Rebranding StudioMuslim

rebranding

“Kenapa rebranding pula blog enta? Malas nak update?” soal rakan serumah saya.

“Blog ana rebranding saja, bukannya under construction macam blog enta,” kata saya sambil tersenyum menyindir.

“Nak tukar theme barukah?” soal seorang lagi rakan serumah.

Sebenarnya rebranding blog saya bukan bertujuan untuk menukar theme blog yang asal. Rebranding StudioMuslim adalah untuk mencapai satu sasaran baru. Satu strategi baru perlu disusun supaya perbincangan di blog ini tidak menjadi sekadar bahan bacaan di internet.

“Apa yang menyebabkan perlunya rebranding?” satu lagi soalan muncul kepada saya.

“Dalam sesebuah syarikat, kekuatan jenama diperlukan supaya mereka dapat berinteraksi dengan orang ramai tentang kualiti produk yang mereka keluarkan. Semakin baik kualiti, semakin kuatlah rasa percaya orang ramai terhadap syarikat tersebut.”

rebrandingSaya menyambung, “Jenama juga berinteraksi dengan hati orang ramai. Semakin kuat rasa percaya orang ramai terhadap jenama tersebut, semakin baiklah hubungan syarikat tersebut di hati orang ramai.”

Jadi rebranding StudioMuslim melibatkan beberapa perkara:

1. Gaya penulisan

Gaya penulisan saya akan cuba dibaiki sedikit demi sedikit supaya menjadi lebih baik dan lebih konsisten. Selepas menghadiri bengkel dengan Prof. Abdullah Hassan dua minggu lepas, saya berasa bertanggungjawab untuk lebih berhati-hati dengan tatabahasa setiap tulisan saya.

“Perjuangan kita adalah perjuangan memandaikan bangsa!” ujar Prof. Abdullah Hassan.

Santai tidak semestinya perlu mengabaikan tatabahasa. Tetapi tidaklah perlu terlalu berhati-hati sampai tidak update tiada satu artikel ditulis.

2. Program dan aktiviti

Selepas kejayaan beberapa program, saya menginginkan satu penerusan kerana saya gembira dapat belajar sesuatu daripada setiap program tersebut dan dengan harapan dakwah dapat terus berjalan.

“Walaupun saya sudah mempunyai blog, tetapi saya mendapat sesuatu perkara baru. Tak pernah terfikir pun sebelum ini teknik tersebut,” kata seorang peserta bengkel blog selepas habis sesi pertama pada hujung minggu lepas.

InsyaAllah beberapa program lain telah dirancang dan mungkin saya akan buat bengkel blog ini di beberapa IPT yang dipilih.

3. Nama pena

Sebenarnya sudah lebih dua bulan saya cuba menukar nama pena saya daripada ‘Azree MH’ kepada ‘Azree Hanifiah’. Semuanya selepas mendapat khidmat nasihat seorang rakan penulis, Firdaus Ariff, semasa berkunjung ke pesta buku yang lepas.

Penjenamaan nama pena dirasakan perlu kerana sudah beberapa kali nama pena saya susah untuk disebut atau diingati.

“Azree? Azree… Azree… Azree MH kah?” Seorang staf PTS cuba mengingat nama saya semasa saya bertemu dengannya di pesta buku yang lepas.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada kumpulan Iluvislam.com yang menyedari perubahan nama pena saya apabila menyiarkan artikel-artikel saya di laman web tersebut sejak dua bulan yang lepas. Sokongan daripada anda memang saya hargai.

4. Kategori artikel

Selepas menerima beberapa cadangan mengenai jenis-jenis artikel dalam StudioMuslim, insyaAllah saya akan cuba menulis dalam beberapa kategori yang dirasakan perlu dan sesuai dengan kehendak pembaca. Antaranya kategori isu semasa yang amat sedikit artikel yang saya tulis dalam kategori tersebut.

Matlamat

“Berapa lama masa yang diambil untuk proses rebranding ini berakhir?”

Saya mengerutkan dahi. “Saya cuba dalam dua bulan ini dahulu dan saudara cuba nilai hasilnya. Apa yang rasa tidak kena harap dimaklumkan terus kepada saya. Dua bulan adalah tempoh supaya pembaca dapat menerima perubahan tersebut secara berperingkat.”





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 12% [?]

4 Comments »

  1. avatar comment-top

    Ye makin up die. Moga dipermudahkan urusan :)

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    InsyaAllah, sedang cuba membahagikan masa untuk update blog. :)

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    Kongsikan cerita pengalaman mengendalikan bengkel blog di sini!

    ————————————————————————————————

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.motivasimindamu.blogspot.com

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    InsyaAllah saya akan kongsikan pengalaman bengkel blog itu dalam sedikit masa lagi. Gambar tidak mencukupi. :D

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment