
Semasa di bangku sekolah dia telah pun diberi dua pilihan. Sama ada mahu memasuki aliran Sains atau Sastera. Dan ketika itu dia memilih berdasarkan majoriti pilihan kawan-kawan dan juga abang juga kakaknya. Akhirnya aliran Sains dipilih.
Selepas bertarung bertahun-tahun dalam aliran Sains. Daripada sekolah menengah sampailah ke matrikulasi. Dan semasa di matrikulasi dia mula menyedari pilihan dia tersebut tidak kena dengan apa yang dia minati.
“Anggaplah Fizik dan Kimia itu satu perkara yang awak betul-betul minat.” Kata seorang motivator kepadanya.
Memang perkara itulah juga yang dia lakukan sejak sekolah menengah lagi. Berhasil memanglah berhasil tetapi tertekan. Siapa sanggup berpura-pura meminati sesuatu yang diri sendiri memang tidak suka selama bertahun-tahun?
Media dan Sistem
Ketika itu juga dia menyedari yang pilihannya ketika di bangku sekolah dahulu bukan kerana majoriti semata-mata tetapi kerana sistem yang dibuat menyebabkannya kelihatan seperti majoriti pelajar memilih aliran Sains.
Manakan tidak, ada 12 buah kelas dalam tingkatannya ketika itu tetapi hanya 3 kelas aliran Sastera dan selebihnya aliran Sains. Memang patut majoriti pilihan pelajar yang dia nampak ketika itu adalah jurusan Sains.
Media juga memainkan peranan dalam mempengaruhi mindanya tentang banyaknya peluang pekerjaaan untuk pelajar aliran Sains seperti Doktor, Jurutera dan sebagainya tetapi untuk pelajar aliran Sastera satu pun susah hendak nampak.
Jadi, sebenarnya tika itu majoriti pilihan dipengaruhi oleh sistem dan juga media. Sistem melebihkan pilihan untuk satu pihak dan media hanya mempromosikan satu pihak sahaja.
Ramai bertukar akhirnya
Ah, patutlah ramai yang bertukar aliran semasa di universiti. Seorang senior memberitahunya, “Satu per tiga daripada setiap batch dalam engineering akan bertukar course.”
Kini dia sedang dalam proses penukaran jurusan daripada Engineering kepada Human Science. Dan ramai pula yang menentang.
“Kau dah lama dalam engineering, tak rasa rugi ke tukar course sekarang?”
Dia menjawab, “Daripada dahulu lagi sudah diperintah oleh orang yang sama, rasanya tidak rugi kalau bertukar sekarang.”
Apa salahnya berbeza sedikit dengan pilihan majoriti kawan-kawan.
Masa untuk berubah!
Baca juga post di bawah:
Harga minyak tak jadi naik - Pakdi -
Industri Buku Malaysia tidak disokong Kerajaan - Puan Ainon Mohd -
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Popularity: 26% [?]
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
February 26th, 2008 at 9:55 pm
Kawan-kawan ramai yang persoal, ‘belajar lain, tapi kenapa kerja lain? Rugi masa bertahun-tahun, duit Ptptn beribu-ribu.’
Benar. Tapi kita akan lebih rugi meneruskan hidup puluhan tahun, dengan melakukan yang kita tidak ‘enjoy’. Hidup penuh kekesalan.
[Reply]
February 26th, 2008 at 11:21 pm
hehehe…
[Reply]
February 27th, 2008 at 10:47 am
apa pun, benda ni bak kata tony robbins, “take actions”
membuat keputusan ni susah. sbb tu ramai yang ikut arus.
dan saya telah membuat keputusan menjadi calon Pundak. Saudara bila lagi? hehe
[Reply]
February 27th, 2008 at 3:05 pm
hm…. ase na tuka gak ke kos arts. hs maybe! adeh,, but now in pmacy. penin2 kalu hati x bape tetap neh. bidang2 sns memandang mase depan. bidang2 arts mencorak mase depan dengan mempelajari mase lalu. esp hs lah. byk sket berpk ttg manusia.dilemma2……
[Reply]
February 27th, 2008 at 10:38 pm
Aku ucapkan selamat menyertai kelab ex-Engineering IIUM!
[Reply]
February 27th, 2008 at 11:09 pm
aku pon dah masuk kelab tu jugak tu
hahaha..
ramai rupanya keahlian kelab ni,kekeke
[Reply]
February 28th, 2008 at 12:45 am
Wah, ramai yang undi gua nih. Makin bersemangat la macam ni.
[Reply]
February 28th, 2008 at 3:12 pm
Yasir; Kau tukar ke Kulliyyah mana? Ahli ex-Engineering memang ramai.
[Reply]
March 2nd, 2008 at 4:55 am
Tak semua apa yang kita mahukan adalah apa yang kita perlukan. Wallahualam~
[Reply]
March 2nd, 2008 at 11:24 pm
Saya sangat-sangat bersetuju dengan pandangan Tuan Azree. Biar rugi tiga-empat tahun daripada rugi selama-lamanya…
Saya ada seorang sahabat yang mengalami nasib sebegini. Menderita…
[Reply]
March 8th, 2008 at 7:23 pm
mak aii.. kelab x-engineering uia…
dari sains tulen ke sains sosial boleh bertukar… tapi sains sosial ke sains tulen tak boleh… adil kah?
[Reply]
March 13th, 2008 at 12:51 pm
salam.
maryam, cikgu dulu pernah kata, kalau ambil jurusan sains, sastera pun dia boleh buat. tapi kalau yang sastera, payah sikit dia nak masuk sains. sebab sains ni basicnya perlu kukuh, dan meningkat sikit².
kalau sastera, tak banyak pembelajaran formal yang perlu ikuti. belajar sendiri pun mudah dapat. terutamanya jika yang memang minat menulis. lama kelamaan, kemahiran tu developed sendiri. tak jadi yang sama untuk sains.
azree, ada yang dah 4th year pun boleh kantoi, tukar kos. awak muda lagi, masa depan masih cerah
tengok macam pakdi, asyik lompat² je. dulu sains. uia law. dah keluar bisnes lak. nak jadi master of all trades la tu. hehe ^_^v
[Reply]
March 13th, 2008 at 2:31 pm
uhuk uhuk. tersedak
[Reply]
March 27th, 2008 at 6:32 pm
az, nilah yang sahabat2 kita duk cite rupenya. LAma tak bertanya khabar, sampai lost cite.
Buatlah ape yang dirasakan terbaik selagi kita mempunyai pilihan. Lakukanlah kemudaratan kecil andai ia dapat mengelakkan kemudaratan yang lebih besar.
Walaubagaimanapun, jika kita tidak dapat mencapai pilihan pertama di hati, pilihan kedua is good enough. Pensyarah as pesan, you people are young, why afraid to changed course? Cumanya, jika ambil jurusan lain sekarang pun tidak bermakna itu yang perlu diteruskan selepas graduasi nanti, namun akan terjadi disadvantage lah.
Paling penting, jangan lupa tanya Dia ^-^
All the best, sahabat2 sentiasa doakan. Buatlah yang terbaik dalam setiap keadaan, jangan sampai menzalimi diri sendiri (pesanan khas untuk peperiksaan akhir semester 2) =P
Wassalam.
[Reply]
July 24th, 2008 at 5:56 pm
[...] Saya ada ceritakan perkara ini di entri yang lama. Klik sini. [...]
July 25th, 2008 at 12:49 am
…tukorle sementara umor masih panjang
[Reply]
August 8th, 2008 at 9:18 am
bravo!
kita berhak untuk memilih
[Reply]
August 9th, 2008 at 3:38 pm
salam.
saya mcm 2 jgk. semasa sekolah saya aliran sains. sekarang dah bertukar jadi accounting!
[Reply]