
Saya ingin memohon maaf kerana sudah beberapa hari blog ini dibiarkan tanpa entri. Agak sibuk dengan urusan pendaftaran masuk universiti dan beberapa program lain.
Kali ini saya ingin berkongsi satu application yang telah dibuat oleh rakan saya, Pikri. Application ini amat membantu dalam mencegah virus-virus yang datangnya daripada pendrive daripada terus masuk ke dalam komputer anda. Application yang dibuatnya ini diberi nama V-Check.
Dia memulakan projek ‘klik sini’ ini sejak tahun 2006 yang ketika itu hangat dengan merebaknya virus seperti Ravmone, Brontok, Broact melalui pendrive. Virus-virus seperti ini akan menyerang komputer anda secara automatik kerana adanya script ‘autorun.inf’ yang akan mengaktifkan virus tersebut sebaik sahaja pendrive dibuka.
Ramai yang kurang menyedari akan hal ini dan akibatnya virus-virus seperti ini menyerang komputer-komputer dalam kuantiti yang besar. Boleh dikatakan satu kejayaan besar bagi ‘mereka’. Teringat saya satu ketika dahulu sampai ada komputer kawan saya yang ditampal notis ‘Jangan Cucuh Pendrive Di Sini!!!’.
Daripada perkara inilah tercetusnya idea Pikri untuk membuat satu application yang dapat memberi warning kepada user sekiranya terdapat virus di dalam pendrive.
Sejarah V-Check
Pada asalnya, dia namakan application ini sebagai ‘slayerz’s virus-detector’ yang berfungsi untuk beritahu user seandainya ada virus, tapi kelemahannya adalah user itu sendiri kena run virus-detector ini. Sama macam antivirus biasa yang kita akan check dahulu sama ada pendrive tersebut mempunyai virus atau tidak.
Kemudian projek itu ditangguhkan dalam satu tempoh yang agak lama kerana ketiadaan sumber yang banyak. Sehinggalah hujung semester, barulah ditambah lagi beberapa fungsi seperti delete file virus. Dan namanya pun ditukar menjadi ‘Virus-Detector’.
Tidak lama selepas itu, dinaikkan taraf jadi SUV (Slayerz’s Uncle-Virus). Nama ini dipilih kerana pada ketika itu virus seperti brontok akan menutup apa sahaja window yang menggunakan nama ‘antivirus’ dibuka.
Selepas masuk ke UIAM Gombak barulah ditukar nama kepada V-Check yang dapat mengesan dan memberi amaran supaya jangan diklik pendrive. Kemudian dari situlah application yang dibuatnya ini di’upgrade‘ sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang sudah sampai versi 0.0.4.4.
Bagaimana V-Check Berfungsi
Apabila user memasukkan pendrive di komputer yang telah dipasang V-Check, jika pendrive tersebut membawa virus, V-Check akan alert dan tolong buka pendrive tersebut menggunakan command dos(hidden windows). Jadi, dapatlah elak daripada virus tersebut di’execute‘ dan menjangkiti komputer tersebut pula.
Pada versi V-Check 0.0.2.3 telah ditambah function untuk menguruskan pendrive yang mempunyai ‘autorun.inf’ tapi tidak berbahaya seperti ‘autorun.inf’ yang hanya ada command icon seperti smile.ico atau label. Jadi tidaklah tersalah bagi memberi warning palsu kepada user.
Ada juga fungsi untuk eject pendrive sekiranya ada virus. Virus akan dibuang terlebih dahulu dan barulah eject pendrive. Tujuan fungsi ini dtambah adalah kerana ‘autorun.inf’ yang telah di’delete‘ bersama-sama dengan virus tadi tetap akan berfungsi sehinggala pendrive tersebut di’eject‘.
Kaedah eject ini amat penting sebagai satu langkah untuk memastikan pendrive tersebut benar-benar bersih. Sekiranya pendrive anda bersih(tiada virus aktif, tapi mungkin ada virus pasif yang tidak berapa bahaya), V-Check akan tolong buka pendrive anda menunjukkan pendrive anda adalah selamat digunakan.
Bukan itu sahaja, kebiasaannya pendrive yang mempunyai virus yang telah execute akan mempunyai masalah untuk eject pendrive daripada komputer kerana dikira ada program yang running daripada pendrive tersebut. Jadi, V-Check akan menolong untuk remove pendrive itu dengan selamat.
Beberapa Perkara Sebelum Install V-Check
Ada beberapa perkara yang perlu anda ambil kira. Pertamanya, V-Check bukanlah sejenis antivirus. Ia hanyalah satu application untuk mencegah virus daripada menyerang komputer anda. Jadi, jika komputer tersebut sudah dijangkiti virus, V-Check tidak dapat membantu untuk membuang virus tersebut.
Motto V-Check ini juga adalah “Prevention is better than cure”.
V-Check ini hanya bertindak untuk membuang virus dalam pendrive atau apa-apa jenis hardware yang disambungkan menggunakan USB sahaja. Jadi, virus di dalam hard disk anda tidak dapat dibuangkan.
Apa yang saya suka mengenai V-Check ini adalah saiznya yang terlalu kecil iaitu tidak sampai 1MB pun. Jadi, ia tidaklah memberatkan langsung komputer anda. Apabila anda sudah donwload V-Check ini, klik sahaja pada icon tersebut dan ia akan install terus dalam komputer anda.
Akan kelihatan satu icon kecil pada taskbar anda yang menunjukkan ia sudah pun di’install’ dalam komputer. Jika windows anda memberi amaran yang adanya hidden install berlaku, accept sahaja kerana memang V-Check ini direka sedemikian supaya tidak menyusahkan user.
Mengikut perancangan Pikri untuk semester akan datang, akan dilancarkan pula Antivirus yang dihasilkannya bersama dengan grup programmer yang dibuatnya. Doakan usahanya berjaya.
Cuma selepas menggunakan V-Check ini, saya tidak perlu lagi menegah rakan-rakan daripada menggunakan pendrive mereka di komputer saya. Dan tidak perlu lagi menyoal panjang, “Pendrive kau ada virus tak?”
P/s: Pikri minta saya tangguhkan dahulu entri ini kerana dia mahu membuat sedikit lagi pengubahsuaian pada V-Check. Tetapi akhirnya selepas dipaksa-paksa dia kata letaklah dulu. Nanti kalau anda mahu update versi 0.0.4.5, daftar di laman webnya sahaja, http://www.slayerzblad3.com.
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Popularity: 19% [?]
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
December 3rd, 2007 at 5:20 pm
wah..entri yang menarik. Tahniah buat pikri kerana mengusahakan sesuatu yang berfaedah
p/s: saya tidak dapat membuka page hadapan blog ini kerana diblock lagi. Anehnya entri berkenaan anti virus ini boleh pula dibuka?
[Reply]
December 3rd, 2007 at 10:19 pm
Salam…untuk makluman semua, V-Check masih lagi diletakkan
di bwh status BETA VERSION yg bermakna berkemungkinan ianya
masih lagi mempunyai masalah untuk bfungsi dgn Windows Vista
dan berkemungkinan tidak ‘compatible’ dgn Windows 9x.
Sekiranya PC anda menjadi lembab selepas instal V-Check,
sila ikut langkah2 berikut :
1-Tekan Ctrl+AltDel untuk buka task manager
2-Terminate process V-Check.exe
3-Klik pada START/ALL PROGRAM/STARTUP
kemudian right-click atas ikon V-Check, pilih menu delete.
Perkara dia atas jrg2 skali berlaku, tetapi itu saranan sy bagi komputer yg tidak compatible dgn V-Check.
[Reply]
December 3rd, 2007 at 10:46 pm
assalamualaikum…
ada pendrive yg tlh dcucuk ke laptop sy…
bile klik “scan for virus” kluar statement kate “cannot find script file F:\Haha.js”
nk eject pn ade problem walaupn dh install Vcheck virus…
knape ye jd mcm tu?
[Reply]
December 3rd, 2007 at 11:11 pm
w’salam…hmm, bila dah instal V-Check, xperlu scan for virus dah. Bila dah cucuk tu, juz biar je…jgn usik atau klik pendrive tu..
Btw, haha.js tu adalah sjenis worm mggunakan javascript.
V-Check xkan eject pendrive sesuka hati, cuma jika ada virus dlm pendrive dan mendapat arahan utk delete (sekiranya anda jwn NO) dan juga ketika waktu kritikal yg jrg berlaku. Ketika itu, barulah V-Check akan ambil langkah utk eject pendrive. BTW, jika mggunakan Windows XP, pendrive boleh dicabut trus kerana ada function optimized removal.
[Reply]
December 6th, 2007 at 9:46 am
wah bagusnye application ni…tahniah buat pikri…teruskan usaha tersebut…lepas ni tak yahlah tye kwn2 ada virus ke tak atau kena scan dulu baru guna notebook…tq!!!
[Reply]
December 6th, 2007 at 9:52 am
Slayerblad3 a.k.a Pikri. Alhamdulillah dah boleh jadi tukang jawab hal-hal berkaitan virus di StudioMuslim. Kan sudah aku cakap yang kau memang penggemar virus.
[Reply]
December 6th, 2007 at 11:51 pm
hahaha, bykla ko punye pggemar virus!:p
btw, trima kasih kpd xara & alhan…insyaallah usaha akan diteruskan utk kluarkan anti-virus (simple2 je) tapi sem ni agak sibuk…mgkin lmbat dr yg dirancang.
[Reply]
December 10th, 2007 at 12:31 pm
Thanks. Info yang bagus dan aku memang tak penah try V-Check ni. Aku dah download. Harap betul2 dapat membantu..
[Reply]
December 10th, 2007 at 1:48 pm
Kebiasaannya orang mengatakan V-Check ini bagus adalah orang yang komputernya selalu dicucuh bermacam-macam pendrive. Maksudnya orang yang main beri saja orang lain guna komputernya dan buat apa sahaja.
[Reply]
December 11th, 2007 at 3:07 pm
salam…
akak dah d/load v-check ni…so far alhamdulillah…akak d/load kat pc di ofis…besa la kt opis ni…pakai sumbat je pendrive klu nak amik apa2 maklumat atau data…tapi kat cpu akak tu ada bunyi skit lepas akak d/load v-check…napa ek? satu adakah v-check ni kena run setiap kali kita buka pc?sbb pc akak berbunyi lpas d/load V-Check…
baru2 ni akak baru beli notebook kat pc fair…cadangnya nak d/load v-check…ye la “Prevention is better than cure”…akak guna win XP…tingat pikri cakap yg vista right now tak bape nak compatible dgn V-Check lagi…cuma yg menjadi kemushkilan ialah adakah klu akak d/load kat notebook akan berbunyi jugak?
satu lagi nak tye antivirus yg mn ok? sbb dr homework yang akak buat, ramai yg suka bitdefender, kaspersky, nod32, avast, avira dan lain2 lagi…akak faham yg AV tu masing2 ada kelemahan dan kelebihan…cuma akak nak tau klu user cam akak yg guna komputer untuk kerja yang ringan jer setakat guna MS office yg biasa jer … AV yg mn ok?mkasud akak yang dapat detect, clean dan tak memudaratkan file atau program kita?
satu lagi spyware, malware dan firewall tu apa dia?
maaf akak mmg tak tau ttg it ni.
p/s:macih pada pikri atas maklumat ttg penyamaran…
[Reply]
December 11th, 2007 at 4:20 pm
Kak Alhan,
Bunyi sikit? Hurm. Memang kawan saya Pikri ini design V-Check macam tu. Ada bunyi bila pendrive dimasukkan. Tapi jangan risau, tiada apa-apa masalah pun mengenai hal itu. Sekadar suka-suka main bunyi masa design V-Check.
V-Check ini akan auto run sendiri setiap kali kita buka PC kita. Jadi tidak perlu kita kena run sendiri.
Pasal hal bunyi tersebut nanti saya bincangkan dengan Pikri supaya application nya itu ‘tidak menakutkan’ orang. Huhu.
Persoalan lain saya minta Pikri jawabkan.
[Reply]
December 11th, 2007 at 4:58 pm
Salam kak alhan, berbunyi mcmane tu?
Klau bunyi wktu pendrive dibukakan, xde papela tu, juz sound effect mnunjukkan pendrive selamat digunakan.
Versi akan datang, perkara trsebut akan diambil kira.
V-Check tidak perlu di’executed manually’ kerana ia mmg dah diletakkan dlm ‘folder startup’ (start setiap kali PC dibuka).
Berkaitan AV yg bagus, setahu sy RUGRA, software dari India yg mana tidak memerlukan update tapi xtahu kat mana nak dapatkan.
Bt masa ni, sy guna kaspersky 6.0. Versi 7.0 pn baru kluar.
Mcm abg sy, dia gunakan 2 AV skaligus. Sekiranya AV pertama tidak dapat mgesannya, mgkin AV kedua dapat mgesan file virus.
Tetapi, sy xsarankan sgt mggunakan 2 AV skaligus.
Bt masa ni, sy tgk kaspersky agak bagus dibandingkan dgn yg lain
tetapi PC kdg akan jd ‘berat’ sikit wktu buat full scan.
p/s: cadangan asalnya, V-Check akan dimasukkan semula sbg function di dalam software AV sy nanti, tapi ats cdgan rakan, sy akan trus kluarkan V-Check sbg stand-alone software
[Reply]
December 11th, 2007 at 5:53 pm
BTW, spyware tu singkatan bg ’spy’+ ’software’. Spyware clalunya akn collect personal info mcm credit card no. and mcm2la termasuk boleh disable control yg ada kt windows, directing ke website ape2 dan mcm2 lagi…xmuat entry ni nak xplain.
adware plak dari advertisement+software. Clalunya dia akan ubah alamat homepage kpd website 3rd party, pastu myebabkan byk iklan kluar waktu surfing i.e. POPUP
malware plak dari malicious+software yg mana agak berbahaya kerana merosakkan sistem, dan sbgainya. Cth malware macam Worms, Trojan Horse, Virus tapi xsme virus adalah malware.
Sesetengahnya panggil benda ni sbg badware.
Firewall plak berasal dari term yg digunakan oleh bomba kat US nun. Bila rumah terbakar, diorg akn gunakan firewall utk halang api dari merebak ke rumah sebelah. Dari segi computernya plak, mgkin nak halang dari virus atau worm dari merebak dlm PC.
serba sedikit yg sy tau, klau ada sape2 yg mmg specialist dlm bidang ni, harap dapat kongsi
[Reply]
December 11th, 2007 at 6:08 pm
hmm…ni sdikit petikan yg diambil dr wikipedia :
Many houses were constructed with bricks in the wall in order to stop the spread of a potential fire.
These bricks in the wall were referred to as a firewall.
It is intended to contain and delay structural fire from spreading to adjacent structures.
[Reply]
December 12th, 2007 at 12:24 pm
salam utk azree dan pikri…
terima kasih kerana menjawab soklan2 akak…alhamdulilah paham la sikit…heheheh
berkenaan dgn bunyi tu…mungkin kot pikri design gitu…tapi bunyi tu akan timbul bila akak pilih utk run bukan save…maknanya sebelum ni setiap kali akak bukak pc dan masuk pendrive akak akan run la Vcheck tu…owh maknanya lepas ni tak yah la ek…ok.
tq atas maklumat tersebut.
[Reply]
December 12th, 2007 at 2:46 pm
salam utk kak alhan…
sy masih xbrape phm bkenaan bunyi tu…”tapi bunyi tu akan timbul bila akak pilih utk run bukan save”.
akak run ape?
“maknanya sebelum ni setiap kali akak bukak pc dan masuk pendrive akak akan run la Vcheck tu
maknanya lepas ni tak yah la ek”
yup, V-Check mmg dah didesign mcm tu supaya bfungsi scara automatic stiap kali user bkak PC dan akn mnjalankan tugas sebaik shj dicucuk pendrive ke PC, so xperlu run ape2 or setting ape2 dah, k?
[Reply]
December 13th, 2007 at 12:11 pm
betul la apa pikri cakap tu…ok, sume dah ok skrg.
terima kasih atas panduan yang berguna.
[Reply]
December 25th, 2007 at 2:03 pm
gune ler Apple Mac heh!
0 (zero) virus heh!
[Reply]
January 18th, 2008 at 6:29 am
assalamualaikum…
smlm kwn sy mncucuh pndrive ke laptop sy…NOD32 bg warning “Threat detected” tapi Vcheck kate “safe to explore”…mcm mane bleh jd cmtu?
[Reply]
January 18th, 2008 at 12:27 pm
NOD32 merupakan sejenis antivirus yang tidak akan miss walau satu worm atau virus sekali pun. Sehinggakan kadang-kadang script biasa(tidak berbahaya) yang terdapat dalam pendrive pun akan di’detect’ sebagai virus.
Manakala V-Check pula yang di’design’ oleh Pikri hanya akan detect script daripada pendrive yang terus menyerang sistem komputer sebaik pendrive dimasukkan.
[Reply]
January 18th, 2008 at 12:31 pm
PESANAN:
Sdr Pikri meminta agar semua pengunjung StudioMuslim yang telah men’download’ V-Check agar tidak menyebarkannya kepada orang lain.
Kerana dalam bulan Februari ini, V-Check akan dibawa untuk penilaian oleh sebuah badan programming sebagai satu application security.
Dan buat masa sekarang, link untuk download V-Check akan dibuang buat sementara waktu sehinggalah diberitahu semula.
InsyaAllah dalam bulan Mac nanti Sdr Pikri dan team beliau akan melancarkan sebuah website yang memberikan application berguna secara percuma.
[Reply]
July 2nd, 2008 at 3:37 pm
still xleh nk download v-check la ni ek?
[Reply]
November 2nd, 2008 at 9:55 pm
Dekat mana nak download v-check ni??
[Reply]