
i
“Woi, apa langgar-langgar kaki orang ni?”
Terus satu penyepak melayang ke badannya. Meraung si kanak-kanak yang berusia 6 tahun itu disepak oleh abangnya yang tua lebih 3 tahun daripadanya.
ii
“Woi! Kau ni cacat ke? Bising je. Aku tidur pun tak senang,” marah seorang penumpang bas yang duduk di kerusi belakangnya. Dan dia tidak mampu berkata apa-apa. Memang silapnya yang sering mengeluarkan bunyi seperti mendengus-dengus. Mengganggu!
Sebetulnya dia bukannya sengaja mengeluarkan bunyi seperti itu berulang kali. Dia mahu menahan tetapi kadang-kadang dia terlupa untuk menahannya daripada berlaku.
iii
“Ni dah masuk kelas last, jangan berkawan dengan budak-budak tak tentu arah,” nasihat ibunya semasa dia darjah enam.
Memang sudah menjadi adat sekolah tersebut – budak baru masuk tidak boleh masuk kelas pertama dan kedua. Dan dia pula baru sahaja berpindah ke situ.
Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Saya
Ketiga-tiga perkara di atas ini sebenarnya berlaku kepada diri saya sendiri. Sedari kecil saya selalu dibuli oleh abang saya. Kalau setakat sepak terajang itu memanglah sudah terlalu biasa sangat.
“Aku kan abang kau!”
Memang abang saya terkenal dengan sikap panas barannya sehinggalah dia masuk sekolah berasrama penuh. Selamat sikit saya. Kalau ditanya bekas-bekas pelajar SDAR yang sempat mengenalinya pastinya terkejut bila mengetahui yang dia itu adalah abang saya.
“Biar betul Buragas tu abang kau? Aku pernah kena tumbuk dengan dia. Tapi ganas-ganas dia pun, dialah senior paling kelakar.”
Ini antara ayat yang pernah saya dengar sendiri daripada seorang rakan yang sebaya dengan saya. ‘Buragas’ adalah nama panggilan kepada abang saya di SDAR. Alhamdulillah selepas masuk universiti, perangainya berubah.
Akibat terlalu kerap dibuli menjadikan saya seorang yang low self-esteem atau kata lainnya kurang keyakinan dalam diri.
Dan saya juga merupakan seorang penghidap sindrom tourette. Sindrom ini berpunca akibat masalah saraf. Ada orang kata sindrom ini sebagai ‘kenan’. Ustaz Hasrizal pernah menulis mengenai sindrom ini di blognya. Boleh juga rujuk apa itu sindrom tourette di sini.
Menggangu! Itu kata mereka. Malah ibu dan bapa saya sendiri selalu memarahi saya kerana kerenah saya itu. Memang boleh ditahan supaya tidak dibunyikan. Tetapi seakan memberi tekanan.
Fikirkan kalau sampai ibu dan bapa sendiri selalu menengking kerana satu perkara yang kita tidak dapat lakukan, apa yang anda rasa? Dan kerana perkara ini juga membuatkan saya menjadi seorang yang sangat kurang keyakinan diri.
Dalam adik-beradik saya yang tujuh orang ini, saya seorang sahaja yang tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam kepimpinan samada di sekolah rendah dan di sekolah menengah.
Mahu berucap di depan khalayak ramai memang saya tidak mampu.
Cuba Mencari Kekuatan
Tetapi ada satu perasaan hadir dalam diri setiap kali berhadapan dengan kawan-kawan. Ada satu kekuatan untuk menghadapinya. Samalah macam watak-watak hero manga Jepun. Mereka ada kelemahan tetapi mereka cuba mencari kekuatan yang mereka ada.
Contoh paling senang saya bagi lihat sahaja Naruto. Sejak dari kecil Naruto dipinggirkan masyarakat. Tetapi dia tidak mengalah sebaliknya berusaha supaya dirinya dihargai, diakui dan dikenali. Daripada seorang biasa dan tidak dihargai sesiapa ingin menjadi orang luar biasa –hero.

Mungkin inilah faktor yang menyebabkan manga Jepun diminati kanak-kanak mahu pun remaja. Setiap orang ada masalah masing-masing, tetapi bagaimana mereka cuba mengubah perkara tersebut itulah yang menjadikan mereka seperti orang lain.
Pernah selepas habis program BAKTISISWA di Sabah tahun lepas, beberapa orang rakan yang masih belum pulang ke rumah, buat permainan dalam satu bulatan. Daripada satu permainan kepada permainan yang lain.
Sampailah kemuncaknya, seseorang menyarankan supaya setiap orang menceritakan sesuatu yang orang lain tidak tahu tentang dirinya. Seorang demi seorang mula bercerita. Dan dari situ saya belajar sesuatu.
Mereka semua ada masalah yang cuba mereka sembunyikan. Ada yang punya masalah dengan keluarga, ada masalah dengan kawan, ada masalah dalam diri, ada yang dahulunya seorang remaja yang nakal dan berbagai masalah lain. Dan kebanyakkannya masalah yang mereka tidak dapat hindari sedari kecil hingga besar.
Tetapi apa yang saya lihat masalah itulah yang mencorak perwatakan mereka semua. Apabila mereka cuba untuk menyembunyikan kelemahan yang mereka ada, mereka mula mencari sesuatu perkara lain yang mereka boleh buat dan suka buat.
Dan sekarang merekalah orang-orang kuat dalam persatuan di UIAM. Ada yang menjadi presiden persatuan, malah juga ada yang menjadi perwakilan pelajar.
Memotivasikan Diri
Saya juga tidak lepas juga daripada menjadi seorang yang sedikit lain perwatakannya di universiti berbanding di rumah. Apa yang perlu kita buat adalah fokus kepada apa yang kita boleh buat dan bukannya apa yang kita lemah.
Mungkin kerana terlalu kerap dibuli, malah kerap juga berpindah-randah rumah menjadikan saya seorang yang terlalu suka mencari kawan. Tidak kisahlah apa background keluarganya, apa orang kategorikan dia, saya tetap cuba berkawan kalau saya suka.
Dan sindrom yang saya hadapi pula menjadikan saya seorang yang banyak bercakap. Kalau saya bercakap, maka tidaklah keluar bunyi mendengus-dengus tersebut. Dan saya menghadapi masalah semasa menduduki peperiksaan dan semasa bermain chess.
Kalau saya tidak mengubahnya, siapa lagi yang boleh mengubahnya? Setiap kelemahan kita, pasti ada kekuatan pada perkara yang lain. Ini yang saya belajar dalam hidup. Dan ini yang diajar dalam kebanyakan manga Jepun.
Sekarang pula saya sedang cuba untuk memberi ucapan di hadapan khalayak ramai. Pernah setahun yang lepas, saya diminta untuk mengisi satu slot dalam satu program kepimpinan di Sekolah Rendah Al-Amin Kuala Lumpur, ada seorang pelajar menegur, “Kenapa tangan abang menggigil?”
Ini juga terjadi setiap kali saya diminta untuk membaca sajak di hadapan khalayak yang lebih besar. Menggigil, tetapi tak ’kan kita mahu membiarkan sahaja kelemahan kita itu tanpa membaikinya?
Kalau mahu menjadi seperti watak hero dalam manga Jepun kita perlulah fokus kepada apa yang boleh kita buat dan bukannya fokus kepada kelemahan diri semata.
Daripada seorang biasa yang tidak begitu dikenali apatah lagi dihargai masyarakat, mereka cuba mengubahnya. Mereka bermula daripada zero dan menjadi hero.
P/s: Entri ini ditulis untuk menjawab tag oleh Kak Mira. Cuba kira berapa perkara yang anda tidak tahu tentang diri saya dalam entri kali ini.
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Popularity: 88% [?]
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
November 18th, 2007 at 4:53 am
az, is the book really gve you something? zero to hero
[Reply]
November 18th, 2007 at 5:16 am
Hurm. Buku Zero to Hero tu ada juga memberi sedikit sumbangan. Kisah-kisah dalam buku tersebut sangat menarik!
[Reply]
November 18th, 2007 at 6:24 am
kadang-kadang individu tidak sedar dia sudah jadi hero sehingga dikejutkan dengan gempa bumi atau tsunami..
[Reply]
November 18th, 2007 at 8:02 am
well, it’s not 8. Glad seeing you from before till now. The others who stayed with you since school wud appreciate that, i mean ur moved and ur growth. keep it up. And thank you for the idea of summoning the dealer, haha. Dat wud be a bit….cruel. ~_^
[Reply]
November 18th, 2007 at 7:08 pm
Without really knowing it, one is actually has already been a hero. A hero to himself/herself:)
[Reply]
November 19th, 2007 at 3:58 am
ooo barula aku tau kenapa kau menyerahkan tanggungjawab untuk mengendalikan mesyuarat sewaktu ketika dahulu walhal kau adalah pengarah program. aku pula hanyalah setiausaha.
rupanya kau menghidapi penyakit low self-esteem yang bersangatan. tapi di sebalik kelemahan kau, terselit satu kelebihan yang bukan semua orang miliki.
kau memiliki bakat penulisan yang bisa membuat pembaca terpukau dan tertawan dengan sekali pandang.
naruto was always slack at bunshin no jutsu. tapi apabila dia dapat menguasai kage bunshin no-jutsu, itulah jutsu yang paling dia gunakan.
kadang2 di sebalik kelemahan kita, ada kelebihan yang tidak kita sedari.
[Reply]
November 19th, 2007 at 4:43 am
Saifuddin,
Tapi sekarang aku sudah boleh menguruskan meeting sendiri dan sudah boleh memberi ucapan di hadapan khalayak.
Hehe. Kisah lama masih segar di ingatan.
[Reply]
November 19th, 2007 at 4:44 am
genau..tabik spring kat tulisan ko ni..ape kos ko kat uia? ramai gak member aku kat sane..
[Reply]
November 19th, 2007 at 8:35 am
hmm . Baktisiswa di Sabah, kat area mana? Kota Kinabalu, Sandakan? Tawau?
[Reply]
November 20th, 2007 at 5:24 am
byk giler kot yg sy x tau psl penulis ni…hehehehe..yela..br knal bbp minit yg lps kt iluvislam dlm cite seram jin bukit..
[Reply]
November 20th, 2007 at 8:36 am
Shueqry,
Baktisiswa di Kota Kinabalu. Seronok berada di sana. Rasanya kalaulah saya banyak masa terluang, ingin saja saya ke sana. Bantu apa yang perlu.
Cendawae,
Wah! Ada lagi yang membaca kisah jin saya itu.
[Reply]
November 20th, 2007 at 2:11 pm
wow!!!
sume yang ko tulis ni aku da tau azree
aku selalu dengar ko dengus2 tu
and aku tau mesti ada sesuatu tapi aku xtanya la
hehe kang touching plak hehe
geetuh!
lagi psl benda laen tu bkn nye aku tau sangat
tapi ko jugak yg bagi tau
OPS
lupe..
satu benda je yg aku baru tau melalui entry ni..
abg ko ganas rupa nya
hehe
nice entry dude
keep it up..
apa kata ko buat buku pasal naruto
motivasi melalui kartun
hehe
[Reply]
November 21st, 2007 at 12:35 am
bestnye pat citer pasal diri sendiri..
tersangat menyentuh jiwa..
masa kecik2 dulu pun selalu kene buli dgn abang..
kejam gler!hahha..
[Reply]
November 22nd, 2007 at 8:39 am
Setiap orang mempunyai kisah hidupnya sendiri.
Ingat, sehebat-hebat mana pun orang tu, dia memang ada kelemahan.
Segembira-gembira orang itu, dialah manusia yang paling sedih sebab dia sedang mengembirakan hatinya yang sedih.
Anyway, as your friend, semua orang punya kisah masing-masing untuk menjadikan dirinya pada hari ini. Bak tajuk ceramah di Sabah dulu, ” Tak Kita, Siapa? Tak Di Sini, Di mana? Tak begini, Bagaimana?”
Tengok je sahabat-sahabat kita, ada je yang pernah satu ketika dulu dibuang matrik, tapi sekarang ni, lihat saja, pernah menjadi seorang yang berkepimpinan di matrik.
Aku pun pernah mengalami keadaan yang macam ko alami. Cuma dlm konteks lain lah. Dan aku sendiri dapat rasakan, tanpa apa yang aku alami tu, aku takkan jadi macamana yang ko kenal aku sekarang. So, jangan takut to share. Because kita semua sama je.
Setiap orang kena bijak dalam gunakan apa yang dia alami. Jangan jadikan any negative effects as a thing to make us down. Tapi kita kena bijak dalam mengunakan negative effects as perumpamaan dalam kehidupan kita untuk berjaya. Nampaknya, ko dah cuba dah cara ni dalam hidup ko. Motivasi Melalui Perumpamaan. Bagus3.
Anyway, all d best in your life. Again aku sebagai kawan ko, bangga ada kawan macam ko. Tak tahulah ko bangga tak, ada kawan macam aku ni. Hahaha
Hidup “Zero” Alasan
[Reply]
November 25th, 2007 at 1:23 pm
aku suka sama naruto sayanx gambarnx sedikit coba lebih banyak pasti koleksi ku juga banyak
[Reply]
November 30th, 2007 at 9:24 pm
salam….
Bagi saya, setiap orang ada kekuatan masing2, cuma sama ada ia disedari ataupun tidak.
InsyaAllah jika kekuatan itu dapat dicungkil, maka individu itu akan jadi seseorang yang insyaAllah hebat personalitinya. Itupun jika ia didasari dengan kekuatan jiwa dan mantap dari segi rohaniahnya.
Alhamdulillah bila saya baca nukilan ini, baru saya sedari sesuatu yang selama ini saya sendiri kurang pasti. Terima kasih di atas perkongsian ilmu ini…semoga perjalanan hidup mendatang lebih lancar, insyaAllah
wassalam…:)
[Reply]
December 1st, 2007 at 4:39 pm
assalamualaikum.hnye kite aje yg th kelebihan kite..di sebabkan byk perkara yg -ve bermain di fikiran menyebbkan kita gagal menonjolkan kelebihan sendiri..kalu org len leh buat kenape kite tidak boleh????
[Reply]
December 15th, 2007 at 11:18 am
sedikit kata2 dari motivasi H.M Tuah
“mengetahui kelebihan diri ibarat di puncak, nikmatnya tidak terkira”, Wallahualam…
syukran Azree MH…
sedikit sebanyak terbangun jiwa
utk muhasabah diri ini
[Reply]
January 4th, 2008 at 9:50 pm
btull jgg ccii… tpi pndptt saia knp g ambil cnthh iang nyata? tpi udaa bguss koo…
[Reply]
January 8th, 2008 at 2:34 pm
walopon xbrape nk pham kaitn az ngn naruto nih tp pham2kn la jgak..(xde cth len ke???naruto gak nk bg cth..hahah)
[Reply]
January 11th, 2008 at 2:03 am
hmmm ada some part cam cite aku… apa yg ko buat sampai ko berubah?
thedoramablog.com
[Reply]