
* Bahan bacaan untuk mereka yang membaca Naruto
“Sistem usrah ini umpama kumpulan-kumpulan ninja dalam cerita Naruto.” Saya menyeluruhi semua wajah ahli usrah.
Semua anak-anak usrah saya juga merupakan naqib yang bermaksud ketua usrah dalam sekolah tersebut. Saya menerima tanggungjawab untuk membawa usrah bagi sekumpulan naqib di salah sebuah sekolah berasrama harian di Gombak.
Objektif yang ingin dicapai oleh saya adalah supaya mereka semua boleh membawa usrah sendiri dengan baik. Zaman sekolah dulu tidak pernah saya pegang tanggungjawab sebegitu.
“Hehe. Naruto lagi,” balas Faiz.
“Kamu semua pun tengok, kan?”
Saya menyambung, “Siapa yang hendak usrahnya jadi serius sikit-sikit, boleh ikut stail pakcik Asuma. Kalau hendak yang ceria sikit boleh ikut stail pakcik Kakashi dan pakcik Gai.”
“Lagi… lagi…”
Menetapkan matlamat dalam berusrah
“Apabila kita berhadapan dengan anak usrah, anggap mereka seperti ninja-ninja yang kita ingin latih. Tentukan apa matlamat yang ingin kita capai dalam setiap sesi latihan tersebut.”
“Maksud abang Azree?” soal Imran.
“Maksudnya setiap sesi latihan kita perlu ada matlamat apa yang perlu kita sebagai naqib ingin capai. Itu matlmat jangka pendek dan kita juga perlu ada matlamat jangka panjang apa yang kita ingin capai dalam usrah tersebut.
Sebagai contoh, matlamat jangka panjang abang dalam usrah dengan kamu semua selama setahun ini adalah ingin membimbing kamu semua supaya menjadi pelajar contoh di sekolah. Bukan setakat baik dalam sahsiah, tetapi juga baik dari segi pemikiran. Cuma jangan baca komik Naruto banyak sangat sudah,” terang saya sambil disambut gelak.
“Matlamat jangka pendek pula, dalam satu sesi usrah kamu itu, apa topik yang kita ingin anak-anak usrah kita faham. Sebagai contoh, minggu ini kita bincang tentang topik akhlak. Jadi, matlamat kita selepas berakhirnya sesi usrah tersebut adalah anak-anak usrah kita faham tentang topik tersebut.”
Malam semakin gelap. Saya berkira-kira dalam hati untuk pulang lebih awal pada malam tersebut. Pertama kerana masih belum makan malam sedangkan perut mula memulas. Kedua kerana jarak rumah yang agak jauh daripada sekolah tersebut.
“Ada ciri-ciri lain lagi dalam sistem usrah versi Naruto ini?” soal Faiz lagi yang memang menggemari Naruto.
Mengambil tahu perkembangan ahli usrah
“Yup. Ada lagi. Siapa naqib pertama Naruto?”
“Erm. Iruka!”
“Apa yang Iruka buat apabila dia hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi?”
“Erm. Macam tak buat apa-apa pun. Cuma kadang-kadang Iruka akan bertanya Kakashi tentang perkembangan Naruto,” jawab Nasir yang sedari tadi hanya angguk-angguk dan senyum-senyum sahaja.
“Sebenarnya apabila Iruka hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi, Iruka telah memberi semua maklumat berkaitan Naruto kepada Kakashi seperti tingkah laku Naruto dan juga perkara yang perlu diambil tindakan oleh Kakashi seterusnya.
Kemudian Iruka akan tetap mengikuti perkembangan Naruto walaupun Naruto bukan lagi di bawah tanggungjawabnya. Begitu juga apabila Kakashi menyerahkan Naruto kepada Datuk Jiraiya. Dia juga akan menjelaskan apa yang perlu dan mengambil tahu tentang perkembangan Naruto,” jelas saya yang sudah lama tidak menggunakan cerita Naruto sebagai analogi dalam setiap isu yang ingin diutarakan.

Kadang-kadang sengaja saya memasukkan analogi-analogi berunsur kekartunan sedikit. Sedikit sebanyak dapat mengimbangi suasana antara ceria dan serius.
“Oh, begitu. Faham.”
“Jadi, kamu semua apabila sudah habis SPM, keluar daripada sekolah ini jangan pula lupa kepada ahli-ahli usrah yang pernah menjadi tanggungjawab kamu semua. Kerana itu abang lebih suka menetapkan matlamat dalam usrah supaya setiap ahli usrah abang akan boleh bawa usrah lain pula. Jadi, perkara ini akan berterusan.”
“Ciri-ciri yang lain lagi?”
“Eh, asyik abang saja yang bagi. Cuba kamu semua pula bagi.”
Keistimewaan pada naqib
Semua pandang-memandang sesama sendiri. Faiz memandang ke syiling. Mungkin sedang cuba mengingat sesuatu.
“Mungkin boleh juga dikaji kenapa usrah si Naruto, Sakura dan Sasuke ini ceria. Sedangkan kita juga tahu yang perangai Naruto dengan Sasuke cukup berbeza. Naruto dengan perangai main-main dia, Sasuke pula lebih serius. Jadi, bagaimana pakcik Kakashi ini boleh mengawal ahli-ahli usrah dia dengan baik?” Faiz cuba mengemukakan pandangan. Saya sendiri berkerut dahi sambil wajah cuba mengukir senyum.
“Hurm. Menarik untuk dibincangkan. Bagaimana kita sebagai naqib boleh mengawal ahli-ahli usrah yang pelbagai ragam? Kamu ada idea, Faiz?” saya cuba mencelah sambil memikirkan mengenainya.
“Saya tidak ada jawapan lagi tentang persoalan ini. Cuma mungkin ini terletak kepada setiap ahli usrah untuk memberi komitmen terhadap usrah mereka,” jawab Faiz.
Suasana perbincangan menjadi hangat. Saya merenung wajah setiap ahli usrah. Menanti sama ada mereka masih ada idea untuk dilontarkan.
“Mungkin juga sebab ada sesuatu ilmu daripada Kakashi yang ingin dipelajari oleh Sasuke. Pada awalnya kan Kakashi ini merupakan seorang yang penuh teka-teki. Teka-teki bagaimana dia ada mata Sharingan, sama seperti Sasuke. Mungkin itu yang menjadi daya penarik bagi Sasuke untuk memberi komitmen kepada kumpulan ‘usrah’ tersebut.” Imran melontarkan pandangannya.
“Betul… betul… betul… Setiap orang sebenarnya ada keistimewaan masing-masing. Cuma kita rasa rendah diri apa keistimewaan kita. Jadi, apabila kita menjadi naqib, sebenarnya ilmu atau keistimewaan kita itulah yang menjadi daya penarik kepada ahli usrah kita,” saya cuba menjawab apa yang termampu.
“Ok. Minggu depan kita sambung cerita lain pula!”
.
Azree Hanifiah
10 September 2008
* Imej pertama disalin daripada http://i93.photobucket.com/albums/l79/Fold39Crane
* Imej kedua disalin dari http://anime-wallpapers.com/images/800×600/naruto-kakashi-iruka-togeher.jpg











salam akh azree
Soal pndekatan n modul usrah msih lg mnjadi perhatian smpai skrg.. Knvensyen2 trbiyah stiap thun diadakan n persoalan mngenai usrah jarang mndapat kata putus.. Soal waqi bbeza itu mmglah.. Naqib yg tak kreatif pun satu.. Tegak je.. kalu kes ahli usrah lari msuk usrah lain tu dah selalu sngat dngar.. Ni la cbrannya..
Aii akh, kaki naruto jgk ke.. hehe.. Takpe, pengaplikasian yg cmerlang..
Kalu dah mmg otak dai’e, buat apapun tak sia2.. Ada je idea.. metod baik jgk tu.. barula kreatif nmenya.. Ramadhan karim! Salam syawal jgk.. hehe.. awl cket.. bkn slalu dpt drop by cni..
Hehe. Alhamdulillah. Sy x le berapa gemar sanagt naruto ni bila dah jadi dai’e, tp tertarik gak le dgn cara antum ubah waqi’ fantasi Naruto ke realiti pengusrahan para du’at. Hmm, tp sy fikir, antum belum teroka habis lg kan teknik ni?
Assalamualaikum wbt.
Sebuah pengolahan yang baik.Naqib perlu lebih kreatif.syukran atas nasihat serta tips yang berguna.nak jugak duan guna,kaitkan dengan kisah nobita dan senyo.
tak reti jugak.
Jazakallah.
nice!
akan selalu berkunjung.
=)
assalamualaikum…
usrah dan naruto ;satu topik perbincangan yang menarik, analogi yang saya rasakan bersesuaian untuk menceriakan suasana..semoga terus maju jaya… jazakallahhuhoiran…….
salam ya akhi..
kalau ana nak copy paste tajuk ni dalam blog ana boleh x?
menarik la..
ana tengok hak cipta terpelihara kat atas tu..
sebab tu tak berani..
salam..terima kasih bebanyak.
semoga kita semua dapat saham dalam gerak kerja ini..^_^
penulisan yang cukup menarik..sungguh luar dr kebiasaan..semoga saudara tidak jemu2 mendidik ummat..
p/s: Salam, jika ada sesiapa berminat untuk mendapat aktiviti&permainan usrah dengan harga berpatutan hubungi saya d 014-231 1856
salam…. stuju dgn pndpat 2… sbgai daie, lebihla elok kalo kta selitkan anolgy2 yang mudah agar mad’u kita faham dgn apa yg kta ingin smpaikan…. xkirala kisah or watak apepn…. yg pntg mesej jelas n objektif tcapai… insyaAllah….
Teknik mana yang dimaksudkan itu? Dalam usrah memang perlu ada matlamat. Baru kita ada kunci ukuran sama ada usrah kita itu efektif atau pun tidak.
Usrah macam Naruto?
Bila baca entri ni, rasa nak tengok cerita naruto pula, walaupun tak pernah minat dengan katun tu sebelum ni
Salam Azree. Pakcik baru terjumpa blog ini. Bagus dan menarik kandungannya. Jangan lupa menulis dan berkarya terus.
Wassalam,
MARSLI N.O
salam.
ana dan seorang sahabat guna analogy yg sama 3 tahun lepas utk tarik adik2 akki anime join usrah~
tak sangka ada juga org yg guna analogy yg same.
siapa kata tgk naruto x bagus?skurang2nye boleh jd analogy utk sampaikan sesuaatu~~
(^_^)
Ohh … It seems you have done a lot of reachearch before this post .Hope you dont mind me linking this post on my website .
Usrah ana yang dalam cerita ini banyak main-main dan gelak-gelak saja.
Susah nak kawal budak sekolah yang pandai-pandai.
Terima kasih kerana sudi melawat blog yang tidak seberapa. Seronok membaca sajak-sajak tuan Marsli NO.