling mengerikan ialah kehilangan keberanian meneruskan kehidupan..”
teruskan!
mula-mula, i’m nobody.. lonely
kemudian baru jadi somebody.
tulislah.. walau tidak jadi perhatian orang ramai, ia akan jadi bahan sejarah. tapi awak dah jadi perhatian!
menulis tidak semudah menterjemahkannya ke dalam realitas kehidupan.
[Reply]
October 30th, 2007 at 4:16 pm
assalamualaikum warahmatullah…
tertarik bagaimana perkataan ’studio’ di pilih. sememangnya kehidupan kami golongan ‘alam bina’ atau ‘art science’ hampir sepenuhnya di studio. Sewaktu belajar dulu, sememangnya semua kerja2 dilakukan di studio, belajar, melukis, study group, berdiskusi, tempat melontarkan idea dan kritikan yang membina pastinya, malah melayari internet juga di studio. Dan ada yang makan dan tidur di sana (yang kebanyakannya lelaki). Dan sememangnya studio serasa saya suatu kawasan multi-function dalam mendapatkan ilmu. Semoga studiomuslim.com terus berfungsi sebagai ’studio’ multi-function dan effektif bagi dakwah-dakwah agama, sepertimana peranan ’studio kami’
[Reply]
November 17th, 2007 at 6:35 am
Jika kita pandai menyanyi, dendangkanlah hiburan berbentuk nasihat bagi yang alpa…
Jika kita pandai menulis, hasilkanlah karya ilmiah pencetus kesedaran serta penggerak minda…
Jika kita pandai berkata-kata, tuturkanlah kalimah-kalimah pemangkin semangat cintakan agama, bangsa dan negara…
Pendek kata, jangan jadi seperti unta…
Memiliki bonggol yang besar, kaki yang kental, bulu yang tebal, tetapi akhirnya terkurung di Zoo Negara…
[Reply]
April 11th, 2008 at 2:05 pm
Never heard of it before, but after reading this can say with assurance, that it’s a point of great interest and fun for me
[Reply]
December 15th, 2008 at 6:39 pm
Just Look Here For a Sec, ImpressiveHello!
[Reply]