Siapa Lebih Besar?

 

naruto

Pernahkah anda baru masuk ke dalam satu komuniti atau satu organisasi dan anda memandang rendah kepada seseorang kerana perwatakannya atau sifat fizikalnya?

Atau anda pergi ke pasar dan memandang salah seorang peniaga di situ dengan ada rasa merendahkan si dia? Ia berlaku kepada saya semasa sesi perkenalan untuk ahli-ahli baru dalam salah satu persatuan di universiti.

Saya melihat seorang rakan yang juga merupakan ahli baru seperti saya berpakaian agak kurang kemas(lebih kurang seperti budak yang gemar melepak-lepak). Dan dia juga tergagap-gagap semasa memperkenalkan diri di hadapan.

“Bolehkah dia buat kerja?” Tanya saya dalam hati dengan nada sedikit meremehkan.

Tetapi setahun selepas itu, selepas saya dilantik menjadi salah seorang mainboard dalam persatuan tersebut, si dia yang dipandang rendah oleh saya dahululah yang paling aktif di dalam persatuan tersebut. Malah merupakan antara orang yang perlu ada dalam setiap program yang dianjurkan.

Kalau tiada dia dalam satu-satu program, maka program agak kelam kabut jadinya. Dalam masa setahun, personalitinya berubah. Cara berpakaian tetap sama tetapi cara dia bercakap menampakkan keyakinan yang tinggi dalam dirinya.

Di situ, saya sedar yang first impression saya dahulu terhadapnya adalah salah. Kalau cara berpakaian atau tingkah lakunya sahaja yang tidak kena dengan diri kita, tidak sepatutnya kita memandang rendah kepadanya atau kita rasakan diri kita lebih baik daripadanya.

Siapa yang lebih besar?

Pernah seorang ustaz saya memberi satu contoh mudah tentang bagaimana cara kita melihat sesuatu atau seseorang.

Ada dua huruf. Satu ‘A kecil(small caps)’ dan satu lagi ‘B besar(big caps)’. Antara dua huruf ini, yang mana satu adalah besar?

Kemudian dengan mudah, ramai yang menjawab, “Tentulah huruf ‘B’.”

Kemudian dia keluarkan satu gambar lain pula. Sekarang huruf ‘A kecil’ tadi itu saiznya lebih besar daripada huruf ‘B besar’. Kemudian ustaz saya itu bertanya lagi, “Sekarang yang mana satu yang besar? ‘A kecil’ yang saiznya besar atau ‘B’ yang sememangnya ‘besar’?”

 

Seisi kelas senyap. Ada yang tersenyum-senyum. Ada yang menjeling-jeling rakan di sebelah. Ada yang mahu jawab, tapi takut-takut. Teragak-agak.

Contoh sederhana ini menggambarkan yang kita sering menilai sesuatu berdasarkan ciri fizikal yang kita nampak dan juga berdasarkan gelaran yang terdapat padanya.

Kadang terjadi first impression kita memandang si dia sebagai orang yang tidak boleh buat kerja sedangkan kita masih lihat lagi kemampuan sebenarnya. Dan kalau orang lain menggelarkan si dia itu ‘lembab’, maka kita juga akan menilainya sebagai seorang yang lembab.

Tetapi kita tidak tahu yang si ‘lembab’ itu mungkin lebih baik daripada kita atau lebih baik daripada seseorang yang kita anggap yang ‘terbaik’. Dan kita juga tidak tahu orang yang selalu kita pandang dengan pandangan yang meremehkan itu mungkin lebih baik daripada orang yang kita anggap sebagai unggul.

Jadi, berhati-hati dengan cara kita melihat orang di sekeliling kita. Kalau kita ‘lebih besar’ dari satu aspek, tidak bermakna kita juga ‘lebih besar’ pada aspek-aspek yang lain.

Rasa diri sendiri lebih baik

Dalam satu kuliah saya bersama Puan Ainon Mohd, beliau pernah memberi sesuatu fakta. Dalam diri setiap manusia itu, ada sifat over rate diri sendiri atau dengan kata lainnya menilai diri sendiri sebagai yang terbaik.

Ia boleh juga dikatakan sebagai ‘ego’ dalam diri iaitu merasakan apa yang kita ada atau kita buat, ia lebih baik daripada orang lain yang kita pandang rendah kepadanya.

Tidaklah menjadi satu kesalahan, tetapi seboleh mungkin kita perlu cuba mengawalnya. Siapa yang dapat mengawalnya, dialah yang paling pandai mengambil hati orang lain. Siapa yang pandai mengawalnya, maka dialah calon pemimpin yang hebat.

“Taatilah Allah dan rasul-Nya. Jangan bertengkar, supaya jangan kamu gentar dan kekuatanmu akan hilang. Bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.” (Al-Anfal: 46)

John C. Maxwell dalam salah satu bukunya menyatakan bahawa siapa diri kita adalah bagaimana kita memandang orang lain. Apa yang kita nampak akan memberi kesan kepada diri kita.

Lain orang dalam satu bilik akan melihat sesuatu benda yang sama dengan pandangan yang berbeza. Tetapi manusia yang terbaik adalah mereka yang bijak dalam menilai sesuatu dan selalu berpandangan positif serta berbaik sangka.

Siapa di sekeliling kita

Andai kata kita adalah huruf ‘B besar’ seperti dalam analogi yang diberikan tadi, kita tidak tahu ada berapa banyak ‘A kecil’ di sekeliling kita. Dan dalam bilangan ‘A’ yang banyak itu, kita tidak tahu yang mana lebih baik daripada kita.

 

Jadi, sentiasalah bersangka baik dengan orang di sekeliling kita. Biarpun mereka itu bukan yang sealiran dengan kita atau yang sebulu dengan kita.

 

Kerana kita juga tidak tahu ada berapa banyak huruf small caps lain di sekeliling kita.





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 23% [?]

10 Comments »

  1. avatar comment-top

    tak paham a azree huhu
    nanti aku baca lagi sekali kasi paham betul2
    huhu

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Maaf cha. Entri ini ditulis tanpa edit langsung semalam dek kekurangan masa. Jadi entri ini akan diupdate semula.

    Dan kalau ada mana-mana part yang tidak jelas, sila maklumkan segera. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    Salam Azree,
    Penulisan yang menarik. Entri yang sebelumnya juga adalah hasil yang bukan kosong.

    Memang sifat manusia menilai sesuatu berdasarkan first impression. Kita seringkali terpedaya dengan iklan produk, perwatakan orang, ataupun tulisan seseorang.

    Sudah menjadi lazim, dan seringkali kita tidak mencegah penilaian automatik itu supaya tidak berlaku. Bayangkan seorang gadis mulus berpakaian ketat berskirt pendek melangkah keluar dari tempat duduk pemandu BMW terbaru. Pasti yang bukan2 terus menyinggahi fikiran walaupun sebenarnya kita secara tidak sengaja mengundang anggapan tersebut.

    Pada saya, selain dari berhati2 apabila menilai seseorang, yang pertamanya apa yang perlu kita sematkan ialah bahawa kita tidak mempunyai hak dalam menilai peribadi seseorang melalui pandangan pertama.

    Dan kalau boleh, kita senantiasa letakkan diri kita di pangkat yang lebih rendah, dengan itu kita mengelak dari beranggapan negatif, dan menetapkan pandangan pertama bahawa apapun kualiti dan karakter orang terbabit, kita boleh jadi lebih teruk atau lebih hina!

    Saya sependapat dengan Azree, ego adalah pemusnah sifat sangka-baik!

    Teruskan menulis!

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    erm…bagus artikel ni…akak setuju dgn jalan ceritanya…pada pendapat akak keadaan yg dialami oleh penulis sebenarnya adalah sama dengan semua orang…tidak boleh lari daripada beranggapan sesuatu apabila berjumpa dgn sesiapa sahaja…termasuk juga akak…

    first impression adalah apa yg seseorang itu melihat@fikirkan kepada/tentang sesuatu…biasanya agak sukar untuk mendapatkan sangkaan yg baik pada pertama kali…oleh itu kita akan menilai disebaliknya…dgn tujuan untuk berhati-hati…

    akak sgt tertarik dengan ayat ini:

    “John C. Maxwell dalam salah satu bukunya menyatakan bahawa siapa diri kita adalah bagaimana kita memandang orang lain. Apa yang kita nampak akan memberi kesan kepada diri kita.

    Lain orang dalam satu bilik akan melihat sesuatu benda yang sama dengan pandangan yang berbeza. Tetapi manusia yang terbaik adalah mereka yang bijak dalam menilai sesuatu dan selalu berpandangan positif serta berbaik sangka”.

    akak selalu berpesan dan menasihati diri agar jgn mudah untuk melabelkan seseorang itu…maknanya kena sentiasa berfikiran berpositif… dan hal ini sebenarnya tidak merugikan apa2 pun malah mendapat pahala…dan jika apa yg kita sangkakan pula adalah sebaliknya maka Allah akan melindungi kita…percayalah…

    ingin sekali akak berkongsi pengalaman…sebagai manusia biasa mmg kita tidak dapat lari dari bersangka-sangka…kadang2 tu dgn mudah kita akan under estimate seseorang…daripada pengalaman akak, pernah sekali akak berjumpa dgn prospek ni yang dari luaran nampak mcm tak mampu untuk mencarum bagi perllindungan diri atau keluarga beliau…oleh itu, akak pun malas untuk mendekatinya…namun sahabat akak yg seorang ni datang dan menerangkan kelebihan pelan yang dapat membantu beliau merancang kewangan untuk masa depan…dan akhirnya case closed dgn caruman yg tinggi…rupa2nya penilaian akak ttg beliau jauh meleset dan tidak profesional langsung…itulah antara pengalaman dan pengajaran yg terkesan dalam hidup berkenaan dgn first impression-penilaian.

    sekian

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    BAGUS!!!!!MANTAP!!!!!SATU RENCANA YANG AMAT BAIK DAN SESUAI UNTUK SEMUA ORANG….KERANA KITA TIDAK BOLEH LARI DARI MASALAH INI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN….TAHNIAH!!!!!

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    SAYA BACANYA DENGAN PENUH SEMANGAT!!!!!

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    ok ok
    paham da
    hehe
    semalam baca tengah penat la
    huhu
    tu yg macam blur2 sikit
    huhu

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    saya setuju dengan tulisan anda sebab itulah kita di saran supaya bersangka baik dengan setiap makhluk, ini adalah kerana jika kita bersangka buruk sebenarnya kita bersangka buruk kepada pencipta kita dan orang yang selalu bersangka buruk hatinya kotor, bersangka baiklah supaya hati kita sentiasa bersih dan berkasih sayang lah sesama makhluk kerana sifat2 pengasih dan penyayangnya.

    [Reply]

    comment-bottom
  9. avatar comment-top

    Salam..
    Artikel yg mengingatkan diri kita sebagai manusia. Lebih2 lagi lelaki yang penuh dengan sifat yg ego. Lelaki dikurniakan 9 akal 1 nafsu berbanding perempuan 9 nafsu 1 akal. Apa-apa pun semua manusia perlu bersama menghayati makna ketenangan yang hakiki. Dan semuanya ini berbalik kepada pengabdian kita kepada Allah s.w.t.

    Artikel yang baik azree.. Teruskan menulis..

    [Reply]

    comment-bottom
  10. avatar comment-top

    Jenz Iggo,
    Ada seorang kawan saya yang memang hebat dalam pelajaran dan lain-lain bidang lagi. Tetapi selalu sahaja merendahkan diri bila berhadapan dengan orang lain. Dan ternyata sifatnya itu memikat hati kawan-kawan.

    Teringin menuntut ilmu dengannya.

    Kak Alhan,
    Hurm. Bahaya juga kalau salah menilai ye. Nanati jadi macam penerbit-penerbit buku yang menolak manuskrip Harry Potter. Akibatnya terliur bila tengok buku tersebut laku keras sampai hari ini.

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment