Saidy Ismail: Revolusi Media Islami

Assalamu`alaikum warahmatullah,
Kepada Azree dan peserta Bengkel Revolusi Media Islami
Semoga revolusi ini dirahmati dan ditunjuki Allah,
Pakcik Saidy hendak mengucapkan tahniah kepada Azree dan rakan-rakan kerana aktif dalam menulis terutama dalam blog serta melatih orang lain menulis blog demi dakwah. Pakcik rasa berbangga dengan pencapaian Azree dan rakan-rakan. Semoga terus rajin berkarya. Mungkin dalam perkongsian lain kita boleh bincang tajuk apa yang membezakan blogger yang mendokong wawasan dakwah dengan blogger biasa.
Sebenarnya pakcik adalah bekas Ketua Editor majalah Ummi (era 80-an dan 90-an) tidak seperti yang tertera pada brosur bengkel. Namun, bengkel Revolusi Media Islami 31 Mei benar-benar mengingat pakcik ketika menulis pada dekad 80-an / awal 90-an. Ummi sendiri bertahan dari tahun 1988 hingga 1998.
Selepas Ummi pakcik mengajar di UiTM dan kemudian Kolej Jaiputra, pakcik dah kurang menulis kecuali sekali sekala menulis kepada akhbar.
Moga bengkel ini mendorong pakcik menulis lagi. Pakcik ada beritahu Pengarah Eksekutif KONSIS supaya bahan penulisan pakcik dulu serta bahan dari majalah Ummi (dalam bengkel hari itu ada orang pamerkan semula koleksi Ummi) dapat dicetak semula menjadi buku.
Bagus Azree berusaha membimbing orang lain. Mengenai bahan latihan dan biimbingan untuk generasi sama ada untuk bidang penulisan atau pembangunan pelajar, kalau Azree perlu, pakcik boleh turunkan beberapa modul yang pakcik bina sendiri - mana yang sesuai ambillah menjadi harta ummah asalkan ia bermanfaat untuk dakwah dan Islam.
Kalau ada kesempatan boleh kita jumpa atau datang ke Cyberjaya University College of Medical Sciences tempat pakcik bertugas sekarang.
Ok, semoga dapat diadakan perkongsian lagi melalui usaha seperti KONSIS ini dan semoga mencapai objektif.
——————————–
InsyaAllah, semoga perkongsian tempoh hari mendapat keberkatan Allah. Doakan saya supaya menjadi penulis yang baik. Baik kepada diri, baik juga kepada masyarakat.
Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com
Popularity: 14% [?]


Leave a Reply