• Ibadah Itu Cinta

    syair_hab_mg_sk.jpg

    “Azree, boleh kamu berikan maksud ibadah?” Soal ustazah saya.

    “Erm.. Taat dan patuh kepada Allah, ustazah.” Itulah jawapan yang saya berikan semasa masih berada di bangku sekolah dahulu. Jawapan yang dihafal. Jawapan skema.

    Pernah dulu saya dengar seorang penceramah mengatakan, “Kebanyakkan mualaf, iman mereka tetap kerana mereka cuba mencari maksud sebenar Islam itu. Sehinggalah mereka betul-betul yakin yang Islam itu benar. Tapi, berbeza dengan kita yang sedari lahir memang sudah Islam.”

    Sewaktu mendengar kata-kata itu saya buat tidak kisah sahaja, mungkin kerana sudah terbiasa mendengarnya. Tetapi beberapa bulan lepas kata-kata itu seakan menyerang benak kepala.

    Berdengung. Sehingga timbul pelbagai persoalan. Saya tertanya kenapa saya ini Islam? Kenapa saya kena melakukan ibadah itu ibadah ini? Tetapi saya senyapkan sahaja keadaan diri saya ketika itu.

    Takut ada orang kata saya menghampiri murtad. Saya sendiri takut bila persoalan itu datang menyerang. Saya cuba membaca beberapa buah buku termasuk buku Fathi Yakan tetapi jawapannya tidak memuaskan hati saya.

    Lantas saya buang soalan pertama itu dahulu. Takut benar kalau saya terlalu menumpu kepada soalan itu akan membuatkan saya murtad. Jadi, saya terus tumpu kepada persoalan kedua iaitu kenapa saya perlu beribadah.

    Ibadah, taat dan patuh?

    Orang kata ibadah itu taat dan patuh. Saya tiba-tiba mempersoalkannya. Kenapa perlu taat dan kenapa perlu patuh kalau tiada sebab? Apa sebabnya sampai saya kena solat, kena berdoa?

    Bila saya tanyakan kepada orang lain jawapannya, “Ler.. Kau kena solat semua tu sebab perkara itu wajiblah.”

    “Kenapa pula wajib?” Soal saya balik. Dan kawan itu terus terdiam.

    “Dah ibadah wajib, jadi wajiblah!”

    Dan yang pasti jawapan itu tidak memuaskan hati saya saat itu. Saya bukanlah jenis orang yang menerima jawapan daripada seseorang dan terus menghafal. Itu dinamakan penghafal dan bukannya pelajar.

    Kita sering mengatakan ibadah itu adalah taat dan patuh tetapi tidak berapa mengendahkan apa itu taat dan apa itu patuh.

    Ibadah adalah Cinta

    cinta.jpgAkhirnya saya terbaca satu petikan daripada tulisan Ibnu Qayyim. Maksud yang beliau berikan terlalu mudah. Ibadah itu adalah cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

    Membaca maksud ibadah yang diberikan oleh Ibnu Qayyim membuatkan saya berfikir panjang. Ibadah adalah cinta? Berkasih-kasihan dengan Tuhan?

    Pernahkah terdetik dalam hati anda rasa cinta kepada orang lain? Bagi sesiapa yang pernah, mereka tentu faham bagaimana keadaannya.

    Hurm. Sampaikan kita sanggup buat apa sahaja. Setiap saat asyik teringat tentang si dia. Apa yang dia larang, kita cuba sebaik mungkin untuk tidak melanggarinya. Dan apa yang dia pinta, selagi boleh kita cuba usahakan untuk dapatkannya.

    Sehinggakan kalau ada orang lain cuba menunjukkan sedikit kemesraan kepada si dia, kita sudah berasa terlalu cemburu. Lantas kita cuba memberikan yang lebih baik lagi.

    Jadi, itulah yang dimaksudkan oleh Ibnu Qayyim tentang maksud ibadah. Ibadah adalah cinta. Kalau cinta kepada manusia kita sudah menjadi terlalu gila seperti itu, sepatutnya cinta yang seperti itu kita sandarkan kepada Tuhan.

    Apa yang membuatkan saya berfikir panjang ketika itu adalah kerana saat itu saya sedang mencintai seseorang. Membaca ayat-ayat Ibnu Qayyim membuatkan saya sedar kecintaan saya itu telah melebihi rasa cinta kepada Tuhan.

    Cinta mana yang lebih utama

    Memang ada orang kata rasa cinta sesama manusia itu tidak salah. Tetapi cuba kita tanya diri kita sendiri adakah rasa cinta kita itu melebihi rasa cinta kepada Tuhan.

    Kalau rasakan diri sudah tidak terkawal lagi dan tidak tahu bagaiman ingin menurunkan rasa cinta itu, saranan saya hanya dua iaitu tinggalkan sahaja si dia atau kahwin terus. Apa salahnya, anda dengan dia masih lagi belum berkahwin.

    Bagi yang rasa hendak kahwin lagi 2 tahun, tinggalkan dahulu si dia jika hati rasa perasaan cinta itu lebih banyak kepada si dia berbanding kepada Tuhan. Hurm. Sekarang yang mana satu menjadi keutamaan anda? Fikir-fikirkanlah.

    Ibadah adalah cinta. Dan itulah yang pasti. Kalau anda lebih mencintai si dia melebihi rasa cinta kepada Tuhan, itu bermakna anda melakukan ibadah kepada sesuatu yang lain. Bukannya ibadah kepada Tuhan.

    Erm. Kalau ibadah kita sudah terarah kepada sesuatu yang lain, apa maksudnya?

    Saudaraku, anda berhak membangun puluhan istana di muka bumi. Asalkan anda tidak lupa memperkukuh mahligai cinta kepada yang paling berhak.

    Saya letakkan sekali satu lirik lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Indonesia, Gradasi.

     

    Di saat cinta menyemai rasa di jiwa

    Menghiasi hidup indah kan masa

    Luluhkan dengki menghapuskan benci

    Kala cahaya-Nya

    Membuka mata yang terlena

    Sedarkan dari nafsu akan dunia

    Rasa yang fana dan maya semata

    Kan ku ungkap rasa yang terindah

    Tentang berkembangnya cinta

    Yang semerbak wangi dalam jiwa

    Yang kekal abadi selamaya


    Hanyalah untuk Allah

    Kan kupersembahkan

    Cinta tertinggi dan termurni

    Yang tumbuh dalam nurani

    Hanyalah untuk Alloh

    Kan kusandarkan

    Segala pengharapan dan doa

    Beri daku cahaya-Mu

    Hanya Pada Allah kusandarkan

    Hanya Pada Allah kudoakan

    Hanya Pada Allah kuharapkan

    Dan tentang persoalan yang bermain di benak saya itu, saya masih lagi belum dapat menjawabnya hingga saat ini. Didiamkan tetapi muncul kembali beberapa minggu yang lepas. Menyerang-nyerang.

    Tetapi bagi saya, teruskan diri mencari apa yang dirasakan benar. Jangan hanya asyik mendengar dan mengikut apa yang orang lain kata tanpa memahaminya.

25 Comments


  1. cha... says:

    aku suka post ni..
    sangat menarik dan menusuk kalbu..
    sama2 lah kita berusaha mengapai cinta agung
    cuma satu je..
    ada orang pernah cakap benda ni..
    kalau da ada cinta untuk manusia
    akan susah untuk cinta kpd Tuhan itu
    mendapat ruang di hati kita..

  2. Pakdi says:

    min aina ila aina?

    persoalan ini ramai orang tidak tahu utk menjawabnya.

    p.s. macam azree kawin dulu je ni.. hee hee..

  3. akmar hafiza says:

    setuju! kalu 2 tahun ke 3 thn lg ke baru nak kawin. 1). tinggalkan,2). kawen terus je. =D

    “O Allah the Beloved One,
    I ask You to make me a lover of You,
    a lover of everyone who loves You,
    and a lover of any action that may bring me closer of loving You.”

  4. Azree MH says:

    Pakdi,
    Soal kahwin awal tu Allah dah tetapkan siapa antara kita kahwin dulu. Hehe. Tapi takkan super senior tak nak kahwin-kahwin lagi kot? ;)

    Cha@Nabil,
    Hurm. Sebab tu ramai yang agak berat untuk menerima pilihan no satu – Tinggalkan sahaja si dia.

  5. Hamba says:

    assalamualaikum.. maaf mencelah..

    ala kulli hal..tahniah ana ucapkan.sebenarnya itu adalah satu tangga peningkatan iman itu pun kiranya anda benar2 faham apa itu cinta illahi.bukankah anda terima ungkapan cinta ilahi itu dari sebuah buku?

    bersyukurlah kerana allah tunjukkan kepada anda apa erti hamba.nah..kiranya anda sudah menerima jawaban persoalan anda itu, ana sajikan buat andaagar anda teruskan pencarian.soalan pertama.

    “apakah anda benar2 layak utk menjadi pencinta ilahi?”kedua.”apakah anda mampu menyintai ilahi dengan sebenar cinta yang layak buatnya?”

    simpan semua soalan tadi..fikirkan hakikatnya.hakikat buat seorang individu mungkin tak sama dengan hakikat individu lain. Suluh jalan pencarian anda dengan ilmu. pandanglah ke hadapan dengan pandangan hati.lorongkan laluan anda dengan iman.ikhlaskan pencarian anda,semoga anda berjaya!!..

    semoga benar bahawa ini jalan menuju illahi!!..

    salam ikhlas persaudaraan dari seorang hamba….ingat juga bahawa ssuatu tak akan berlaku tanpa amalan.

  6. salihin says:

    terima kasih for this post

  7. cik rye says:

    tajuk buku ibnu qayyim tu..raudhatul muhibbin ker?

  8. Azree MH says:

    Hurm. Dah lupa pula. Tajuknya dalam Bahasa Indonesia. Buku terjemahan. Hehe.

  9. nahwanNUR says:

    khassun alaykum ya akhie..

    jazakillah for this post. Kini baru saya sedar, kefahaman sya selama ini tentang ibadah amatlah cetek yg menghalang saya betul2 istiqamah dgn sesuatu ibadah dn kadangkala tiada kekhusyukan. dan alhamdulillah sy kini faham akan konsep dan tujuan ‘perhambaan’ saya selama ini. Selama ni saya selalu fikirkan tentang apa sahaja yg saya lakukan, saya kena ikhlas sebab saya nak ia diterima sebagai ibadah di sisi ALLAH swt. Namun, kadangkala saya gagal mencari keikhlasan tersebut dek kerana kurangnya kefahaman sy tentang ‘root and basic’ bg ibadah.. Dan petikan kata2 ibnu Qayyim tentang ibadah benar2 memahamkan sy tentang ‘tujuan dan sebab’ dan ‘root and basic’ ibadah dan kecintaan. Dan alhamdulillah sy sudah mempunyai kefahaman tentang 2 perkara sekaligus dalam satu artikel ni.

  10. cha.. says:

    masya-ALLAH banyak pahala ko azri
    alhamdulillah..
    betul2 touching la entri ni..
    which make myself more clear about our
    target of life..
    what if i say..
    aku da tinggalkan si dia
    alhamdulillah, insyALLAH for HIM
    ameen
    thanx dude

  11. Azree MH says:

    NahwanNur,
    Alhamdulillah.

    Cha,
    Aku sekadar berkongsi pengalaman dan pandangan. Ramai remaja pernah bercinta tetapi ramai yang hanyut. Dan aku juga begitu pada waktu itu…

  12. muhasabah says:

    bagus entri ni..
    betul3..kalo kt anggap ibadah itu cinta, insyaAllah kite akan lebih mudah dekat dgnNya..
    penah gak terpikir ttg soalan pertama tu..huhu..rase dr sgt kurang ilmu..huhu.

    berdasarkan pengalaman, couple itu melalaikan & lebih sedih lagi buat kite jauh dari Tuhan..x dpt sepenuhnya merealisasikan rasa cinta pd yg lebih berhak..
    Alhamdulillah,dgn hidayahNya juga sy ‘terlepas’ dr masalah besar yg melanda muda-mudi hari ini..

    sokong kata ‘cha’ bahawa;-kalau dah ada cinta untuk manusia
    akan susah untuk cinta kpd Tuhan itu mendapat ruang di hati kita..

    Ya Allah,kurniakanlah pada kami hati yg kuat & sentiasa mengingatiMu..amin…

  13. pengemiscintaIlahi says:

    salam ziarah…entri y bagus. carilah cinta Ilahi, cintaNya xakn mengecewakan..

  14. hana says:

    ape yg diketengahkan : ibadah itu cinta….bila kt cinta pd Allah kt taatiNya..=)

  15. roza says:

    assalamualaikum..cintai Illahi cinta yg teragung..
    syukron ya azree..

  16. glauconites says:

    Pernah aku dibuai sesuatu yang kurasa sebagai cinta
    Tapi, cinta sesama manusia takkan sekali-kali kekal selamanya
    Sedangkan cinta yang berlandaskan ikatan yang sah akan tamat akhirnya
    Inikan pula cinta yang sekadar berlandaskan janji yang tak diredhai

    Sehingga aku rasakan hidup yang semakin ceria
    Dan setiap detik yang berlalu terasa lebih bermakna

    Cumanya, ada perkara yang terkorban secara tidak sengaja
    Bila tanpa sedar aku mengorbankan solatku
    Hatiku tidak lagi hadir dalam setiap temujanji dengan Allah
    Doaku tidak lagi terasa seperti lahir dari hati yang tulus
    Membuatkanku terfikir, apa telah jadi dengan cintaku pada Allah

    Sehingga pada suatu hari aku tertunduk menangis
    Kerana mula terasa sedih akibat terlalu lama berjauhan dariNya
    Layakkah diri ini untuk mencintai insan bernama manusia jika cintaku pada yang Maha Esa masih teruji sebegitu rupa
    Layakkah diri ini untuk menikmati rasa itu jika ia membelakangkan janjiku sebagai hamba kepada Allah
    Bagaimana mungkin aku boleh hidup dengan rasa yang sementara itu yang makin hari makin jauh membawaku dari kekasih hatiku yang sebenar
    Bagaimana ya Allah….mana mungkin aku mampu gembira dengan rasa ini…
    Seandainya benar ia hadiah daripadaMu, peliharalah hambaMu ini dari lalai kerananya, dan jauh sekali dari membelakangkan cintaku padaMu
    Dan seandainya ia ujian daripadaMu, bantulah hambaMu ini untuk melaluinya, untuk menjadikanku cintaMu lebih utama dalam hatiku

    p/s: benar, ibadah itu cinta, tanda cinta kepadaNya yang Maha Agung

  17. asiah says:

    salam ziarah….artikel yang baik..
    ibadah itu cinta…
    cintalah allah terlebih dahulu b4 mencintai yang lain…
    kerna cintanya xpernah mengecewakan….xprnah melukakan…

    ….innallaha ma’ana….

  18. umar alfateh says:

    salam alaik..akhi, sekadar mahu berkongsi rasa sahaja…mungkin untuk manfaat bersama…

    ada di laman ana, ana coretkan serba sedikit apa yang sentiasa bermain di benak ana berkaitan persoalan Tuhan dan Islam.

    ana persembahkan dalam bentuk cerpen bersiri, setiap siri tu ada isi2..Mengapa Tidak Mahu BerTuhan..itu tajuk cerpen..ada banyak episod,dan insyaallah, moga dapat manfaat bersama.

  19. manggisweet says:

    assalamualaikum……
    dah lama sy mencari cinta yg hakiki dr seorg insan yang bernama lelaki, tp xjmpe2… skrg dah 32 thn, masihkah ada cinta utkku?!!!!

  20. QasehIndah says:

    sungguh jahil diri ini kerana mencintai dia lebih drmu ya ALLAH…..

  21. shjeffr says:

    You made some good points there. I did a search on the topic and found most people will agree with your blog.

  22. Mastura says:

    Assalamu’alaikum…..

    Saya xpandai nak komen…just simple buat masa sekarang yang mampu saya fikir,
    kita Islam kerana kita terpilih, terpilih mendapat cinta-NYA.
    Walau dilahirkan Islam, namun kita bebas utk memilih mana-mana agama….namun kenapa kita tidak berbuat demikian? kerana kita juga kasih n cinta pada-NYA.
    TUHAN itu tidak pernah silap memilih sesiapa yang DIA mahukan…DIA mahukan kita bukan….ingatlah tiada pelindung n penolong selain DIA….menyedari itulah kita kekal sebagai ISLAM….

  23. que says:

    trime ksh..sgt menarik..sy jdkan topik ini sbg topik utama utk asignment sy..x kisahkan??

  24. nur says:

    “pilih 2 samada tinggalkan atau kahwin terus…”macam mana jika seseorang itu mempunyai masalah seperti berikut:pasangan saya bukan islam dan berkeluarga.katanya mahu memeluk islam dan berkahwin dengan saya.sebelum perkenalan kami lagi dia ingin memeluk islam.sekarang dia suruh saya tunggu sehingga dia menyelesaikan masalahnya.hal ini memakan masa sehingga 2 3 4 tahun.sedangkan diri saya sudah terkawal lagi..Jadi apa patut saya lakukan?saya terlalu mencintainya

Trackbacks/Pingbacks

  1. Mencari Cinta… Cinta Mengumumkan Aku Ada! « Muhtar Suhaili As-Sarawaki
  2. Mencari Cinta… Sesungguhnya Ibadah Itu Cinta! « Cahaya Hidayah
  3. studiomuslim.com » Risalah Vs Cinta
  4. adakah istilah `cinta islamik??~` « Beeislamicgirlz’s Weblog
  5. MySeLf…aKu.. » Blog Archive » ~Benarkah Wujud Cinta Islamik?~
  6. pam » Blog Archive » CiNtA iSLaMiK???
  7. pinkycat’s blog » Blog Archive » ~Benarkah Wujud Cinta Islamik?~
  8. ’s Funky » Blog Archive » Benarkah ada ‘Cinta Islamik’?
  9. BaLkiSH ZiNnirAH » Blog Archive » “SAYANG”?

Leave a comment