• Komen Pilihan: Sdr Saifuddin

     

    Stephen R Covey

    “The power of visualization” banyak memainkan peranan dalam perkembangan Islam pada zaman Rasulullah SAW. Stephen R. Covey menyebut tentang perkara ini sebagai ‘Begin With the End In the Mind‘.

    Rasulullah sendiri banyak menggunakan kekuatan ‘visualization‘ dalam perjuangan. Sehinggakan mimpi baginda juga adalah tentang perjuangan. Hal ini tergambar dalam banyak hadis antaranya pada hari-hari sebelum hijrah, Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya aku telah bermimpi melihat negeri hijrah itu, letaknya dalam kebun tamar di antara dua kawasan berbatu hitam”

    Sebelum peristiwa Fathu Makkah juga Rasulullah pernah bermimpi bahawa baginda nampak seolah-olah baginda sedang bertawaf. Rasulullah juga awal-awal pernah memberikan gambaran bahawa Islam akan berjaya menakluk Rom dan Parsi walaupun logiknya pada ketika itu, tiada satu kerajaan pun yang bisa menumpaskan Rom dan Parsi.

    Inilah kekuatan ‘visualization‘, the end in the mind atau secara mudah dalam bahasa Melayu, VISI. Tindakan seseorang itu akan bertumpu untuk mencapai visi sekiranya dia nampak secara jelas visi tersebut.

    .

    .

    Saifuddin Amran merupakan seorang contributor bahan-bahan bacaan di blog ‘Madrasah Sa’id Hawwa

4 Comments


  1. saifuddin says:

    Terima kasih Azree kerana mempromosikan blog.

  2. khalisa says:

    saya suka cara saudara mengaitkan sesuatu falsafah atau kaedah motivasi dengan sunnah junjungan kita Rasulullah SAW, semoga dapat membuka mata hati kita semua akan keagungan Islam dan akhlak Rasulullah SAW lama dahulu sebelum disedari oleh barat..jazakallahu khairan

  3. pakdi says:

    azree, ana tengok leverage sudah ada dalam islam. tapi ana dipersalahkan. dikatakan memandai2 buat qiyas hukum. aduuu… sedih ana.

    sebenarnya nak tanya pasal ym enta la… ada tak? nanti emel ye.

  4. hanekaseyo says:

    Syukran jaziilan.Semoga ingatan pada Rasulullah akan senantiasa segar diingatan.

    Pemangkin buat perjuangan.

    Pencetus buat kemajuan….

    kemajuan buat diri,kemajuan buat orang di sekeliling,dan kemajuan dengan hidup pada memberi.InsyaAllah.

Trackbacks/Pingbacks

  1. BlogBacker » Komen Pilihan: Sdr Saifuddin by Azree MH

Leave a comment