Kem Kecemerlangan PMR - SMAP Labu

“Kaunselor tadi ada nasihat, kita kena berhati-hati dengan budak-budak sini.” Ujar ketua fasilitator sebaik sahaja saya sampai di SMAP Labu pada hujung minggu lepas.

“Kenapa pula?” Tanya salah seorang fasilitator di situ.

“Budak-budak sekolah ini sudah terlalu pandai. Sudah banyak program motivasi mereka pergi.” Jawab ketua fasilitator tersebut.

Saya yang baru berkenalan dengan mereka hanya berdiam diri. Sebetulnya tiada seorang pun di situ pernah saya kenal dan jumpa. Saya sekadar mahu menolong apa yang termampu apabila seorang rakan mengatakan program mereka kekurangan fasilitator.

Seronok rasanya dapat pergi ke sana ke mari, belajar sesuatu daripada orang lain. Dan program kali ini adalah untuk pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki PMR tidak lama lagi.

Selepas selesai sesi taklimat untuk para fasilitator pada malam itu, saya pun masuk ke dalam kumpulan pelajar yang diserahkan kepada saya. 15 orang pelajar dalam kumpulan saya itu – tujuh lelaki dan lapan perempuan. Satu jumlah yang agak besar untuk sesi LDK(Latihan Dalam Kumpulan).

Aktiviti suai kenal dan modul pada malam itu berjaya saya sudahi. Sekadar berjaya kerana saya agak hilang konsentrasi pada malam itu akibat kepenatan dek perjalanan yang jauh. Andai kata saya sebagai peserta kumpulan tersebut, saya sendiri tidak akan berpuas hati dengan fasilitator sebegitu.

Pernah terfikir untuk gagal?

Keesokan harinya, dalam LDK kedua saya cuba mengusik nakal minda mereka.

“Abang tidak akan cerita bagaimana hendak memperoleh 9A dalam PMR. Abang tidak akan bercerita bagaimana hendak belajar untuk peperiksaan. Dan abang tidak bercerita bagaimana hendak menjadi pelajar cemerlang di mata pengetua sekolah.” Ujar saya.

Semua mata memandang ke arah saya. Mungkin menanti apa yang akan saya katakan seterusnya.

“Ada orang cemerlang dalam PMR tapi gagal dalam SPM. Ada orang cemerlang dalam SPM tapi gagal pula semasa di universiti. Dan ada orang cemerlang di universiti tapi tetap gagal dalam kerjaya mereka. Jumlah ini bukannya seorang dua sahaja tetapi beratus dan mungkin beribu orang yang gagal seperti ini. Jadi, apa kepentingan belajar yang sebenarnya?” Saya cuma tersenyum sambil memandang mereka satu per satu.

failMungkin ada yang berpendapat ini bukan masa yang sesuai untuk mereka memikirkannya. Tetapi bagi saya kalau mereka tidak didedahkan dengan pelbagai cerita tentang kegagalan, mereka akan terus berasa terlalu selesa dalam ‘comfort zone’ mereka. Tiada terfikir langsung tentang risiko bila gagal di kemudian hari.

“Pernah tak adik-adik terfikir ‘apa akan aku buat jika aku gagal nanti’?”

Orang yang ingin berjaya harus tahu adanya saat-saat kegagalan. Dalam merancang kita bukan sekadar mencari jalan untuk cemerlang tetapi juga perlu tahu halangan-halangan yang boleh menyebabkan kegagalan.

Ramai rakan-rakan saya di universiti mengalami kegagalan dan kemudiannya menjadi murung selama beberapa hari. Kadang kala ada yang mengambil masa berminggu-minggu untuk tenang seperti biasa.

Apabila diajak berbual saya dapati ramai di antara mereka terlalu inginkan kejayaan tetapi langsung tidak peduli akan risiko kegagalan. Mereka merancang untuk berjaya tetapi terlupa merancang untuk menghadapi risiko kegagalan dalam perancangan tersebut.

Nasihat Billy P.S Lim

Billy P.S Lim bertanya kepada semua peserta dalam satu bengkelnya, “Mengapa orang lemas apabila terjatuh ke dalam air(laut)?”

Berbagai jawapan diberikan dan jawapan yang ramai peserta yakin betul adalah, “Dia lemas sebab dia tidak pandai berenang.” Kemudian Lim menyalahkan jawapan tersebut dan semua peserta menjadi hairan.

“Orang yang jatuh ke dalam air lemas kerana dia menetap di situ dan tiada usaha cuba bergerak ke tempat yang lain.” Jawab Lim.

Berapa banyak kali orang jatuh tidak jadi masalah, tetapi kemampuannya untuk bangkit kembali setiap kali jatuh yang paling utama.

Kalau pelajar SMAP Labu ini sudah banyak kali disuap dengan kisah-kisah kejayaan, apa salahnya saya menyuap mereka dengan kisah-kisah kegagalan. Orang yang tidak pernah gagal tidak akan rasa nikmatnya apabila mendapat kejayaan.

Seronok rasanya dapat berkongsi pengalaman dengan anda semua!





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 20% [?]

7 Comments »

  1. avatar comment-top

    Salam.
    Saya kerap juga menjadi fasilitator di sekolah lama. Masalah yang dihadapi sama juga. Pelajar-pelajar ini terlalu tertutup mindanya. Kalau pelajar biologi, semuanya bercita-cita untuk menjadi doktor. Pelajar kejuruteraan pula dengan cita-cita untuk menjadi jurutera, manakala pelajar akaun mahu menjadi akauntan. Noktah. Mereka tidak akan membuka telinga mendengar option lain.

    Seorang sahabat yang bertugas sebagai doktor memberitahu, selain daripada menjadi doktor, banyak lagi kerjaya berkaitan seperti ahli farmasi, juru x-ray dan sebagainya. Sebagai persediaan sekiranya mereka tidak berjaya menjadi doktor. Malangnya, tiada siapa yang mendengar. Belum lagi disebut cerita bidang yang tidak popular seperti perhutanan, agriculture , pertanian, IT dan lain-lain. Pelajar-pelajar ini hanya menutup telinga.

    Kita bimbang, satu hari kelak, apabila gagal mendapatkan apa yang dihajati, mereka akan berputus asa.

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Terima kasih kak Xara atas pendapat yang diberikan. Semasa bengkel saya ada menyoal mereka, “Apa cita-cita kamu bila besar nanti?”

    Seorang demi seorang memberitahu cita-cita mereka. Kemudian saya tambah menyoal, “Apa yang akan kamu buat jika cita-cita kamu itu tidak dapat dicapai?”

    Dan semua diam membisu. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    salam juara

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    bagus juga idea azree mngetengahkan cerita kegagalan.Pengalaman akak handle pelajar2 sekolah yang dah terlalu banyak menerima program motivasi menjadikan mereka besar kepala dan tidak mahu lagi dimotivasikan kerana dah tahu apa isinya. Memberikan akak idea untuk selami adik2 ni.

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    Kak Sarah,
    Hehe. Sebenarnya baru datang idea macam itu selepas beberapa kali pergi merayau program sana sini. Rasanya selepas ini kalau ada sekolah panggil saya untuk beri ceramah motivasi belajar, saya akan kata, “Saya tidak akan berikan tip-tip belajar supaya cemerlang. Tapi saya akan berikan mereka teknik-teknik dan latihan-latihan supaya menghargai diri sendiri.”

    Lain orang lain cara belajarnya. Mungkin cara yang diajar oleh penceramah A tidak sesuai untuk golongan pelajar ‘b’, mungkin cara yang diajar oleh penceramah B tidak sesuai untuk golongan pelajar ‘a’.

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    Seperti biasa dari azree
    well done

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar
    ad_ekiera Says:
    May 18th, 2008 at 11:35 am
    comment-top

    wahh skolah ku..

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment