Naruto Vs Samarinda

“Azree, Naruto tu sunat tak?” soal Amir, adik kecil saya yang baru berumur 7 tahun.
Dia kelihatan resah apabila saya mengusiknya yang dia kena sunat cepat-cepat. Tetapi yang menjadi persoalannya kenapa dia tanya Naruto sudah bersunat atau belum.
Memang betul-betul terpengaruh. Tetapi secara amnya bukan dia seorang sahaja kanak-kanak yang meminati Naruto, malah terlalu ramai. Sampaikan berlaku lambakan jualan manga Naruto di mana-mana kedai runcit mamak.
Dan sejujurnya, saya pun merupakan salah seorang peminat Naruto dan manga-manga Jepun yang lain.
Rasanya bukan saya seorang pelajar universiti yang meminati dan membaca manga-manga dari Jepun, malah agak ramai juga. Kalau di UIAM itu, saya tidak perlu bersusah-payah download manga-manga tersebut di internet. Hanya perlu menunggu sahaja kawan-kawan bilik download dan ajak baca.
Seorang minat Bleach, seorang lagi minat Naruto dan seorang lagi minat One Piece. Dan kalau saya mahu baca manga-manga lain, boleh sahaja ke bilik-bilik berdekatan dan copy daripada mereka.
‘Manga menyerang pelajar IPT’. Mungkin boleh saya katakan begini.
Begitu ramai yang meminati manga-manga dari Jepun ini pasti ada sesuatu faktor yang menarik minat.
Kesan psikologi daripada ‘Naruto’
Apa yang saya kira menjadi sumber tarikan dalam cerita ‘Naruto’ adalah perwatakan watak Heronya iaitu Naruto. Wataknya dibina dengan memiliki sifat-sifat sebilangan besar remaja dan kanak-kanak. Watak biasa-biasa.
Ada yang pernah kena buli, ada yang iri hati pada kehebatan orang lain, ada yang rasa diri tersisih dan macam-macam lagi yang kadang-kadang membuatkan kita berfikir, ‘aku bukanlah hebat sangat kalau nak dibandingkan dengan si dia’.
Dari sudut itu, manga Jepun menyuntik jarum halus dengan mereka watak-watak hero manga Jepun sama seperti mempunyai sifat yang sama dengan kita. Ada yang merasa diri tersisih, ada yang kena buli dan ada yang cemburu dengan kehebatan orang lain. Ketidaksempurnaan inilah yang menjadikan watak-watak dalam cerita itu kelihatan realistik. Seakan wujud dalam diri pembacanya.
Orang kata kalau mahu menulis novel, jangan jadikan watak heronya serba sempurna. Nanti tak melekat pada hati pembacanya. Mungkin ada sesetengah daripada mereka berkata, “Ah! Mana ada manusia sempurna macam ini.”
Tetapi kalau sekadar menjadikan watak hero itu tidak sempurna sampai habis penamat cerita pun tidak menarik juga. Oleh kerana itu, ada penambahan ciri penting pada setiap watak hero iaitu tidak mudah putus asa dan ada impian yang tinggi.

Lihat sahaja pada Naruto, daripada awal sewaktu dia masih terkedek-kedek dalam Akademi Ninja lagi dia sudah bercita-cita mahu jadi Hokage. Begitu juga halnya dengan sifat semula jadi manusia, ada impian untuk menjadi hebat atau sekurang-kurangnya tidaklah dihina orang.
Bila saya fikir kembali, sebenarnya watak-watak hero dalam manga ini bukanlah seorang yang berani. Ada juga sifat penakut dalam diri mereka. Cuma apabila mereka inginkan sesuatu, tidak kira apa jua halangan mereka berani untuk menghadapinya. Mungkin ini yang menjadi ikutan adik saya. Cuma dia masih belum ingin bersunat. Nanti saya cucuk-cucuk dia.
Naruto juga amat menghargai hubungan sesama makhluk dan mementingkan nilai persahabatan dan setiakawan. Ini boleh dilihat selepas Sasuke yang merupakan comrade(teman sepasukan) Naruto pergi mengikut Orochimaru, Naruto tetap berusaha mencari Sasuke untuk menyelamatkannya.
“Dia adalah kawan saya!” Ayat yang selalu keluar daripada mulut Naruto.
Nilai persahabatan dan setiakawan ini juga yang turut dirasai pembaca sendiri. Kita tidak boleh hidup seorang diri dalam dunia ini. Perlu ada orang yang turut membantu dan saling melengkapi. Andaikan kalau ada rakan yang tidak menghargai persahabatan, sudah tentu kita sedikit meradang. Betul tak?
Ha, kan sama macam Naruto.
Manga Jepun Vs Drama Bersiri Melayu
Tentu ramai yang berfikir-fikir mengapa saya hendak samakan manga yang berada dalam kategori komik dengan drama-drama TV. Tentu tidak adil bukan?
“Manga bolehlah nak tulis cerita itu ini, tapi yang ini drama tv. Cerita mahu bagi yang betul-betul.”
Sebenarnya sudah banyak manga yang telah didramakan. Sebagai contoh GTO(Great Teacher Onizuka), Teipan Shoujo(Kisah tukang masak Teipan), Tantei Gakuen Q(Detektif Q) dan sebagainya. Hal ini kerana mereka memikirkan nilai-nilai moral yang ada dalam satu-satu manga itu memang sesuai untuk dijadikan drama.
Jadi, tiada soal tidak adil rasanya jika saya membandingkannya dengan drama-drama bersiri Melayu. Tetapi saya bukanlah memperkatakan semua drama bersiri Melayu, cuma ‘beberapa sahaja’. Tetapi dihabiskan duit ribu-ribu untuk mempromosikannya sampai remaja-remaja tergila-gila menontonnya.
Apa bezanya?
Kalau kita lihat kebanyakan drama-drama bersiri Melayu, watak-wataknya tentulah seorang yang kaya, tampan menawan, ‘bergaya’(asyik-asyik shooting kat tempat shopping), mak datin, dan yang sama waktu dengannya. Ada yang mahu tiru cerita desperate housewives tetapi dibuatnya seperti desperate datin-datin.
Asal boleh mahu segalanya kaya-raya. Mungkin mereka fikir itu yang menjadi tarikan kepada remaja-remaja.

Memang tidak dinafikan pengarah turut menyelitkan nilai-nilai moral. Tetapi seperti sekadar menyelitkan-nyelit sahaja. Kadang terdetik juga saya hendak menonton drama Melayu, tetapi bila buka sahaja balik-balik cerita seperti itu.
“Bagus apa drama Y tu. Ada unsur perniagaan gitu.”
Iyalah, bila wataknya dibina sebagai orang kaya mestilah pengarah meletakkan penyebabnya seperti mempunyai syarikat-syarikat besar dan sebagainya. Tetapi apa yang saya lihat, tidak nampak pun nilai-nilai atau contoh-contoh ‘orang di syarikat besar’ bekerja. Kadang-kadang mahu juga saya tahu. Manalah tahu boleh contohi cara kerja mereka.
Inilah yang membezakannya dengan manga atau drama-drama dari Jepun. Kalau mereka buat filem tentang seorang yang pilot, memang ditunjukkan bagaimana seseorang pilot itu bekerja. Termasuklah dengan suasana kerjanya. Kalau mereka buat filem tentang tukang masak, memang tiadalah nak meleret sampai pergi tempat shopping sembilan sepuluh kali macam dalam drama kita.
Mengikut kajian, apa yang kita baca dan tengok, itulah yang menjadi ikutan kita. Jadi, pilih yang mana satu anda suka? Manga atau Samarinda?
P/s: Entri ini ditulis untuk memberi alasan kenapa saya suka baca manga. =)
.
Azree Hanifiah,
24 November 2007,
UIAM.
Kesan anime tidak mengenal jantina dan peringkat umur.
Setuju sangat..aku dah muak dengan banyak produksi kat malaysia yang dah macam ‘glenyar’ je rase. nak tiru meniru pon ade. sekarang ni plak dengan cnthnya crite ‘kami’ tu, aku melihat ‘barat’ yang tebal dalam budaya cerita malaysia.
balik cuti bebaru ni aku terlekat dengan siri dari indonesia tu. yg pasal bencana tak abis-abis bertimpa. walaupun simple dan banyak ulangan espressi muka, tapi keaslian dan keunikan kebudayaan serumpun aku dapat rasa.
kawan serumah aku ada senarai peribadi 50 drama jepun terbaik. aku sependapat dengan dia lebih dari separuh. they got ‘something’, don’t they?
hidup bleach~!!!
Hehehe.. saya juga punya sebab yang sama untuk kurang menonton drama Melayu.
tambahan: initial D juga di”moviekan” …huhuhu, menambah plak tetamu nih..
tapi yg pasti, aku dah naik muak dengan citer2 melayu. mmg muak { ade ler sikit2 cite yg aku minat sikit, tapi x banyak }. anyway, long live anime !!!
{ penjajahan bentuk baru oleh jepun terhadap dunia, penjepunan }
setuju sangat! apa yang selalu aku simpulkan tentang drama melayu vs drama jepun:
“Drama melayu adalah KISAH CINTA yang BERLATARBELAKANGKAN perniagaan, medik(cinta medik) dan seumpamanya(kabi zero kabi hero lain aa
).. manakala drama jepun pula adalah kisah pilot, guru(GTO), tukang masak, pemain besbol dan seumpamanya yang DIKUATKAN dengan semangat setiakawan, pasangan kekasih, ibu dan anak dan seumpamanya”
Sdr aku,
Setuju… setuju… Drama Jepun fokusnya adalah pada pilot, guru, tukang masak, pemain bola, dan sebagainya. Cuma cinta itu diselitkan sahaja. Selit-selit begitu.
Tetapi drama Melayu fokusnya adalah pada cinta. Medik, bola futsal, bisnes itu hanya diselit-selit sahaja. Selit-selit begitu.
ya,betul tu.saya sokng seratus pratus.drama melayu motifnya pasal cinta je……..boring betul ,dah plak2 seksi2 je pelakonnya.menyampah!
siip tuch…..
wow azree..hebat post ni. I totally agree with you (bias mungkin sebagai seorang peminat manga dan drama Jepun).
Tidak dinafikan..sesetengah produksi TV Malaysia (dan tidak tahu mengapa it’s always drama2 yg dpt top ranking) mmg memaparkan golongan first class…kaya, menawan,bergaya,shopping and at some point..(forgive my harsh words) seperti kurang berfikir.
Orang boleh kata yang saya sgt bias dgn drama/anime Jepun tp it’s not like that in japanese dramas. Banyak moral2 yg kite boleh pelajari jika nak dibandingkan dengan drama2 Melayu. Take One Litre of Tears and compare it with Manjalara.
Mungkin kite patut fokus untuk produce dramas with more moral values rather than membawa rakyat Malaysia bermimpi dan berangan2 untuk menjadi kaya dan materialistik…my 5 cents worth of thoughts
Tapi serious..I like this article.Kite cuba ambil yang baik dari anime2 yang kite tengok kan?
Nur ‘Aqilah Mohd Hodori
Leicester,UK
aku sokong 200%..
drama melayu mmg bosan..ckit2 pasal datok..mak datin..xde modal lain ke nk buat cite..pas2 suare plak mcm katun(9 september).hehee
sekarang ni plak musim cite indon..semua stesen tv pkat tayang cite indon.
dah la tahyul..tp ramai plak org percaya..smpai tayang 2 kali..
sbb tu aku suke layan anime..naruto paling aku mnat..eye shield 21..bleach..
satu lg tertinggal..
drama korea pn best jgk..
mcm my girl,snow queen..full house..sassy girl..autumn in my heart..
contoh cite snow quenn,cite die mmg best..
kalau tengok betul2 dan hayati cite tu..bleh mngalir air mata..hehehe
Saya setuju sangat2″Kalau mereka buat filem tentang seorang yang pilot, memang ditunjukkan bagaimana seseorang pilot itu bekerja. Termasuklah dengan suasana kerjanya. Kalau mereka buat filem tentang tukang masak, memang tiadalah nak meleret sampai pergi tempat shopping sembilan sepuluh kali macam dalam drama kita.”
Diorg mmg bersungguh2.
Drama kita contohnya slot samarinda yg kononnya ingn menonjolkn kisah ahli korporat tp yg byknya melalut psl kisah percintaan “org korporat”.
apa habaq azree ku sayang?hehe
Fikirkan Boleh!
