
Sudah hampir tiga tahun saya berada dalam dunia blog. Pada awalnya hanya menggunakan perkhidmatan blogspot dan baru 5 bulan lepas bertukar kepada perkhidmatan berbayar.
Tetapi nyata ia berbaloi kerana tidak sampai 4 bulan saya menulis di StudioMuslim, admin PlanHoster menawarkan saya untuk menaja blog StudioMuslim dengan percuma. Dan dalam masa yang sama juga saya ditawarkan menulis untuk beberapa website lain juga.
Kalau dahulu saya boleh update StudioMuslim dengan entri-entri baru selang dua hari sekali sehingga menaikkan pagerank StudioMuslim ini daripada ‘0’ melonjak terus kepada ‘3’ dalam masa tidak sampai 3 bulan. Tetapi kini saya menghadapi masalah pembahagian masa yang boleh dikatakan belum terurus sepenuhnya.
Beberapa orang rakan memberi cadangan supaya saya mencari penulis lain juga untuk turut menulis bersama di StudioMuslim. Saya
Pendapat itu juga saya
Blogging bukan kerja yang mudah
Saya menyedari yang blogging bukanlah sesuatu yang mudah terutama bagi penulis baru seperti saya. Hendak memikirkan idea yang perlu ditulis. Kalau sudah ada idea, perlu pula memikirkan struktur isi dan ayat-ayatnya.
Kadang ada entri yang tidak disukai orang ataupun entri yang mesra ‘satu golongan’ sahaja dan mengabaikan perasaan individu yang lain. Hingga menyebabkan ada komen yang bunyinya seakan mengeluh, merajuk ataupun
Tetapi daripada situlah saya belajar cara-cara menulis dengan lebih baik. Lagipun inilah dunia. Kita perlu sedar yang pendapat kita bukanlah pendapat yang semua orang boleh terima. Lain orang maka lainlah gayanya. Lain penerima juga, cara penerimaannya terhadap pendapat tersebut mungkin berbeza.
Inilah yang membezakan kita semua. Hidup dalam satu komuniti yang semua makhluk boleh berfikir dan bertindak.
Tawaran training menulis
Blog juga merupakan dunia yang menggembirakan jika kena caranya. Menulis juga ada caranya supaya tulisan kita itu paling tidak pun tidaklah begitu menyakitkan hati orang yang pendapatnya berbeza dengan kita.

Jadi, sempena tahun 2008 yang bakal menjelang ini saya ingin menawarkan consultation service bagi sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri dalam dunia blogging. Tidak kiralah anda mahu berblog untuk politik, motivasi, diari sendiri, review filem, atau apa-apa sahaja.
Apa yang penting, kalau sudah buat mesti memberikan impak kepada pengguna-pengguna internet. Jangan biarkan setiap tulisan di blog anda kosong tanpa komen. Inilah antara tips yang akan diberikan dalam consultation saya tersebut. Termasuk juga bagaimana mahu meningkatkan trafik ke laman blog anda.
Consultation ini juga bertujuan untuk mencari penulis-penulis baru di StudioMuslim. Saya inginkan orang yang datang daripada suasana pemikiran yang berlainan supaya suasana pemikiran di StudioMuslim ini juga meriah dengan adanya pendapat yang berbeza-beza.
Tetapi tawaran percuma ini hanya terbuka kepada 10 orang terawal sahaja. Siapa mahu, angkat tangan sekarang! Hehe.
Mendaftar di sini. Tulis nama, nombor HP dan alamat emel.
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Popularity: 20% [?]
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
December 26th, 2007 at 4:12 pm
Tempat tinggal lagi 9. Ada seorang kawan booking melalui sms.
[Reply]
December 26th, 2007 at 10:39 pm
nak2.. bla 2?
[Reply]
December 27th, 2007 at 10:32 am
Erm. Secara online sahaja. Kalau nak, sila masukkan nama penuh, no HP dan emel(kalau boleh, emel yahoo).
[Reply]
December 27th, 2007 at 11:03 am
Wah…dapat sponsor planhoster..
best la blogging..
[Reply]
December 27th, 2007 at 11:33 pm
salaam..
teringin gak nk blaja…tp ape yg akan dipelajari ek??
huhu..
wondering……
[Reply]
December 28th, 2007 at 10:16 am
Apa yang akan dikongsi:
1) 3 Rahsia Menulis Entri.
2) Meningkatkan trafik ke blog anda.
3) Apa-apa persoalan dalam penulisan dan dunia blog.
4) Tip-tip penulisan dalam blog. (Ada sedikit kelainan cara menulis di blog dengan menulis artikel biasa)
Sekarang jumlah sudah mencapai 6 orang. 4 orang dari website iluvislam dan lagi 2 orang dari blog ini.
Tinggal hanya 4 lagi tempat kosong. Cepat sebelum terlambat! Saya akan tutup penyertaan pada tengah malam 31 Disember.
[Reply]
December 28th, 2007 at 11:36 am
Nak!!!
Macamana modus operandinye?
Consultation tu secara maya ke ape over?
[Reply]
December 28th, 2007 at 11:39 am
Tahniah…nak jugak tempat tu tapi masa sangat mencemburui. Teruskan berjuang
[Reply]
December 28th, 2007 at 12:07 pm
Rehan,
Secara online. Guna Yahoo Messenger ataupun emel.
Pak Im,
Terima kasih.
[Reply]
December 28th, 2007 at 4:23 pm
nak nak nak
nabil bin abas
013-9755594
holder831@yahoo.com
[Reply]
December 28th, 2007 at 4:33 pm
…kalau ada lagi kosong dan online, pls count me in
-Pak Im-
[Reply]
December 29th, 2007 at 10:18 am
salam,
berminat utk join
nama:nurul yaqeen
no hp:016-6400701
email:n_yaqeen@yahoo.com
[Reply]
December 29th, 2007 at 5:10 pm
Assalamualaikum…
Salam pknalan. Kmi bminat nk tau psal BLOG..
aisha akma bt hassan
013-6405106
alhan
0193022499
[Reply]
December 30th, 2007 at 10:01 pm
Pak Im, Nurul Yaqeen, Aisy semua diterima. Nantikan makluman saya di emel anda semua dalam masa beberapa hari!
Tawaran sudah ditutup.
P/s: Nabil@cha dengan Raihan ni memang dah lama dapat consultation secara tidak langsung dulu.
[Reply]
December 31st, 2007 at 1:07 am
Nabil dengan rehan..?? Hehe.
“Cukuplah seorang penulis di sini. Jika tidak blog ini tidak rasa seperti StudioMuslim yang asal, bagi pembaca.”
Ia sebenarnya seperti bukan azree mh yang asal lagi jika ada sentuhan yang lain. Tapi minda kita perlu dibukakan juga. Menerima perkara-perkara baru yang semestinya exciting and meaningful. InshaAllah. Keep it up, ramai yang memerhati dari jauh, dalam diam juga mumkin.
Dunia blogging, selalunya dapat menyingkapi who is behind, the other side of a friend.
Rabbuna yusahhilu amra. Ameen.
[Reply]
December 31st, 2007 at 11:26 am
Rehan dengan Nabil dah pernah dapat tips dan akan di’consult’ macam dulu-dulu.
[Reply]
January 2nd, 2008 at 1:42 pm
alamak..dah terlambat!
[Reply]
January 2nd, 2008 at 5:14 pm
mcmana bleh dpt sponsor ek? nak cari sponsor lah… ;:
[Reply]
January 2nd, 2008 at 8:23 pm
masih di buka lagi ke? ana berminat
klu masih dibuka, ana nak joint gak.
ni add email ana al_arawi83@yahoo.com
[Reply]
January 3rd, 2008 at 10:12 am
Kami telah “link”kan website ini dalam weblog kami… idea segar dalam laman ini membuatkan kami tertarik untuk hebahkan kepada umum.. tahniah atas usaha ini…
[Reply]
January 4th, 2008 at 10:05 am
as tak pernah risau, anytime as leh tanya.
[Reply]
January 8th, 2008 at 2:12 pm
alaaa…nk join gak..ley email sy x nati bg tips2 nk wt blog..sy ade blogger gune blogspot gak tp xpost pape lg…hope ley share sum idea…thx..:P
[Reply]
January 8th, 2008 at 4:04 pm
salam. Ada kursus tu di mana? Detailkan maklumat boleh?
[Reply]
January 8th, 2008 at 9:47 pm
saya pun nak join walaupun dah tutup. open lagi lagi bila 10 orang tu dah habis.
[Reply]
January 9th, 2008 at 12:14 pm
InsyaAllah saya akan buat sesi yang lain pula bila ada masa nanti. Sekarang masih sedang mengumpul tip-tip dahulu.
[Reply]
January 11th, 2008 at 1:30 pm
Salam.
Satu soalan, kenapa tidak dibuatkan sahaja satu entri tentang 4 perkara itu ?
1) 3 Rahsia Menulis Entri.
2) Meningkatkan trafik ke blog anda.
3) Apa-apa persoalan dalam penulisan dan dunia blog.
4) Tip-tip penulisan dalam blog. (Ada sedikit kelainan cara menulis di blog dengan menulis artikel biasa)
Dengan itu insyaALlah lebih ramai orang dapat ambik manfaat.
jazakALlah
[Reply]
January 11th, 2008 at 2:38 pm
Waalaikumussalam sdr Ainohikari,
Memang dalam perancangan untuk dibuat ebook segala perbincangan dan semua tip-tip penulisan tersebut. Cuma mengambil masa sedikit. Doakan berjaya.
Dan consultation service yang dibuat ini bukan sekadar saya memberi tip-tip tetapi termasuklah latihan menulis. Jadi, mentee tidak sekadar membaca dan tahu sahaja, malah boleh terus menulis dengan baik.
[Reply]
June 16th, 2008 at 5:01 pm
tumpang lalu jap..tahniah diatas blog yang cukup berinformasi ni..
[Reply]