Harga Minyak Naik - Hidup di zaman perang

Satu petang yang sibuk.
Kereta kelihatan bersesak-sesak masuk ke stesen minyak. Bunyi hon bersahut-sahutan. Protes agaknya atau mungkin geram yang cuba dilepaskan di jalan raya.
Kenaikan harga minyak yang mendadak sama sekali tidak saya jangkakan. Kalau kenaikan 30 sen pun sudah menyulitkan. Lagikan pula kenaikan sebanyak 78 sen. Kalau dulu seminggu, duit untuk minyak motor saya adalah RM35. Selepas ini mungkin meningkat sebanyak RM50 pula.
Peningkatan sebanyak 41%!
Peningkatan harga minyak yang mendadak ini umpama seperti satu perang besar. Ya, mereka sedang berperang dengan kita.
Kecelaruan pasaran saham
Memang sepatutnya sebelum pilihanraya lagi harga minyak akan naik. Tetapi ditangguh oleh kerajaan. Mungkin takut kalah dalam pilihanraya. Sampaikan Timbalan Menteri Besar sanggup berjanji dahulu yang harga minyak tidak akan naik jika BN menang.
Tetapi janji tersebut ditinggalkan begitu sahaja. Kenaikan sebanyak 78 sen menunjukkan seolah-olah tiada usaha untuk memegang janji tersebut. Tidakkah beliau berfikir tentang kecelaruan yang bakal berlaku.
Pakar ekonomi menjangkakan kadar kenaikan inflasi akan meningkat sekali ganda.
Jika kadar sebelumnya 3%, maka kadar peningkatan inflasi adalah sebanyak 6%. Jika di kawasan bandar seperti sekitar lembah kelang yang kadar inflasinya lebih tinggi iaitu sebanyak 6-8%, mungkin kenaikannya adalah 12-16%.
Kenaikan kadar inflasi seperti ini boleh menyebabkan kelembapan pertumbuhan ekonomi negara. Kesannya bukanlah sekadar pengurangan penggunaan kenderaan di jalan raya sahaja. Tetapi masyarakat juga akan lebih berhati-hati dan mengurangkan perbelanjaan harian mereka, ini akan turut memberi kesan yang teruk kepada pasaran saham.
Ekoran itu, pasaran saham dijangka akan terus jatuh ekoran kelembapan tersebut. Para pelabur luar pula pasti akan lebih berhati-hati untuk melabur di dalam negara.
Dengan siapa mereka mahu berperang agaknya. Sampai kedudukan ekonomi negara bakal terjejas teruk.
Perang besar
Ini bukan sebarang perang. Ini perang besar.
Jika dahulu atuk moyang kita mengikat perut berlawan dengan Jepun atau Komunis, sekarang kita pula perlu mengikat perut, berperang dengan inflasi.
Jika dahulu atuk moyang kita berperang di dalam hutan, sekarang kita terpaksa berperang di jalan raya(12 Julai nanti).
Jika dahulu kita menaiki kereta atau menunggang motor mungkin selepas ini kita terpaksa menunggang kuda.
Tangguh belajar
Kadang-kadang semakin kuat pula perasaan ingin tangguhkan dulu soal belajar. Memandangkan saya tidak mengambil pinjaman PTPTN, apatah lagi hendak meminta biasiswa.
Terpaksa saya buat bisnes kecil-kecilan di universiti. Itu pun lama saya tinggalkan. Dan kini saya membuat kerja part time menjadi editor buku. Jika ada projek maka adalah duit. Kebanyakkan pelajar yang mendapat pinjaman atau mengambil biasiswa mungkin tidak terlalu merasa bagaimana sakit mencari duit.
Saya ingat lagi kata-kata seorang pemimpin, “Kenaikan harga barang diharapkan tidak membebankan rakyat. Projek-projek yang kami rancang bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan.”
Adakah peluang pekerjaan itu cukup untuk semua rakyat? Atau adakah peluang pekerjaan itu sesuai untuk semua golongan? Bagaimana pula dengan golongan pelajar?
Jika kadar inflasi terus meningkat, saya tidak tahu apa yang bakal terjadi kepada rakan-rakan saya yang mengambil pinjaman PTPTN apabila mereka mula bekerja nanti.
Jika sekarang saya belajar di universiti, nampaknya untuk mengubah gaya hidup bak kata Pak Lah, terpaksalah saya tangguh belajar selepas ini. Balik kampung nanti kena bincang dengan keluarga semula.
Berlapang dada
Setiap apa yang berlaku, pertama sekali kita perlu menenangkan fikiran. Hanya fikiran yang tenang sahaja mampu mencetuskan idea bernas untuk keluar daripada kancah inflasi ini. Takut-takut ada terfikir hendak bunuh diri dan sebagainya.
Apa-apa pun boleh berlaku dalam suasana perang sebegini. Semoga kita dijauhkan daripada semua itu. Berlapang dada dan fikirkan yang terbaik apa yang boleh kita lakukan untuk hadapi kenaikan inflasi ini.
Hendak tunggu demo, lagi sebulan. Hendak tunggu Pak Lah tarik balik kenyataan itu, sesuatu yang susah hendak berlaku. Hendak tunggu harga minyak dunia turun, itu pun kita tidak dapat pastikan bila boleh berlaku.
Kita perlu menjadi pakar strategi perang. Merancang strategi untuk kewangan sendiri.
Jika dahulu, naik 30 sen sudah menyebabkan harga barang lain naik berkali ganda juga. Lagikan pula naik 78 sen. Kita memang perlu mempersiapkan diri sesegera mungkin. Lain orang, lainlah strateginya.
Jadi, janganlah kita main ikut sahaja apa yang orang lain buat. Kalau tip-tip tersebut sesuai dengan diri kita, cuba ikut. Tetapi jika tidak sesuai, kita cari tip yang lain.
P/s: Perkara tangguh belajar dalam artikel ini hanyalah sindiran kepada slogan Pak Lah sahaja. Hehe.
Artikel cadangan lain:
Tahniah buat kerajaan BN - Ainon Mohd
Inflasi meningkat sekali ganda -Shamsuddin Kadir
Pening harga minyak naik - Pakdi
.
Azree Hanifiah
6 Jun 2008
Smart Study
Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com
Popularity: 23% [?]


oh malaysiaku……
[Reply]
Panas………..makin panas.
Hangat……….kini sudah hangit.
Jom, simbahkan lagi minyak yang dah naik harga tu, pada api perbahasan ini.
Sorakkan emosi. Yeah.
[Reply]
dijangka akn naik lg..termasuk harga makanan dan bahan mentah. ckup terkejut dengan kenaikan harga minyak sebanyak 200% akan dtg..
[Reply]
Azree Hanifiah reply on June 8, 2008 11:02 pm:
200%? Banyak betul. Ya kah?
[Reply]
http://www.thedoramablog.com
[Reply]
pakar strategi perang ya. menarik cetusan idea tu.
mgkin bleh tulis bab2 mana yg boleh kita jimatkan, sng sket. hehe
[Reply]
Azree Hanifiah reply on June 8, 2008 11:04 pm:
Pakar strategi perang dalam berperang dengan inflasi yang kian teruk.
Erm. Mungkin boleh rujuk http://www.shamsuddinkadir.com untuk mendapatkan tip-tip menjadi pakar strategi perang yang baik.
[Reply]
M’sia merupakan pengeluar minyak, jd kita berhak utk merasa apa yg keluar
dr negara sndri.
Tahukah anda, m’sia eksport petroleum 650000barrel/day,import 400000barrel/day.
http://hasbimendez.blogspot.com/
[Reply]
A’kum…
Klau dikutkan, benarlah harga minyak d luar negare dh lame naik. Dan ble kerajaan mgatekan harge minyak xkan naik lagi, sye ttanye2 ‘Betul k x naik?’ Mcm mustahil..
Mse mlm t’akhir sblum knaikan harge minyak, hu.. Jalan sesak! Org queue… ( betul k eje ek?. X smpat bukak kamus
) punyelah pjg. Dkt 300 m. Bukan 1 baris je. Tp 5/ 6 barisan… Dari semue jln msuk k stesen.
Even ikut article yg sye bce, x mustahil harge minyak akan trus naik. Thn 2008 bukan thn yg sesuai 2k bli brg elektrik, handphone n kerete. Betul, inflasi akan naik. So buat mse ni, ble brgan kperluan sje..
Mgkin kte bleh usahakan 2k jlnkan kempen ‘CAR POOL’, yg pnah dwujudkan dlu, tp sambutannye x lame. Atau memilih 2k naik public transport.
Ape2 pun, bnarlah kte ketua sye, kte patut bsyukur. Skurang2nye, kte ade gak duit nk bli minyak. Org lain.. Mgkin duit nk mkn pun x de..
Waallahu a’lam
[Reply]
farr reply on July 4, 2008 9:48 am:
tau xpe…
aku bukannye orang berada…minyak sahaja da abeh beratus-ratus untk ke hlu ke hlir…
hmmmm…malaysia2…
[Reply]
Kalau minyak naik 40%, inflasi at leat naik 20%, dan kalau ekonomi naik 20%, akan menyebabkan golongan miskin akan menjadi papa dan golongan sederhana akan menjadi miskin, golongan kelas pertengahan akan menjadi golongan sederhana bla..bla..bla…
Tapi kalau bagi orang yang nak ikut sirah perjuangan Rasullullah, inilah masanya nak zuhud, makan roti yang rendah mutunya dan menikmati kemanisan hidup sederhana…
Wallahu’alam….
[Reply]
pakdi reply on June 11, 2008 12:58 pm:
salah pemahaman anta pasal zuhud ni syeikh…
[Reply]
Azree Hanifiah reply on June 12, 2008 10:41 am:
Hehe. Zuhud=makan roti?
Rasanya kena baca balik artikel saya yang lepas-lepas tentang zuhudnya sahabat Nabi yang kaya-kaya.
[Reply]
Isu yang masih panas sehingga sekarang. bila harga minyak naik, kos sara hidup akan meningkat. kadar inflasi akan meningkat kerana kuasa membeli pengguna semakin menurun. akibatnya, ekonomi akan terjejas walaupun rakyat digesa agar berjimat cermat. Teringat perkataan ‘inflasi’ pada zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Inflasi sifar, itulah pertama kali saya mendengar perkataan inflasi sewaktu masih kecil.
To Azree, nice blog. Aku je yang tak tahu lg macamana nak edit blog bagi cantik.hehe. Keep it up!
[Reply]
sbenarnye kenaikan harga pada pasaran dunia adalah baik tuk malaysia kerana malaysia merupakan antara negara pengimport terbesar dunia selari ngan negara2 asia tengah. maka dunia kan membeli ngan harga yang mahal, oleh itu revenue petronas akan meningkat, maka segala macam dividen, royalti,profit kasar, profit halus yang di bagi kepada kerajaan adalah menigkat, naper dikatak subsidi? padahal itu adalah hak rakyat yang sememangnye dipulangkan kepada rakyat. Bukan kenaikan 78sen? kenapa ini berlaku? kerajaan menyeleweng… mari kiter ganyang!!!!!!!!!
[Reply]