
Suatu malam yang hening.
“Apa skil yang kamu ada?” soal abang Anis kepada saya semasa sesi temuduga pemilihan ahli tim MMU(Multimedia Unit).
MMU merupakan satu unit khas di KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah) yang hanya 8 orang sahaja ahli daripada setiap batch. Malah terdapat satu bilik khas sebesar bilik darjah, siap dengan air cond, untuk tim MMU melakukan kerja-kerja.
“Saya boleh design, boleh menggunakan Power Point,” saya menjawab.
“Kamu design guna Photoshop?” soal abang Anis lagi.
“Tak, saya design guna Paint Brush. Kadang-kadang saya guna Power Point untuk design kerja folio saya,” jawab saya lagi yang sangat mengharap untuk masuk ke dalam tim MMU.
“Susahlah macam ini. Kami perlukan orang yang pandai design.”
Sebelum saya memasuki KISAS, di sekolah lama saya tidak ada sebarang persatuan atau pun kelas komputer yang memberikan skil design. Kalau ada kelas komputer pun, yang diajar hanyalah membuka komputer dan menutupnya kembali.
Kalau lagi advance, cikgu akan ajar cara-cara buat emel.
Kemudian barulah saya masuk ke KISAS semasa di tingkatan empat. (KISAS tiada pelajar menengah rendah. Paling muda adalah tingkatan empat)
“Tapi saya sanggup bagi komitmen untuk belajar semua software itu,” kata saya.
“Berapa banyak komitmen yang kamu sanggup bagi?”
“90 peratus! Kalau abang rasa saya tidak memberi komitmen nanti, saya sanggup dipecat dari jawatan,” saya memberikan jawapan yang terakhir. Sama ada dapat atau tidak.
Mula Belajar Design
Akhirnya saya terpilih untuk menyertai tim MMU. Saya rasa antara semua yang terpilih itu, sayalah yang paling kurang kepakaran tentang komputer.
Ada antara kami yang pandai membaiki komputer, ada yang pandai design, ada yang pandai menggunakan kamera video, ada yang kreatif bila buat presentation, dan berbagai kepakaran lain.
Di sana saya mula belajar menggunakan software design yang digunakan senior kami. Rupa-rupanya mereka pun tidak menggunakan Photoshop. Hanya menggunakan Macromedia Fireworks sahaja.
“Tidak kira apa software sekali pun yang kita gunakan, yang penting gunakannya pada tahap yang maksimum. Kalau pandai software yang bagus-bagus pun tiada gunanya jika tidak kreatif.”
Ini nasihat pertama yang saya dapat daripada senior MMU.
Sedikit demi sedikit ilmu dikutip daripada para senior yang sibuk dengan persediaan untuk SPM.
Pernah kami disuruh membuat presentation untuk perasmian pertandingan roket air yang dihadiri oleh orang-orang besar daripada Kementerian Pendidikan. Hanya sehari sahaja masa yang diberi.
Tetapi presentation yang kami buat dengan menggunakan Power Point dalam masa sehari itu mendapat pujian daripada para VIP yang hadir. Dan diminta untuk menayangkannya di Pertandingan Sains Kebangsaan.
Naruto dan Akademi Ninja
Ada satu perkara menarik yang ditekankan dalam cerita Naruto iaitu semangat belajar yang tinggi. Pada permulaan cerita, Naruto merupakan seorang pelajar Akademi Ninja yang gagal. Segala yang dia buat pasti tidak menjadi.
Dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain yang berbakat, Naruto jauh ketinggalan. Tetapi dia tetap berusaha keras sedikit demi sedikit. Dan akhirnya dia menjadi antara yang terhebat antara rakannya yang lain.
Mantapkan Skil Yang Kita Ada
Ada orang memang sudah semula jadi mempunyai bakat dalam sesuatu bidang. Dia tidak perlu berlatih kuat sekali pun tetap dia boleh melakukan kerjanya dengan baik.
Tetapi jika bakatnya itu digilap lagi, pasti ia akan menjadi lebih baik.
Begitu juga jika dia sudah ada bakat dalam sesuatu bidang tetapi dia tidak mengasah bakat yang dia ada, lama-lama akan dikalahkan juga oleh orang yang tiada bakat.
Saya teringat kata-kata Toshiya Joushima kepada Takumi Fujiwara dalam episod akhir Initial D Fourth Stage. “Tidak kira skil apa yang kamu ada sekarang, ia susah kekal apabila kamu fikir skil kamu sudah cukup bagus,”











Betul, bila sudah dapat satu ilmu tu, polish betul2 sampai kita mahir. Kemudian, kita boleh belajar ilmu lain pula. Contohnya flash dan lain2 teknik yang agak ‘up’ skit.
aku adalah hasil gagal MMU unit yang dipecat serta merta selepas kejadian ‘itu’. baru sekali masuk bilik MMU dah macam macam bencana aku buat hehe…