Bila suatu ketika kau menatap bintang di langit malam, lihat juga bintang di sisinya. Bintang itu adalah kau dan bintang di sisinya adalah aku. Kita semestinya tidak pernah bersendirian di muka bumi ini. Biar pengalaman memisahkan kita, kau akan sentiasa melihat bintang yang sama.
Ada masanya kita berjauhan dan kemudian kita dekat semula. Ada masanya kita berduka dan kemudian kita sama bergembira. Ada masanya kita bertengkar dan kemudian kita berdamai.
Sedari perbezaan
Ada dua orang kawan. Dua-dua merancang mahu ke Kedah pada cuti semester akan datang. Seorang daripada mereka berkata, “Bolehlah aku merasa ayam RFC(Radix Fried Chicken) nanti.”
Kawannya membalas, “Aku ingatkan kau nak ikut aku balik kampung nenek aku.”
Dua orang kawan yang mempunyai destinasi yang sama tetapi keutamaan yang diberikan masing-masing sebaik sampai di destinasi tersebut berbeza. Seorang mahu makan ayam goreng RFC dan seorang lagi mahu melawat nenek.
Manusia membentuk set of values mereka hasil pengalaman hidup dan pendedahan yang dialami. Kesan daripada pelbagai kejadian yang ditempuh oleh setiap kita dalam kehidupan, banyak mempengaruhi pembentukan karakter diri kita dari sudut nilai dan keutamaan yang kita letak dalam satu-satu perkara yang ingin dilakukan.
Kita bertengkar kerana kita berfikir yang kita semua ini sama. Jadi bila ada pendapat atau perlakuan yang kita tidak suka, akan timbul rasa marah dalam diri. Setiap daripada kita berbeza cara berfikir. Jadi kita perlu sedar tentang adanya perbezaan tersebut.
Lain orang lain kemahuan
Daripada Abdullah bin ‘Amr: Suatu hari kami berada di sisi Nabi Muhammad s.a.w., lalu datang seorang pemuda dan bertanya: Wahai Rasulullah, saya mencium isteri sedangkan saya berpuasa?”. Jawab baginda, “Tidak boleh.” Datang pula seorang tua bertanya Saya mencium isteri sedangkan saya berpuasa?” Jawab baginda, “Boleh.”
Kami pun memandang antara satu sama lain. Sabda Rasulullah s.a.w: “Aku tahu mengapa kamu memandang antara satu sama lain. Sesungguhnya orang tua itu dapat mengawal dirinya” (Riwayat Ahmad).
Jawapan berbeza yang Nabi Muhammad berikan itu disebabkan beliau tahu kedua-dua orang yang bertanyanya adalah orang yang berbeza. Mungkin jika pemuda itu diberi keizinan, maka dia bersetubuh maka akan terbatal puasa tetapi orang tua itu diberi keizinan kerana dia dapat menahan dirinya. Lain orang maka lain juga nilai keutamaannya pada sesuatu perkara diletak.
Keutamaan yang diletak oleh seorang yang meminati politik tentulah lain dengan keutamaan yang diletak oleh seorang pemain gitar.
Seorang rakan marah-marah kerana program diskusi mahasiswa se-Malaysia kurang mendapat sambutan. Katanya, “Adakah mahasiswa hari ini tidak memberi perhatian kepada isu-isu politik? Berapa ramai dikalangan kita mengikuti perkembangan semasa negara, mengetahui kepincangan yang berlaku dalam sistem pemerintahan?”
Kita dalam kumpulan yang sama tapi realitinya kita mempunyai prioriti yang berbeza. Jangan disalahkan orang lain jika program kita kurang sambutan dengan mengatakan itu dan ini. Fahami perbezaan antara kita dan di situ kita dapat menganjurkan sesuatu yang dapat memenuhi prioriti semua.
Kita semua punya tujuan yang sama – semata-mata untuk mendapat redha Tuhan. Jadi bila ada pihak yang melakukan perkara yang kita tidak suka, cuba berbicara dengannya, dengar hujahnya. Dari situ kita akan sedar perbezaan cara dia berfikir dan cara kita berfikir berbeza.
Dan dari situ kita diskus supaya sama-sama dapat manfaat.











ngaa…dapat3..
bagus sekali ya post ini..
sangat teringat ayat yang lebih kurang sama
“jika sesekali kau intai ke dada langit di waktu malam mesra menghamparkan kasih, carilah sebutir bintang palingkarib di sisi bulan, kerna itu adalah bintangku. Biar jarak dan waktu memisahkan kita, kau pasti melihat bintang yang sama”
Dari pagi tadi cuba nak ingat-ingat ayat cerpen ini. Akhirnya buat ayat sendiri hasil ingat-ingat tadi. Huhu.
Cerpen Nimoiz TY tapi tajuknya tak ingat.
alhamdulillah….
kena betul sengan situasi sekarang. sekurang2nya dapat memberi sedikit rujukan dan panduan..
al kisahnya bila sahabat memberi alasan untuk tidak menghadiri usrah kerana nak studi, terasa ’something’ walaupun x diluahkan rasa itu…
mungkin prioriti beliau lebih kepada exam walaupon pada pendapat sendiri, usrah itu penting.
kita selalu mengharapkan orang lain mempunyai pandangan yang sama agar apa yang dirancang dapat di jalankan dengan lancar..
ape pun…kita cuba berlapang dada dan raikan perbezaan yang kita ada…
Ini pun satu contoh yang baik.
Anak usrah kita suka baca novel, tapi kita pula lebih suka baca buku ilmiah. Mungkin kerana bagi anak usrah kita itu, dia lebih senang mengambil nilai-nilai murni daripada novel.
.:Bismillahirrahmanirrahim:.
Suatu ayat yang sgt sesuai~Rahmat dalam Perbezaan.
->Kita dalam kumpulan yang sama tapi realitinya kita mempunyai prioriti yang berbeza
sepatutnya dalam kumpulan yg sama, prioriti sama, klu berbeza most likely dlm kumpulan yg berbeza kan? hurm, (membuatkan kita terfikir byk2 kali). Mungkin prioriti yang sama cumanya cara perincian prioriti tu yang sedikit berbeza, bergantung kepada lingkungan keberadaan seseorang, suasana seseorang itu dibesarkan dsbgnya.
Apa2pun, perbezaan pendapat untuk mencapai tujuan yang sama mesti ada hikmahNya.
Sekadar coretan peribadi,
Wallahu’alam
Terima kasih, saya terlupa untuk mention prioriti dalam artikel ini lebih kepada prioriti individu, bukan prioriti berkumpulan.
betul. dari dulu sampai sekarang solusinya tetap berlapang dada, raikan perbezaan yang ada. give and take, tak boleh memuaskan hati semua. macam cerita keldai, anak dan ayah~
” sungguh sukar memuaskan manusia, kerana manusia tidak akan pernah PUAS biarpun kita telah berikan yang terbaik. namun, lebih mudah memuaskan Allah, kerana hanya Dia yang memahami bahawa kita tidak akan pernah sempurna dalam menjadi yang terbaik”
Cukup bagi kita Allah. Cukup bagi kita Allah yang menilai segala apa yang di hati dan di akal. kadang kala, kita berjaya kerana kita seorang yang pekak. pekak daripada mereka yang pesimis akan cita-cita kita yang mungkin mustahil.
celebrate the difference again. Do visit my blog for the recent entry. it might be unrelated with yours but take a notice as a serious subject.
jazakallah.
owh..gitu.sedapnya post ni.
masih ada lagi x?
hmm setiap org len caranya…
azree ko kata hari tu kat aku nak wat baju, camne?
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kejadian manusia memerlukan antara satu sama lain. Setiap pertemuan, ada perkara yang bermanfaat yang telah ditetapkan untuk kita oleh Allah, sama ada kita sedar atau tidak. Itulah hikmah dari Allah..
Semua ada kekurangan masing- masing. Maka kita menampung kekurangan itu dari sahabat2 yang berada di sekeliling kita.
Usaha untuk mengadakan program suatu niat yang sangat mulia. Berkongsi ilmu yang bermanfaat. Ramai atau tidak kehadiran, itu semua kerja Allah. Yang penting keikhlasan kita dalam melakukannya. Jangan sampai dek kata2 orang lain menjadi asbab niat kita tercemar.
Orang akan sentiasa nampak kekurangan kita. Lagi pula yang membuat kerja itu tidak ramai. Orang yang tidak buat apa2, tiada apa yang nak dikatakan. Hujung2, kita tidak akan dapat puaskan hati semua orang. Kita cuba buat yang terbaik. Biar Allah jua yang membalasnya.
Saya pasti ramai di kalangan sahabat2 yang mencari redhaNya. Tapi kadang2, kita lupa, leka, lemah. Seronok rasanya bila ada sahabat2 yang mengingatkan. Membimbing. Ada orang tidak faham apa yang diperjuangkan dalam sesuatu program @ aktivti @ jemaah. Ada orang baru nak belajar untuk memahami. Ada orang ikut kawan. Inilah tangungjawab kita. Ingat- mengingati. Terbuka @ tidak hati mereka, bukan kuasa kita..
Pengajaran dari cerita ini, kita boleh belajar untuk bertolak ansur selagi tidak melanggar batas2 yang disyariatkan. Pergi ziarah dulu, lepas tu gi makan RFC (wah! sedapnyer…). Allah amat menyukai hamba2Nya yang menyambung silaturrahim. Kenapa tidak kongsikan pahala tu dengan sahabat2 yang lain? Hmm.. Pahala dapat, perut pun kenyang =)..
Sekian..
Wallahua’lam..
P/S: Nak ambik kesempatan ucap “Selamat Hari Raya” (berbaki beberapa hari lg bln Syawal)kepada Azree & sahabat2 di StudioMuslim. Walau tak kenal yang lain, tapi kita tetap bersaudara..
Selamat hari raya juga buat aisy. Tuhan punya kerja siapa tahu.
aku suke gile entry ko yang ni!!jzkk atas perkongsian
munirmuji