The Pursuit Of Happyness

Baru semalam saya sempat menonton filem ini. Tapi rasanya tidak rugi walau lambat menontonnya kerana ada banyak perkara yang dapat saya belajar daripada filem ini.

Manusia mempunyai pilihan untuk maju ke hadapan, kekal di takuk lama dan mundur ke belakang. Cuma ramai yang memilih untuk kekal di takuk lama kerana takut mengambil risiko untuk maju ke hadapan. Ya, memang anda akan katakan, “Semestinya saya ingin terus maju ke hadapan.” Tetapi adakah anda boleh membuktikannya?

Filem ini memberikan gambaran jelas tentang mengambil risiko untuk terus maju ke hadapan. Ia mengisahkan tentang Chris Gardner seorang yang telah membuat kesilapan besar apabila dia telah memborong satu alat ‘bone density scanner’ untuk dijual kepada doktor atau hospital yang memerlukan alat tersebut. Tetapi kesilapannya, alat itu tidak mempunyai permintaan di samping harganya yang terlalu tinggi.

Kemudian dia menghadapi banyak masalah apabila isterinya pergi meninggalkannya. Hinggakan ada waktu dia sampai terpaksa tidur di dalam tandas bersama anak lelakinya yang baru berusia 5 tahun. Tetapi Chris Gardner memang seorang yang tidak putus asa. “Apabila anda sudah nampak impian anda, teruslah mengejarnya.”

Banyak perkara yang boleh dipelajarinya daripada filem ini.

1) Apabila anda nampak satu peluang untuk anda maju ke hadapan, Dapatkannya sampai boleh.

Dalam satu babak awal filem itu, ada sebuah kereta sport berhenti di hadapan Chris Gardner, lalu dia tanpa rasa malu bertanya kepada lelaki yang menaiki kereta tersebut, “Man I got two question for you:

a) What do you do?

b) And how do you do it?

Apabila Chris Gardner mendapat sahaja jawapan yang ringkas daripada lelaki tersebut yang merupakan seorang broker saham, terus dia memasang impian untuk menjadi seorang broker saham juga.

2) Cari pasangan hidup yang betul-betul faham impian anda dan memang betul-betul sanggup menghadapi kesusahan bersama anda.

Dalam filem ini, sampai satu tahap yang mereka sekeluarga menghadapi masalah kewangan yang teruk, kemudian Chris Gardner ini pula dalam masa itu boleh berkata kepada isterinya yang dia ingin jadi seorang broker saham. Lalu isterinya mengambil keputusan untuk meninggalkannya kerana memikirkan yang Chris Gardner betul-betul tidak bertanggungjawab. Sudahlah miskin, ada cita-cita hendak jadi broker saham.

3) Apabila anda mempunyai impian, jangan biarkan orang lain katakan anda tidak akan mencapainya.

Itulah yang dia alami apabila isterinya menidakkan impian dia untuk mejadi broker saham. Dalam satu babak dalam filem ini, dia telah berkata kepada anak kecilnya,

Hey… Don’t ever let somebody tell you that you can’t do something. Not even me. You got a dream you’ve got to protect it. People can’t do something themselves they wanna tell you that you can’t do it. If you want something, go get it. Period!”

4) Kalau anda rasa andalah orang yang paling susah, fikirkan masih ramai lagi yang lagi susah daripada anda.

Chris Gardner ini sebenarnya memang terlalu susah hidupnya, hutang keliling pinggang. Sebab itu isterinya tidak sanggup tinggal dengannya. Tetapi dia tetap ingin menjaga anak kecilnya itu walaupun isterinya telah berkali-kali meminta hak penjagaan anak tersebut daripadanya. Dia tidak mengendahkan soal dia tidak mampu menyara anak tersebut. Apa yang dia tahu ada keluarga lain yang lebih susah daripada dia.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=_xcZTtlGweQ]

Kalau anda masih belum terpaksa tidur di dalam tandas, pastinya hidup anda patut lagi baik daripada Chris Gardner sekiranya kita terus ingin maju ke hadapan. Dan sekarang Chris Gardner telah memiliki syarikat broker sahamnya yang sendiri, Gardner Rich & Co. Terlalu banyak lagi perkara yang boleh dipelajari daripada filem ini. Pastikan anda tidak terlepas peluang menontonnya.





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 8% [?]

3 Comments »

  1. avatar comment-top

    Bagus filem ini. Ulasan saudara juga bagus. Say sudah tonton setelah direkomen oleh seorang rakan.

    Oprah pernah membicarakan filem ini sebelum ia ditayangkan. Chris Gardner yang asal dijemput. Kalau sdra perasan pada babak akhir, ketika Will Smith dan anaknya berbual2 menuruni bukit, ketika itu Will Smith berselisih dengan Chris Gardner yang sebenar.

    ;-). Teruskan.

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Terima kasih saudara Ridhuan Khairi. Saya sudah menonton kembali filem tersebut dan memang betul seperti yang saudara katakan.

    Baru saya perasan yang Chris Gardner yang sebenar muncul di akhir babak filem tersebut. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    ana nye komen sama dgn chris gardner nye soalan, utk komen di zero to hero.
    What do you do? And how do you do it?

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment