Menulis Perlukan Semangat

30-09-07_2251.jpg

Ada getar. Ada rasa serba salah. Bermacam-macam perkara berlaku sejak saya mula menulis. Daripada seseorang yang langsung tidak tahu memulakan ayat sehinggalah sudah tahu hendak melengkapkan ayat.

“Erm. Saya ada masalah besar sebenarnya hendak memulakan cerpen. Ada tip tak untuk atasi masalah ini?” Soal saya suatu ketika dahulu kepada seorang penulis lama, Marsli NO.

“Saudara… Kalau tak dapat hendak menulis awal perenggan, tulislah di tengah perenggan. Takpun di hujung perenggan. Kalau tak dapat tulis di awal cerpen, tulislah di mana-mana bahagian pun dahulu.”

Dan sehingga saat ini bermacam-macam jenis tip menulis sudah saya dapat daripada Marsli NO, Faisal Tehrani, Ainon Mohd dan ramai lagi. Cuma belum dihadam secukupnya lagi.

Rupanya ada satu perkara lagi yang perlu setiap penulis ada iaitu semangat. Pernah saya katakan kepada saudara Firdaus Ariff yang saya mungkin sudah tidak menulis lagi karya kreatif.

Ada rasa letih. Ada rasa penat. Tetapi yang sebetulnya baru saya sedari, saya kehilangan semangat untuk menulis karya kreatif. Idea sebenarnya banyak, tetapi kalau setakat idea sahaja yang ada tidak guna juga tanpa semangat yang dah luntur.

Saya menyoal kembali diri saya petang tadi, “Kenapa entri di blog boleh pula ditulis dengan begitu kerap?”

Ada yang menyokong

Jawapannya kerana ada ramai yang menyokong. Ada ramai yang membaca dan ada ramai yang memberi respon. Dan yang pasti saya tidak perlu menunggu lama untuk karya saya tersiar berbanding menulis untuk majalah dan akhbar.

Ada juga seorang adik yang memberitahu saya satu berita, “Nak tahu, ada beberapa pelajar UTP menjadikan blog StudioMuslim ini sebagai favourite link dia.” Inilah yang memberikan saya semangat untuk menulis blog. Tetapi bila masuk bab karya kreatif, hurm… menurun balik semangatnya.

Kadang semangat hampir hilang apabila beberapa cerpen yang dihantar tidak mendatangkan hasil - disiarkan di majalah atau akhbar. Apabila tidak tersiar, maka karya yang ditulis itu tidak dibaca, tiada yang akan memberi respon.

Hurm. Mungkin inilah yang dikatakan oleh mentor-mentor saya dahulu, “Menulis perlu ada semangat dan kemahuan. Kalau setakat 10 kali tak tersiar itu dikira normal lagi. Perlu tulis lagi dan lagi.”

Tip dan idea untuk menulis memang perlu ada. Tetapi kalau semangatnya pudar, mungkin kemahuan untuk menulis juga menurun.

Fuhh. Mungkin saya perlukan semangat itu untuk terus menulis karya kreatif. Semangat yang datang apabila tahu ada yang membaca, ada yang memberi respon dan ada yang gembira dengan tulisan tersebut.

Karya lama baru tersiar

Baru petang tadi saya mendapat tahu yang karya saya tersiar di Dewan Sastera Oktober. Cerpen yang saya dapat idea selepas geram dengan penyakit rakan sebilik saya yang menghidap skizofrenia.

Manakan tidak, hampir setiap hari dia berkata kepada saya, “Azree, petang tadi makhluk tu kata kau ada buat ……..”

Fuhh. Kadang-kadang ada takut dan gelisah juga. Dan cerpen ini juga hasil ditekan oleh seorang kawan yang menyuruh saya menulis cerpen yang membawa isu Palestin. Jadi, saya menggunakan viedo-video multimedia Palestin sebagai inti utama cerpen saya ini.

Mohon didoakan agar segala yang diberi oleh Tuhan kepada saya ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 25% [?]

10 Comments »

  1. avatar comment-top

    Tahniah, bulan Oktober ini sama-samalah kita mempunyai cerpen yang tersiar. Ada satu lagi cerpen saya di Dewan Kosmik bulan Oktober ini.

    Saya akui, menulis karya fiksyen memang memerlukan semangat. Namun, sedang melatih diri untuk menulis tanpa mengira semangat tiba atau tidak. Jika tidak, mana mungkin dapat disiapkan novel yang tebal-tebal!

    Azree, plan apa? Tak teringat pula saya.

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Hehe. Dulu kan saya ada cakap ingat nak berhenti buat sementara menulis karya kreatif. Hurm. Nampaknya tak jadi berhentilah. Kena terus menulis dalam semua jenis genre. :)

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    Genre apa yang azree dah pernah tulis? :)

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    Bagus, bagus!

    Saya suka baca tulisan saudara. Memberi inspirasi.

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    tahniah!

    dah lama juga tak menulis secara serius tetapi sekarang tengah menulis kembali tapi untuk publisher baru. doakan dapat menulis dengan semangat.

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    Sdr Fahmi,
    Selepas ini saya hendak cuba menulis buku jenis motivasi pula.

    Sdr Riduan Khairi,
    Saya pun tidak sabar menunggu buku saudara terbit nanti. :)

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    Ya Azree..
    teruskan menulis.. saya pembaca tetap.. hehehe…

    p/s: tak sangka plak Azree penulis fiksyen? pernah tersiar ke? teringin hendak membacanya.
    Kalau gagal tersiar, cuba hantar pada wahana lain, tengok macam mana rezki..

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    SangPelangi a.k.a Irfan al-Japani,
    Saya mula belajar menulis semasa sekolah rendah dulu dengan menulis cerita-cerita fiksyen. Kemudian barulah belajar menulis karangan yang non-fiksyen. Hehe.

    Ini baru cerpen pertama saya yang tersiar di Dewan Sastera. Sebelum ini hanya tulis sajak sahaja.

    [Reply]

    comment-bottom
  9. avatar comment-top

    tahniah. jika tak ada orang yang jadi pemangkin, jadilah pemangkin orang lain seperti sekarang. beri gembira, maka kita akan dapat gembira ;)

    teruskan usaha dik!

    [Reply]

    comment-bottom
  10. avatar comment-top

    salam…

    saya cuma nak cakap ini je.

    “penulisan adalah keseronokan yang menyeksakan…”
    (dipetik dari buku Hizairi Othman-Jukstaposisi)

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment