About Me

Azree Hanifiah merupakan pemilik blog StudioMuslim. Bergiat aktif dalam menerima undangan ceramah kepimpinan untuk pelajar sekolah. Kepada yang berminat untuk menghubungi saya, sila emel ke azree.mh@gmail.com.

Revolusi Media Islami

Written by Azree Hanifiah on Jun 3rd, 2008 | Filed under: Dari penulis, Kembara Hidup

bengkel

Saya ingat lagi cabaran Osman Affan dalam bengkel ‘Training for Trainers’ yang diadakan di ofis beliau.

“Saya hendak saudara semua mula merancang untuk menjadi trainer yang baik. Latih cara bercakap. Kalau tiada orang menjemput, buat bengkel training secara percuma.”

Sebelum ini saya hanya pernah memberi ceramah kepada golongan yang lebih muda daripada saya – sekolah rendah dan menengah. Belum pernah lagi bercakap di hadapan orang yang sama umur atau lebih tua daripada saya.

Beberapa bulan lepas, saya menerima emel yang mempelawa saya memberi ceramah di sebuah universiti. Pelawaan tersebut terpaksa saya tolak terlebih dahulu atas alasan saya masih belum bersedia untuk berucap di hadapan audiens yang sebaya dengan saya.

Tetapi pelawaan itulah yang membuatkan saya rasa saya perlu lebih bersedia pada masa akan datang. Lalu saya terus merancang untuk membuat bengkel blog secara percuma.

bengkel

Bengkel blog 25 Mei

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma jumlah peserta yang kurang seperti yang diharapkan. Cuma separuh sahaja bilangan peserta yang hadir berbanding yang berdaftar. Itu telah saya jangkakan awal.

Mungkin disebabkan tempatnya yang masih belum diletakkan signboard. Atau tidak tahu arah ke Amber Business Plaza. Atau ada program lain yang lebih penting pada hari tersebut.

“Macam itulah sikap orang Melayu, benda yang free memang ramai yang nak. Tapi tak ramai yang komited dengan benda itu,” ujar salah seorang peserta bengkel.

Saya hanya tersenyum. “Tidak mengapa. Perkara seperti ini memang sudah dijangkakan. Ramai sebenarnya yang ingin saya buat program ini di UIAM tetapi terpaksa saya tangguhkan dahulu kerana banyak karenah birokrasi jika ingin dibuat di sana.”

“Lagi sikit lagi bagus. Lagi senang saya nak memberi tumpuan kepada saudara semua,” sambung saya.

Rata-rata peserta yang menyertai bengkel blog ini masih belum mempunyai blog masing-masing. Respon dan pertanyaan daripada mereka menjadikan bengkel hari itu tidaklah membosankan dengan suara saya sahaja.

Salah seorang peserta bengkel yang juga merupakan pelajar ASWARA berkongsi kisah skrip filem beliau yang telah diciplak oleh sebuah syarikat penerbit filem. Boleh lawat blog beliau di JanganTegur.

Terima kasih buat saudara Zamri Mohamad atas beberapa isi dan tip-tip penulisan yang saya ambil daripada beliau.

Bengkel Revolusi Media Islami

Dalam tempoh saya mempromosikan bengkel percuma saya itu, saya juga menerima undangan daripada pihak KONSIS Network. Undangan untuk memberi ceramah tentang dunia blogging.

alwi al atasTapi kali ini saya tidak berseorangan. Saya digandingkan dengan penulis-penulis hebat yang lain seperti Ust Alwi Alatas (Ketua Forum Lingkar Pena Malaysia, Penulis Indonesia), Hj Saidy Ismail (Ketua Editor Majalah Ummi) dan Z.A Imad (Novelis PTS).

Saya umpama orang kerdil di antara mereka semua walaupun badan lebih besar. Hehe.

Masa yang diberikan kepada saya hanyalah satu jam setengah. Jadi, saya mengambil keputusan untuk mengguna pakai presentation saya yang lepas. Cuma dibuang sedikit isi-isinya yang dianggap tidak berapa penting.

Bayangkan presentation untuk 4 jam saya kecilkan untuk satu jam setengah. Dan saya masih ingin adakan sedikit latihan menulis. Pada saya bengkel dengan latihan akan membuatkan peserta lebih mudah mengingati apa yang disampaikan.

Itu mungkin kesilapan saya. Banyak isi yang tidak dihuraikan saya dengan lanjut. Dan sebetulnya saya sedikit gementar ketika itu. Beberapa orang peserta umurnya sama macam emak dan abah saya. InsyaAllah, selepas ini saya akan cuba perbaiki kesilapan tersebut.

Mungkin jika masa yang diberikan bawah daripada dua jam, latihan kepada para peserta tidak perlu dibuat atau pengisiannya lebih kepada pendedahan dan kesedaran sahaja.

sijil

P/s: Mohon maaf kepada peserta bengkel pertama kerana ketiadaan gambar saudara semua.

.

Azree Hanifiah
3 Jun 2008
SmartStudy





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 17% [?]



13 Responses to “Revolusi Media Islami”

  1. salam
    yup2,adik wawi..kenal ke?

    [Reply]

  2. salam azree…wah, makin mantap nampaknya site ni…hehe…sebab apa aku nak subscribe tak boleh? tekan button subscribe tak jadi ape-ape pun? tengah semangat ni nak dapat update daripada studio muslim…creamstudents aku dah subscribe dah.huhu

    [Reply]

  3. azree, tahniah sebab dah berjaya anjurkan bengkel blog. insya ALLAH ni sebagai stepping stone utk kejayan seterusny. Doakan kejayaan seluruh blogger Islam & muslimin. Insya ALLAH. tahniah sekali lagi walaupun lambat :)

    [Reply]

  4. adik wawi ke wan am?? hehe

    [Reply]

  5. Fathiyyah,
    Owh. Tahniah! Adik WAWI pun ada blog.

    Zulyunus,
    Terima kasih Zul atas makluman. Patutlah dari 4 bulan lepas tak berubah jumlah subscriber. Hehe.

    [Reply]

  6. Anwar,
    InsyaAllah. Nantikan projek seterusnya sebagai penerusan kepada bengkel blog. :D

    [Reply]

  7. Hehe…..

    Sedihnya takde gambar :)

    Semoga terus sukses. Ganbate…..

    [Reply]

  8. Hairul,
    Cuba tanya kawan saudara yang bawa kamera sekali tempoh hari. Rasanya dia ada ambil beberapa gambar. :) Selepas itu, mohon maklumkan di sini.

    [Reply]

  9. Assalamu`alaikum warahmatullah,

    Kepada Azree dan peserta Bengkel Revolusi Media Islami

    Semoga revolusi ini dirahmati dan ditunjuki Allah,

    Pakcik Saidy nak ucap tahniah kepada Azree dan rakan-rakan kerana aktif dalam menulis terutama dalam blog serta melatih orang lain menulis blog demi dakwah. Pakcik rasa berbangga dengan pencapaian Azree dan rakan-rakan. Semoga terus rajin berkarya. Mungkin dalam perkongsian lain kita boleh bincang tajuk apa yang membezakan bloger yang mendokong wawasan dakwah dengan bloger biasa.

    Sebenarnya pakcik adalah bekas Ketua Editor majalah Ummi (era 80-an dan 90-an) tidak seperti yang tertera pada brosur bengkel. Namun, bengkel Revolusi Media Islami 31 Mei benar-benar mengingat pakcik ketika menulis pada dekad 80-an/ awal 90-an. Ummi sendiri bertahan dari tahun 1988 hingga 1998.

    Selepas Ummi pakcik mengajar di UiTM dan kemudian Kolej Jaiputra, pakcik dah kurang menulis kecuali sekali sekala menulis kepada akhbar.

    Moga bengkel ini mendorong pakcik menulis lagi. Pakcik ada beritahu Pengarah Eksekutif KONSIS supaya bahan penulisan pakcik dulu serta bahan dari majalah Ummi (dalam bengkel hari itu ada orang pamerkan semula koleksi Ummi) dapat dicetak semula menjadi buku.

    Bagus Azree berusaha membimbing orang lain. Mengenai bahan latihan dan biimbingan untuk generasi sama ada untuk bidang penulisan atau pembangunan pelajar, kalau Azree perlu, pakcik boleh turunkan beberapa modul yang pakcik bina sendiri - mana yang sesuai ambillah menjadi harta ummah asalkan ia bermanfaat untuk dakwah dan Islam.

    Kalau ada kesempatan boleh kita jumpa atau datang ke Cyberjaya University College of Medical Sciences tempat pakcik bertugas sekarang.

    Ok, semoga dapat diadakan perkongsian lagi melalui usaha seperti KONSIS ini dan semoga mencapai objektif.

    Pakcik Saidy

    [Reply]

  10. Sdr Azree,

    Saya cadangkan di masa hadapan, jangan buat seminar terus FREE.
    Kenakan sedikit bayaran, kata orang, bayaran ‘komitmen’. At least sekitar RM10 pun jadilah. Kalau tak mau ambil untung di atas bayaran itu, sekurang-kurangnya jadikan itu bayaran untuk kos jamuan ringan, kos bahan edaran ataupun jadikan ia sebagai sumbangan amal ke tabung tertentu (tabung bantuan bencana ke, tabung masjid/rumah anak yatim/lain2)

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on June 8, 2008 11:07 pm:

    Sdr Fitri Shukri,
    Memang sudah difikirkan hal sebegitu. Memang sepatutnya peserta perlu membayar yuran pendaftaran untuk menunjukkan ‘komitmen’ mereka untuk datang ke bengkel. Tetapi saya tangguhkan dahulu kaedah itu untuk bengkel siri pertama ini. Saya sendiri sedang cuba cari sponsor untuk bengkel akan datang. InsyaAllah akan saya bincangkan bersama rakan-rakan yang lain cadangan saudara. :)

    [Reply]

  11. A’kum…

    Sye mnyokong pdpt saudre Fitri. Hrap dptlah sbe sdkit sponsor mkn kcil2an. X sabar nk join 2k klas strusnye. Mharap sgt lbh rmai pnyertaan dr kaum HAWA. Sdih.. Lone ranger sye ari 2..

    Mgkin 2k next few classes, saudre Azree bleh gunekn terma dlm bhse yg > mudah dfahami. Almaklumlah, sye x brp tau terma2 IT. Ari 2 mse bengkel, d blur2 jgak. Sori.. Sbb x brp paham.. Hu..hu ;(. Tpi malu nk tny..

    Mgkin next time, sye akn tnye. Klau x tnye, smpai ble pun x tahu.

    Ape yg saudre Azree bg ari 2, byk mbantu. Mgkin akn ambk mse lme gak, but its never 2 late 2 learn..

    Syukran Jazillan ya Akhi..

    [Reply]

  12. Salam

    Mabruk akh azree!

    Teruskan usaha dan sumbangan nta dlm dunia blogging utk manfaat ummah.

    U r becoming one of da young expertise in dis ‘world’.

    Keep up da great work!

    [Reply]

Leave a Reply

  • Kata-kata Hikmah

    “You need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.” -Pakdi.net-
  • Iklan

  • Buat Pautan

    Bagi yang ingin membuat pautan ke StudioMuslim, copy & paste script di atas ke dalam laman blog Anda.

  • Mood