Dakwah dan Cinta

muslim teens

“Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u(ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.

“Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.

Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.

Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.

Lawan Vs Kawal

“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.

Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.

Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.

“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.

“Belum lagi.” Jawabnya ringkas.

Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.

“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”

Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”

Over Rate Diri Sendiri

“Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.

Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.

cinta anta anti“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.

Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’

“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.

Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.

“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.

Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.

Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.

Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.

Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.

Hijab dan Wanita Dakwah

Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.

Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.

pahrol juoi“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.

Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”

Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.

Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.

Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.

.

Azree Hanifiah

10 Mei 2009

Baytul Fareed





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 25% [?]

22 Comments »

  1. avatar comment-top

    Cerita yang bagus. Sedar jugak diri ini

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar
    anonymous Says:
    May 11th, 2008 at 12:56 pm
    comment-top

    salam alayk..ana kurang ilmu mengenai perhubungan lelaki dan perempuan ini..Adakah ia tetap salah jika kita berhubung melalui ym atau sms hanya untuk sesuatu yang mustahak..benar-benar mustahak..cthnya mengenai progrm atau sebgainya..dan org itu bknlah org yg disukai..kiranya tiada apa-apa perasaan padanya…

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    assalamu’alaikum

    tulisan yang baik datangnya dari diri yang baik. mabruk.

    cuma saya ada beberapa persoalan buat sdr. bukan shj daripada saya, bahkan juga daripada kawan-kawan saya.

    mengenai ” lelaki yang disukai” itu jelaslah hukumnya, tetapi bagaimana pula seorang perempuan bertudung labuh dan berpurdah bertanyakan soalan bab agama, atau yang hal-hal yang perlu dan penting dengan lelaki yang dia tidak menyimpan apa-apa perasaan?
    adakah ia dibenarkan, bagaimana secara praktikalnya?

    jazakallah

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    Anonymous dan Nurizz,
    Kita bukanlah menolak terus. Lelaki dan perempuan boleh bertemu, boleh berbincang dengan cara tidak melepasi batas pergaulan. Boleh sahaja berhubung untuk sesuatu yang memang keperluan.

    Cuma yang saya cuba bawa di sini adalah sikap sebilangan daripada kita yang menggunakan medium atau alasan ‘agama’ untuk ‘mengisi kekosongan’ diri. Sedangkan masih ramai ustaz atau ustazah atau rakan-rakan sejantina lain yang boleh membantu. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    slm azree…

    sy suka entri ini. entri ini mudah difahami dan permudahkan lagi tugas sy utk menerangkan kpd yg lain. terima kasih. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    tak ramai yang berani melawan cinta kerana takut akan terlepas nikmat dunia. Tetapi ramai di kalangan kita berani untuk mengingkar perintah yang Esa kerana yakin dirinya sempat bertaubat. Malah tidak berani untuk menerima hakikat bahawa perasaan yang cinta yang wujud belum sampai waktunya itu boleh dibendung hanya kerana takut terlepas keghairahan nya. Kerana itu pentingnya muhasabah diri dalam semua aspek , agar sempat bertaubat dan yakin pada ketetapan Ilahi.

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    saya sgt setuju dengan pendapat perasaan itu perlu dikawal bukan di lawan. Tiada gunanya kita melawan. Sebab kalau kita kalah dlm perlawanan tersebut. Akibatnya amat parah. Bukanlah parah berdarah…tetapi parah kerana mengerah. Mengerah hati melawan nikmat yang ALLAH kurniakan.

    bayangkan kalau kita melawan…tiba2 nimat itu ALLAH cabut terus ?

    bayangkan saudara…bayangkan saudari…justeru, sampaikanlah pengajaran itu bilhikmah.

    tahniah azree. dah link blog nta di blog ana. wassalam.

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    setuju…

    [Reply]

    comment-bottom
  9. avatar comment-top

    tipu daya syaitan itu pelbagai

    jika tidak boleh dengan cara ‘direct maksiat’, dia akan cuba dengan cara ‘indirect maksiat’.

    depends kepada jenis mangsa.

    Alhamdulillah, benar kata orang, berkahwin dapat menutup pintu maksiat.
    Syukurnya aku kerana telah berkahwin.

    [Reply]

    comment-bottom
  10. avatar comment-top

    salam..
    sy rase tertarik dgn pendapat pasal over rate diri tu.
    kadang2, tertanya2 jgk, adakah bermain dgn wanita bertudung yg mgkin x bertudung labuh n berpurdah, dibenarkan dalam islam?
    cnthnye bermain chess, catur dan sebagainye.
    dududk semeje walau pun tiada perasaan, adakah boleh?
    ni blh dikatakan over rate atau lower rate diri?
    adakah islam tu terlalu strict dalam hal2 camni?
    wassalam..

    [Reply]

    comment-bottom
  11. avatar comment-top

    Sdr Queen,
    Susah untuk saya menjawab soalan itu. Seeloknya saudari bertanya kepada ustaz yang lebih arif. Cuma mengikut apa yang saya belajar, tidak menjadi masalah sekiranya perkara tersebut tidak melibatkan atau tidak akan terjadi persentuhan dan dalam suasana yang ramai orang di sekeliling.

    Samalah juga keadaannya dalam meeting dan sebagainya. Seingat saya ustaz di sekolah lama saya membenarkan pemain catur lelaki bermain dengan pemain catur perempuan atas urusan latihan.

    Ada satu hadis yang dilaporkan oleh Muslim dari Abdullah bin Amr bin al-Ash ra: bahawa Nabi saw bersabda, “mulai hari ini, seorang lelaki tidak boleh masuk menemui wanita yang suaminya tidak ada, kecuali dia bersama seorang atau dua lelaki lain.”

    Kata Imam Nawawi (alMajmu’ 4/176), sukar bagi lelaki melakukan kemungkaran dengan seorang wanita dalam pertemuan yang ramai.”

    P/s: Main chess kena pandang, tenung papan catur dan fikir move seterusnya. Bukan pandang muka lawan. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  12. avatar
    muslimah Says:
    May 15th, 2008 at 4:50 pm
    comment-top

    salam alaik..
    ahlamdulillah,ana berjumpe dgn artikel yg semacam ni..dah lame mencari,jumpe akhirnya..
    skdr nk berkongsi,ana ade pengalaman terjebak dlm ‘ala-islamic couple’ ni..

    smtimes kita bukan xtahu ape yg kita buat tu salah,tp xkuat utk mengatakan tidak.apatah lagi,bila si dia mmg org yg beragama & menjaga (but in the same time tewas jugak bab-bab cinta ni)
    sbg org dgn latarbelakang tarbiyah, mmg ada perasaan xsedap hati bila bercouple ni,walaupun xde berjumpe,hny sms n email..tp ana belum cukup kuat waktu tu utk menjauhinya..layan je prasaan tu..

    tp alhamdulillah,teguran Allah buat ana melalui naqibah ana,menyedarkan ana & memberi kekuatan utk menghentikan ‘ala-islamic couple’ yg sdg ana lalui ni. tp harus tahu,proses menghentikan ni bukan satu proses yg mudah..betul2 memerlukan support dr persekitaran,kekuatan dlm diri n rasa kebergantungan yg tinggi pd Allah. ana sndiri amik mase lebih 3tahun utk ‘back to normal’..itu pun kadang2 ‘terusik’ jgk dgn peristiwa2 lampau..

    kesimpulannye,utk sahabat2 yg mungkin rs xmampu nk hentikan perkara yg dah terbuat ni, katakan pd diri bahawa antum boleh.Boleh,dgn kekuatan dr Allah..

    smoga bermanfaat,
    wallahu’alam

    [Reply]

    comment-bottom
  13. avatar
    Onediana Says:
    May 20th, 2008 at 3:31 pm
    comment-top

    Assalamualaikm wbt…

    When I looked at the title, I already had a rough idea what is going to be about.. Its about dakwah,about desire to love n to be loved as a dae’i etc.

    And yeah.. Sometimes it is just too easy saying and judging ppl, n easily see its wrong when ppl do it BUT keep and always finding reasons n excuses for our own self even the very precious part in our body rejected it at the beginning. Ust Hasrizal in one of his article said, ur heart will always give a signal when u r doing thing that wasn’t right. ( insyaAllah selagi xterlampau byk black dots )

    As Allah SWT say in the Al Quran:

    O you who have believed, why do you say what you do not do? Great is hatred in the sight of Allah that you say what you do not do. ( As-Saff : 2-3 )

    Naudzubillah. Hope that all of us are not the one that is mentioned in the Ayat..

    For me, in a nut shell, ‘Kawal bukan lawan’…gembira

    To the writer, thanks for reminding us all. As what Baba Ali always said ( for those who enjoy youtubing ummahfilm will definitely know ), This is reminding you just in case you forgot.yesinsyaAllah

    Wallahu’alam… jazakallah

    [Reply]

    comment-bottom
  14. avatar
    ukhti widad Says:
    May 20th, 2008 at 3:32 pm
    comment-top

    syahdunya bace artikel ini…
    syukran buta Azree kerana telah mengingatkan kami yg terleka…

    Sgt setuju dengan kata2 aisy… Semakin banyak kemanisan yg kite teguk sebelum perkahwinan, maka semakin tawar dan hambar pula pergaulan itu sbg suami isteri.. sobsob

    Kadang2 terfikir jugak.. bagaimana kita nak merancang utk mengelakkan dan mengawal diri?? cdgn sy..banyaklah dekatkan diri dengan shabat2 yg sentiasa mengingatkan kita tentang kebaikan.. walaupun dia xtidak lah sempurna, tetapi cukuplah kita ambil setiap kata-katanya sebagai peringatan untuk diri kita..

    insya Allah…inginkan yg terbaik untuk keluarga dan agama…tetapi, nak yg terbaik, kite pun kene jadi terbaik jugaklaa kan..??baru adil…hmm!

    Gud luck buat semua…yahoo!comfort

    [Reply]

    comment-bottom
  15. avatar comment-top

    pernah lontarkan persoalan yg sama pd teman baik di UK..
    “kenapa kawan2 yg jadi naqibah tapi masih bercouple? apa gunanya berbuih2 mulut menceritakan ttg akidah dan tauhid etc (dlm buku panduan usrah) tu pd adik2 usrah diorang?”
    dan jwpn yg diberi pun lebih kurang sama…”tak dpt lawan nafsu”..
    thinking back…memang susah utk dilawan, yg penting kena kawal…

    sorang ustaz pernah ckp, kalau yg dah terlajak bercouple tu, memang susah nak stop…so die cadangkan kalau nak call/sms awek/balak apekate cakap camni…”kalau awak dah hafal surah sekia-sekian baru bleh contact saye”..cadangan je. nak elak bhubungan.

    anyway.good article. peringatan utk diri yg udah lupe…

    [Reply]

    comment-bottom
  16. avatar comment-top

    salam~~
    nice article..
    btw,15 kc…
    susah jugak nnti klu ade couple yg btol2 buat “kalau awak dah hafal surah sekian-sekian baru bleh contact saye”..
    huhu..silap2 nnti ade plak insan yg hafal surah sbab nak contact nagn ‘insan tersayang lpas hafal’..
    bkan lillahi ta’ala..
    kan dah lari niat..hehe
    “Antara betul dan kebetulan, hanya hati yang menjarakkan kedua-duanya.”
    kpada sahabat2 yg dah terjebak,renung2kanlah..
    jazakallah~~

    [Reply]

    comment-bottom
  17. avatar comment-top

    Salam…
    Setiap orang punya keinginan yang selalu didalangi oleh nafsu. Sebaik manapun orang tu, pasti ada kelemahan yang tersembunyi. Kerana itulah sebaiknya kita selalu berdoa agar dilindungi dari kejahatan yang ada dalam diri dan juga dari ciptaan Allah yang lain. Doakan juga agar diberi kekuatan untuk melawan keburukan yang diilhamkan oleh syaitan.

    [Reply]

    comment-bottom
  18. avatar comment-top

    hmm…
    “Takwa adalah pakaian terbaik”

    Term yg nampak kuno…tapi relevan sepanjang masa.
    Pada yg tak tahu…please ambil tahu persoalan ikhtilat ini.
    Yes…syaita akan tetap menggoda manusia samapai kita ikut dia..huhu…

    [Reply]

    comment-bottom
  19. avatar
    the eye of heart Says:
    May 23rd, 2008 at 10:31 am
    comment-top

    salam…

    jzkk azree…
    artikel yang menarik utk dinilai dan dipandang dengan mata hati…
    seterusnya ditamsil pada perbuatan untuk menjaga diri, dakwah dan agama…

    perasaan ingin disayangi dan menyayangi itu fitrah…
    smoga yang fitrah ni tak menjadi fitnah…

    inilah relevannya menggalakkan muda-mudi berkahwin awal usia belia agar perasaan itu disalurkan ke tempat yang bertepatan dengan syariat…

    alangkah bagusnya jika hakikat ini dapat difahami oleh masyarakat awam dan terutamanya keluarga dan ibu bapa kita…

    wallahu’alam.

    [Reply]

    comment-bottom
  20. avatar
    matapena kaku Says:
    June 20th, 2008 at 9:50 pm
    comment-top

    Salam..

    Agak menarik isu yg dipaparkan..ingin ana berkongsi sama dengan senario yg berlaku..kebanyakannya rata2 yg bergiat dlm jemaah ini tidak betul2 memperjuangkan dakwah..didapati menggunakan platform jemaah lebih untuk mencari pasangan hidup..lebih mengutamakan kehendak nafsu dari perjuangan yg sepatutnya..adik2 yg baru masuk agak terkejut apabila didapati ameer dan ameerah bersikap sepertimana org yg diluar lakukan..bersms smp ke pagi,calling2 bersenda gurau dan ada ketikanya mencari peluang utk bertentang mata dlm meeting..agak memalukan dan adakah ini contoh yg terbaik utk diikuti oleh adik2 yg terkejut dgn situasi tersebut..hinggakan mereka tertanya2, apakah perkara ini dibenarkan dlm jemaah yg didokongi sedangkan jelas Islam menyatakan ianya dilarang sama sekali..
    Justeru apa tindakan dan jalan yg perlu diambil?adakah dgn membiarkan saja ianya berlalu tanpa dipantau atau menggalakkan generasi seterusnya mengambil saja amanah yang sedia ada utk diteruskan??
    Moga akan adanya perubahan cinta anta enti ini..

    Wallahu’alam

    [Reply]

    comment-bottom
  21. avatar comment-top

    erm…mcm penah bace kat saifulislam…
    pelanduk due serupe..hehe..

    [Reply]

    comment-bottom
  22. avatar
    putera_sina Says:
    October 7th, 2008 at 2:03 pm
    comment-top

    Alhamdulillah, Sebenarnya rmai naqib n naqibah yang terlibat dalam perkara ni tapi disebabkan ramai perkara ni berlaku… macam x salah pulak buat dorang.
    bagi ana, artikel ni banyak menyedarkan merekA semua….
    n kepada naqib2 n naqibah2, semoga berjaya….

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment