Written by Azree Hanifiah on Jul 21st, 2008 | Filed under:
Dari penulis,
Motivasi
Dalam kehangatan berita tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim, saya juga tidak terlepas daripada tuduhan-tuduhan. Entah mungkin dia ini tersalah orang atau apa. Saya sendiri tidak pasti.
Tetapi komen yang ditulis di ruangan testimonial ini terpaksa saya buang atas sebab-sebab tidak mahu ia berlarutan. Tuduh-menuduh. Dia tuduh saya dan kemudian saya pula tuduh dia. Saya tidak mahu begitu. (more…)
Popularity: 22% [?]
Written by Azree Hanifiah on May 17th, 2008 | Filed under:
Isu Semasa,
Motivasi
“Azree, Naruto tu sunat tak?” soal Amir, adik kecil saya yang baru berumur 7 tahun.
Dia kelihatan resah apabila saya mengusiknya yang dia kena sunat cepat-cepat. Tetapi yang menjadi persoalannya kenapa dia tanya Naruto sudah bersunat atau belum.
Memang betul-betul terpengaruh. Tetapi secara amnya bukan dia seorang sahaja kanak-kanak yang meminati Naruto, malah terlalu ramai. Sampaikan berlaku lambakan jualan manga Naruto di mana-mana kedai runcit mamak.
Dan sejujurnya, saya pun merupakan salah seorang peminat Naruto dan manga-manga Jepun yang lain.
(more…)
Popularity: 94% [?]
Written by Azree Hanifiah on May 5th, 2008 | Filed under:
Kembara Hidup,
Motivasi
“Kaunselor tadi ada nasihat, kita kena berhati-hati dengan budak-budak sini.” Ujar ketua fasilitator sebaik sahaja saya sampai di SMAP Labu pada hujung minggu lepas.
“Kenapa pula?” Tanya salah seorang fasilitator di situ.
“Budak-budak sekolah ini sudah terlalu pandai. Sudah banyak program motivasi mereka pergi.” Jawab ketua fasilitator tersebut.
Saya yang baru berkenalan dengan mereka hanya berdiam diri. Sebetulnya tiada seorang pun di situ pernah saya kenal dan jumpa. Saya sekadar mahu menolong apa yang termampu apabila seorang rakan mengatakan program mereka kekurangan fasilitator.
Seronok rasanya dapat pergi ke sana ke mari, belajar sesuatu daripada orang lain. Dan program kali ini adalah untuk pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki PMR tidak lama lagi.
(more…)
Popularity: 15% [?]
Written by Azree Hanifiah on Apr 19th, 2008 | Filed under:
Kembara Hidup,
Motivasi
Siapa kata mat rempit tidak boleh dibuat member(kawan)? Kalau betul caranya, sesiapa sahaja boleh dijadikan member. Setiap orang di sekeliling kita perlu kita jadikan mereka sebagai member kita.
Selalu kita dengar kata-kata seperti, “Hendak berkawan mesti kena pilih betul-betul. Jangan berkawan dengan budak tak tentu arah.”
“Berkawanlah dengan penjual minyak wangi, nescaya akan dapat harumannya. Tetapi elakkan berkawan dengan penempa besi, nanti akan terasa bahangnya.”
Bagi saya sahabat dan kawan dua watak yang berbeza. Sahabat yang perlu dipilih betul-betul. Tetapi berkawanlah dengan sesiapa sahaja.
Andai kata kita mengelakkan diri daripada berkawan dengan orang yang tidak tentu arah, siapa pula yang akan memberi haruman kepada mereka?
Inilah yang ingin saya ceritakan satu pengalaman saya sendiri semasa mengikuti satu program anjuran Kementerian Belia dan Sukan empat bulan yang lepas. (more…)
Popularity: 20% [?]
Written by Azree Hanifiah on Nov 18th, 2007 | Filed under:
Dari penulis,
Motivasi
i
“Woi, apa langgar-langgar kaki orang ni?”
Terus satu penyepak melayang ke badannya. Meraung si kanak-kanak yang berusia 6 tahun itu disepak oleh abangnya yang tua lebih 3 tahun daripadanya.
ii
“Woi! Kau ni cacat ke? Bising je. Aku tidur pun tak senang,” marah seorang penumpang bas yang duduk di kerusi belakangnya. Dan dia tidak mampu berkata apa-apa. Memang silapnya yang sering mengeluarkan bunyi seperti mendengus-dengus. Mengganggu!
Sebetulnya dia bukannya sengaja mengeluarkan bunyi seperti itu berulang kali. Dia mahu menahan tetapi kadang-kadang dia terlupa untuk menahannya daripada berlaku. (more…)
Popularity: 89% [?]