Hari ini saya ingin berkongsi kisah tentang seorang pengusaha cendawan yang berjaya. Saya sempat berjumpa dengan pengusahanya, Encik R. Azmi, pada hari ini sempena lawatan komuniti BicaraJutawan ke tempatnya di Seelong, Kempas. Kisah hidupnya begini.
Encik R. Azmi dilahirkan pada tahun 1965 dan kelulusan akademiknya hanyalah sampai SPM sahaja. Tamat sahaja persekolahan, beliau terus bekerja makan gaji selama dua tahun setengah. Disebabkan berasa duit gajinya tidak mencukupi untuk menanggung masa depannya, dia mengambil keputusan untuk mengikuti satu kursus perusahaan cendawan yang harga kursus itu adalah RM1200! Bayangkan pada waktu itu, makanan yang bercendawan masih tidak popular di Malaysia dan beliau sanggup mengambil risiko itu untuk mengikuti kursus itu. Yuran kursus itu dibayar oleh beliau dengan duit hasil simpanannya.
Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan cita-citanya untuk mengusahakan perusahaan cendawan. Keputusannya itu ditentang oleh kedua ibu bapa beliau. Tetapi Encik Azmi tetap dengan pendiriannya dan mula merantau ke Johor Bahru seorang diri dalam usia yang masih muda itu. Memang kehidupan beliau pada waktu itu sangat susah. Tiada bantuan daripada keluarga sendiri. Tetapi beliau mula menggunakan ilmu yang beliau pelajarinya semasa kursus.
Walaupun hasil cendawannya sangat sedikit kerana beliau tidak mampu untuk mengusahakannya secara besar-besaran pada waktu itu, beliau menjaja cendawan hasil tanamannya di pasar-pasar. Kadang-kadang ada suara mengejeknya, “Mana ada orang makan cendawan sekarang, tu makanan kampung je.”
Beliau menebalkan muka. Tidak menghiraukan apa yang dikatakan orang sekelilingnya. Pernah satu ketika beliau pergi ke UPM untuk meminta bantuan daripada seorang professor di situ tetapi permintaan beliau langsung tidak dihiraukan. Dengan perasaan hiba beliau yang pada waktu itu tidak mempunyai wang pergi ke UKM untuk meminta bantuan di situ pula. Beliau ke UKM dari UPM dengan hanya berjalan kaki sahaja.
Pernah juga Encik Azmi cuba meminta bantuan daripada Bank Pertanian, tetapi permintaannya ditolak mentah-mentah oleh Bank Pertanian kerana pada ketika itu pasaran cendawan masih tidak nampak lagi keperluannya. Beliau tidak berputus asa sehinggalah akhirnya beliau berjaya juga mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak kementerian.
Selagi bertambahnya bilangan penduduk, selagi itulah meningkatnya keperluan pertanian.
-Encik R. Azmi-
Akhirnya sekarang beliau telah menjadi contoh kepada pengusaha cendawan yang baru mula ingin berjinak-jinak. Dan selalu menerima undangan daripada agensi-agensi dari Singapura untuk melawat tempat perusahaan cendawannya. Hinggakan UPM sendiri menghantar pelajarnya datang berkursus dengan beliau. Bagi beliau kalau ingin berjaya hendaklah tidak putus asa dan sentiasa saling membantu satu sama lain.
Kalau sudah ada cita-cita, kejarlah ia.
-Encik R. Azmi-
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Popularity: 23% [?]
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
May 28th, 2007 at 9:52 am
[...] 1. Rumah Cendawan 2. Pengusaha Cendawan Berjaya [...]
Studio Muslim: Terima kasih, Pakdi. Ini merupakan satu promosi percuma ke blog saya yang baru berusia 6 hari.
May 29th, 2007 at 9:26 am
Minda usahawan mcm en azmi tu memang tak pernah dari berhenti berfikir…ada je idea utk mempelbagaikan produk dia..emm memang boleh jadi salah seorang idola…
[Reply]
May 29th, 2007 at 8:43 pm
assalamualaikum..
cari shoutbox kat sini tak ketemu..jadi, tulis je la kat komen nih…sebenarnya tadak kene mengena ngan entri di ats pon…
nak ucap syukran coz Azree MH bertandang ke blog kami..dan nak mintak keizinan utk link-kan laman ni ke blog kami…sebenrnya mmg dah di-link-kan pon…hehe:)
[Reply]
June 4th, 2007 at 12:52 am
<p>Tuan Azree,<br />
Adakah Tuan akan menulis jibunsyi akan kisah hidup Encik Azmi itu? Tentu menarik…</p>
Nota StudioMuslim: Lebih kuranglah Tuan Alang. Tapi buat masa ini saya masih berfikir-fikir sama ada ingin menulis jibunsy berkaitannya atau menukar terus cerita tersebut.
[Reply]
July 12th, 2007 at 5:29 pm
salam
kisah yang hebat. saya mohon untuk dimasukkan kisah ini ke dalam laman web saya untuk dikongsi bersama.
terima kasih
[Reply]
July 15th, 2007 at 12:05 am
mcm mane nk usahakan cendawan cina?
[Reply]
July 16th, 2007 at 2:33 pm
askm, saudara studio muslim. sy rasa amat bertuah masuk ke blok saudara kerana sy sekarang memang mencari cara untuk sy membuat tanaman cendawan. utk pengetahuan saudara, sy berasl dr kel, sy rasa pasaran cendawan di kelantan masih baru, jadi saya ingin mencuba mnceburkan diri dalam bidang ini. saya amat berharap dapat bantuan dari saudara untk sy melawat tempat di johor. sekian.
[Reply]
August 12th, 2007 at 2:37 am
allop,hmmm…seronok saya baca cerita tu.sy mmg dah lama berminat dalam perusahaan ni.cuma xtau camner nak start.kalau ada info pasal kursus ke,boleh info sy x???
[Reply]
March 27th, 2008 at 11:10 pm
Salam..
Boleh saya tau berapa kos paling minimum untuk memulakan perusahaan cendawan ni?
Rakan saya ada mengajak saya untuk joint venture usahakan cendawan (jenis abalone). Cuma sekarang kami masih menyelidik kos yg diperlukan sebelum mengambil keputusan untuk teruskan niat atau batalkan sahaja.
Harap saudara dapat dapat berikan serba sedikit info mengenai kos2 yg terlibat seperti rumah cendawan, cendawan dan sebagainya.
[Reply]
July 8th, 2008 at 3:24 pm
salam.
adakah penanaman cendawan adalah sama walaupun dr jenis berlainan
[Reply]