Hubungi Saya

Perlukan Fotografer?

Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang persoalan atau cadangan, boleh hubungi saya dengan mengisi borang di sebelah.

Saya juga menerima sebarang jemputan ceramah dan khidmat fotografi untuk sebarang program dan aktiviti.

Komen Pilihan: Penjelasan daripada Inteam

Posted on Friday, 6th November, 2009

hazaminTerima kasih buat Tuan Hazamin, anggota kumpulan Inteam, kerana sudi memberi pendapat dan maklum balas di blog ini. Saya sendiri sebenarnya merupakan peminat Inteam sejak dari dahulu lagi sampai sekarang.

Dan memang saya nampak perubahan yang besar pada konsep album Inteam bermula pada album ‘Tiada Lagi Kasih’.

Buat pembaca blog saya dan yang memberi komen dan kritikan di entri ‘Ada Apa Dengan Nasyid‘, harap sudilah membaca penjelasan daripada Tuan Hazamin ini. Saya salin semula komen beliau pada entri ini:

Satu artikel yang bagus dan bernas.

Ana bersetuju dengan cadangan perlu ada badan yang menjaga kualiti nasyid dan penasyid. Juga perlu ada satu muzakarah dan diskusi melibatkan penggiat-penggiat nasyid dan ulama’-ulama’ bagi menentukan bagaimana seharusnya rupa sesebuah nasyid itu.

Untuk makluman semua, ana ingin tegaskan di sini Inteam adalah penentang keras lagu nasyid berunsur cinta. Mungkin ramai yang meletakkan kesalahan itu dibahu inteam dan kumpulan seumapamanya sedangkan mereka tidak sedar, kumpulan-kumpulan ini kekadang hanya terpaksa mengikut arahan konsep yang ditentukan syarikatnya.

Kerana semuanya terikat dengan kontrak. Akhirnya inteam sendiri pernah di banned oleh universiti tempat kami belajar sendiri. Kami sentiasa cuba memanfaatkan lagu cinta yang telah kami rakam dengan membuat ulasan setiap kali selepas menyanyikan lagu tersebut, bahawa Islam melarang pasangan-pasangan bercinta sebelum kahwin mahupun selepas bertunang. Itu sahaja setakat yang kami mampu lakukan waktu itu.

Sejak inteam bergerak sendiri, kami telah menerbitkan album Tiada Lagi Kasih bagi memperjelaskan bahawa kami tidak lagi membawa konsep cinta sesama manusia, kerana sekarang kami telah bebas menentukan sendiri konsep kami. Kempen akhbar berlangsung beberapa bulan bagi kami memaklumkan kepada semua bahawa kami tidak menyokong apa yang dikatakan sebagai nasyid cinta.

Kami juga cuba menjadi contoh kepada adik-adik supaya mengelakkan nasyid berunsur cinta sesama manusia. Kerapkali kami nyatakan, jika ada yang mahu membuat nasyid sedemikian, pastikan liriknya telah ditapis dan diluluskan oleh orang yang arif dan alim ilmu agamanya.

Kami kerap diminta menyanyikan semula lagu-lagu Kasih-kekasih, impian kasih dan seumpamanya tetapi kami menolak dengan baik dengan alasan kami tiada minus 1. Hakikatnya kami tidak mahu menyanyikan lagu tersebut lagi.

Hanya lagu Nur kasih yang masih kami nyanyikan kerana liriknya adalah adaptasi dari doa Al-quran dan bukan luahan hati insan kepada insan yang dicintainya, tetapi luahan hati seorang insan kepada Tuhannya agar mengurniakan jalan kemudahan kepada jodohnya.

Ana tidak nafikan ada baik dan buruknya lagu ini, tetapi ana nampak lebih banyak buruknya.

Ana mohon di sini, jangan terlalu cepat melabelkan seseorang sebagai mempergunakan agama, atau bertopeng Islamik dan seumpamanya sedangkan yang berkata itu mungkin tak pernah bersua muka pun dengan yang dikatanya, dan tak tahu hujung pangkal ceritanya. Kita semua sesama Muslim, kita haruslah tegur menegur sesama kita dengan hikmah bukan dengan mengutuk dan memfitnah.

Harap antum jelas dengan pendirian Inteam.
Wallahu a’lam.

Muhammad Hazamin bin Harun

******************************************************

P/s: Saya sendiri merupakan ahli Komuniti Teman Inteam. InsyaAllah kerja murni inteam akan sentiasa dimudahkan oleh Allah akan segala urusan.

*Gambar disalin daripada Facebook Hazamin.

 

 

avatar

Your name

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

latest news

Seminar Blogging 2010

Posted on Wednesday, 13th January, 2010

Yuran: Gratis(Percuma)

Siapa yang patut hadir: Penulis, Pekomik, Jurufoto, Agen takaful, Agen Amanah Saham, Cikgu, Kaunselor, Guru Besar, Pensyarah, Guru tadika.
Tempat: Setakat ini cadangannya di Masjid UIAM. Akan diconfirmkan esok!
Sila daftarkan diri di sini dengan memberikan nama, no telefon dan emel.

Testimonials

Snippet: Kain Pelikat Saya Berdiri

Posted on Thursday, 29th October, 2009

Musim ini sejadah-sejadah berpakat berdiri ramai-ramai. Mungkin bulan akan datang, saya akan minta kain pelikat di rumah saya itu panggil geng-gengnya yang lain berdiri juga. Boleh kain pelikat saya itu jadi terkenal sekejap.
Perkara-perkara seperti ini bukan baru berlaku atau bukan baru-baru ini diheboh-hebohkan. Dari saya sekolah dahulu lagi. Siap dijadikan bahan atau modal oleh penceramah [...]

follow me

twitter facebook

StudioMuslim - Copyright © 2009 - StudioMuslim - Azree Hanifiah