About Me

Azree Hanifiah merupakan pemilik blog StudioMuslim. Bergiat aktif dalam menerima undangan ceramah kepimpinan untuk pelajar sekolah. Kepada yang berminat untuk menghubungi saya, sila emel ke azree.mh@gmail.com.

PROTES: Sedikit Hambar

Written by Azree Hanifiah on Jul 7th, 2008 | Filed under: Dari penulis, Isu Semasa

Saya, Dhany dan Geng Parkour Qayyim

“Protes kali ini rosak!” Seorang rakan forum menyatakan pandangan.

“Gagal kerana tidak ramai rakyat yang menyertainya,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kan aku dah cakap dulu. Protes atau demonstrasi tidak perlu. Membazir sahaja.” Seorang lagi menyatakan pandangan.

Pada saya protes bukanlah satu program yang gagal. Cuma mungkin sedikit hambar. Mungkin kerana suasana yang lain dan cara yang lain.

Demonstrasi tetap perlu dilakukan. Selama ini kita buat laporan kepada wakil rakyat tetapi adakah mereka mengambil endah terhadap apa yang kita laporkan? Jadi, demonstrasi adalah langkah memaksa. Memaksa agar segala perkara diambil peduli. Setidak-tidaknya mereka tidak buat tidak tahu sahaja.

BERSIH Vs PROTES

Ada beberapa rakan membuat perbandingan antara BERSIH dengan PROTES.

Bagi saya BERSIH adalah demonstrasi di jalanan. Seperti yang kita tahu lebar jalan kecil, mungkin boleh memuatkan dalam 15 orang dalam satu barisan. Tapi barisan tersebut memanjang, memenuhi jalan. Temph waktu BERSIH juga agak singkat. Dalam dua jam sahaja. Mungkin kerana itu impaknya berlainan dengan PROTES.

PROTES bagi saya adalah demonstrasi ala karnival atau lebih senang kita panggil sebagai karnival demonstrasi. Ada peniaga-peniaga berjual-jualan di sekeliling stadium. Ada ucapan-ucapan. Ada sedikit nyanyian sebagai selingan. Dan tempoh program juga agak lama iaitu dari pukul 9 pagi sampai ke malam.

Apabila tempoh waktu yang agak lama diberikan untuk rakyat berhimpun, maka ada yang mengambil keputusan untuk datang pada pagi, ada yang datang petang dan ramainya yang datang pada waktu malam.

“Rakyat tidak hadir pada bilangan yang diandaikan(sejuta orang). Yang hadir hanya penyokong tegar dia sahaja,” kata Datuk Seri Najib.

Awal-awal sudah saya fikirkan. Bolehkah capai sejuta orang kalau hanya dibuat dalam stadium yang boleh memuatkan 100 ribu orang dalam satu masa?

Atau kalau betul-betul dapat capai jumlah sejuta orang sekali pun, apa pula respon Najib?

Memang tidak akan dapat dicapai sejuta orang. Itu hanya target sahaja dan kaedah promosi sahaja. Tidak salah bukan untuk meletakkan sasaran yang tinggi.

Jumlah dalam satu-satu masa memang tidak ramai. Tetapi jika dikira jumlah yang pergi dan pulang dari pagi sampai ke malam, mungkin jumlahnya sudah terlalu ramai. Lebih ramai daripada konsert JomHeboh di Danga Bay yang mendapat promosi di televisyen.

Kenapa jemput artis jalanan?

Ada yang mempersoalkan kenapa artis yang dijemput adalah artis jalanan. Ada yang berpakaian tidak senonoh. Kenapa tidak dijemput artis nasyid sahaja?

“Lagu-lagu artis jalanan tidak bermoral!”

Salah satu grup yang membuat persembahan

Bagi saya artis jalanan tidaklah menjadi masalah. Malah saya amat tertarik dengan pendekatan sedemikian. Kalau saudara berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur atau pun di sekitar Pasar Seni, tentu sering terjumpa golongan sebegini. Atau kalau saudara ada sesekali menghadiri program-program seni atau bacaan puisi oleh golongan sebegini, saudara pasti boleh membezakan apa itu lagu-lagu berunsur satira politik dengan lagu-lagu biasa.

Lagu-lagu mereka bukanlah lagu yang rosak. Lagu-lagu mereka juga mempunyai mesej untuk disampaikan. Ada yang bagus dan pandai menjaga adab etika tetapi ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam persembahan.

Apa yang menjadi masalah semasa PROTES berlangsung apabila tidak dibuat pemilihan yang betul. Bukannya kita boleh main redah ambil mana-mana artis jalanan dan beri mereka peluang sebegitu. Takut-takut yang kita pilih itulah yang persembahannya terlalu berlebih-lebihan.

Jadi masalahnya bukanlah kerana artis jalanan yang diberi peluang tetapi artis lain tidak. Masalahnya adalah pada pemilihan artis-artis jalanan tersebut yang tidak dibuat betul-betul.

Ada artis nasyid atau bukan nasyid yang sanggup ‘mencemar nama’ baik menyanyi di pentas demonstrasi?

Mungkin pihak-pihak penganjur boleh mengambil sedikit iktibar dari apa yang berlaku. Demonstrasi perlu dilakukan tetapi perlulah memberi impak yang kuat.

Apa yang saya lihat, PROTES kali ini melihatkan sedikit kekacauan dalam pimpinan Pakatan Rakyat. Beberapa pimpinan PAS memboikot PROTES kali ini dan membuat demonstrasi di tempat lain. Mungkin kerana apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tidak diambil endah oleh pihak PKR. Harapnya selepas ini kesefahaman antara ketiga-tiga parti dapat dicapai.

P/s: Mungkin selepas ini boleh jemput geng Qayyim buat persembahan parkour. Lompat satu stadium. Hehe.

.

Azree Hanifiah

Baytul Fareed

7 Julai 2008





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 20% [?]



23 Responses to “PROTES: Sedikit Hambar”

  1. Salam…

    Azree apa khabar?
    Nanti kalau nak buat bengkel blog seperti yg kita bincangkan hari tu bagi tahu ana la ye…

    K wassalam

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on July 9, 2008 12:09 pm:

    Salam, ana sihat saja.

    InsyaAllah dalam proses menyiapkan beberapa modul. :)

    [Reply]

  2. hari tu tak pergi protes. maaf tak reply sms.

    protes harga minyak tak patut dibuat dalam stadium.

    BN tergelak2 sukahati.

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on July 9, 2008 12:06 pm:

    Owh. Hari itu sebenarnya tengah test kamera baru sahaja. Hehe.

    Pst… Buat dalam stadium tak rasa macam ‘haram’. Polis pun tak kawal. Jadi, semangat nak kacau polis hilang. :D

    [Reply]

  3. PAS kate xpatut buat program spt itu kerana MUZIK dijadikan sbg selingan….ape pndpt saudara?

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on July 9, 2008 3:01 pm:

    Pertama sekali saya memang kurang bersetuju dengan demonstrasi ala karnival. Kurang impak.

    Tetapi jika ingin dibuat demonstrasi ala karnival seperti PROTES ini mungkin selingan-selingan sebegitu perlu. Cuma perlulah dikawal.

    Pst. Kalau program satu hari penuh dengan ucapan berapi-api sahaja, tidakkah ramai tertidur nanti.

    [Reply]

    akmar reply on July 13, 2008 7:46 pm:

    sedang cube menyukai PAS~

    [Reply]

  4. salam encik azree. didoakan semoga sehat-sehat selalu :-)

    [Reply]

  5. assalamualaikum tuan…
    saya gemar cara penyampaian tuan.
    bersahaja tp mendalam maksudnya.

    syabas dan teruskan usaha.

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on July 10, 2008 10:52 pm:

    Terima kasih.

    [Reply]

  6. Seronok membaca komen Datuk Husam Musa hari ini, “PROTES bukan untuk orang yang warak dan wali sahaja tetapi kepada semua pihak yang ingin menyuarakan bantahan.”

    [Reply]

  7. salam..protes kurang berjaya…

    “keselesaan dalam perjuangan boleh mengundang kepada berlakunya kesilapan”

    [Reply]

  8. Macam2 depa nie noh.. Besa la.. Apa pun benda tetap jalan.. Depa yang kata x berjaya.. Depa pun takut gak 2.. :)

    Apa pun sekurang-kurangnya,ada yang berani melawan dari dok tengok depa ja buat perkara sesuka hati..

    [Reply]

  9. A’kum…

    Semoga saudara Azree sihat-sihatlah hendaknya. Cuba untuk mendapatkan keseimbangan antara belajar/ business dan blog. HEBAT!!!

    Sememangnya, demonstrasi ini sangat berkesan dalam mendapatkan perhatian terutama kepada pihak kerajaan. Cumanya, tempatnya kurang sesuai. Tertutup. Mesejnya tak sampai, semacam mana kita buat di jalanan.

    Sekiranya kita bersatu hati untuk membuat demonstrasi di jalanan beramai-ramai serta mendapat liputan pihak media, nak tak nak, pihak berwajib terpaksa melakukan sesuatu. Demi meredakan suara rakyat.

    Wallahua’lam..

    P/S: Terkejut saya dengan berita penyerahan kuasa Pak Lah. Telah dijangkakan. Tapi tak sangka begitu cepat. Bagaimana dengan saudara?

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on July 11, 2008 7:03 pm:

    Penyerahan kuasa Pak Lah itu ada lapis perancangan yang tersirat. Perlu dicermati betul-betul. Atau pun boleh baca komen Dr. Mahathir tentang perkara tersebut di http://www.chedet.com

    [Reply]

  10. huhu..nanti kita wat gathering raya ke ape ker..kita kumpul ramai-ramai.. :D

    [Reply]

  11. Apa beza goyang gerudi Inul dengan goyang gerudi Alak Carburetor Dung? Mana lagi seksi?

    [Reply]

  12. Erm, kenapa ko bagi nama ‘artis jalanan’?
    pada pendapat aku. ianya berlainan
    maksud dan konsep
    mereka adalah band punk rock
    atau punk rockers
    diorang bkn buat persembahan di jalanan
    tapi dekat gig
    mcm konsert
    tapi kecil-kecilan

    pendapat aku
    (mgkin boleh jatuh fitnah)
    tujuan dijemput mereka
    adalah sebab nk tarik crowd
    dari golongan gig
    konon nak tunjuk mereka pun diterima dalam PR
    malangnya…

    maaf andai komentar ini tidak benar
    ia cuma pendapat
    tak salahkan siapa2 pun

    [Reply]

  13. salam..

    patutlah mcm kenal.qayyum rupenye..saya satu u dgn dorg ni..x sangka lak leh jumpa gbr dorg kat sini.huhu.terkejut gak awal2

    [Reply]

  14. Demo lo ni tak supo mulo (loghat Kelantan) = Demo sekarang tidak seperti dahulu

    Demo dulu-dulu . . . Dibuat di tepi jalan, tepi lebuh raya, depan kedutaan, depan masjid

    Demo lo ni tak supo mulo Di buat di dalam stadium.

    Demo dulu-dulu . . … Tempat luah perasaan marah, geram.

    Demo lo ni tak supo mulo Tempat seronok-seronok

    Demo dulu-dulu . . … Tak dapat permit, haram di sisi undang-undang.

    Demo lo ni tak supo mulo … Dapat permit, halal di sisi undang-undang.

    Demo dulu-dulu . . … Berarak sambil bertakbir.

    Demo lo ni tak supo mulo … Duduk-duduk sambil nyanyi-nyanyi.
    Demo dulu-dulu . . … Polis pukul peserta demo.

    Demo lo ni tak supo mulo Peserta demo pukul penyanyi. Penyanyi?
    Demo dulu-dulu . . … Medan protes.

    Demo lo ni tak supo mulo … Medan membeli belah.

    Demo dulu-dulu . . … Lari sebab kena sembur gas pemedih mata.

    Demo lo ni tak supo mulo … Lari sebab protes demo.

    Demo dulu-dulu . . …. Pulang dengan puas hati berdemo.

    Demo lo ni tak supo mulo …. Pulang sebab tak puas hati berdemo.

    Demo dulu-dulu . . … menentang kemungkaran.

    Demo lo ni tak supo mulo … menganjur kemungkaran?

    Demo dulu-dulu . . … lari daripada demo = lari daripada medan perang.

    Demo lo ni tak supo mulo … lari daripada demo = lari daripada medan maksiat = lari daripada medan perang?

    Demo dulu-dulu . . …Tempat tunjuk perasaan.

    Demo lo ni tak supo mulo … Tempat tunjuk punggung!

    Tapi, murjurlah demo serik

    [Reply]

  15. Cakap jer lebih…Tapi tindakan?Ntah ke mana…Setakat ambik gambar dua tiga keping tu boleh r

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on July 24, 2008 2:56 pm:

    Tindakan? Saya sebagai penulis, jadi saya sudah bertindak dengan menulis dan memberi pandangan saya. Saudara?

    Nak tengok gambar lain sila ke link sini http://s328.photobucket.com/albums/l342/azree_mh/

    [Reply]

  16. Salam azree dan semua,

    Di dalam permasalahan ini ana berharap jangan kita terlalu tergesa-gesa sehingga menimbulkan fitnah yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan cara aman dan baik.

    Seperti semua maklum, setinggi mana ilmu yang kita perolehi daripada para alim ulama’ , tidak bermakna kita akan terlepas dari melakukan kesilapan.Tapi bukan bermakna kita juga boleh buat kesilapan dengan sesuka hati.

    Kepada hamba Allah, telah saudara Azree maklum bahawa dia benar-benar insaf dengan kesilapan yang telah dilakukan.Ana juga yakin kesilapan saudara Azree pun insya-Allah telah terhapus dengan BANYAK SEKALI AMALAN BAIK YANG SAUDARA AZREE LAKUKAN…

    Perbezaan di antara kisah Saidina Umar RA dengan saudara Azree ialah Saidina Umar RA melakukan kesilapan sebelum keIslamannya manakala saudara Azree sudah tentu di zaman Islamnya.Walaupun begitu,tidak bermakna apabila saudara Azree melakukan kesilapan di zaman Islamnya maka tiada lagi ruang untuk dia bertaubat.Sangat silap jika kita beri’tiqat seperti itu.

    Umum tahu bahawa Dakwah ialah menyeru manusia kepada Allah dengan PENUH HIKMAH.Jadi cara menegur perlu disertai dengan hikmah dan tidak mengaibkan seseorang.

    Mana tahu satu hari nanti kita pun melakukan sesuatu kesilapan yang mengaibkan.Semestinya kita tidak mahu diketahui orang dan dimalukan.
    Minta maaf jika ada salah silap

    Wallahu’alam

    [Reply]

Leave a Reply

  • Kata-kata Hikmah

    “You need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.” -Pakdi.net-
  • Iklan

  • Buat Pautan

    Bagi yang ingin membuat pautan ke StudioMuslim, copy & paste script di atas ke dalam laman blog Anda.

  • Mood