
Maaf, saya rasa saudara sudah salah akademi.
Salah akademi? Kenapa pula?
Saudara, akademi ini bukanlah seperti Akademi Fantasia atau Akademi idola atau apa-apa akademi lain yang sama waktu dengannya. Akademi ini terlalu berbeza dengan akademi-akademi yang lain itu.
Apa bezanya? Rasanya macam sama sahaja. Tetap ada pemenang, tetap ada hiburan-hiburan dan tetap ada yang tersingkir.
Bezanya terlalu banyak, saudara. Pemenang yang akan dipilih bukan seorang sahaja tetapi dalam jumlah yang ramai dan setiap pemenang hadiahnya tidak sama, bergantung kepada segala usahanya untuk mendapatkannya.
Akademi untuk membentuk insan
Hiburan tetap ada tetapi bukan dengan terkinja-kinja, melompat sana-sini, menjerit-jerit sampai hilang suara. Memang ada yang tersingkir tetapi bukan dengan kehendak kami, semua dengan kehendak mereka sendiri untuk keluar ataupun terus berada dalam akademi ini.
Ah, saya semakin bingung dengan apa yang tuan katakan! Kenapa pula dibuat perkara-perkara seperti itu? Kalau macam itu, tiada sesiapa pun yang akan tergerak untuk berusaha menjadi yang pertama. Tiada yang terdetik ingin mendapatkan tempat pertama dan saya rasa inilah akademi paling teruk saya pernah datang!
Sudahkah encik membaca semua peraturan dalam akademi ini? Jika belum, harap saudara baca semula, lagi dan lagi sehingga saudara betul-betul faham dan dapat menjadi pemenang dalam akademi ini.
Saya sudah baca semuanya dan selama 20 hari ini saya sudah menahan lapar dan dahaga tanpa ada sedikit pun ada niat untuk mencuri-curi makan. Tuan, saya ingin mengetahui siapa tuan yang sebenarnya untuk memberi arahan kepada saya?
Saya hanyalah seorang pemerhati di akademi ini. Saya melihat insan keluar dan masuk akademi ini sejak dari dulu lagi, maka saya mengetahui selok-belok untuk mendapatkan hadiah utama di akademi ini. Kalau tidak banyak pun, sedikit pun sudah memadai untuk saya kongsi dengan saudara.
Baiklah kalau begitu. Saya akan cuba terima apa yang tuan katakan sekiranya ia terbukti memang perlu dilakukan. Dan sememangnya saya inginkan hadiah utama dari akademi ini.
Bukan hanya lapar dan dahaga
Sudahkah saudara penuhkan seminggu ini dengan hiburan-hiburan seperti yang telah saya katakan tadi? Kalau belum, seakan suatu perkara yang bosan jika hanya menahan lapar dan dahaga tanpa berhibur.
Hiburan di akademi ini adalah dengan membasahkan bibir dengan nyanyian zikir, tadarus Al-Quran, dan dengan mendekatkan diri kepada Tuhan. Itu yang perlu dibuat kerana untuk menang, saudara perlulah menunjukkan rasa cinta, berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Rasulullah ada menyatakan, ‘Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah, maka dia memperoleh satu kebaikan, dan satu kebaikan berlipat sepuluh kali. Aku tidak katakan alif lam mim itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf.’
Amat digalakkan jika saudara dapat menyediakan juadah berbuka puasa untuk orang ramai terutama untuk orang-orang miskin. Nabi Muhammad ada menyatakan bahawa sesiapa yang memberi juadah berbuka kepada orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala yang sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun.
Er… Bolehkah lagi untuk saya memenangi hadiah utama dalam akademi ini? Saya masih lagi belum melakukan perkara-perkara tersebut selama 20 hari ini dan masa hanya tinggal lagi 10 hari.
Masih belum terlambat lagi saudara. Kebiasaannya di akademi ini, ramai yang hanya memenuhkan ruang ‘rumah banglo’ akademi ini pada 20 hari pertama tetapi terlupa akan 10 hari terakhir yang lebih penting dan lebih berharga.
Masjid menjadi kosong
Ramai di antara mereka sudah mula sibuk menyiapkan kuih-kuih raya untuk bulan Syawal nanti lantas meninggalkan terus amalan-amalan dalam akademi ini. Padahal raya yang paling penting adalah dalam Bulan Ramadhan dan sepatutnya disambut dengan meriah di akademi ini. Akibatnya seperti yang saya katakan tadi ‘rumah banglo’ ini menjadi kosong.
Ada juga orang yang sudah sibuk-sibuk memasang pelita, kononnya menunggu malam tujuh likur tetapi melupakan ibadah qiyamullail iaitu bangun tidur di sepertiga malam untuk bercinta-cinta dengan Tuhan.
Betulkah masih belum terlambat tuan?10 hari sahaja tinggal.
Betul. Masih ada satu malam yang sangat bertuah bagi sesiapa yang menemuinya. Itulah malam Lailatul Qadr. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bukankah Tuhan itu Maha Penyayang, saudara. Inilah dia keistimewaan Akademi Ramadhan.
Nabi Muhammad ada berkata, “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat











mari ramai ramai kita penuhkan masjid dan surau dikawasan kita untuk masuk akademi ini
“samalah seperti hujan yang menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tananam itu bergerak segar selepas itu engkau melihatnya berapa kuning: akhirnya ia menjadi hancur bersepai” Surah Al-hadid 20
http://www.enai10.com
free submit link directory
Hurm. Masjid dalam UIA ini pun telah menunjukkan pengurangan makmum yang terlalu besar jika dibandingkan dengan hari pertama Ramadhan.
Eh, budak UIA pun ada yang tengah sibuk buat kuih raya di bilikkah?
Apa kurangmya dgn masjid di UUM? 2 x 5 je. Ramai yg dah beraya walaupun ibadat tak seberapa.semoga Ramadhan kali ini lebi baik berbanding sebelumnya.Amiin…..
Salam,
Menarik cara penyampaian dalam bentuk akademi..
Benar seperti yang dikata, ramai yang terlupa baki 10 hari terakhir itu.. cepat kawan2, AFUNDI (nama sendiri)..hehe