Salam Azree,bila baytulfareed nak pasang interner? =)
Satu artikel yang baik. Pengarah-pengarah melayu dan animator tempatan patut baca artikel ni. Cuba panjangkan artikel ini ke akhbar-akhbar untuk tatapan warga umum.
P/S: Aku kadang-kadang, ada juga bercita-cita nak jadi seorang pengarah filem. Hehehe.. Berangan je..
Sy rse, drama bsiri “Jelatang” sarat dgn nilai2 moral dan motivasi… a rare gem…
salam…
aku baru je joint baca blog ni..byk knowledge yg bleh aku dpt dlm ni..isu2 dlm ni mmg menarik..tp aku nak ketengahkan pendpt aku (sory kalau jauh dr topik ni)..
aku minat gak kartun2 ni mcm det. conan, sinchan & tak lupe made in malaysia mcm kluangman, anak2 sidek dll..
drama2 dlm slot samarinda pun aku layan gak (semenjak drama keluaran dr rosyam nor)..bukan sbb aku minat dier,tp byk realiti dlm kehidupn kite..tp semenjak2 ni, aku dpti byk sgt drama pd aku ‘over’ tnpa sebarang tapisan..
drama melayu byk meniru drama indonesia..dlm byk2 watak, yg paling menyerlah watak2 jahat..klau jahat, xde baik langsung..mcm dlm drama jelatang, xtau ape yg sarat dgn moral sdgkan dlm drama tersebut kite bleh tgok camne ade hubungan terlarang..sape plak yg menonton drama tu?1 family tgok..kalau anak@adik kita tanye psl hubungan terlarang pd kita,ape jwpn ptt kita ckp?drama2 tersebut bersiri, kalau kite/anak/adik2 kite miss episod yg tunjukkan moral & tgok yg episod yg xbermoral (mmg byk xbermoral pun) mcm mana?yg pelik tv1 & tv2 pun dah terikut2…
kite terlampau taksub dgn drama2 luar sampai kite sanggup tiru..yg baik tu,ikut la..yg xbaik tu xpyh nak ikut..ni kalau tgok drama skrg ni, yg jahat hampir 75% dr keseluruhan drama..yg baik tu cume selit2 celah gigi & mase ending je…
pada aku tv (drama2 or kartun2) byk main peranan membina minda & otak kanak2 yg sedang membesar…xpyh kenal dunia luar,dorg bleh dpt dr tv..
ape peranan semua pihak (kerajaan terutama kem. penerangan, saluran2 tv kerajaan @ swasta, produser2 dll) dlm menangani isu moral yg pada aku…susah nk ckp..
so sape2 yg ade anak or adik yg masih kecik, pantau2 la pergaulan..bukan kat luar umah je, dlm umah ni gak..rancangan pe yg dorg tgok..
sorry..panjang lebar…nak lepas geram…
akum,
huhuhu… ana ingat ana sorang je fikir macam gini.. nice!,baiklah penambahan sikit…
sebenarnya usaha untuk menyiarkan manga dan anime dari jepun memang dah kelihatan di stesen tv kat malaysia… tinggal disebabkan sesetengah faktor seperti korang semua tahu ( kes kegawatan kain dan sesetengah f.s. ( fan service ) yang diiringi sekali dgn anime2/manga) menyebabkan prosedur penapisan menjadi sukar … dan akhirnya ditayangkan separuh jalan je..
jadik pada pendapat ana lah , rakyat2 malaysia yg otai2 dalam multimedia patut mengambil kesempatan untuk menghasil kartun2 (cth lascopaque) dan masa yang sama implementasikan nilai2 murni seperti mana yg majoriti pendapat korang mengatakan anime/manga mempunyai nilai moral yang membina . Mungkin dgn cara ini mampu menarik perhatian kanak2/remaja2 dan akhirnya dapat mengambil ikhtibar dari kartun tersebut.
Bagi ana banyak faedahnya sbb apabila kita buat kartun sendiri kita mempunyai aspek yang boleh diutara cth adat2 dan nilai agama dan masyarakat… serampang bermata2 ^_^…
wassalam
baru terbaca artikel ni..anime memang best!