• Belum Tentu Dapat

    “Aisyah nak masuk Kolej Yayasan Saad!” Kata adik saya pada tahun lepas sebelum dia mengambil UPSR.

    Ditampalnya pada pintu rumah kertas bertulis tulisan tangan, ‘Doakan Aisyah 5A UPSR!’

    Kakak saya merupakan bekas pelajar Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) pada tahun 1998-2002. Mungkin kerana sejak dari kecil adik saya melawat kakak di KYSM, dia sudah menyimpan angan-angan untuk ke sekolah itu juga. Lagi-lagi bila kakak saya merupakan antara pelajar terbaik di sana.

    Dan ketika keputusan diumumkan, Aisyah memang betul-betul gembira. 5A sudah dalam genggamannya. Tinggal menunggu keputusan dikeluarkan oleh pihak KYSM sahaja.

    Sambil-sambil itu emak dan abah turut memohon SBP untuk Aisyah. Cuma mungkin agak sibuk dengan urusan untuk menunaikan haji pada hujung tahun lepas. Pun begitu emak meminta tolong kawannya yang juga merupakan seorang cikgu SBP untuk membantu.

    Semasa emak dan abah sudah pergi menunaikan haji selama sebulan, saya pulang ke rumah di Johor Bahru. Sempat mengusik Aisyah, “Tak payahlah Aisyah nak masuk asrama. Susah hidup tak ada emak dan abah.”

    Saya juga begitu

    Teringat kenangan lama saya yang juga sibuk-sibuk nak masuk asrama gara-gara abang dan kakak saya juga berasrama penuh. Along di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) dan kakak di KYSM. Juga sepupu-sepupu saya yang hampir semuanya masuk SBP.

    Dengar cerita-cerita seronok daripada abang saya menyebabkan saya juga turut berangan-angan nak masuk asrama.

    Cuma mungkin kerana terlalu banyak main-main, jadi keputusan UPSR saya hanya dapat 4A 1B. Tidak melayakkan saya untuk memohon mana-mana SBP. Maka masuklah saya ke SMKA Sheikh Haji Mohd Said yang terletak bersebelahan dengan sekolah emak saya mengajar iaitu Kolej Tunku Kurshiah.

    Sekolah tersebut ada pelajar yang tinggal di asrama dan ada pelajar yang dari luar iaitu ulang-alik dari rumah ke sekolah. Pada bulan pertama persekolahan saya telah meminta untuk masuk ke asrama walaupun sepatutnya tidak patut dapat kerana rumah terlalu dekat dengan sekolah, malah emak saya juga mengajar di sekolah bersebelahan sahaja.

    Tapi atas ketentuan Tuhan, permohonan saya diterima juga. Cuma kehidupan saya di asrama tidak banyak seronoknya sebab tidak pernah dipukul.

    “Kau jangan ‘sentuh’ budak ini. Dia ini adik kawan aku, Buragas,” kata seorang pelajar tingkatan empat itu kepada kawan-kawannya yang lain. Habis satu tingkatan empat tidak berani memukul saya.

    Buragas merupakan nama gelaran kepada abang saya yang merupakan kaki pukul di SDAR. (Ini kisah dia muda remaja. Sekarang dah baik)

    Teringat kata-kata abang saya, “Seronok masa masuk asrama. Kena buli di asramalah yang seronok. Barulah faham erti berdikari.”

    Buli cara lain

    Walaupun saya tidak dibuli dengan cara dipukul akibat buat kesalahan depan senior, tetapi tetap ada perkara menarik.

    Di sekolah tersebut, semua pelajar tingkatan satu dan dua ada subjek-subjek yang perlu dihafal seperti hadis, doa-doa dan surah Al-Quran. Setiap dua minggu sekali atau paling tidak sebulan sekali pasti ada ujian yang dipanggil tasmi’.

    Dalam sesi tasmi’ tersebut, senior yang akan menilai. Di tangan mereka sudah tersiap sejadah nipis yang digulung ketat, kalau dilibas boleh meninggalkan kesan. Siapa yang tidak dapat menjawab soalan, akan dilibas dengan sejadah tersebut.

    Begitulah cara lain saya dibuli. Lagi-lagi saya memang malas menghafal.

    Walaupun dalam hati kurang bersetuju apabila dilibas tetapi difikir-fikirkan semula, kalau tidak dilibas memang saya tidak akan cuba menghafal.

    Pada tingkatan empat saya mendapat tawaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Pada waktu itu boleh dikatakan sekolah yang paling diidam-idamkan oleh setiap pelajar sekolah agama. Malah juga pelajar SBP sekolah lain.

    Pasti ada hikmahnya

    Sehingga sekarang saya rasa ada hikmahnya saya tidak masuk ke Sekolah Berasrama Penuh terlebih dahulu. Kalaulah pada tingkatan satu saya sudah masuk sekolah asrama penuh, pasti saya tidak akan dapat melanjutkan pelajaran ke KISAS.

    Berbalik kepada hal adik saya, sehingga sekarang dia masih tidak tawaran daripada SBP. Dia hanya bersekolah di sekolah harian biasa di Johor Bahru. Bolehlah dia ringan-ringankan beban emak saya di dapur dan jaga adik lelaki saya yang nakal – kuat buli kakak tapi tak nak jauh daripada kakak dia.

    Dan begitu juga nasihat kepada adik saya, pasti ada hikmahnya tidak dapat masuk sekolah bagus-bagus dari awal. Cuma kalau itu yang kita inginkan, teruskan berusaha ke arahnya.

    Apa yang kita hendak belum tentu kita dapat. Tetapi tidak bermakna kita memang tidak akan dapat kecuali kalau kita sudah melupakannya.

    Kalau tidak dapat sekarang, cuba lagi sampai tercapai.

    Kalaulah Thomas Edison setelah gagal 99 kali terus berhenti daripada minatnya untuk mencipta mentol, mungkin sekarang ini namanya tidak tercatat sebagai pencipta mentol.

17 Comments


  1. asdiqa says:

    muahahahaha..
    pandai la ko jawe!!ooo…sbb tasmi’, ko hafal la ni?? ingat lagi x hafalan2 tu??hehehe

  2. Marwan AMZ says:

    Perghhh, muda giler gamba kt atas tu….

  3. Asdiqa dan Marwan AMZ,
    Ya Allah, jauhilah aku daripada manusia-manusia yang berhasad dengki. Engkau ampunilah mereka. :D

  4. na says:

    salam.gtau aisyah, blaja kt mne2 pun sme je….
    yg pnting usaha dan kesungguhan….
    sye ade sorg adk skrg die skol kt skol sye dlu(sbpi)…
    nseb baek dpt skol dkt je dr umh….x la penin kple sye….

  5. simfonimaya says:

    hm, sokong..memang bangga pun kalau kena pukul dekat sekolah dulu..lagi banyak lagi bangga..saya pernah kena sebat di punggung 60 kali. tak tahu lah kalau ade yang dah pecahkan rekod ni.hehehe..banyak kalau nak dikenangkan kisah2 zaman sekolah dulu..

  6. ansarullah says:

    assalamu’alaikum. kalaulah aisyah dapat membaca komen ini. hopefully..

    akak nak kongsi juga pengalaman akak time muda2 dulu. akak percaya satu perkara dik. apabila Allah hilangkan sesuatu maka Dia kan gantikan sesuatu yang lebih baik dari yang sebelumnya. cth seperti Allah hilangkan harapan kita utk sstu perkara, sure kita frust sgt kan? macam mana kita sedang dicerahi mentari, tiba-tiba Allah datangkan guruh. puas kita nangis cari mana hilangnya mentari kita. rupa-rupanya lepas tu Allah nak hadiahkan kita pelangi indah! sekadar analogy dik.

    dulu kan aisyah. akak jga dapat 5A, tapi akak tak dapat SBP. dapat pun time 2nd intake. tapi akak dah tawar hati. akak dah jatuh hati dgn SMKA. tapi bohongla kalau akak masih tak taruh hati kat SBP sbb cousins akak bnyk ke SBP..Hmm, akak pulunla time PMR. Alhamdulillah, dimurahkan rezeki, akak dapat 9A. aisyah tau apa sekolah idaman akak start dari akak F1 lagi? sekolah abang aisyah ni ha. KISAS. Itu saja aim akak. xde sekolah yang lain. sampaikan akak gtau parents akak, if nak akak pindah sekolah F4, hanya kalau akak dapat KISAS ot SMAPL. Berlagak sikit time 2.

    sampai kawan2 akak y lain pun tau yang akak dok kemaruk nak ke KISAS. Siap ada puisi lagi buat bumi waqaffan tu. bukannya apa, mngkin sebab dgr kisah cousin akak kat KISAS n kwn2 akak y sambg study kat sana. n kerap juga akak lawat kawan kat KISAS. Buat akak jatuh hati lagi dgn KISAS ni. tapi tu la aisyah. Allah hilangkan harapan akak. akak kemudian dipaksa sambung study di SBP lain jga oleh parents. time daftar kat SBP tu, menitik je air mata akak atas borang daftar tu.

    aisyah, di sana akak temui banyak mutiara y mungkin akak tak temui di KISAS. Sekolah yang baru buka. akak adalah 1st batch. segalanya bermula dari zero. walaupun pada awalnya akak memberontak sebab takde senior y dpt bantu akak study, ada sebab kenapa Allah campakkan akak di sini. kawan akak kerap katakan pada akak ” kalau semua y bgus2 dihantar ke KISAS, sape nak kerja kat sekolah lain? kitalah y mulakan”

    akak terus bangkit. sbagai y terawal, kitalah y menjadi ketua sana sini. akak ambil ni sebagai satu tangungjawab di sekolah y tiada apa2 lagi. memperjuangkan undang2 islam. menyusun program dan organisasi persatuan.memang letih tetapi akak puas kerana ada hasil y akak tinggalkan sewatu menjadi mantan sekolah tersebut. sekarang akak tau, inilah pelangi y Allah nak hadiahkan pada akak. bagaimana menjadi pemula! tidak sama apabila menjadi orang y telah dibentangkan segalanya. pelangi ini y akan xkan dpt di KISAS. Peluang menjadi pemimpin di sana atau pemula di sana mungkin tipis. kerana di KISAS segalanya telah siap. susuk2 pemimpin juga lebih hebat daripada akak di sana.

    tapi, itulah sebuah sekolah y telah memdidik akak. y membawa kepada diri akak y sekarang. mungkin aisyah tidak mengenali siapa akak. anggaplah akak sebagai tukang cerita y akan berikan semangat aisyah untuk terus belajar dari cerita akak.

    insyaAllah. ada pelangi untuk aisyah dari Allah y aisyah tak tersangkakan!

  7. Heheh azree kah itu yang memakai baju batik kuning itu? Hmm pesat perkembangannya ea(^_^)/”

  8. ilhamnalury says:

    dah pesat berkembang dan MAJU ke HADAPAN :p macam ana yang dah kawin ni..

  9. AlmuhandisMOD aka Sani dan Ilhamnalury aka Mujahid,
    Ya Allah, ampunilah dosa-dosa mereka yang berhasad dengki.

    P/s: Ini gambar 4 tahun lepas. Baru habis PLKN, itu pasal nampak kurus dan gagah. Hehe.

  10. zahidzuhri says:

    Aku dulu pernah apply nak pegi UK under JPA,tapi tak dapat. Masa tu taktau ada ‘orang baik2′ kat sane, jadi taknak buat 2nd application & terus nak masuk UIAM,alhamudulillah…ada hikmahnya ;)

    Saja nak kongsi2 pengamlaman sket,heheh

  11. mantan uia gak says:

    mantan uia jahat ke x. muahahaha..

  12. kahfi8 says:

    salam.

    SDAR n STAR lain ke?

  13. mantan uia gak says:

    yup lain..
    SDAR kat N9
    STAR kat Perak.. ke kedah ntah..
    huhu

  14. madno says:

    samer la situasi macam aku. ingat nak sambung medik dekat ovc. tapi tak dapt. punya la kecewa time tu hanya Allah saja yang tahu. tapi tu semua ada hikmah even tak dapat ovc, medik dekat um pn jadilah walaupun susah tahap dewa. mungkin nak suruh saya jaga mak yang tengah sorang-sorang dekat rumah. Hmmm

  15. Terima kasih. InsyaAllah dia akan baca. :)

  16. Di UIAM memang ramai orang-orang jahat. :D

  17. SDAR di Negeri Sembilan, STAR di Ipoh, Perak.

Leave a comment