MLM: Mengenal Sistem ‘Pairing’ dan Sistem ‘Piramid’
Ada dua sistem yang menjadi sebutan orang sebelum memasuki mana-mana program Multi Level Marketing(MLM) iaitu sistem pairing dan sistem piramid.
Ini yang perlu anda tahu untuk menilai sejauh mana anda boleh pergi dalam satu-satu program MLM. Ramai yang tersilap sangka antara dua jenis sistem ini.
Ada yang mahu mengelak daripada dikatakan MLM yang dimasukinya itu haram kerana sistem piramid yang digunakan, lantas mengatakan MLM yang dimasukinya menggunakan sistem pairing.
Mengenali sistem pairing
Ada dua sistem pairing yang paling popular dalam dunia MLM iaitu binary dan hybrid. Dua syarikat besar yang menggunakan sistem ini adalah Mannatech dan Usana.
Kedua-duanya ada beberapa persamaan yang sama. Jadi, eloklah saya ceritakan persamaannya sahaja supaya kita jelas apa ciri-ciri utama sistem pairing berbanding dengan sistem piramid.
1) Setiap ahli digalakkan mempunyai dua orang downline sahaja pada ‘direct level’ ahli tersebut.

Sekiranya terdapat lebih downline daripada seorang ahli, maka itu tidak termasuk dalam sistem pairing hybrid dan juga binary. Mungkin ada, cuma saya belum mendengarnya.
Lebih senang untuk kita memahami konsep pairing ini dengan membahagikan downline terbahagi kepada dua bahagian. Kita bahagikan downline kepada side A dan juga side B. Rujuk gambarajah yang diberi.
2) Kedua-dua bahagian mestilah seimbang satu sama lain atau sama banyak.

Jika salah satu side tidak seimbang, maka level downline bermula dari yang tidak seimbang tersebut akan terputus. Dan upline pertama hanya akan menerima komisyen daripada downline yang masih lagi berada pada level yang seimbang.
Sebagai contoh, lihat gambarajah ini.

Upline pertama hanya akan menerima komisyen daripada downline pada level pertama sahaja. Manakala upline kedua di side A akan menerima komisyen kesemua level downline di bawahnya.
Maka, tidak wujud perkara yang disebutkan orang siapa masuk dulu akan lebih kaya dahulu.
Inilah yang disebut orang satu level terputus downline dan menyebabkan kedua-dua side tidak seimbang daripada bilangan downline atau dengan kata yang difahami pelajar Matematik sebagai tidak symmetrical.
Contoh lain boleh lihat pada gambarajah yang ini pula.

Disebabkan bilangan downline tidak seimbang pada level ketiga, maka upline pertama hanya akan menerima komisyen daripada downline sampai level tiga sahaja.
Ciri utama kedua inilah yang membezakan antara sistem piramid dan juga sistem pairing. Upline pertama tetap kena memerhati, tetap sentiasa kena menolong ‘downline’nya merekrut orang baru seandainya tiba-tiba sebelah side tidak balance kerana kekurangan orang.
Saya harap penerangan ringkas ini dapat memahamkan anda tentang konsep pairing.
Mungkin ada sistem pairing yang ahlinya boleh merekrut seberapa ramai orang pada satu level, tetapi ciri utama supaya setiap downline setiap orang yang direkrutnya perlu balance tidak wajar diketepikan.
Sistem piramid
Sistem piramid pula tidak mengira sebelah side balance ataupun tidak. Upline pertama tetap akan mendapat komisyen daripada semua level downline di bawahnya.
Inilah yang menyebabkan upline pertama walaupun tidak melakukan apa-apa kerja, tetap akan lebih kaya daripada ‘downline’nya. Manakan tidaknya, kalau upline kedua mendapat lebih banyak downline daripada upline pertama, upline pertama tetap akan mendapat komisyen daripada semua downline kepunyaan upline kedua.
Contohnya boleh dilihat pada gambarajah ini.

Tidak kisahlah downline yang lain seimbang atau tidak, si ketuanya(orang yang masuk dulu) pasti lebih kaya berbanding yang di bawah(masuk kemudian).
Penutup
Mungkin timbul persoalan apabila setelah mengetahui perbezaan antara kedua-dua sistem ini.
“Kalau macam ini, sistem piramid lagi banyak untung.”
Tetapi sebenarnya, syarikat MLM yang menggunakan sistem pairing lebih mendahului daripada syarikat MLM yang menggunakan sistem piramid. Mungkin disebabkan peserta yang menyertainya memang betul-betul ingin berniaga.
Bukan sekadar cari downline dan main taktik 4D(Duduk Diam Dapat Duit).
Saya terpaksa mengerah akal untuk memikirkan cara bagaimana yang sesuai digunakan supaya orang yang membaca memahami perbezaan antara sistem pairing dengan sistem piramid.
.
.
Pesanan: Saya bukanlah seorang yang bergiat dalam MLM. Harap kalau ada kesalahan dari sudut penerangan, boleh bantu untuk dibetulkan. Pemahaman saya tentang sistem pairing merujuk kepada sistem yang digunakan oleh syarikat Usana dan Mannatech yang merupakan founder kepada sistem pairing.
mmmmm baru lah jelas senang nanti nak explain pasal perbezaan antara system binary dan system pyramid…..
TQ
adakah sistem binary haram dalam islam &undang2 malaysia??
Salam…. sy ingin juga mengetahui @ pun mendapatkan perbandingan/penjelasan mengenai perniagaan yang mempunyai plan ‘unilevel’, ‘breakaway’ & ‘matrix’. Klu boleh beserta dengan rajah seperti yang telah ditunjukan berbezaan antara pairing dan juga piramaid. Mohon agar dijelaskan bagi membantu sy memilih untuk membuat perniagaan yang ade skrng ni yang terlalu banyak. t/kasih.
please answer…….
adakah sistem pairing ini halal disisi undang2 agama.
Mengenai hukum halal dan haram, saya tidak dapat menjawabnya.
terima kasih saudara Azree,baru saya tahu sistem yang diguna pakai dalam mlm yang saya sertai tu rupanya sistem pairing.ramai juga yang tanya katt saya kata bisnes saya tu sistem piramid.alhamdulillah,mudah saya nk jelas kat dorang nnti
percaya x, sistem pairing boleh menjadi sistem piramid, kenaper…. sila perhatikan jika yang A berada diatas dan ia mempunyai 2 kali B dan C, kaki B laju, banyak pair bawah dia, C plaks slow, xramai join, btul pada masa itu A xkan untung banyak, tapi dalam jangka masa panjang, A tetap untung n boleh makan besar jika kaki C mula laju, mesti A akan mkn lebih besar dari 2 kaki dia itu tadi….. yg terbaik, cari comp yang mengamalkan MLM tulen yg menawarkan sistem breakaway, kerana, jika dah break, confirm org atas yg pemalas xkan kaya…. yer x?
pokoknye program ini untuk membantu ummah.jadi yang masuk perlulah ikhlas mengeluarkan duit dengan niat membantu dan orang lain akan membantu kita juga.bantu membantu.yang penting niat.Menderma kat orang lain dan orang lain menderma kat kita kan simple. tak kira le sapa yang buat.nak buat sisem piramid ke pairing ke coz ini bukan perniagaan @ pelaburan.cuma agihan duit yang didermakan kepada ummah.
Walaupun sistem binary/pairing/pyramid apa sekalipun, kalau dah dapat keuntungan melalui kemasukan ahli dibawah dan bukan fokus kepada penjualan produk, sistem boleh dikategorikan haram.
bagi saya tiada masalah sistem apapin asalkan ada org yang nak masuk dok bawak kita, ada biz nak dapat income mesti kena ada 2 orang bawah secara direct line, ada biz tak perlu macam tu. dapat sorang saja dah ada income, tapi hakikatnya untuk naik pangkat yang lebih tinggi, kita mesti ada ramai downline, dan jika di lukis ia akan terbentuk tiga segi, iaitu piramid, dalam MLM manapun, bentuk tiga segi ini tetap terjadi. ada biz tak perlu piramid, cuma dapat sorang saja dah dapat income, ini betul tapi kalau dia nak naik pangkat dia kena cari 2 org, atau 3 atau 4 atau 5 org dok di bawahnya, dan mereka inipun kalau nak naik pangkatpun kena buat macam tu jugak, jadi bila kita lukis atas kertas, terbentuklah tiga segi yang dikatakan peramid. sesetengah biz kononnya tiada pairing untuk dapatkan income, tapi hakikatnya nak naik pangkat kena ada 3 atau lebih untuk berada dibawah dia, jadi ini adalag pairing sebenarnya. pairing untuk naik pangkat. mesti ada 2 atau 3 atau 4 atau5 downline direct kita. itu maksudnya pairinglah tu
sebenarnya piramid dan pairing ni ibarat macam lagu dgn irama la.. sebenarnya tak kisahlah sisten jenis apapun, bak kata MLM ni org melayu dah muak, malas nak layan lebih byk yg gagal dari yang berjaya, dalam mlm, untuk jadikan kita seorang kaya atau jutawan atau untuk melayakkan kita pakai bmw, kita mesti berjaya memiskinkan downline kita yang beratus ratus, lagi kita kaya bermakna lagi ramailah yang berhutang di bawah sana.. kalau ada sifat kesian kat org sy nasihatkan jgn lah masuk MLM. lebih baik tanam pokok pisang dan meniaga goreng pisang tepi jalan, walaupun dapat sikit tapi tiap2 hari dapat, jgn lekas terpengarah dgn bmw yang diaorg bawak, sbb anda tak mungkin mampu buat seperti mereka..
tak salah kalau nak mencuba nasib cuma kena pastikan beberapa perkara. 1. syarikat yg kukuh (tulang belakang syarikat terdiri org2 atau tokoh2 korporat yang hebat dan terkenal dan mempunya bangunan syarikat sendiri), 2. barangan atau produk yg boleh diterima masyarakat malaysia, 3. harga produk yang mampu dibeli oleh masyarakat. 4 produk yang berfaedah dan bertahan sepanjang masa, 5. plam marketing yang mudah difahami, 6. kumpulan kerja yg kuat, 7. dan yang paling penting upline mesti berdekatan dgn kita sbb senang kita nak follow. income byk atau sikit bukan persoalannya. income byk modai byk. yang penting mulalah dgn modal yang sedikit dan usaha yang byk anda akan selamat, kalau gagalpun anda taklah terlalu kecewa sgt. jgn tamak bila org tunjik income upline sampai belas2 ribu tapi susah payah perit lelah macam mana nak dapat byk tu kita tak tau lagi. kita cuma nampak emas kat seberang tapi kita tak nampak duri muara.
buatlah apapun asalkan bersungguh sungguh. kalau kita bersungguh sungguh tipu org, kita tetap berjaya selagi tak kena katoq..
bisnes MLM adalah biz org muda di mana mereka malas nak jual barang di kedai atau dari rumah ke rumah. mereka hanya ajak kawan minum di kedai kopi sambil sembang2. dalam masalah MLM bukanlah dari segi sistem atau income atau produk tapi sejauh mana kita boleh yakinkan org itu supaya dia percaya yang dia boleh buat duit dan yakin dgn biz kita. jika dia pernah buat dan pernah gagal, mungkin sukar bagi kita sbb org itu sudah ada pengalaman dlm bab MLM, ramai org melayu mudah putus asa, bagi yg putus asa mereka sudah tidak berminat lagi kalau dgr MLM ni. rasa macam nak penyepak je.. kadang2 kita fikir balik buat apa kita ada BMW tapi hasil dari duit org yang gagal, tak kesianke kat depa semua..
kalau kaita dah jadi oatai dan dah agak kaya tu, apa salahnya bantu downline yg susah, tolong cari downline kat diaorg sama. jgn kira masuk poket kita saja. kalau kita rasa kita ni seorg yang takdak perasaan dan hati kering.. bolehla buat MLM, tapi kalau nak berniaga jugak saya ingat buat biz lain la, MLM ni tolak tepi dulu.. kalau ada duit, elok beri barang2 yg masyarakat boleh pakai, kemudian buat sewa.. khemah kendurike, pinggan mangkukke, atau beli rumah buat sewa.. biz paling untung adalah sewa menyewa..
terima kasih atas penerangan ini.. menarik..
bila gagal timbul la tafsiran macam2,walhal yg mengagalkan itu diri sendiri..bukan masaalah makan duit org bawah,kulit sampai hitam tempuh hujan ribut buat kerja org tak nampak,tapi bila berjaya dituduh menipu…pada yg gagal dlm ape bisnes,jom ikut saya buat bisnes ni nak tgk rajin ker pemalas…jgn main cakap jer..kutuk,kondem…turun pdg baru tau langit tinggi rendah…!!
bagaimana pula dengan perniagaan cari duit yang popular di facebook sekarang?
pernah saya bertanya dengan salah seorang daripada ahli, mengenai perniagaan mereka dengan log in facebook dapat minima seratus,
ahli tue berkata, perniagaan mereka tidak memerlukan product
mengikut pengetahuan yang saya ada,
sistem piramid tidak mengutamakan barangan/product tetapi lebih kearah mencari org bawah,
jadi.. sistem perniagaan yang dijalankan di facebook itu.. sistem piramid ke?
Perniagaan yang tiada produk bukan perniagaan namanya.
Kalau namanya jual beli mestilah ada produk.
Jadi mereka yang kata perniagaan mereka tidak memerlukan jual produk, itu memang tipu.
Sistem piramid hanyalah sebuah sistem seperti yang ditulis dalam artikel di atas. Harap baca bagi habis. ~_^
Sistem piramid tidaklah tertumpu kepada Skim Cepat Kaya semata. Banyak saja perniagaan MLM yang betul juga menggunakan sistem piramid.
antara MLM yang tidak menggunakan sistem piramid ialah Zhulian, Tupperware,
sebab.. perniagaan mereka merujuk kepada hasil penjualan product masing2..
saya semakin bimbang dengan biz buat duit yang popular di facebook..
dengan log in, tanpa jual brg, boleh dapat duit..
5hari boleh cecah 1.3k.. banyak n best sangat… sapa la yang tak nak.. tapi.. sumbernya.. =(
sabagai info…
saya baca daripada link ini..
http://helmikadir.com/?p=87
Kebanyakan bisnes MLM menggunakan sistem piramid!
Yang menjadi haram bukanlah kerana sistem tersebut sahaja tetapi kerana tidak fokus kepada produk dan beberapa sebab lain.
terima kasih untuk info yang diberikan,sangat saya hargai,
dan saya juga memang setuju kebanyakan syarikat MLM menggunakan kaedah piramid,
tambah pula dengan pengakuan salah seorg ahli di facebook, “biznes nie tak ada product, dapat komisen 100% kalu dapat org bawah”
kini saya dah faham,
terima kasih sekali lagi ye,
MLM tidak bersalah. Yang silap jikalau promosi tanpa memperkenalkan produk dan pastinya akan lebih kelihatan seperti money game!
ape pun, saya lebih selesa jika ingin buat MLM dengan plan unilevel berbanding binary..:)
erm…
selain memperkenalkan product…
syarikat tue perlu jelaskan..mcm mana keuntungan setiap ahli tue perolehi dengan JELAS,
salah jika kita kata haram kerana tidak fokus pada produk sahaja, sebagai peniaga, kene focus pada after sales service juga untuk memastikan kepuashatian pelanggan atau peniaga baru untuk lebih memahami apa-apa yang perlu difahami, bagi saya yang mendalami bidang network marketing ni, sangat mudah untuk memahami perkara seumpama ini.
saya juga suka mengkaji muamalat, cara2 berniaga ikut syariah dan cara2 berniaga ikut RASULALLAH. fatwa yang menyatakan perniagaan berbentuk MLM HARAM hanya ditujukan kepada sistem2 tertentu sahaja.
mengikut pemahaman saya diwebsite ustaz zaharuddin. kalau tak focus pada produk, tapi dia focus untuk bimbing orang lain untuk menjual produk tak salah, secara tak langsung focus pada produk jugak, yg menjadikan ia haram, ialah pabila persembahan/pengenalan sistem tidak menunjukkan kualiti/cara penggunaan/ada-atau-tidak sesuatu produk itu dalam pelan marketing, justeru menunjukkan MONEY GAME. ini adalah haram. sila rujuk http://www.zaharuddin.net pakar muamalat malaysia. apa sahaja yang saya kata haram adalah kerana, didalam topic lain diwebsitenya, telah dikatakan, untuk mengkaji halal haram sesuatu pelan marketing itu, perlu dirujuk oleh ULAMA BESAR melalui perbincangan dua hala dengan pakar/perunding syarikat multi-level marketing tersebut. ulama besar perlu diupah oleh syarikat untuk mengkaji jika sistem pelan marketingnya halal. kalau dia tak upah? maksudnya???? pandai-pandai la kita fikirkan…KITA BUKAN SAHAJA ORANG MELAYU!! KITA ADA AGAMA!!!! AGAMA ISLAM MENGAJAR KITA!!!! KENAPA PERLU CAKAP MELAYU SEKARANG SUKA MEMBURUK-BURUKKAN ORANG MELAYU? SEDANGKAN KITA MELAYU BODOH SEBAB SOKONG MELAYU YANG PANDAI MENIPU. YANG LINCIK MENIPU DENGAN PELBAGAI MUSLIHAT UNTUK MEMENINGKAN UMAT ISLAM, TERANG-TERANG DIKATAKAN DALAM AL-QURAN “PERSEMBAHAN YANG MUDAH DIFAHAMI, MAKLUMAT YANG BETUL DAN TELUS ADALAH ANTARA SYARAT-SYARAT UNTUK SESEBUAH MLM SAH DISISI SYARIAH ISLAM!!! ALLAH YANG MAHA KUASA BAGI AKAL FIKIRAN PAKAILAH…JANGAN JADI JAHIL!!!!
maaf…ternaik darah pula, sebab melayu sekarang, hanya setia pada kawan dan nasihat kawan-kawan dan keluarga, bukan lagi setia dan redha dengan ajaran Al-Quran dan syarat-syarat yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Al-Quran dah ada…rujuklah, kalau tak jumpa kat mane nak rujuk, jumpa la ustaz kat masjid berdekatan, tanya-tanyakan kat mane nak cari sumber maklumat muamalat, apa-apa yang berkaitan dengan perniagaan dalam islam.
pasal lesen AJL syarikat MLM ni plak, dari bertahun-tahun lepas sampai sekarang, “aku dengar cerita lesen kene tarik” “aku dengar….” “aku dengar…” APA NI???? tak payah dengar-dengar!!! BODOH!!!! pergi ke website ni http://www.kpdnkk.gov.my kalau tak jumpa link kat mane nak cari aktif atau tidak lesen AJL syarikat tu…cari nombor telefon yang boleh didapati disebelah kanan dibawah.
setiap komisyen yang didapati “ATAS ANGIN”, atau 4D “duduk diam dapat duit” adalah sangat meragukan kehalalannya, terdapat unsur syubhah disitu. jadi, saranan ulama-ulama yg ditekankan oleh ustaz zaharuddin(senang sahaja rujuk dengan ustaz ni/ulama kecil ni sebab die berhubung secara terus dengan ulama-ulama besar di al-azhar) ialah jika inginkan sesuatu bonus komisyen melalui perniagaan berbentuk multi-level marketing perlulah sedikit usaha dikeluarkan, walaupun seorang upline berusaha untuk mengenali downlinenya di peringkat ke-seribu pun, sekurang-kurangnya dia berjumpa dengan downline, bercakap, memberi penerangan dan sebagainya(apa-apa jenis usaha) walaupun bantuan dia hanya setakat sebutir pasir, ia hanyalah untuk MENDAPATKAN HAK ke atas komisyen tersebut.
salah satu rangkaian pesanan yang boleh dijadikan contoh untuk pemahaman semua ialah, pabila mendapat downline, sila pesan kepadanya, “jika terdapat prospek yang ingin menjadi ahli perniagaan untuk produk, sila bawa dia jumpa aku dan tunjukkan kepada dia siapa upline2 kita”
>>>pesanan rangkaian ini akan mendapatkan hak keatas komisyen, cara2 lain seperti membuat website untuk kegunaan downline dan berpesan kepada mereka untuk menggunakan website ini sebagai rujukan juga, dan downline kepada downline anda pun berpesan kepada downline mereka pasal ini juga.
ISLAM wahai rakan-rakanku…adalah agama yang indah, walaupun ada batasan tapi ia fleksibel. cara hidup islam berubah dari zaman ke zaman. aplikasi perubahan ini bergantung hasil perbincangan oleh ulama-ulama besar untuk menentukan dan mengeluarkan fatwa baru untuk menyenangkan umat-umat islam di saat dunia menghampiri kiamat ini. saya tak berapa ingat tentang cerita ini yang terkandung dalam al-Quran, tapi berbunyi lebih kurang macam ni, “aku berikan kau sedikit rezeki, maka tidak mengapalah kau beribadat sedikit kepadaku”
tak berapa sure ye! tapi lebih kurang macam ni. manusia akhir zaman, mempunyai lebih banyak dugaan dan disenangkan dengan kemudahan untuk beribadat sedikit, boleh tapi wajib dilaksanakan. sekarang ni, ramai je nama islam, tapi solat lima waktu pun jangan harap nak penuh, tertinggal pun memanjang je bagi alasan terlupa nak qada’.
sedih…
wassalam…