Archive for the ‘Motivasi’ Category

  • Bersahabat Ertinya Bercinta

    9
    Sahabat

    Sahabat

    Sudah menjadi fitrah setiap sesuatu perkara yang baik pasti ada perkara sebaliknya yang mengekori. Ada yang halal, maka akan ada yang haram. Ada yang gembira, akan ada ketikanya duka. Ada yang dicintai, dan ada yang dibenci. Ada pertemuan, maka akan ada perpisahan.

    Begitu halnya dalam bersahabat. Ada waktunya kita gembira dan ada waktunya kita bersedih. Ada waktunya kita mencintai dan ada waktunya kita menjauhi. Dan dalam kebersamaan itu akan hilang rasa khuatir dan takut. Musnah rasa gelisah dan resah jika kebersamaan dan persahabatan itu ditaut dengan iman dan taqwa. » Read the rest of the entry..

  • Apabila Kuasa Menjadi Motivasi

    9

    “Kamu semua kalau malas sembahyang, jadilah manusia tidak berguna!” bentak ustaz tersebut.

    Saya membetulkan duduk sambil menjeling ke muka peserta-peserta lain. Memang dari tadi ayat-ayat ustaz tersebut boleh sahaja menyakitkan hati anak-anak muda yang lain.

    “Siapa di sini tak pandai baca Al-Fatihah lagi? Sudah besar panjang pun malas nak solat, apa nak jadi?”

    Dua orang muda menarik muka lalu keluar meninggalkan majlis.

    “Haa. Tengok tu, baru kena tegur sikit sudah tarik muka.” » Read the rest of the entry..

  • Synflex dan Bengkel Blog

    13

    Sakit gigi saya sejak dua tiga hari ini. Hampir saya ingin ke klinik gigi, tiba-tiba diberitahu seorang sahabat, “Kalau gigi hujung sekali yang rosak, kena bedah nanti masa jumpa doktor.”

    “Bedah?”

    “Doktor bedah gusi sikit,” balasnya terkekeh-kekeh.

    “Sebulan lagilah nampaknya baru beranikan diri jumpa doktor.” » Read the rest of the entry..

  • SBPI Rawang: Remember The Tamrin

    22

    “Semasa saya berada di sekolah dulu, macam adik-adik sekarang, saya kagum dengan semangat kepimpinan oleh ketua pelajar dan naqib-naqib. Tetapi apabila masuk di universiti, mereka sudah tidak aktif, tidak memegang apa-apa jawatan, malah ada yang berubah terus. Jadi apa masalah yang sebenarnya?” Auzan cuba memancing minat barisan nuqaba SBPI Rawang di hadapannya.

    Semua terdiam. Berfikir sejenak mungkin.

    “Sebenarnya semasa di sekolah mereka memimpin dengan kuasa. Mereka menerima kuasa daripada sekolah dan menjalankan tugas memimpin. Tidak perlu minta hendak jadi pengawas sekolah pun tetap akan diberi jawatan jika berkelakuan baik. » Read the rest of the entry..

  • Minat dan Suka

    20

    “Shazli, kau bagi aku jaga kaunter yang kosong. Kaunter ‘undecided’. Boleh aku lepas-lepak. Hehe. Budak KISAS mana ada yang mengaku tiada hala tuju lagi.” Saya mengukir senyum nakal sambil menunggu-nunggu pameran bermula.

    Petang Jumaat lepas, saya bersama rakan-rakan bekas pelajar sekolah bertandang semula ke desa ilmu kami yang dulu – Kolej Islam Sultan Alam Shah – untuk satu program anjuran batch kami sendiri. Orang kata kalau bertandang ke sekolah lama jangan cari pasal. Buat baik terlebih dahulu, kemudian barulah pihak sekolah akan ‘berbuat baik’ kepada kita pula.

    Program yang kami anjurkan pada petang itu berupa perkongsian pengalaman di universiti. Cara memilih kursus dan bidang yang sesuai dengan minat masing-masing. Kami menyediakan 11 meja mewakili 11 kursus yang ditawarkan selepas SPM. Termasuk juga satu meja untuk pelajar yang masih belum memilih apa-apa kursus – undecided. Malamnya pula kami merancang satu forum untuk pelajar KISAS. » Read the rest of the entry..

  • Dituduh ber'couple'

    45

    TuduhDalam kehangatan berita tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim, saya juga tidak terlepas daripada tuduhan-tuduhan. Entah mungkin dia ini tersalah orang atau apa. Saya sendiri tidak pasti.

    Tetapi komen yang ditulis di ruangan testimonial ini terpaksa saya buang atas sebab-sebab tidak mahu ia berlarutan. Tuduh-menuduh. Dia tuduh saya dan kemudian saya pula tuduh dia. Saya tidak mahu begitu. » Read the rest of the entry..

  • Naruto Vs Samarinda

    20

    naruto

    “Azree, Naruto tu sunat tak?” soal Amir, adik kecil saya yang baru berumur 7 tahun.

    Dia kelihatan resah apabila saya mengusiknya yang dia kena sunat cepat-cepat. Tetapi yang menjadi persoalannya kenapa dia tanya Naruto sudah bersunat atau belum.

    Memang betul-betul terpengaruh. Tetapi secara amnya bukan dia seorang sahaja kanak-kanak yang meminati Naruto, malah terlalu ramai. Sampaikan berlaku lambakan jualan manga Naruto di mana-mana kedai runcit mamak.

    Dan sejujurnya, saya pun merupakan salah seorang peminat Naruto dan manga-manga Jepun yang lain.

    » Read the rest of the entry..

  • Kem Kecemerlangan PMR – SMAP Labu

    10

    “Kaunselor tadi ada nasihat, kita kena berhati-hati dengan budak-budak sini.” Ujar ketua fasilitator sebaik sahaja saya sampai di SMAP Labu pada hujung minggu lepas.

    “Kenapa pula?” Tanya salah seorang fasilitator di situ.

    “Budak-budak sekolah ini sudah terlalu pandai. Sudah banyak program motivasi mereka pergi.” Jawab ketua fasilitator tersebut.

    Saya yang baru berkenalan dengan mereka hanya berdiam diri. Sebetulnya tiada seorang pun di situ pernah saya kenal dan jumpa. Saya sekadar mahu menolong apa yang termampu apabila seorang rakan mengatakan program mereka kekurangan fasilitator.

    Seronok rasanya dapat pergi ke sana ke mari, belajar sesuatu daripada orang lain. Dan program kali ini adalah untuk pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki PMR tidak lama lagi.

    » Read the rest of the entry..

  • Kita Member

    13

    Siapa kata mat rempit tidak boleh dibuat member(kawan)? Kalau betul caranya, sesiapa sahaja boleh dijadikan member. Setiap orang di sekeliling kita perlu kita jadikan mereka sebagai member kita.

    Selalu kita dengar kata-kata seperti, “Hendak berkawan mesti kena pilih betul-betul. Jangan berkawan dengan budak tak tentu arah.”

    “Berkawanlah dengan penjual minyak wangi, nescaya akan dapat harumannya. Tetapi elakkan berkawan dengan penempa besi, nanti akan terasa bahangnya.”

    Bagi saya sahabat dan kawan dua watak yang berbeza. Sahabat yang perlu dipilih betul-betul. Tetapi berkawanlah dengan sesiapa sahaja.

    Andai kata kita mengelakkan diri daripada berkawan dengan orang yang tidak tentu arah, siapa pula yang akan memberi haruman kepada mereka?

    Inilah yang ingin saya ceritakan satu pengalaman saya sendiri semasa mengikuti satu program anjuran Kementerian Belia dan Sukan empat bulan yang lepas. » Read the rest of the entry..

  • Zero to Hero

    21

    i

    “Woi, apa langgar-langgar kaki orang ni?”

    Terus satu penyepak melayang ke badannya. Meraung si kanak-kanak yang berusia 6 tahun itu disepak oleh abangnya yang tua lebih 3 tahun daripadanya.

    ii

    “Woi! Kau ni cacat ke? Bising je. Aku tidur pun tak senang,” marah seorang penumpang bas yang duduk di kerusi belakangnya. Dan dia tidak mampu berkata apa-apa. Memang silapnya yang sering mengeluarkan bunyi seperti mendengus-dengus. Mengganggu!

    Sebetulnya dia bukannya sengaja mengeluarkan bunyi seperti itu berulang kali. Dia mahu menahan tetapi kadang-kadang dia terlupa untuk menahannya daripada berlaku. » Read the rest of the entry..

Page 1 of 3123»