Risalah Vs Cinta

cinta dakwah

‘Sayang’?

Saya terkejut apabila membaca beberapa mesej daripada handphone rakan saya itu. Dan kelihatan muka si rakan itu merah padam. Mungkin kerana tidak menemui apa yang dia kehendaki daripada handphone saya.

Hal ini berlaku apabila dia meminta untuk ‘melihat-lihat’ handphone saya dan saya pun mengenakan syarat untuk ‘melihat-lihat’ juga handphone kepunyaannya. Dan inilah yang terjadi.

Rakan saya itu merupakan ketua Badan Nuqaba’ di universiti. Sangat berpengaruh dan gemar memberi tazkirah. Tetapi rupanya hanyut juga dengan mainan nafsu.

“Ah, ana bercinta secara islamik.”

“Islamik sangatkah kalau sampai ada ‘sayang-sayang’? Islamikkah kalau menaikkah nafsu? Dan itukah yang Islam benarkan untuk telefon berjam-jam dan bermesej ‘sayang-sayang’?” Soal saya kembali. Dan dia diam membisu.

Entahlah. Saya sendiri tidak dapat memikirkan mana yang betul-betul baik dan mana yang salah. Sebetulnya ini bukan kes pertama yang saya temui. Dulu saya pernah ditegur kerana bercinta oleh seorang orang kuat dalam Badan Nuqaba’.

Tetapi pada suatu hari saya terlihat pula orang yang menegur saya itu keluar berdua-duaan dengan perempuan. Yang pasti bukan adik atau saudaranya kerana saya kenal juga dengan dia.

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (Al-Baqarah: 44)

Janganlah sorokkan keburukan sendiri dengan cara menunjukkan yang anda orang yang betul-betul faham akan agama.

Adakah istilah ‘Cinta Islamik’?

cinta dakwahDulu saya juga pernah menggunakan istilah ini. Menyukai seseorang tetapi hanya sms sahaja menjadi penghubung. Tidak pernah call langsung dan tidak pula terkeluar perkataan ‘sayang’ atau yang menaikkan nafsu. Semua saya cuba kawal seboleh mungkin.

Tetapi betulkah cinta seperti itu yang saya hendakkan? Saya berfikir balik kerana walaupun sekadar sms sahaja sudah mampu menyebabkan saya sedikit lalai, dan cerita yang ini anda boleh baca di entri saya ‘Ibadah Itu Cinta’.

Saya tidak menafikan memang fitrah manusia itu menginginkan sesuatu untuk mendorongnya daripada orang yang berlainan jantina daripadanya. Tetapi perlulah dengan cara yang terkawal.

Kalau sudah masuk sampai fasa ingin ada perkataan ‘sayang’ daripadanya, saya sarankan dua perkara. Pertama, kahwin dan yang kedua tinggalkan sahaja. Ini kerana jika fasa ‘sayang’ itu terlalu lama berlaku sebelum kahwin, ini mungkin akan menyebabkan satu perasaan pelik datang. Jemu.

Saya tidaklah tahu hormon jenis apa yang dirembeskan keluar atau bahagian saraf yang mana akan bertindak balas apabila menerima ransangan dan menyebabkan perasaan jemu dan bosan itu berlaku. Tetapi itulah yang berlaku kepada beberapa orang rakan saya yang bercinta.

Mungkin dalam dua tahun boleh bertahan. Tetapi kalau sudah masuk tahun keempat, ramai yang sudah mula terpisah. Jawapan mereka, “Dah tiada jodoh, nak buat macam mana.”

Nasib baik ada seorang yang berani tanpa malu menjawab, “Dah jemu sangat.”

Berbalik kepada persoalan betulkah ada istilah ‘Cinta Islamik’. Pandangan saya, ada bagi orang yang betul-betul menjaga pergaulan. Menetapi kehendak syariat. Cumanya memang fitrah manusia pula menginginkan sesuatu yang lebih daripada apa yang telah dia dapat. Dan dari situlah timbulnya merengek-rengek kepada pasangannya untuk memberikan lebih daripada sebelumnya.

Jadi, bolehkah berlaku ‘Cinta Islamik’ sebelum pernikahan jika begitu? Kemudian pandangan saya tertumpu pula ‘Cinta Islamik boleh berlaku selepas pernikahan’. Cuma ini sekadar pendapat saya dan ia masih lagi boleh dipertikaikan oleh anda jika mahu.

Jangan burukkan nama institusi jemaah

Hal ini saya kira memang berlaku dan menyerang mana-mana institusi jemaah mahasiswa. Bercinta dalam jemaah? Satu lagi idea pelik yang cuba dimurnikan. Maaf, cinta yang dimaksudkan adalah cinta antara pasangan berlainan jenis.

Mereka katakan kepada saya, “Inilah cinta islamik. Kami bercinta kerana dakwah. Nanti sudah kahwin bolehlah meneruskan jalan perjuangan ini.”

Tetapi bila saya datang ke biliknya, dia pula sedang menelefon pasangannya. Dan akibatnya saya terpaksa menunggu sehingga tamat gayutan perbualan tersebut.

Lelaki dan wanita yang baik bukanlah yang bersembunyi di sebalik kosmetik kata murni berbau Islam seperti itu. Kalau sudah salah janganlah disembunyikan lagi.

Memang setiap manusia ada ego tersendiri. Mereka akan menyangka apa yang mereka buat adalah betul. Dan kerana itu perlunya kawan untuk menasihatkan. Tetapi kalau nasihat kawan sendiri mereka cuba sangkal, apa lagi yang boleh saya buat.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 42)

Saya tertarik dengan seorang rakan saya yang memang betul-betul berminat menjadikan seorang akhawat dalam jemaahnya sebagai isteri. Dan dia meminta tolong daripada naqibnya yang merupakan seorang ustaz untuk menguruskannya.

Harapnya tiada ‘sayang-sayang’ yang hadir sebelum pernikahannya. Dan yang ada hanyalah kerjasama dalam jemaah seperti dahulu juga. Seperti sebelum dia menyatakan hasratnya.

Ada seorang lagi rakan saya yang sedang bertunang dan bakal berkahwin dalam bulan Disember tahun ini. Hendak dikatakan kemaruk itu tidak nampak sedikit pun. Tiada pun sms ‘tanya khabar’ lagikan pula hendak telefon. Dia harap jika sudah berkahwin nanti, barulah rasa-rasa ingin bertanya khabar itu baru datang. Dan barulah cinta berputik pada masa itu.

Alangkah seringnya

Mentergesai kenikmatan tanpa ikatan

Membuat detik-detik depan terasa hambar

Belajarlah dari ahli puasa

Ada dua kebahagiaan baginya

Saat berbuka

Dan saat Allah menyapa lembut memberikan pahala

Inilah puasa panjang syahwatku

Kekuatan pada menahan

Dan rasa nikmat itu bakal kurasa

Diwaktu buka yang penuh kejutan

Salim A.Fillah(Buku: Nikmatnya berpacaran selepas pernikahan)





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 12% [?]

26 Comments »

  1. avatar comment-top

    setuju!!!

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    apapon..mu nak nikah nanti jgn lupa jemput ak bro..hak3

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    berpuasalah..

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    Teringat membaca pandangan Ustaz Maszlee Malik dalam buku Cinta di IPT. Beliau juga ada mengutarakan perkara yang sama. Namun, saudara Azree nampaknya telah menghuraikan fenomena ‘Cinta Anta-anti’ dengan lebih terperinci.

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    Sememangnya kes sebegini biasa berlaku, dalam atau luar jemaah. Namun ia makin menyedihkan kalau yang melakukan itu seorang yang dipandang tinggi kerana agama dan perwatakan ‘islamic’nya.

    Cinta adalah salah satu fitrah manusia yang ALLAH swt kurniakan sebagai suatu yang suci, cuma yang menjadikan ia satu kekeliruan dan tercemar itu adalah manusia tu sendiri. bab pengurusan cinta adalah yang utama menjadi satu kekeliruan di kalangan kita semua terutama pasangan yang meng’claim’kan cinta mereka sebagai cinta islamik, mereka ini keliru, dan menjadikan orang lain turut keliru. persoalan betul, salah atau ‘adeke cinta islamik’ sentiasa hadir namun tak mampu ditepis oleh hati dan keinginan.

    Tentunya saya juga begitu, dan saya pasti banyak yang begitu. Cuba menghindar, tetapi ia tetap hadir (rasa cinta), cuba mengawal namun keliru, dan selalu berkira-kira, bersoaljawab, betulkah ini cara yang aku mahukan? yang kita mahukan? yang pasangan kita mahukan?

    Rasanya point utama bagi entry kali ini adalah ‘pengurusan cinta: jalan mana pilihan kita? hak atau batil?’. Pesoalan ini yang cuba dirungkap dan kami pembaca perlu jawab dan bertindak sendiri..pilih..pilih!! moga kita sentiasa terpelihara dari perkara2 mungkar dan tsabat di jalan islam yang kaffah. Semoga ALLAH swt membimbing setiap perasaan kita di jalan yang paling dia redhai.

    P/S: membaca entry saudari azree kali ni mengingatkan saya pada ceramah ustaz ismail musytari di UTM tajuknya pengurusan cinta dari perspektif islam, tahun 2003. Sama cuma cara penyampaian tidak serupa :-)

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    selalu kalau entri cinta mmg byk yang bagi komen.

    tunggu dah lihat.. hehe…

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    Hmm

    Dalam konteks membina hubungan, komunikasi adalah dasar untuk saling kenal mengenal.

    Tanpa komunikasi tidak ada perhubungan.

    Kalau isu sayang-sayang sebelum berkahwin, saya juga menolak kaedah ini. Tetapi perhubungan melalui sms saya kira masih tidak salah selagi mana ia bukan sms kosong.

    Biasanya, apa yang menjadi tumpuan orang bercinta ialah ingin tahu mengenai diri individu dan ingin mengetahui perkembangan individu.

    Sebagai contoh:

    “Bila final exam?”
    “Ayah awak guru. Sudah lama bersara?”
    “semalam saya dengar tunang Rashidah meninggal, betulkah….”

    Perkara-perkara bersifat maklumat saya kira bukanlah dikategorikan sms-sms kosong apabila dua individu berhubungan. Ia adalah input sebelum membuat keputusan memilih dirinya sepenuhnya sebagai pasangan.

    Jika sekadar usik-mengusik, gurau bergurau setiap kali sms, itu bukanlah maklumat, sekadar pencipta seronok imaginatif penghantar.

    Kita tertarik dengan apa kita lihat ia pencetus mahu. Tetapi ada lanjutan kepada tahu, iaitu info mengenai diri individu yang ingin dikongsi hatinya. Di sini komunikasi adalah penting.

    Sekadar pandangan.

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.zamrimohamad.com

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    Sdr Nahwannur,
    Kerana sudah terlalu kerap saya jumpalah saya menulis entri ini. :) Adakalanya kita sangkakan kita telah mengawal hubungan itu dengan sebaik mungkin. Tetapi itu hanya sangkaan kita sahaja. Perlu bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman.

    Dan ada juga yang mengatakan, “Ana bercinta dengan matlamat untuk kahwin.” Tetapi berapa lama lagi dia mahu kahwin. Itu yang perlu difikirkan. Kalau memakan masa lebih setahun, saya rasa itu sudah cukup untuk berhenti dahulu.

    Sdr Zamri,
    Menyokong kata-kata saudara. Komunikasi sebelum kahwin itu tersangatlah perlu supaya kita dapat mengenal pasangan kita itu dengan lebih jelas. Cuma perlu dikawal sebaiknya. Seperti yang saudara Zamri telah tulis, usik-mengusik dan bergurau-senda itu tidaklah digolong dalam kumpulan ‘maklumat’.

    [Reply]

    comment-bottom
  9. avatar comment-top

    sangat menarik..’cinta islamik’??istilah itu wujud selepas kahwin..

    Kononnya..si dia sering ingatkan saya ketika terleka,kejut qiam,kejut subuh,dah plan nak kahwin(tapi…biler??),dating berteman(hmmm..)..

    Diharap..saya dijauhkan daripada masalah ini..

    [Reply]

    comment-bottom
  10. avatar comment-top

    Sdr Nahwannur,

    takpe saudara, perkara yang kerap berlaku lah yang perlu selalu diingatkan, betul tak? kira entry ni sebagai peringatan bagi kami yang sering terlupa dan terlalai, dan bagi yang sudah sedia tahu, maka sebagai galakan untuk melaksanakan pula, ia sudah cukup bermanfaat :) saya setuju yang kita memerlukan seseorang terutama yang lebih berpengalaman, kerana kita manusia kadangkala tidak perasan atau kurang pengetahuan, sebab itu islam anjurkan kita supaya sentiasa saling ingat mengingati dengan kebenaran dan saling nasihat menasihati dengan kesabaran.

    [Reply]

    comment-bottom
  11. avatar comment-top

    Ada isu menarik di sini yang boleh kita bincangkan

    Mengenai isu dating berteman.

    Jika si perempuan membawa rakan bertemu lelaki. Berjumpa di tempat yang jauh dari syak wasangka, misalnya kantin. Tujuan makan dan berbicara. Adakah ia dianggap sesuatu yang salah?

    Saya memerlukan hujah akan hal ini. Alternatif perkahwinan sememangnya pasti, tetapi alternatif ke arah perkahwinan sentiasa tidak dibincangkan. Akibatnya, kita hanya tahu bercerita tentang haram itu dan haram ini.

    Memetik pengalaman rakan dalam jemaah yang berkongsi kisahnya dari sekolah agama ke kampus pada tahun 2002, adakalanya ada institusi jemaah mencipta peraturan-peraturan tidak perlu sehingga ia kelihatan seperti jemaah ‘tembok’ misalnya, mesyuarat di sebalik balik langsir antara lelaki dan perempuan. Adanya amalan budaya kerahsiaan seolah-olah jemaah sebagai pertubuhan bawah tanah dengan seribu satu ikrar. Ini semua menjadi mereka seolah-olah seperti satu individu asing dalam kelompok majoriti. Adakah amalan-amalan seperti ini benar-benar mengikut metodologi jemaah yang betul.

    Apabila bertembung dengan bukan golongan sekolah agama, mesej yang disampaikan kepada golongan kedua ini tidak didengari sebagai “Allah suka jika awak buat begini…” tetapi mereka mendengar mesej mereka dengan ayat ini, “Awak salah, awak berdosa, buat kerja haram, taubat!”

    Maka jadilah pertembungan si dia yang berlabel “baik’ dengan si dia yang dilabelkan “jahat”

    Isu dating dan coupling selalu terkandas dek isu label ini.

    Jika ada mereka yang mahir psikologi manusia boleh bentangkan alternatif dalam proses memujuk hati.

    Sekadar pandangan.

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.zamrimohamad.com

    [Reply]

    comment-bottom
  12. avatar comment-top

    Sdr Zamri,
    Satu perkara yang memang perlu dibincangkan juga itu - ‘Alternatif ke arah perkahwinan’. Bagaimana caranya untuk mengenal bakal pasangan selagi belum berkahwin, cara-cara untuk berdiskusi, cara-cara untuk berjumpa dan macam-macam lagi.

    InsyaAllah saya akan cuba cari isi untuk perkara ini.

    Mengenai semangat kekitaan atau rahsia itu saya juga kurang bersetuju. Tetapi mereka juga ada hujah sendiri, dan itu saya kira sebagai hak mereka dan pendirian mereka.

    Dan memang banyak perkara dari sudut komunikasi yang perlu kita perbaiki. Terutama bagi mereka yang ingin menyampaikan risalah Tuhan. Mohon bantuan bahan bacaan daripada saudara Zamri juga la lepas ni. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  13. avatar comment-top

    “Dah jemu sangat.” yeah…it’s truely a right phrases to explain the ‘divorce’ phenomenon among the unmarried couple. cinta sebelum kahwin memang jemu dan membosankan!

    [Reply]

    comment-bottom
  14. avatar comment-top

    nampaknya ada lagi isu-isu yg berbangkit selepas terpublishnya entri bro azree kali ini.

    peh..apa lagi bro..tulisla lagiii..hehe

    [Reply]

    comment-bottom
  15. avatar comment-top

    walaupon bg saye tak perlu kaedah ’sayang’, akan tetapi, tak perlu ade A,B atau C. Ianya adalah subjective. begantung kpd individu. pasangn zaman skrg bukanla seperti zmn nabi. laki dulu cam malaikat, wanita dlu kuat iman dan setianye. tp lelaki skrg?perempaun skrg? perlunye perkenalan sblm perkahwinan. jgnla angap le kenal through NAQIBAH ke, NAQIB ke. hanye 30% je efficient.

    spanjang saye berkawan dengan pelbagai jenis manusia, saye dapati, kelompok2 yg berada dlm USRAH agak kolot fikirannye.
    bayangkan, ade golongan wanita yg terkandas kereta di tepi jln, si golongan lelaki bwk kete jln wat taktau je pada golongan wanita ni. apakah begitu SALAH nk membantu??

    ade juga rakan sye yg ‘baek’ i.e. usrah, tp mulutnye, Allah je tau. ckp besar, cam tau sume ilmu. sgt tak seiring ngn ape yg di kate. dan MAINLY, kebykan rakan USRAH saye, academicnye sgt terABAI & bile FAIL, kate semuanye dr Allah. adekah btol pandangn ini?? ape matlamat kite gi uni, gi sekola?

    sekadar pandangan. harap bantu same:)

    [Reply]

    comment-bottom
  16. avatar comment-top

    buat ‘pandangan’..

    rasenye tak perlu tekankan perkataan USRAH tu.. kita perlu pandang pada individu tu sendiri, salah dia sendiri kurang faham tentang konsep usrah tu sendiri. Macam juga islam, orang bukan islam selalu pertikaikan tentang kebenaran agama sedangkan orang islam sendiri tak seperti yang di tuntut, jadi benarkah agama islam ini suci? itu maksud yang saya nak sampaikan, jangan sebab individu, komuniti dan organisasi dipersalahkan.

    Mengenai pelajaran terabai dan matlamat kite ke uni, sekolah atau menuntut ilmu..rase nya ‘pandangan’ boleh rujuk dekat entry saudara azree under tajuk RISALAH VS IJAZAH.

    adapun yang selebihnya, serasa saya, itu masalah individu.. dan perbincangan haruslah kepada teguran dan pembentukan peribadi individu dan juga peranan rakan usrah dalam membentuk peribadi ahli yang lain..bukanlah menyalahkan organisasi usrah tu yang menyebabkan perkara tersebut terjadi..

    wallahua’lam..pandangan saya je

    [Reply]

    comment-bottom
  17. avatar comment-top

    mana ada istilah cinta islamik..nabi ada buat ker dulu??kalo dah betul2x confirm nak kahwin,buatlah persiapan sebetulnya,kumpul duit ker,jumpa mak bapak ker,itu yang lebih baik….

    [Reply]

    comment-bottom
  18. avatar comment-top

    hurmmm… u’re rite.. tp btul2 perlu jihad.. nnti komen la plak psl cinta platonik.. one of cronic case gak tuh…

    [Reply]

    comment-bottom
  19. avatar comment-top

    saya pun rasa agak menjemukan cinta sebelum kahwin..hanya ingin suka2..dapat la suka-suka… baru kenal memang best tapi bila dah lama bosan pulak…jadi..betulkan niat dan fikir2 dulu adakah anda bersedia untuk bercinta iaitu bernikah?

    [Reply]

    comment-bottom
  20. avatar comment-top

    apa pendapat anda? masa belajar dulu,dulu la. aku ada simpan perasaan kat pensyarah muda yg mengajar aku yg bergelar ustazah. dipendekkan cerita, aku selalu memanggil dia habibi ketika berselisih dengan dia dan menyebabkan dia memberi layanan lebih baik daripada biasa,lepas tu dok main tarik tali,malu-malu kucing. pernah juga dia tangkap kad metrik aku dan nak jumpa kat pejabat dia, bila aku pegi office dia, tak denda pun. dia senyum jer.sampai la aku tamat belajar dok main malu-malu kucing.rasa sesal tak dapat menghampiri dia. tapi kalau dia bukan ustazah mungkin peluang untuk mendampingi dia tu tinggi. bagaimana cinta islamik utk mendampingi dia?

    [Reply]

    comment-bottom
  21. avatar comment-top

    masa kat matrik dulu, ketua kelab kite mmg terkenal seorg yg alim, imam masjid, baik n what-so-ever. biasanya bile nak mula majlis, dia yg baca doa. dr majlis kecik2 sampai majlis besar2. kite tgk dia pun respect. tapi, bile dpt tahu yg die couple dgn roomate kwn kite, tersentap jgk ah. soal couple tu blh diterima lagik, soal msg2 yg die kasik kat awek die. perghh. lebih pd budak laki nakal yg sedia ada. lepas pd tu, terus pandang serong pd die. terus tak sukerk!

    skang ni, mcm dh xbleh beza dh yg mana btl2 baik dan baik luaran jer.

    [Reply]

    comment-bottom
  22. avatar comment-top

    sedangkan istilah persahabatan pun xpernah wujud dlm islam apatah lagi ‘cinta islamik’..namun islam tidaklah sekejam mana untuk mengharamkan semua perhubungan lelaki dan perempuan..tdapat 3 situasi yg dihalalkan-pendidikan,perubatan,muamalat..jika darurat,turut dibolehkan(islam xpernah zalim thdp umatnya)..dan yang penting ‘cinta islamik’ xtermasuk mana2 perhubungan yg dihalalkan..sekadar pandangan..wallahu’alam..

    [Reply]

    comment-bottom
  23. avatar comment-top

    Cinta Islamik tu ada.. Cuma org yang bercinta tu menyalahgunakan istilak cinta islamik.

    Menolak fitrah supaya lelaki dan perempuan tidak bercinta, satu perkara yang tidak boleh diterima.

    Islam menyediakan semua saluran yang halal untuk ummatnya. Selagi tidak menyeberangi orbit islam itu sendiri.

    Islam itu sendiri mengajak ummatnya saling cinta mencintai..

    [Reply]

    comment-bottom
  24. avatar comment-top

    bagi ana secara peribadinya..tiada istilah risalah vs ijazah..tapi ijazah dan risalah…tapi,merujuk kepada artikel azree,ana berpendapat bahawa penting mengutamakan perkara-perkara aula dalam satu-satu keadaan..

    apabila datangnya waktu study atau exam, sempurnakanlah hak study dulu..mana-mana dai pun akan faham insya Allah..kecuali dai yang sememangnya suka mencacatkan dakwahnya itu sendiri..mengapa?..kerana kegagalannya yang menjadikan dakwah dan risalah itu suatu fitnah ke atas dirinya…

    wassalam

    [Reply]

    comment-bottom
  25. avatar comment-top

    tersilap post..sebetulnya untuk artikel risalah vs ijazah…maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan…buka new tab tapi komen pada tab lain..

    [Reply]

    comment-bottom
  26. avatar comment-top

    alangkah indahnya jika “dating” itu selepas kahwin…cinta itu setelah sah diijabkabulkan..

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment