Tip #1: Free Antivirus

 

Untuk entri-entri akan datang, saya cuba kongsikan beberapa tip untuk mengoptimumkan kelajuan PC anda. Entri-entri ini akan membantu anda untuk meningkatkan sistem security dan bagaimana cara-cara membuatkan windows anda menjadi lebih laju, pantas dan rasa ringan sahaja menggunakannya.

Anda juga boleh merujuk video site yang baru saya buat tentang cara-cara meningkatkan kelajuan windows dan PC anda. Boleh klik di sini.

Optimumkan penggunaan PC anda! Selamat membaca.

Dunia Internet dan Virus

Seperti yang kita tahu dunia internet benar-benar dipenuhi dengan pelbagai virus-virus. Mengikut satu kajian mengenai security internet yang dilakukan oleh pihak Google, 1 daripada 10 website di dunia ini mampu menyebarkan virus, spyware mahupun Trojan.

Bayangkan betapa mudahnya PC kita dijangkiti oleh virus dengan mudah. Itu belum termasuk dengan cara virus itu merebak seperti melalui pendrive dan sebagainya. Dengan itu PC kita memerlukan satu sistem security yang betul-betul mampu sekurang-kurangnya mencegah daripada virus masuk ke dalam PC kita.

3 antivirus percuma

Jadi, ada di antara kita menggunakan pelbagai antivirus sama ada yang free ataupun yang pirate. Tetapi untuk mengelakkan hukum-hukum yang melibatkan halal haram tentang software cetak rompak seperti ini, maka eloklah kiranya kita menggunakan yang free.

Software yang percuma tidak semestinya tidak elok atau tidak selamat. Cuma beberapa fungsi khas sahaja yang tiada. Malah kadang daripada pemerhatian saya, antivirus yang percuma ini lebih bagus daripada antivirus berbayar yang lain dari segi update virus definition yang cepat.

Ada 3 antivirus yang ingin saya syorkan di sini. Dan akan saya kupaskan kelebihan masing-masing. 3 antivirus tersebut adalah Avast, AVG dan Avira.

Ketiga-tiganya ada versi percuma dan versi berbayar. Tetapi tidak jauh bezanya antara yang percuma dan berbayar. Lebih kurang sahaja. Cuma AVG sahaja yang beza update virus definition sedikit jauh berbanding versi berbayarnya.

avastAvast

Saya telah menggunakan antivirus ini sejak sekian lama. Dan memang satu masa dahulu saya akan install antivirus ini dalam komputer klien-klien saya. Anda boleh download Avast Home Edition ini di www.avast.com.

Kalau dulu Avast Home Edition ini juga bukannya percuma, mungkin memandangkan sudah banyak company antivirus lain yang menyediakan khidmat percuma barulah dia si Avast ini mahu turut serta.

Mengikut kajian yang dibuat, Avast merupakan antivirus yang paling bagus dari sudut mengesan spyware(Senang faham sejenis virus juga). Cuma mungkin sesetengah orang mengatakan bahawa user interface Avast agak tidak mesra pengguna.

Avira

Saya baru menggunakan Avira PE Classic. Dan beza Avira free dengan Avira berbayar ini tidak banyak terlalu besar. Cuma beberapa fungsi khas yang memang kita jarang gunakan sahaja yang tiada.

Anda boleh download Avira di www.free-av.com.

Mengikut statistik yang dilakukan, Avira merupakan antivirus yang paling bagus dalam mengesan virus tetapi tidak untuk adware dan spyware.

avgAVG

Saya tidak pernah mencuba AVG tetapi ramai kawan-kawan saya yang menggunakannya. Cuma pada pemerhatian dan hasil bacaan saya, AVG ini agak bagus. Sama seperti Avira juga, agak lemah dalam mengesan adware dan spyware.

Kiranya andai ada software baru yang kita download daripada internet dan software tersebut mengandungi spyware, AVG agak lemah untuk mengesan spyware dalam software tersebut. Biasanya software free yang kita dapat daripada internet mempunyai spyware. Jadi, berhati-hatilah.

Anda boleh download AVG di www.free.grisoft.com.

Tetapi perlu diingatkan, AVG percuma dengan AVG berbayar memang jauh bezanya dari sudut virus definition yang diberikan dalam satu-satu update. Mungkin jika update yang diberikan kepada yang berbayar mempunyai virus definition untuk virus yang terbaru tetapi untuk yang percuma masih belum diberikan lagi.

Penilaian saya

Ini sekadar penilaian saya berdasarkan daripada pemerhatian dan komen orang ramai mengenai ketiga-tiga antivirus ini. Dan pendapat ini juga berdasarkan hasil pembacaan daripada majalah-majalah PC.

Avira merupakan free antivirus yang terbaik untuk anda gunakan. Kedua Avast dan kemudian barulah AVG.

Mungkin ada yang mengatakan AVG lebih bagus. Tetapi itu bagi yang menggunakan AVG berbayar atau pun yang versi cetak rompak(pirate). Saya tidaklah menggalakkan anda menggunakan software cetak rompak seperti itu.

Selagi boleh, dalam computer kita pun kita cuba bersihkan daripada melakukan perkara yang salah. Walaupun mungkin orang lain tidak tahu ataupun syarikat antivirus itu tidaklah menghukum kita.





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 26% [?]

8 Comments »

  1. avatar comment-top

    assalamualaikum…
    nak tanye kalu norton antivirus tu cam mn lak…
    kasi description cikit pslnya

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Sdr tetamu,
    Setakat ini Norton juga antara top 5 antivirus yang terbaik. Cuma bagi saya ia agak mahal - RM120++.

    Kebiasaannya, kalau kita beli laptop atau PC jenama Acer, memang akan diberi antivirus Norton. Tetapi hanya trial version untuk tempoh 90 hari sahaja.

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    assalammuaalaikum….

    agak lama tak menjenguk laman ni…heheeh bit busy…erm…menarik topik berkenaan dgn antivirus ni…. en azree dan en pikri apa kabo?bercerita tentang topik ni…sebagai pengguna AVG (free edition)…setakat ini alhamdulillah ok jer…cuma nak delete virus trojan yang menghuni notebook akak memang tak dapat nak halau…puas akak scan tetapi kesannya tetap menghampakan…alhamdulillah ada V-check ….skrg ni kesan peninggalan trojan ni menyebabkan autoplay scr automatik kuar bila cucuk thumbdrive …klik kanan utk scan virus pun mmg tak boleh…erm…rasanya kena format balik kot…hahahah

    oklah…apa2 pun setiap antivirus mmg ada kelebihan dan kekurangan masing2.

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    salam. saya guna antivirus nod 32. yang tu pula macam mana? ok ke?

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    Anis Sarah,
    Ada beberapa kawan saya menggunakan NOD32, dan kata mereka menunjukkan yang antivirus itu sangat bagus. Cuma saya masih belum menggunakannya lagi.

    P/s: Entri ini tentang antivirus percuma. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    [...] backed up on 02:01:2008Originally Published: Fri, 04 Jan 2008 15:32:04 +0000http://studiomuslim.com/komputer-dan-internet/tip-1-free-a… [...]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    avast memang bagus, database virusnya paling banyak dari antivir dan AVG.

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    nak tanya, untuk “trojan” apa antivirus yang sesuai dan power? tq

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment