Di Sebalik Marahnya Abah

Zass!

Satu sebatan hanger baju tepat mengena punggung.

Kadang semasa kita kecil kita tidak tahu apa sebenarnya yang ibu bapa kita hendak. Kita buat silap, dimarahi dan kemudian menangis. Dan kadang kita cuba mempersoalkan tindak-tanduk ibu bapa.

“Ah, kenapa kena sebat pula. Saja hendak cuba-cuba buat telur goreng pun salahkah?” bisik hati kecil saya yang baru berusia 8 tahun ketika itu.

Silap saya termakan telur goreng yang disediakan untuk adik saya yang bersekolah sesi pagi. Oleh itu, saya cuba menggantikannya dengan telur goreng baru sebelum saya ke sekolah pada sesi petang. Takut-takut adik saya makan tidak berlauk. Maka saya pun cuba-cuba menggoreng sendiri.

Sedikit demi sedikit baru saya faham bahayanya dapur gas jika tersalah guna. Semasa disebat kita mempersoalkan tindakan ayah kita. Selepas kita mengambil masa memikirkannya, barulah tindakannya dapat difahami.


Dari situ saya belajar perlunya belajar selok-belok sesuatu barang itu sebelum menggunakannya.

Nak aiskrim!

Dalam lesu

Kau masih tersenyum

Walaupun terlihat duka tangisanmu

Merindukan warna kedamaian

Menanti bahagia beraja di situ

“Abah, nak aiskrim!”

Setiap kali kami adik-beradik mahukan sesuatu apabila berjalan di kedai atau pasaraya, pasti ditengkingnya. Ada ketikanya ditamparnya terus kami. Kami pasti berat mulut untuk meminta apa-apa lagi selepas itu.

Dan saya menjadi seorang yang tidak pandai meminta-minta apa-apa daripada ibu bapa. Apa yang dapat, itulah yang akan digunakan.

Dari situ saya belajar jika inginkan sesuatu, cuba dapatkannya sendiri.

Macam budak-budak

Pada tahun 1996, kami berpindah ke Cheras, Selangor. Ketika itu saya baru sahaja masuk darjah tiga. Daripada sekolah kampung berpindah ke sekolah bandar, SK Bandar Tun Hussien Onn. Daripada loghat Terengganu, saya terpaksa berkomunikasi cara orang Kuala Lumpur.

Sehinggalah saya darjah lima, saya masih memakai beg yang designnya hanya sesuai untuk murid tadika. Hampir setiap hari diejek oleh kawan-kawan. Maklumlah kalau dahulu di sekolah kampung, semua murid saling hormat barang-barang kawan. Tetapi di situ, bila nampak barang yang tidak ikut standard mereka terus diejeknya.

“Azree, kalau hendak ada perempuan suka kenalah pakai seluar tempah. Tak macho pakai ‘seluar cerut’,” kata abang Shahir, Presiden BADAR SMKA SHAMS semasa saya tingkatan tiga.

“Baguslah kurang perempuan suka. Tak adalah nanti rasa hendak bercouple,” balas saya. Terus terdiam dia yang ketika itu saya mendapat tahu yang dia bercouple timbalannya sendiri.

Sampailah saya masuk sekolah menengah. Masih tetap dengan beg yang designnya sedikit kebudak-budakan. Malah sehingga seluar yang dipakai pun ada orang persoalkan. Bukan setakat pelajar biasa malah sampai kepada Presiden Badan Agama menegur. Salahkah pakai seluar murah?

Dari situ saya belajar ertinya merendah diri dan bersyukur dengan apa yang ada.

Kita menyambung kerja ibu dan bapa

Khabarkan kepada mereka

Masih ada cinta mewangi di sini

Dan khabarkan kepada dunia

Damai yang kau cari

Akan kau miliki

Pasti….

Semasa kecil seringkali kita dimarahi atas perkara-perkara kecil. Apabila besar remaja, kita dimarahi atas perkara yang berkait dengan tanggungjawab. Semakin saya membesar semakin banyak saya belajar daripada abah. Walau kadang kecil hati tiap kali dimarahi kerana ketika itu saya tidak memahaminya.

Ingatlah menjadi Muslim umpama menjadi kain putih. Pada peringkat awal, ibu bapalah yang berusaha mencoraknya dengan warna kesejukan, keceriaan, ketegasan dan cinta. Pada peringkat seterusnya, terserah kepada kita untuk memikirkan corak-corak yang terhasil dan menyambung usaha itu.

Semoga kita menjadi Muslim yang mencorakkan ummah.


Nota: Entri ini ditulis pada 3 Jun 2009 juga untuk menyokong pertandingan yang dianjurkan seorang sahabat di sini.

Nota 2: Lirik nasyid ‘Bicara Hatiku’ oleh kumpulan NICE.

The Author

Beliau merupakan seorang trainer dalam bidang perniagaan internet. Kerap dijemput memberi training di institusi dan organisasi seluruh Malaysia. Harapan beliau hanya satu, 'Berkongsi sehabis mungkin!'Other posts by Azree Hanifiah


21 Responses

  1. best lah entry kali ni azree!


  2. ingat dulu selalu kena rotan..

    - tangan

    - hanger

    - rotan

    - kayu

    - yg tgh2 daun pokok tu panggil apa eh..

    ah.. smua lah kena..

    igt smpai skrg..


  3. Terdengar lagu daripada kumpulan NICE, ‘Bicara Hatiku’, terus teringat kisah-kisah zaman kanak-kanak. :)


  4. Eh, rotan pakai daun pun ada juga? :p


  5. Ibubapa pencorak sikap, cara berfikir anak-anak..kadang2 kitatak sedar bahawa sikap ibubapa yg kita seakan tak suka itulah kdg2 terpamer pada diri kita gak..


  6. yang paling terok sekali aku kena adalah mandi air parit. Aku dan adik-adik aku selalu main tangkap ikan tepi parit, mak aku larang tapi kami buat lagi. Alamatnya, kami kena mandi dengan ikan2 yang kami tangkap :D haha!


  7. entry yg sgt bagusssssssss…saya suka!!!

    rindunya kat ayahhhhhhhh
    padahal isnin lepas baru jumpa..
    esok jumpa lagi… =)


  8. Saya dah lama tak balik Johor Bahru. Cuma jumpa abah semasa pulang ke kampung di Sabak Bernam sahaja. :)


  9. gud2 :) tp yg masa presiden badar ng bdan dakwah perli ko tu mmg sinikal la.. err presiden ape? badar ng badan dakwah?

    ohh oke~


  10. sarachan

    Tp nnt bila dah besar ada family sendiri kena guna jugak ke cara marah2,libas ngan hanger, tali pinggang mcm yg abah2 kte buat..?


  11. Sepanjang dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima, Presiden BADAR yang itu sahaja yang saya sudah rasa hormat kepadanya.


  12. Ada masanya selagi boleh kita gunakan pendekatan psikologi seperti kaunseling. Dan ada masanya dalam rotan pun perlu digunakan tetapi diterangkan kepadanya sebab-sebab selepas itu.

    Rasulullah SAW juga dengan tegas, memerintahkan agar anak kita yang sampai umur 10 tahun jika enggan melakukan solat, maka hendaklah anak itu dipukul dan dirotan.

    Nabi Muhammad menyuruh ibu bapa menyuruh anak-anak solat apabila mereka berumur 7 tahun. Maksudnya ibu bapa diberi masa 3 tahun untuk mendidik tentang satu perkara sahaja. Kemudian jika anak itu degil, barulah dirotan.

    P/s: Merotan pun ada cara-caranya. :)



  13. Assalamualikum

    maaf jika tiba-tiba menyampuk. dah lama saya x online saya tercari-cari akademimuslim.com. ke mana menghilang?

    Tahniah atas kemenangannya. :-)

    Andai anta punya anak, anta akan didik anak anta demikian?


  14. sue

    salam ziarah sahabat…



  15. khairunnisa

    hehe bagi abah baca ni confirm meleleh. amir je yg tak rasa zaman tu.


  16. “Azree, kalau hendak ada perempuan suka kenalah pakai seluar tempah. Tak macho pakai ‘seluar cerut’,” kata abang Shahir, Presiden BADAR SMKA SHAMS semasa saya tingkatan tiga.

    “Baguslah kurang perempuan suka. Tak adalah nanti rasa hendak bercouple,” balas saya. Terus terdiam dia yang ketika itu saya mendapat tahu yang dia bercouple timbalannya sendiri.

    Aish3. Kena tukar kepada bukan nama sebenar ni. Alhamdulillah, dh selamat diijabkabulkan dh pun mrk…
    (opps, lari tajuk sket)

    Btw, good article!=)


  17. Itu rahsia awet muda – Mandi air ikan.


  1. Pertandingan Entri Terbaik Hari Bapa 2009 : : SangPelangi
  2. Keputusan Rasmi Pertandingan Entri Terbaik Hari Bapa 2009 : : SangPelangi