• Reviu: Papadom

    10

    papadomKalau filem itu filem Melayu, memang saya tidak akan menontonnya di panggung. Malah dahulu saya pergi ke panggung hanya untuk menonton filem yang mempunyai efek CGI yang bagus. Jadi, filem Jin Notti memang tidak termasuk dalam senarai filem yang saya akan tonton di panggung (malah mungkin tidak akan ditonton langsung seperti filem Cicakman).

    Tetapi Papadom adalah satu-satunya filem yang saya tonton dua kali di panggung wayang untuk tahun ini. Read more

  • Snippet: Kain Pelikat Saya Berdiri

    5

    kainpelikat berdiriMusim ini sejadah-sejadah berpakat berdiri ramai-ramai. Mungkin bulan akan datang, saya akan minta kain pelikat di rumah saya itu panggil geng-gengnya yang lain berdiri juga. Boleh kain pelikat saya itu jadi terkenal sekejap.

    Perkara-perkara seperti ini bukan baru berlaku atau bukan baru-baru ini diheboh-hebohkan. Dari saya sekolah dahulu lagi. Siap dijadikan bahan atau modal oleh penceramah dan motivator. Read more

  • Mutiara Kata: Hj Aznan Othman

    0

    aznanothman“Ramai orang kata, ‘Nabi Muhammad bolehlah bertasbih banyak-banyak, tapi kita ini manusia biasa’ . Sebenarnya kita ini terlampau banyak masa lapang. Contohnya, apa kata masa yang lapang semasa kita memandu kereta itu kita gunakan untuk bertasbih.”

    -Hj Aznan b. Othman-
    Senior Manager Operations
    Passenger Services
    Malaysian Airports Sdn Bhd

  • Tugas Kamu Hanya 5 Sahaja?

    10

    menembakKisah yang menarik ini telah diceritakan oleh seorang pakcik kepada saya. Ia merupakan sebuah analogi terhadap apa yang kita lakukan hari-hari.

    Di sebuah kawasan peranginan, tinggal sepasang suami isteri yang kaya. Rumah mereka besar merangkumi taman dan kebun. Dalam kebun tersebut pula terdapat kolam. Read more

  • Ada Apa Dengan Nasyid

    18

    kashfy

    Ini adalah entri yang penuh dengan persoalan saya terhadap nasyid. Entri seterusnya, jika saya telah dapat erti nasyid yang sebenar, akan dikemukakan pula cadangan-cadangan supaya industri nasyid kita berkembang luas. Read more

  • Bengkel Bisnes Internet – UNiSEL

    0

    Bertempat di UNiSEL Bestari Jaya pada 10 dan 11 Oktober 2009.

  • Komen Pilihan: Skim Wang Pos

    1

    bisnesinternet

    Saya tertarik untuk berkongsi satu komen panjang daripada seorang pengunjung blog ini. Komen ini diambil dari entri berkenaan Skim Wang Pos. Boleh klik di sini.

    Saya belajar satu perkara, kadang-kadang apa yang kita tulis belum tentu dapat memuaskan hati semua orang. Read more

  • Snippet: Berguru Dengan Orang Yang Tepat

    1

    tengokmercun

    Sejak akhir-akhir ini entri-entri lama saya mula dikomen semula. Terutama tiga entri berkenaan Skim Wang Pos yang saya tulis pada awal tahun 2008. Entri-entri tersebut ditulis kerana saya diajak oleh beberapa orang rakan rapat di universiti dahulu untuk menyertai Skim Wang Pos.

    1. Piramid Wang Pos: Apa Pendapat Anda?
    2. Update Version: Skim Piramid Wang Pos
    3. Piramid Wang Pos: Jawapan Kepada Persoalan Tanpanama

    Read more

  • Snippet: Prioriti Kita Berbeza

    15

    sahabatBila suatu ketika kau menatap bintang di langit malam, lihat juga bintang di sisinya. Bintang itu adalah kau dan bintang di sisinya adalah aku. Kita semestinya tidak pernah bersendirian di muka bumi ini. Biar pengalaman memisahkan kita, kau akan sentiasa melihat bintang yang sama.

    Ada masanya kita berjauhan dan kemudian kita dekat semula. Ada masanya kita berduka dan kemudian kita sama bergembira. Ada masanya kita bertengkar dan kemudian kita berdamai. Read more

  • Snippet: Berdakwah Melalui Facebook

    38

    “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi beliau.” (Riwayat al-Bukhari)

    Apa yang dapat diambil daripada hadis di atas adalah boleh berurusan dengan orang Yahudi, boleh berhutang dengan orang Yahudi dengan cara cagaran, dan boleh mengguna pakai produk Yahudi. Hukum berurusan dengan orang Yahudi pada asasnya adalah halal.

    Timbul persoalan di sini berkaitan isu boikot. Adakah semua syarikat yang dimiliki oleh orang Yahudi perlu kita boikot walaupun mereka tidak menyokong sebarang bentuk keganasan? Read more

Page 2 of 14«12345»10...Last »