About Me

Azree Hanifiah merupakan pemilik blog StudioMuslim. Bergiat aktif dalam menerima undangan ceramah kepimpinan untuk pelajar sekolah. Kepada yang berminat untuk menghubungi saya, sila emel ke azree.mh@gmail.com.

Sebelum Mahu Marah

Written by Azree Hanifiah on Jun 12th, 2008 | Filed under: Kepimpinan Nabi Muhammad, Pengurusan & Soft Skills

Tumbuk
Tumbuk

“Ah, celaka kau….” Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, satu penumbuk dilepaskan tepat mengena mukanya.

Dia mengerang kesakitan dan saya berasa lega sebentar. Itulah kali pertama saya bergaduh dan kali pertama melepaskan marah dengan cara begitu. Pelajar-pelajar yang berkerumun sudah beransur-ansur pergi ke kelas masing-masing.

Sebetulnya saya merupakan pelajar yang baru masuk ke sekolah tersebut. Kerana tradisi sekolah yang pelik(pelajar baru tidak boleh masuk kelas pertama), saya terpaksa masuk ke kelas second last.

Sememangnya dia adalah ‘kepala’ bagi pelajar bermasalah kelas sebelah. Pergaduhan ini berpunca kerana perkara kecil, kerana dia mengutuk-ngutuk. Pada mulanya dia hanya mengejek-ejek saya, dan saya boleh bergelak tawa sahaja dengan ejekannya itu.

Tetapi bila dia mula mengejek-ejek seorang kawan saya dengan ejekan yang melampau, saya mula berasa tidak senang. Lebih-lebih lagi bila melihat kawan saya itu hampir menangis. Lantas, sebaik habis perhimpunan pagi itu, saya menarik dia masuk ke kelas darjah lima dan pergaduhan di atas berlaku.

baby marah
baby marah
Kalau saya marah, saya bakal dimarahi

Sebenarnya saya tidak pandai hendak marah. Sejak dari kecil, setiap kali saya mula meninggikan suara kepada adik-adik saya, pasti saya dimarahi oleh emak dan abah walaupun kesalahan itu memang dilakukan mereka.

Dari situ saya belajar satu perkara, kalau kita marah orang lain bersiap-siaplah diri kita juga akan dimarahi oleh orang lain. Mungkin bukan oleh orang dimarahi kita, tetapi orang sekeliling yang melihat atau mengetahui tentang kita marah.

Kalau kita dimarahi orang lain, apa yang kita rasa? Erm. Kadang mungkin ada sedikit benci sekejap, mungkin ada rasa hendak marah kembali, mungkin berdendam selama beberapa hari dan apa-apa jualah kemungkinan lain.

Secara senangnya fikirlah sebelum kita hendak menzahirkan rasa marah kepada orang lain. Kalau tidak perlu untuk marah, cuba simpan dahulu dan fikirkan cara lain untuk mengatasinya.

2 tahap lain sebelum marah

Teringat saya akan nasihat seorang ustazah saya semasa saya sekolah rendah dahulu. Dia pernah mengatakan tentang ada dua tahap lain sebelum kita boleh marah orang lain.

Pertama sekali sebelum kita boleh marah orang lain, kita perlu sabar. Jadi jika orang itu buat kita marah, kita perlu sabar dan teliti dahulu kenapa orang itu berbuat itu dan ini terhadap kita. Mungkin dia ada masalah lain atau mungkin… apa-apa sahajalah kemungkinan lain.

Keduanya kalau dia masih melakukan perkara yang sama sampai membuatkan kita marah, bagi amaran terlebih dahulu. Bagi saya inilah yang paling penting sebelum kita hendak marah. Kita tanya balik diri kita, ‘pernahkah aku memberi amaran kepada dia supaya jangan buat perkara itu dan ini?’

Kadang-kadang orang itu mungkin hanya fikirkan perkara itu sebagai gurauan. Tetapi mungkin dia tidak tahu yang gurauan itu menyakitkan hati kita. Jadi, kita beritahu dia terlebih dahulu, beri amaran jangan melakukan gurauan yang sama lagi.

Selepas dua tahap ini berlalu, terpulang kepada kita untuk marah dia ataupun tidak.

Belajar daripada Nabi Muhammad

Salah satu contoh cara berdakwah paling efektif adalah dengan menahan rasa marah. Seorang pengemis Yahudi buta selalu mengejek-ejek Nabi Muhammad di satu sudut kawasan di dalam pasar.

Tetapi apa yang Nabi Muhammad buat, setiap hari Nabi Muhammad pergi kepada pengemis Yahudi buta tersebut dan menyuapkannya makanan. Sedikit demi sedikit. Sambil Nabi Muhammad menyuapkan makanan itu sambil si pengemis Yahudi itu berpesan kepadanya, “Wahai anak muda, jangan kau ikut ajaran baru si Muhammad itu! Sesat.”

Kalaulah saya yang menyuapkan makanan ketika itu, mahu sahaja saya pergi dari situ. Tetapi Nabi Muhammad terus sahaja menyuapkan makanan tanpa menunjukkan apa jua rasa marah.

Sampaikan selepas kewafatan Nabi Muhammad, seorang sahabat beliau cuba untuk menyuapkan makanan kepada pengemis Yahudi itu. Satu ayat yang terkeluar daripada mulut pengemis Yahudi itu betul-betul buat saya kagum, “Engkau bukan orang yang selalu menyuapkan aku makanan. Orang yang selalu menyuapkan aku itu suapannya begitu lembut dan penuh dengan rasa sayang.”

Sebaik sahaja sahabat itu memberitahu pengemis Yahudi buta itu bahawa Nabi Muhammadlah yang menyuapkannya dahulu, terus sahaja menangis pengemis Yahudi itu. Saat itu juga dia terus memeluk agama Islam.

Hendak memiliki kesabaran seperti Nabi Muhammad itu memanglah sesuatu yang susah.. Saya juga tidak dapat memilikinya. Tetapi marilah kita bersama berusaha mendapatkannya.

Marah tidak salah asalkan bertempat. Cuma kalau marah-marah itu yang saya rasa memang tidak patut. Marah-marah adalah marah yang terburu-buru. Ingatlah setiap apa yang anda lakukan, itulah cerminan diri seorang muslim. Orang luar akan memandang dan menilainya.

Tentang peristiwa saya bertumbuk itu, pulang sahaja saya ke kelas tanpa disedari saya menangis. Sehinggakan ada seorang kawan saya bertanya, “Eh, kau yang tumbuk dia, kenapa kau pula yang menangis?”

Sememangnya saya tidak berani hendak marah orang.

.
Azree Hanifiah
7 Oktober 2007
UIAM





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 31% [?]



17 Responses to “Sebelum Mahu Marah”

  1. menarik.menarik.kenapa ya,orang yang ’serius’ sering dianggap garang?

    [Reply]

  2. Hurm. Mungkin orang yang serius itu wajahnya sahaja sudah nampak macam mahu marah. Hehe.

    [Reply]

  3. Ya.. kadang-kala kita tidak dapat menahan kesabaran dan ‘terpaksa’ marah. Orang kata, orang yang jarang marah, bila meluahkan rasa marahnya seperti gunung berapi meletup. Semuanya terhambur keluar. Banyakkan doa supaya menjadi lebih bersabar :)

    [Reply]

  4. lepas marah, terus menangis? lebih baik begitu, air mata tu sejukkan hati yang panas membara. bukan anda seorang je yang macam tu, ada lagi… marah ni, menyakitkan. tapi kalau tak marah, takkan nak gelak?
    salam lebaran. minal aidil wal faizin.

    [Reply]

  5. Lama tak menjenguk blog ni…. apa khabar?

    Marah tiada salahnya sekiranya bertempat, tak gitu?

    [Reply]

  6. Oh, ganas gak azree ni…..huhu, takut. :)

    “Orang yang paling kuat, adalah orang yang dapat menahan kemarahannya.”

    [Reply]

  7. hurm..rase2nye cam dah penah bace entri ni..remake eh?
    tp walau papepon its still a nice one! =P

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on June 17, 2008 1:05 pm:

    Saudara Al-Ikhsan,
    Ini memang entri lama. Tak ubah satu pun. Sebenarnya sedang menghadapi kekangan untuk update blog. Hehe. :D

    [Reply]

  8. Salam … jom exchange link? TQ :)

    [Reply]

  9. Azree, memang susah nak tengok dia marah. Tak pernah pun rasanya. Teruk macam mana pun, tak pernah tengok dia marah.

    Dia seorang yang kalau pressure dengan kerja, dia akan usik orang lain. Geram jugak, tapi bila tengok muka dia, nak marah pun tak jadi. :D

    Baguslah, la taghdab :)

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on June 17, 2008 1:04 pm:

    Uiks. Hehe. Pernah sekali masa sekolah dulu, ustazah yang mengajar Bahasa Arab nak marah sebab tak siapkan kerja, tapi bila tengok muka saya sahaja, terus tergelak ustazah tu. :)

    [Reply]

    kahfi8 reply on July 23, 2008 11:36 am:

    mungkin ade cahaya kat muka anta..

    [Reply]

  10. salam~
    bagusnye xpnh marah,,
    ssh nk jmpe org cmtu,,
    tp mmg salutela kat org2 cmni,,
    sronok+senang sgt klo b’kwn ngn mrk2 yg ssh nk marah ni,,
    =)

    [Reply]

  11. sy hampir menitiskan air mata membaca entry ini.mulai saat ini,saya akan cuba utk bersabar dn tidak marah.syukran akhi!

    [Reply]

  12. bla kta rase nk marah kn, kta bg hadiah..eehhe

    [Reply]

  13. Jemput le lawat atmosfera blog saya di khazazin.blogspot.com…. Ada analogi menarik berkenaan marah yang ingin saya kongsikan bersama sahabat2….. (^,^)

    [Reply]

  14. Azree ada apa2 pengalaman ke berkenaan memarahi dan dimarahi?? Kongsi la dgn kami… (^,^)

    Pada pandangan saya, tipu lah kalau kita kata kita tak tak pernah marah atau tak pandai nak marah. Pendifinisian marah itu pelbagai mengikut manusia. Kadang kala kita tak sedar kita sedang berada dalam keadaan marah…. Tapi kenapa ye kita selalu tersasul memarahi sedangkan kita sedar dan pernah dimotivasi berkenaan sifat mazmumah itu… (^,^)

    [Reply]

Leave a Reply

  • Kata-kata Hikmah

    “You need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.” -Pakdi.net-
  • Iklan

  • Buat Pautan

    Bagi yang ingin membuat pautan ke StudioMuslim, copy & paste script di atas ke dalam laman blog Anda.

  • Mood