About Me

Azree Hanifiah merupakan pemilik blog StudioMuslim. Bergiat aktif dalam menerima undangan ceramah kepimpinan untuk pelajar sekolah. Kepada yang berminat untuk menghubungi saya, sila emel ke azree.mh@gmail.com.

Archive for the ‘Isu Semasa’ Category

Surat Pilihan: Baha Zain kepada Ketua Pengarah Pelajaran

Written by Azree Hanifiah on Jul 30th, 2008 | Filed under: Isu Semasa

Assalamualaikum

Yang Berbahagia Dato’ Haji Alimuddin bin Mohd Dom.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Baha Zain
Baha Zain

Baha Zain

ISU BAHASA PENGANTAR DALAM SAINS Dan MATEMATIK

Diucapkan setinggi terima kasih atas kesudian Dato’ mempelawa sesiapa yang berhasrat menyampaikan pandangan tentang soal “Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)”, untuk dihantar melalui -(alimuddin.dom@moe.gov.my ), seperti yang tersiar dalam akhbar SUNDAY STAR , 20 Julai 2008.

Ini adalah suatu tindakan demokratik yang sangat baik supaya pihak kerajaan dapat mengetahui pelbagai pendapat untuk nanti membuat keputusan matang dan bijaksana kerana isu ini bukan hanya menyangkut masalah bahasa dan pendidikan sahaja , tetapi agenda negara yang lebih besar, iaitu pembangunan akal budi, tamadun, jati diri dan perpaduan bangsa yang berasaskan tradisi setempat dan sejarah perjuangan kemerdekaan. Selain daripada itu keputusan yang akan dibuat, mahu tidak mahu, akan ada implikasi politiknya. (more…)

Popularity: 11% [?]


PROTES: Sedikit Hambar

Written by Azree Hanifiah on Jul 7th, 2008 | Filed under: Dari penulis, Isu Semasa

Saya, Dhany dan Geng Parkour Qayyim

“Protes kali ini rosak!” Seorang rakan forum menyatakan pandangan.

“Gagal kerana tidak ramai rakyat yang menyertainya,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kan aku dah cakap dulu. Protes atau demonstrasi tidak perlu. Membazir sahaja.” Seorang lagi menyatakan pandangan.

Pada saya protes bukanlah satu program yang gagal. Cuma mungkin sedikit hambar. Mungkin kerana suasana yang lain dan cara yang lain.

(more…)

Popularity: 20% [?]


Harga Minyak Naik - Hidup di zaman perang

Written by Azree Hanifiah on Jun 6th, 2008 | Filed under: Isu Semasa

Stesen minyak diserbu

Satu petang yang sibuk.

Kereta kelihatan bersesak-sesak masuk ke stesen minyak. Bunyi hon bersahut-sahutan. Protes agaknya atau mungkin geram yang cuba dilepaskan di jalan raya.

Kenaikan harga minyak yang mendadak sama sekali tidak saya jangkakan. Kalau kenaikan 30 sen pun sudah menyulitkan. Lagikan pula kenaikan sebanyak 78 sen. Kalau dulu seminggu, duit untuk minyak motor saya adalah RM35. Selepas ini mungkin meningkat sebanyak RM50 pula.

Peningkatan sebanyak 41%!

(more…)

Popularity: 23% [?]


Isu Baju Kurung Sekolah

Written by Azree Hanifiah on May 30th, 2008 | Filed under: Isu Semasa

baju kurung perempuan

“Apa pendapat saudara tentang isu baju kurung sekolah perempuan?”

Saya mengerutkan dahi dan kemudian bertanya kepadanya semula. “Pendapat yang bagaimana yang kamu hendak? Menyokong atau membantah?”

“Erm. Saya ada baca tiga pendapat yang berlainan. Satu daripada yang mengutarakan isu iaitu HEWI PKPIM. Pihak kedua adalah Muslimat PAS yang kelihatan menyokong tetapi pendapat ketiga adalah daripada Wanita JIM yang nampaknya membantah cadangan tersebut.”

Saya menarik nafas panjang-panjang dan melepaskan perlahan-lahan. Betul, baru semalam juga saya membaca pendapat Wanita JIM tersebut di emel saya. Saya cuba menyusun semula pendapat-pendapat yang diutarakan oleh tiga pihak ini.

(more…)

Popularity: 14% [?]


Naruto Vs Samarinda

Written by Azree Hanifiah on May 17th, 2008 | Filed under: Isu Semasa, Motivasi

naruto

“Azree, Naruto tu sunat tak?” soal Amir, adik kecil saya yang baru berumur 7 tahun.

Dia kelihatan resah apabila saya mengusiknya yang dia kena sunat cepat-cepat. Tetapi yang menjadi persoalannya kenapa dia tanya Naruto sudah bersunat atau belum.

Memang betul-betul terpengaruh. Tetapi secara amnya bukan dia seorang sahaja kanak-kanak yang meminati Naruto, malah terlalu ramai. Sampaikan berlaku lambakan jualan manga Naruto di mana-mana kedai runcit mamak.

Dan sejujurnya, saya pun merupakan salah seorang peminat Naruto dan manga-manga Jepun yang lain.

(more…)

Popularity: 94% [?]


  • Kata-kata Hikmah

    “You need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.” -Pakdi.net-
  • Iklan

  • Buat Pautan

    Bagi yang ingin membuat pautan ke StudioMuslim, copy & paste script di atas ke dalam laman blog Anda.

  • Mood