Dituduh ber’couple’
Dalam kehangatan berita tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim, saya juga tidak terlepas daripada tuduhan-tuduhan. Entah mungkin dia ini tersalah orang atau apa. Saya sendiri tidak pasti.
Tetapi komen yang ditulis di ruangan testimonial ini terpaksa saya buang atas sebab-sebab tidak mahu ia berlarutan. Tuduh-menuduh. Dia tuduh saya dan kemudian saya pula tuduh dia. Saya tidak mahu begitu.

Komennya tentang entri-entri di blog saya yang kelihatan lapuk saya boleh terima dan ambil. Mungkin kerana sudah lebih dua minggu saya tidak mengemaskini blog ini. Atau mungkin juga kerana blog ini bukan blog politik makanya tidaklah banyak entri politik di sini.
Cuma komennya yang mengatakan saya ber’couple’ di UIAM itu yang saya sedikit musykil. Saya pernah menulis tentang hubungan antara lelaki dan perempuan di http://studiomuslim.com/dakwah/sebelum-mahu-kahwin/
Seingat saya, saya beberapa kali duduk semeja dengan perempuan atas urusan. Saya dilantik untuk melatih pemain-pemain catur perempuan UIAM. Kadang-kadang kelab catur UIAM tiada tempat latihan. Jadi, kadang-kadang kami akan menggunakan salah sebuah cafe di UIAM sebagai tempat latihan.

Mungkin ini yang menjadi salah faham beberapa pihak. Perkara ini juga pernah ditegur oleh unit Ma’aruf Club UIAM tetapi selepas diterangkan keadaan, mereka memahami dan tidak menghalau kami berlatih di situ. Lagikan pula kami(kelab catur) yang turut berlatih berjumlah 10 orang ke atas.
Bermain catur memerlukan saya duduk bertentangan dengan pihak lawan. Berlatih pun begitu juga. Mungkin gambaran inilah yang menyebabkan saya dituduh ber’couple’. Saya minta maaf jika begitu.
Jika saudara ada terlihat saya berdua-duaan dengan perempuan yang bukan muhrim selain daripada latihan catur, sila maklumkan kepada saya.
P/s: Saya terpaksa buang komen-komen ini atas beberapa nasihat daripada mentor saya. Sekarang saya dalam proses mengumpulkan semula entri-entri saya untuk dibukukan oleh salah sebuah syarikat penerbitan.
Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com
Popularity: 22% [?]


assalamualaikum~
org yg menuduh tanpa bukti kukuh jgn lah dilayan…mungkin kita juga patut elakkan buat tuduhan melulu tanpe bukti…
xsalah saye,org yg menuduh anda berkaple tu adalah seorg ppuan…
bagi saye,kalo nk bercakap atau berbual ttg sesuatu,biarlah kita berilmu ttg nye…jgn pulak buat cerita xbtol…jadi,setiap ape yg dituturkan oleh diri sendiri perlu dilakukan dgn berhati2 takot salah pham pulak yg terjadi…dan setiap ape yg dituturkan oleh org laen juga patut kite berhati2 dengar dan tafsir,mana tahu die cume buat cerita utk dijadikan tambahan utk topik perbualan…
wallahualam~
[Reply]
Azree Hanifiah reply on July 21, 2008 4:09 pm:
Erm. Rasanya lelaki. Gambar di friendster dia sahaja gambar perempuan.
[Reply]
Bersabar hadapi segala dugaan hidup.
InsyaAllah ianya adalah ujian dari Allah ke atas hambanya yang beriman.Allah tidak sesekali akan menguji hambanya yang tidak disayangi.
Kuatkan semangat!Moga ianya akan mendapat pembalasan yang baik di kemudian hari.
[Reply]
salam…
biasalah, mulut manusia memang tak boleh nak tutup. juz, selagi boleh dielakkan fitnah itu berlaku elakkan aje.
[Reply]
Dengan IP address sekali kantoi.
Takpe, berani kerana benar, takut kerana salah.
[Reply]
Azree Hanifiah reply on July 21, 2008 10:34 pm:
Sdr alongexe,
Tak sempat nak edit.
[Reply]
Azree couple? Hahahaha. Hamba Allah ni memang buat lawak spastik.
Aku rasa ni kes jeles ni. Lelaki mana yang tak jeles kalau 10 orang awek UIA belajar main chess dengan hang sorang je. Terang-terangan kat cafe pulak tu.
Haha tapi memang lawak la entry kali ni. Azree couple? Hahahaha
[Reply]
Azree Hanifiah reply on July 22, 2008 11:14 am:
Aku pun tergelak baca komen awal dia. Tapi jawab sajalah macam biasa. Tiba-tiba dia bantai lagi tuduh. Mana boleh tahan. Terpaksa delete(ini jika anda ada kuasa).
[Reply]
azree bukan hensem pun. mana ada awek suka dia. hahaha…
gurau je.
alah, bercinta je. jgn dihalang naluri. cuma kalau belum mampu kahwin, puasa. selain puasa, sibukkan dgn aktiviti lain.
so takde la nak dating 24 jam. tp kalau dah berkenan, teruskan je hasrat tu, tp jgn la dok berkepit. pandai2 la.
dah besar. dah ngaji tinggi2.
[Reply]
Azree Hanifiah reply on July 22, 2008 12:15 pm:
Pakdi,
Awat tak tukar link lama itu ke link baru http://www.pakdi.my.
Bukan hensem ek? Yang penting tak kurus keding. Hehe.
[Reply]
alah..konpem ada awek yang mamat tue usha berlatih catur skali ngan hang..tue yang jeles..haha..ajak jer dia join kelab catur skali..
[Reply]
Macam ni sajalah..Saya bukan memfitnah sesiapa..Saya pun tau fitnah tu besar dosanya dari membunuh..Tapi,kalau orang tu munafiq,takkan kita nak diamkan diri je..Saya malas la nak bagitau sape nama budak muslimat tu merangkap couple si azree ni..Saya rasa dia sendiri mestila tau…
Kadang kita lantang bersuara pakai keboard je..Tapi tindakan macam hampeh je…Saya cakap ni berdasarkan pemerhatian saya terhadap anda sejak di uia pj..awak tak payahla nak buat drama pulak dengan cakap tak tau ape2
kalau nak saya paste gambar muslimat tu pun bleh je..saya ada banyak bukti..dan sy harap,awak sedar dan insafla…
-budak engineering uia-
[Reply]
Azree Hanifiah reply on July 22, 2008 4:30 pm:
Hurm. Lain kali cakap awal-awal. Perkara yang ini pun saya sudah sentuh di artikel lama. Sila rujuk http://studiomuslim.com/dakwah/risalah-vs-cinta/
Di situ saya sudah tulis yang dulu saya pernah menyukai seseorang tapi sekadar sms sahaja dengan si dia. Tak ada keluar berdua-duaan walaupun saya sendiri sudah berjumpa terus dengan ibu bapa dia. Cuma apabila berada di UIAM Gombak, saya sedar kesilapan yang itu.
Harap maklum.
Saya pun tiada masa hendak berselindung dalam blog sendiri. Andai ada apa-apa kemusykilan harap maklumkan cepat-cepat.
Pstt.. Saudara, boleh guna emel yang betul tak? Saya cuba hantar emel kepada saudara tidak dapat(emel tidak wujud).
[Reply]
mujahid reply on July 22, 2008 5:48 pm:
haha pemerhatian kamu tidak habis la..
analogi mudah..
seseorang yang pernah mengenal Umar Al-Khattab sebelum keislamannya datang kesebuah majlis yang mana Umar sedang berpidato dan berkata..
“kamu cakap tak serupa bikin wahai umar,
kamu hipokrit wahai umar!! bercakap tentang akhlak yang baik,menjauhi arak dan menjaga anak-anak sedangkan kamu sedang berbuat demekian…”
kemudian datang seorang sahabat lain..
kamu bercakap tentang silam Umar dan Umar sudah berubah!!
fatabayyanu!!
[Reply]
saifuddin reply on July 22, 2008 8:09 pm:
Hamba Allah, saksi hang tak diterima sebab berselindung di sebalik nama anonymous. Kalau nak buat dakwaan tu biarlah berani dan bersemuka.
Saya quote balik, “Kadang kita lantang bersuara pakai keboard je..Tapi tindakan macam hampeh je”
Kalau betullah sedara berada pada pihak benar, apsal kecut nak letak nama?
Dalam ilmu jarh ta’dil, kalau ada perawi yang tidak dikenali (majhul), hadis boleh jatuh ke tahap dhoif atau maudhu’. Oleh itu, aku memutuskan tuduhan sedara ini adalah bertaraf maudhu’.
Sekian.
[Reply]
biasalah tue, sape2 yang dilihat ‘beriman’ memang selalu kena tuduh bukan2. bersabarlah.
[Reply]
kapel
kepal
kapal
kepel
lepek
pelek
pelik..
pelik kan manusia
hahaha
lalala~
[Reply]
Jaga-jaga Azree, nanti ada pulak orang mengaku diliwat pula di blog ini
[Reply]
kahfi8 reply on July 23, 2008 11:21 am:
Yang ni betul-betul kelakar..
[Reply]
A’kum…
Bak kata Alongexe, berani kerana benar.
Sememangnya, mulut manusia x boleh ditutup.
Bila ada dakwaan yang dibuat, sila kemukakan bukti. Kalau tidak, selamanya akan dianggap fitnah.
Kerana pulut, santan binasa,
Kerana mulut, badan binasa. (Selingan…)
Dakwaan saudara hambaAllah, lebih kepada peribadi. Kalau bolah selesaikan secara tertutup. Janganlah diperbesar2kan.
Sesungguhnya, bila kita buka aib orang, Allah akan buka aib kita.
Dalam nasyid Mestica,
“Namun ranjaunya tidak akan sunyi…
Selagi denyut nadi belum berhenti…
Durjana syaitan kan cuba menodai…
Segumpal darah bernama HATI..”
Buat saudara Azree, kita manusia biasa. Bila Allah turunkan ujian, menunjukkan Allah sayang kita. LEBIH.. InsyaAllah…
Kita redha, Allah redha..
Wallahua’lam…
[Reply]
Hebat betul…orang buat kemungkaran pun boleh dihalalkan..Hmm..Dunia akhir zaman…
[Reply]
Azree Hanifiah reply on July 24, 2008 2:58 pm:
Saya ulang balik komen saya di atas:
Hurm. Lain kali cakap awal-awal. Perkara yang ini pun saya sudah sentuh di artikel lama. Sila rujuk http://studiomuslim.com/dakwah/risalah-vs-cinta/
Di situ saya sudah tulis yang dulu saya pernah menyukai seseorang tapi sekadar sms sahaja dengan si dia. Tak ada keluar berdua-duaan walaupun saya sendiri sudah berjumpa terus dengan ibu bapa dia. Cuma apabila berada di UIAM Gombak, saya sedar kesilapan yang itu.
Harap maklum.
Saya pun tiada masa hendak berselindung dalam blog sendiri. Andai ada apa-apa kemusykilan harap maklumkan cepat-cepat.
Pstt.. Saudara, boleh guna emel yang betul tak? Saya cuba hantar emel kepada saudara tidak dapat(emel tidak wujud).
[Reply]
kes rebut aweks? hihi …
budak2 ni … kelakar pulak tengok perkembangan kat sini.
[Reply]
Azree Hanifiah reply on July 24, 2008 2:57 pm:
Saya dah cakap memang ramai yang jeles. Hehe.
[Reply]
kenapa awak tak nak mengaku..kalau awak berani,kenapa delete nama tu?takut kemungkaran awak terbongkar?takut imej “baik”awak tercalar?sudahla kawan…
[Reply]
Azree Hanifiah reply on July 24, 2008 3:20 pm:
Bukan takut nama sendiri tercalar. Tetapi menjaga maruah si perempuan itu. Rasanya dalam artikel saya dah banyak saya mengaku tentang pernah menyukai seseorang, saya menghidap sindrom, tak cukup tercalarkah lagi?
[Reply]
berani kerana benar beb,takut kerana salah
[Reply]
Azree Hanifiah reply on July 24, 2008 3:22 pm:
Kalau saya tak berani, dah lama saya block saja IP adress saudara. Tapi saudara punya emel itu palsu. Tidak dapat saya nak emel memberi penerangan.
Siapa yang takut sebenarnya?
[Reply]
Hahaha, lawak2…
Kate berani klu benar, dah tu nape xbuh nama penuh beserta emel tulen.
Org yg takut ni, yg slh je beb.
[Reply]
Dearest azree,
stand in what yOu believe is right even if yOu are standing alOne!
[Reply]
Salam, benar, seringkali dalam medan dakwah da’ie sering menjadi mangsa keadaan, dari itu, musuh-musuh sering mengambil kesempatan jadi teruskan menulis dan berdakwah…Allah bersama orang-orang teraniaya…
[Reply]
Buat hamba Allah, bukan untung pun nak cari salah orang, nak dengki atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Kalaupun benar si Azree pernah sukakan seseorang apa masalahnya. Itukan kisah silam dia. Ingat, kalau kita dah taubat dengan ikhlas, insya Allah diterima
ada pepatah arab
?? ??? ??? ??? ??? ???
Let bygones be bygones.
Lagipun apalah salah Azree ni kat awak. Hairan jugak sebab sepanjang saya mengikuti blog ini tak adalah pulak dia ada kutuk sesiapa. Hidup awak mesti tak tenang sebab asyik cari salah orang. Fikir-fikirlah..
[Reply]
Assalamu’alaikum.
ada dua perkara Islam tidak membenarkan seseorang itu berdiam diri. pertama apabila kita mengetahui sesuatu kebenaran. kedua apabila agama kita dicemuh orang.
jadi saya hadir di sini untuk nyatakan kebenaran. telah lama saya berdiam diri membaca entri sdr azree dan komen2 pembaca. akhirnya saya harus bersuara.
buat sdr azree, maaf andai saya seakan membongkar sedikit kisah sdr.tetapi untuk kebaikan sdr juga.
begini. saya sahabat karib muslimat y dimaksudkan. bahkan lebih karib dari kalian fikirkan.saya bahkan mengetahui setiap apa yang berlaku antara azree dan muslimat tersebut.
seperti yang sdr azree katakan, dia pernah menyukai seorang perempuan. ya, benar. dia hanya SMS,juga benar. tiada langsung pernah menelefon muslimat tersebut melainkan ia tersangat urgent. paling lama pernah bersuara di telefon tidak sampai 19 saat. saya jamin yang itu.
kata sdr azree lagi, dia tidak pernah berdua-duan dengan muslimat itu(dating) juga teramat benar. mungkin jika ada y mata ternampak, mereka sering di program yang sama. itu sahaja. katanya sdr azree lagi, dia terus berjumpa ibu dan ayah muslimat tersebut. ya, sungguh benar. tidak usahlah untuk saya sebut berapa kali.saya menjadi saksi.
buat pengetahuan pembaca. sdr azree ini prinsipnya tidak suka berhubung melalui telefon apatahlagi berjumpa berdua-duan.bahkan, sepanjang saya memperhatikan mereka berdua di matrik, tiada langsung perkataan ’sayang atau ‘cinta’ yang keluar.
tetapi, harus ditekankan, semua ini berlaku di matrik uia.Setelah menyedari kesilapan masing-masing tentang hubungan begini, sdr azreelah yang mula meminta untuk memutuskan hubungan dengan muslimat tersebut atas alasan ia HARAM di sisi Islam. tidak usah saya ceritakan bagaimana cara y sdr azree gunakan.tetapi ini y membuatkan saya kagum dengan pendirian sdr azree untuk memutuskan hubungan itu. dia seorang y tegas dalam berprinsip.
maka, sehingga kini, hampir setahun lebih mereka sudah tidak berhubung walaupun dalam universiti yang sama dan by chance terlibat dalam program y sama.nyatanya, mereka berdua tidak bercouple!
sdr hamba Allah, salahkah seseorang y punya masa silam y hitam. adakah Allah menjamin bahawa manusia itu tidak pernah bersalah? bahkan lebih suci seseorang y bertaubat akan kesalahannya daripada y langsung hanyut dengan kesalahan sendiri. itulah berlaku antara azree dan muslimat tersebut.
sdr, hamba Allah, mohon spy sdr tidak melibatkan lagi muslimat tersebut dgn sdr azree. mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. bersih dari apa y sdr tuduhkan.tidak perlu rasanya untuk menyebut nama sahabat karib saya itu ataupun paste gambarnya di sini. jika tidak, sdr telah melakukan satu fitnah y maa besar. juga akhirnya mengaibkan org y tak bersalah.
sekadar itu. sdr azree, maaf kerana harus berterus terang. saya sudah tidak tahan melihat sahabat karib saya dan sdr dituduh begini.
wasalam.
[Reply]
Azree Hanifiah reply on July 25, 2008 11:43 am:
InsyaAllah entri kali ini saya akan buka hanya untuk dua minggu sahaja. Sekadar memberi penjelasan kepada Hamba Allah itu kerana emel yang digunakan adalah palsu.
[Reply]
Salam.
Saya tidak berkesempatan untuk komen panjang tentang hal ini sekarang. InsyaALLAH, saya akan usahakan malam ini.
Secara ringkas, saya adalah sahabat Azree yang kenal Azree dari Kolej Islam lagi. Malah, rapat dengan Azree di Matrik Uia. Saya tahu secara detail apa sebenarnya yang berlaku. Saya akan cuba ulas malam ini. InsyaALLAH.
[Reply]
Salam…
Hamba Allah, cuba check balik, betulka awak hamba Allah? Di mana adab seorang “hamba Allah” bila nak menasihati orang? Andai Si Azree betul-betul salah, apa hak awak nak menghukum dia dengan mengaibkan dalam blog dia sedangkan awak tahu ramai orang akan baca comment awak dalam blog nie.
Saya pun tak berapa kenal Azree, baru dua bulan duk jumpa dengan dia. Tapi cara awak nak tegur nie (anyway betul ke nak tegur?), membuatkan saya terus tak percaya tuduhan awak ni even baru kenal azree sebab awak tak mengikut syariat Islam. Ada Islam benarkan ke kita buat tuduhan secara terbuka camnie?
Dan satu lagik, cuba baca quotation ni:
“Tapi,kalau orang tu munafiq,takkan kita nak diamkan diri je..”
Hebat betul awak yer hamba Allah, sedangkan Rasulullah pun tak kenal orang munafik except Allah yang bagitau melalui Surah Al-Munafiquun, tapi awak boleh kenal yer orang munafik?? Toksah la duk menambahkan dosa, kalau betul azree buat salah, guna saluran yang betul, jumpa la mana-mana ustaz untuk tolong tegur kalau tak berani nak tegur sendiri.
Wallahua’lam…
“Qulill haqq, walau kana Murran!”
[Reply]
salam…ada satu teknik songsang iaitu apabila dituduh mengaku je….contohnya ketika imam syafie dituduh sebagai syiah dia berkata(kalo x silap r) kalo aku dituduh syiah kerana aku sayangkan ahli beit maka akulah syiah lebih kurang gitu r…makanya abang azree(senior kisas) cakap r camni kalo saya dituduh couple kerana ajar orang main chess maka sayalah yang couple itu..heheh bole terime ke?
[Reply]
“hamba Allah”
ko ni saiapa? Kalau betul berani kerana benar, tonjolkan identiti diri!
[Reply]
aku adalah hamba Allah
tapi bukan ‘hamba Allah’ yang menuduh azree begitu begini
sekian
hehe
motif komen ini?
cam best je jadi macam makhluk tu..
macam si saiful tu
hahahaha
pencetus kontroversi
gila kool
erm, ok ok tak kool
tp memang hangat habis lah perbincangan ini jadinya
sehingga terpaksa membuka sejarah lama
buat ‘hamba Allah’,
aku pun tak tau kau betul2 nak tegur atau tidak
tapi kalau kau main2
rasanya dah boleh stop dah kot
hehe
buat yang lain,
kudos
tapi aku rasa tak perlu dilayankan sangat kot
budak tu
(sila tekan perkataan ‘budak’)
mungkin benar dia nak menegur
mungkin dia saja
nak naikkan hit StudioMuslim
hahaha
buat Azree,
u know who i am
[Reply]
SALAM
jika akhirnya tembelang Yahudi terbongkar di akhir zaman…
Tembelang “kononnya HAmba Allah” terpapar dalam skrin komputer yang lagi jelas dan nyata…
pesan buat sdra/ri…. minta maafla kepada
mereka yang telah DIKAU ANIAYA dengan FITNAHMU..
TAKUTLAH PADA HARI PERHITUNGAN DAN AZAB API NERAKA…!!!!
dr shbt yang mengenali muslimat dan pemilik blog..
[Reply]