Ini adalah entri yang penuh dengan persoalan saya terhadap nasyid. Entri seterusnya, jika saya telah dapat erti nasyid yang sebenar, akan dikemukakan pula cadangan-cadangan supaya industri nasyid kita berkembang luas.
Betulkan saya sekiranya tersalah. Saya cuma mahukan kepastian apa itu lagu nasyid dan apa yang menyebabkan sesuatu lagu itu dipanggil sebagai lagu nasyid. Malah juga siapa itu penasyid dan apa kriteria untuk jadi seorang penasyid.
Saya teringat dahulu semasa di sekolah menengah, Ketua Pelajar merampas kaset-kaset non nasyid. Mereka kata, “Apa ini dengar lagu-lagu lagha!”
Mahu sahaja saya tanya mereka apa yang mereka faham tentang nasyid.
Kalau mereka kata lagu nasyid ini adalah lagu yang membawa mesej ketuhanan, pada masa itu yang kerap dipasang di surau asrama adalah lagu-lagu nasyid yang berunsur cinta. Lirik yang mesejnya lebih kuat kepada cinta sesama pasangan. Oh, dan mungkin ada satu dua baris yang menyuruh mengingat Tuhan.
Satu dua baris daripada lebih kurang sepuluh ke atas baris yang ditambah untuk menampakkan keislamikan. Jikalau begitu, sama sahajalah dengan lagu daripada band non nasyid.
Teringat salah satu rangkap dalam lagu Trauma oleh kumpulan Elite:
Selemah ku lemah
Daku berserah
Trauma yang ku rasakan
Hanya pada Mu Tuhan
Yang memahami
Pedih di hati
Itu pandangan saya ketika itu – ketika umur baru 16 tahun.
Sekarang masih lagi ada yang berkata kepada saya, “Azree, bulan puasa ini kurangkanlah dengar lagu-lagu lagha.”
“Habis itu nak dengar lagu apa? Nasyid? Kalau terleka dengan nasyid, boleh jadi lagha juga,” balas saya.
Apa Itu Nasyid
Mengikut Wikipedia, nasyid secara traditionalnya dinyanyikan secara acapella dan dimainkan dengan sebuah daf(alat muzik). Kemudian, nasyid berkembang apabila muncul kumpulan-kumpulan yang menggunakan bermacam instrument muzik dan mengkategorikan diri mereka sebagai penasyid.
Daripada hanya sebuah genre sahaja, kini nasyid berkembang dan naik satu tahap. Nasyid kini sudah mempunyai beberapa genre di bawahnya seperti Nasyid Pop, Nasyid Balada, Nasyid Pop Rock, Nasyid Hip Hop, Nasyid Rap dan bermacam lagi. (Hoho. Ini memang saya reka sendiri)
Mungkin boleh lawan AIM(Anugerah Industri Muzik), nasyid pula boleh buat AIN(Anugerah Industri Nasyid).
Siapa Itu Penasyid
Cuma yang merunsingkan saya bagaimana seseorang atau sesuatu kumpulan itu kita kategorikan sebagai penasyid. Kita sedia maklum, kalau mahu jadi artis mestilah suaranya sedap. Begitu juga dengan penasyid. Jadi apakah kriteria yang patut ada pada diri seorang penasyid?
Adakah ia dipilih berdasarkan rupa paras? Atau mungkin pakaian yang dipakai ketika membuat persembahan? Atau memakai kopiah/serban pada cover album? Atau dari universiti atau sekolah mana? Atau mungkin seorang yang boleh memberi ceramah di masjid-masjid atau surau-surau? Atau tidak berjalan berdua-duaan dengan bukan muhrim?
Atau cukupkah sekadar mempunyai satu dua single atau album yang bernaung di bawah nama nasyid?
Saya tidak mahu imej nasyid menjadi rosak disebabkan ada kes seperti penasyid berdua-duaan dengan bukan muhrim atau penasyid daripada kumpulan ‘Matematik’(bukan nama sebenar) rampas kekasih orang atau kumpulan nasyid berpecah belah.
Perkara ini saya tidak pasti cuma bagi saya kita perlu ada satu senarai ciri-ciri yang melayakkan diri seseorang itu sebagai seorang artis nasyid.
Apa Beza Nasyid dengan Non Nasyid
Ini adalah persoalan yang lagi kerap bermain di minda. Ini kerana ada satu perspektif di kalangan beberapa golongan ‘orang agama’ yang mengatakan selain dari nasyid adalah lagu lagha. Salahkah kereta seseorang memainkan siaran Hotfm dan bukannya IKIMfm. Lalu dikatakan, “Tidak islamiklah” atau “Cukup-cukuplah lagu lagha.”
Seperti yang saya tulis pada awal entri ini, agak susah bagi saya untuk membezakan antara lagu nasyid dan lagu non nasyid. Sekiranya dikatakan dari segi lagu atau rentaknya, saya kira tidak berbeza dengan lagu non nasyid.
Kalau dulu kita memahami lagu nasyid adalah lagu yang memuji Tuhan. Tapi sekarang ia berkembang dan membawa mesej kasih sayang terhadap alam, terhadap sesama manusia, terhadap sesama pasangan bukan muhrim dan terhadap peperangan.
Bila lagu sebegitu diterima sebagai lagu nasyid, maka definisi lama nasyid iaitu lagu bersifat ketuhanan perlu dinilai semula.
Edry Faizal(ahli kumpulan 5forty2) memberi cadangan di facebook saya, “Mungkin kita perlu menyenaraikan apakah ‘concept of nasyeedness‘. Sekiranya sebuah kerusi mempunyai concept of chairness yang mana kita boleh bersetuju sesuatu objek itu kerusi, selain darinya bukan kerusi. Maka apakah pula concept of nasyid itu sehingga kita boleh mengatakan ini nasyid dan itu bukan.”
Apa Yang Kita Inginkan
Saya teringat ada salah seorang ahli kumpulan Hijjaz berkata apabila ditanya kenapa mengeluarkan kumpulan nasyid baru dengan lagu bertema cinta, “Kita mahu tarik golongan lain yang masih belum dengar lagu nasyid untuk turut meminati nasyid.”
Tetapi apa yang saya lihat lain. Beberapa rakan apabila ditanya pendapat mereka tentang nasyid, rata-ratanya mengatakan, “Nasyid sekarang dah lain, tiada beza dengan lagu bukan nasyid.”
Setiap apa yang kita inginkan, ia memerlukan satu badan yang bertanggungjawab untuk menilai dan memastikan kualiti nasyid dan penasyidnya.
Azree Hanifiah
14 Oktober 2009
Baytul Fareed












Setuju sgt…
Kita lebih banyak dengar nasyid2 underground (nahwan nur, the zikr) dan lagu ketuhanan dari luar negara (opick, ungu, shoutul harakah, izis, yusuf islam, dawud, zain bikha, etc). rasa lagi sakit hati dengar nasyid yg “kurang unsur ketuhanan”.
Siti Nurhaliza pun dah ada album “nasyid” sekarang
Beliau bertudung di cover albumnya yang terbaru…
Tuan Afyan,
Siti Nurhaliza pun artis nasyid sekarang. Malah lagi bagus lagunya.
Ini juga sekadar pandangan, betul juga, mungkin irama nasyid sudah berbeza dengan kemasukan beberapa rentak dan mainan alat-alat muzik yang saya kira tidak jauh bezanya dengan non-nasyid.
Jadi terkeliru “inikah nasyid” kadangkala. Tapi bagi saya yang paling penting adalah mesej yang ingin dibawa dalam lagu tersebut. Saya agak terkesima dengan muzik dari band Ungu dengan lagu andai ku tahu. Bukan nasyid, tapi non-nasyid. menarik saya kira. Ambil masa dengar-dengarkan.
teringat zaman muda2 dulu melayan nasyid jiwang. Mungkin kena ada kategori2 nasyid seperti Nasyid Jiwang, Nasyid Ketuhanan etc.
wallahualam
salam,
satu cadangan yang menarik tu.
tapi jiwang2 kira nasyid jugak kah?
bukankah nasyid membawa kepada keinsafan?
salam saya, lagi nasyid adalah lagu yang dapat menyentuh hati kita dan mendekatkan diri pada Allah. entah la. pada saya., saya lebih suka dengar lagu nasyeed inngeris. walaupun rentaknya hip hop, tapi kalu faham liriknya, ia memang menyentah perasaan.
saya selalu saya mendengar malah dapat hafal lirik better than lagu nasyeed melayu..
antara kumpulan2 nasyied inggeris yg best: outlandish, native deen, ILM,
kalu x caya cuba dengar lagunya….memng soulful and meaningful..hehehe
p/s: by d way, the new layout lebih baik la dari yg sebelum, sebab sy baca n komen…heheheh
salam azree @ jawa.
entry yang bagus ni.
sebenarnya kalau nak diikutkan, aku dah tak ikut nasyid ni sejak2 raihan macam tak seaktif dulu2..dorang macam senyap je sekarang ni..aku tau apa itu nasyid dari muzik raihan tu sendiri..
kumpulan nasyid yang baru muncul sekarang ni dah ada macam2 imej dan bentuk muzik dorang..tapi takde satu pon yang berjaya tadi aku untuk minat dorang macam aku minat raihan..
sekarang ni aku more into pure selawat and zikir dari album nowseeheart “Selawat 10 Hajat”..selawat zikir dorang lagi menenangkan jiwa compare to dengar lagu jiwang2 kumpulan nasyid yang baru..
sekian, itu komen dari aku..
Yup. Ramai juga yang berhenti meminati nasyid dan hanya mengenali Raihan selepas zaman kemuakan nasyid dengan lirik-lirik cinta.
em setju sgt,memeng nasyeed sekarang dah tercemar.kena pandai memilih. lagu2 pun agak melaghakan.cinta islamilah entah ape ape lagilah.mane ada itu semua dalam islam……….figure2 nasyeed sekarang pun tak menunjukkan teladan yg baik (sesetengah),bila tiba konsert nasyeed,pe yg berlaku ats pentas lebih kurang same je dgn penayynyi biasa cume yg membezakan lagu2 yg dibawa ada unsur ketuhanan,macam mane msj islam nak sampai jka ada yg hak&batil tercampur……..
nasyeed sekarng dah sangat tercemar….
ghazul fikri…..
bagaimana agaknya generasi akan datang jika ini tidak dibendung….
Bukannya tercemar cuma tiada sebarai piawai yang menetapkan yang mana satu lagu nasyid yang mana satu tidak.
Sekarang ini asalkan lagu tersebut dinyanyikan oleh penyanyi nasyid sahaja, baru dikatakan lagu ini adalah lagu nasyid.
entry yang bagus…..tahniah !
sejak2 akhir2 ini ,kita dapat lihat industri nasyid tanah air semakin dibanjiri dengan kumpulan2 nasyid baru. bagi menghadapi persaingan dalam industri nasyid tanah air, kumpulan2 ini perlu membawa sesuatu yang baru untuk menarik minat pendengar. Raihan merupakan antara kumpulan nasyid terawal. kita dapat lihat lagu2 yang dibawakan lebih terpelihara dari segi liriknya berbanding lagu2 dari kumpulan nasyid yang baru.
hari ini, industru nasyid tanah air dibanjiri dengan lagu2 nasyid yang lebih menjurus ke arah cinta antara lelaki & wanita. bukankah lagu nasyid sepatutnya membuatkan kita mengingati Allah SWT serta dapat mendekatkan diri kita denganNya? sekadar pandangan dari saya. jika ada yang kurang bersetuju, harap dapat kemukakan pandangan anda. wasalam.
salam alaikum.
em, memang tajuk ni dah acapkali dibincangkan. memang kadang2 ada sebaris dua mengingatkan pada Tuhan..tapi kadang ada yang tak ada langsung, kosong tak bermesej!
‘Akademi X’ yang dibuat untuk nasyid pun lagunya macam entah apa, ayah saya meluat menonton mereka yang kononnya ‘munsyid’ ini ‘bersembang’ dengan lagu rap yang mereka rasa sedap, dan padahal tidak!
p.s. tentang siti nurhaliza, oh ya setuju, lagunya sekarang lagi bagus.
Bagi saya nasyid adalah lagu yang mengingatkan kita kepada Allah. Kalau lagu ‘lagha’ adalah lagu yang menjauhkan diri dari Allah.
Wallahuallam
salam.dude, teruskan menulis 2nd artikel ko yang aku bace selepas review tentang papadom.aku seronok membaca.
Salam. Pada patik, nasyid ialah lagu-lagu seperti lagu-lagu raihan. Rentak yang simple tetapi sedap, lirik yang ketuhanan semata-mata.
Tidak patut timbul isu menerbitkan lagu-lagu dengan lirik cinta dengan niat mahu memikat pendengar baru. Itu serupa sahaja dengan konsep kapitalis dan konsumerisme. Jika rentak diubah menjadi rentak yang komersial masih boleh bditerima tetapi mesej/lirik seharusnya bersifat ketuhanan dan dakwah.
memetik kata-kata seorang sahabat saya: “Apa diorang nih nak berdakwah ker atau nak jual album?”
ps: Raihan mampu berdakwah + menjual album! Pasaran peminat lagu-lagu ketuhanan ini besar sebenarnya. tetapi teknik marketingnya seharusnya unik khusus untuk peminat lagu nasyid sahaja.
pps: Saya peminat lagu rock (trash metal/nu-age/brit-rock/jap-rock). Kita boleh jumpa banyak lagu-lagu dengan lirik ketuhanan dan kasih sayang universal dalam lagu-lagu mereka.
Satu artikel yang bagus dan bernas…
Ana bersetuju dengan cadangan perlu ada badan yang menjaga kualiti nasyid dan penasyid… Juga perlu ada satu muzakarah dan diskusi melibatkan penggiat-penggiat nasyid dan ulama’-ulama’ bagi menentukan bagaimana seharusnya rupa sesebuah nasyid itu…
Untuk makluman semua, ana ingin tegaskan di sini Inteam adalah penentang keras lagu nasyid berunsur cinta… Mungkin ramai yang meletakkan kesalahan itu dibahu inteam dan kumpulan seumapamanya sedangkan mereka tidak sedar, kumpulan-kumpulan ini kekadang hanya terpaksa mengikut arahan konsep yang ditentukan syarikatnya…
Kerana semuanya terikat dengan kontrak… akhirnya inteam sendiri pernah di banned oleh universiti tempat kami belajar sendiri… Kami sentiasa cuba memanfaatkan lagu cinta yang telah kami rakam dengan membuat ulasan setiap kali selepas menyanyikan lagu tersebut, bahawa Islam melarang pasangan-pasangan bercinta sebelum kahwin mahupun selepas bertunang…. Itu sahaja setakat yang kami mampu lakukan waktu itu….
Sejak inteam bergerak sendiri, kami telah menerbitkan album Tiada Lagi Kasih bagi memperjelaskan bahawa kami tidak lagi membawa konsep cinta sesama manusia, kerana sekarang kami telah bebas menentukan sendiri konsep kami… Kempen akhbar berlangsung beberapa bulan bagi kami memaklumkan kepada semua bahawa kami tidak menyokong apa yang dikatakan sebagai nasyid cinta…
Kami juga cuba menjadi contoh kepada adik-adik supaya mengelakkan nasyid berunsur cinta sesama manusia… Kerapkali kami nyatakan, jika ada yang mahu membuat nasyid sedemikian, pastikan liriknya telah ditapis dan diluluskan oleh orang yang arif dan alim ilmu agamanya…
Kami kerap diminta menyanyikan semula lagu-lagu Kasih-kekasih, impian kasih dan seumpamanya tetapi kami menolak dengan baik dengan alasan kami tiada minus 1. Hakikatnya kami tidak mahu menyanyikan lagu tersebut lagi…
Hanya lagu Nur kasih yang masih kami nyanyikan kerana liriknya adalah adaptasi dari doa Al-quran dan bukan luahan hati insan kepada insan yang dicintainya, tetapi luahan hati seorang insan kepada Tuhannya agar mengurniakan jalan kemudahan kepada jodohnya.
Ana tidak nafikan ada baik dan buruknya lagu ini, tetapi ana nampak lebih banyak buruknya…
Ana mohon di sini, jangan terlalu cepat melabelkan seseorang sebagai mempergunakan agama, atau bertopeng Islamik dan seumpamanya sedangkan yang berkata itu mungkin tak pernah bersua muka pun dengan yang dikatanya, dan tak tahu hujung pangkal ceritanya… Kita semua sesama Muslim, kita haruslah tegur menegur sesama kita dengan hikmah bukan dengan mengutuk dan memfitnah…
Harap antum jelas dengan pendirian Inteam.
Wallahu a’lam..
pertamanya.. sebelum menyentuh lebih dalam perbincangan ini.. mari kita definisikan perkataan “nasyid” itu sendiri..
nasyid berasal dari bahasa arab yang membawa maksud senandung..
apakah itu senandung? senandung ni kalau nak didefiniskan dari segi bahasa yang mudah ialah kata2 yang dialunkan secara berirama..
setelah jelas definisi nasyid.. mari kita pergi kepada konteks lagu2 nasyid..
lagu2 nasyid… merupakan himpunan kata2 yang dicantumkan @ sebuah jalan cerita yang digambarkan dengan keindahan bahasa agar menjadi bait2 lirik lagu yang boleh difahami oleh yang mendengar.. lagu2 nasyid merupakan salah satu kaedah dalam berdakwah.. dakwah itu tidak terbatas kepada memberi ceramah2 agama semata2.. dakwah itu tidak terbatas dalam menegur sesuatu kesalahan dan menunjukkan sesuatu kebaikan… tetapi dakwah itu luas konsepnya…
dalam nasyid… untuk berdakwah…
lirik lagu nasyid lebih tersusun, jelas dan tidak mengelirukan..
jika lirik lagu nasyid memetik hadis, maka hadis tersebut perlulah hadis sohih..
jika memetik ayat al-quran mestilah ayatnya jelas dan tidak disalahtafsirkan..
jika liriknya menyentuh sejarah2 Islam, hukum Islam dan sebagainya yang berkaitan dengan Islam.. maka perlu dirujuk kepada orang2 yang arif berkenaan perihal yang cuba dimasukkan ke dalam lirik nasyid tersebut…
jika persoalan kenapa lebih banyak lagu2 cinta insani.. cuba kaji dan fahami lirik2 lagu tersebut.. fahami apa yang cuba disampaikan.. sebagai contoh Damba Kasih dari InTeam dan Amani dari Amar.. jika kita hanya mendengar kita akan menganggap kedua2 lagu itu lagu cinta insani yang tidak berbeza dengan lagu2 cinta tangkap leleh..
sedangkan lagu Damba Kasih menceritakan tentang seorang hamba yang mendamba kasih Tuhan Yang Esa… berbeza pula dengan lagu Amani, yang menceritakan bagaimana percintaan itu boleh dilakukan tanpa berjumpa… tidakkah semurninya lirik itu cuba disampaikan?.. berbeza dengan lagu Elita yang berjudul Trauma…walaupun mesejnya yang baik.. tetapi bagaimana pula penyanyinya? mendedahkan aurat untuk yang bukan muhrimnya?
seleasi berkenaan lirik nasyid.. kita beralih kepada muziknya..
di Malaysia ataupun tetangga kita, Indonesia.. muzik yang diketengahkan untuk lagu2 nasyid tidak mengandungi elemen2 muzik yang terlalu keras seperti lagu rock… ataupun terlalu moden seperti techno ataupun remix.. atau juga hip-hop..
tetapi di luar negara.. lagu2 nasyid mempunyai pelbagai elemen muzik.. kerana mereka sedar, berdakwah itu bukan kepada satu2 golongan sahaja.. tetapi dakwah itu perlu disampaikan kepada semua golongan.. jika muzik nasyid hanya tertumpu pada elemen2 tertentu, ianya akan membataskan golongan yang mendengar…
selesai perkara lirik dan muzik.. kita beralih kepada penyanyi/pencipta lagu mahupun penulis lirik..
sesiapa sahaja boleh menjadi penyanyi, pencipta lagu mahupun penulis lirik.. cuma yang penting, jika kita ingin dikenali sebagai penggiat nasyid.. maka ianya perlu diiringkan dengan kemahuan diri untuk menjadi diri lebih baik… contohnya opick dari indonesia dan akhil hay dari malaysia.. mereka berdua asalnya dari “dunia” yang berbeza… tetapi keinginan diri untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik.. dan seterusnya melibatkan diri sebagai penggiat nasyid… sama lah juga jika kita hendak bandingkan Dato CT dan Elite dan yang lain2.. membawa mesej ketuhanan dan cuba berdakwah.. tetapi di mana aurat mereka? .. itu baru persoalan kecil yang selayaknya difikirkan kita bersama..
itu saja yang ingin disampaikan.. jika ada sebarang kesilapan, tegurlah saya..
untuk info lanjut berkenaan nasyid.. sila ke..
http://bncbogor.multiply.com/reviews/item/1
http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=2335
http://www.nasyeed.com/v8/index.php?option=com_content&task=view&id=459&Itemid=1
http://kupretist.multiply.com/journal/item/59/Nasyid_Bukan_Jenis_Atau_Aliran_Musik_Lantas_Apa
assalamualaikum…
sy ex samer 05-09, saya nak tny macam mana nak follow blog ni ye.?????