Archive for the ‘Isu Semasa’ Category

  • Kalau Mencari Budaya Bangsa

    8

    Kalau mencari tempat mandi

    Pertama teluk ke dua pantai

    Kalau mencari bangsa terpuji

    Pertama elok ke dua pandai

    Pantun ini yang saya ingat ketika kecil dahulu. Difikir-fikir kembali rupa-rupanya mengajarkan satu perkara penting dalam hidup untuk menjadi individu cemerlang, dan seterusnya membentuk sebuah bangsa yang terbilang.

    Elok yang ditekankan dahulu dan kemudian baru dilihat pada kepandaian. Elok di sini merujuk kepada eloknya tingkah laku dan punya jati diri. Pandai boleh dirujuk sebagai kemahiran atau skil. » Read the rest of the entry..

  • Surat Pilihan: Baha Zain kepada Ketua Pengarah Pelajaran

    3

    Assalamualaikum

    Yang Berbahagia Dato’ Haji Alimuddin bin Mohd Dom.

    Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

    Baha Zain

    Baha Zain

    ISU BAHASA PENGANTAR DALAM SAINS Dan MATEMATIK

    Diucapkan setinggi terima kasih atas kesudian Dato’ mempelawa sesiapa yang berhasrat menyampaikan pandangan tentang soal “Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)”, untuk dihantar melalui -(alimuddin.dom@moe.gov.my ), seperti yang tersiar dalam akhbar SUNDAY STAR , 20 Julai 2008.

    Ini adalah suatu tindakan demokratik yang sangat baik supaya pihak kerajaan dapat mengetahui pelbagai pendapat untuk nanti membuat keputusan matang dan bijaksana kerana isu ini bukan hanya menyangkut masalah bahasa dan pendidikan sahaja , tetapi agenda negara yang lebih besar, iaitu pembangunan akal budi, tamadun, jati diri dan perpaduan bangsa yang berasaskan tradisi setempat dan sejarah perjuangan kemerdekaan. Selain daripada itu keputusan yang akan dibuat, mahu tidak mahu, akan ada implikasi politiknya. » Read the rest of the entry..

  • PROTES: Sedikit Hambar

    24

    Saya, Dhany dan Geng Parkour Qayyim

    “Protes kali ini rosak!” Seorang rakan forum menyatakan pandangan.

    “Gagal kerana tidak ramai rakyat yang menyertainya,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

    “Kan aku dah cakap dulu. Protes atau demonstrasi tidak perlu. Membazir sahaja.” Seorang lagi menyatakan pandangan.

    Pada saya protes bukanlah satu program yang gagal. Cuma mungkin sedikit hambar. Mungkin kerana suasana yang lain dan cara yang lain.

    » Read the rest of the entry..

  • Harga Minyak Naik – Hidup di zaman perang

    16

    Stesen minyak diserbu

    Satu petang yang sibuk.

    Kereta kelihatan bersesak-sesak masuk ke stesen minyak. Bunyi hon bersahut-sahutan. Protes agaknya atau mungkin geram yang cuba dilepaskan di jalan raya.

    Kenaikan harga minyak yang mendadak sama sekali tidak saya jangkakan. Kalau kenaikan 30 sen pun sudah menyulitkan. Lagikan pula kenaikan sebanyak 78 sen. Kalau dulu seminggu, duit untuk minyak motor saya adalah RM35. Selepas ini mungkin meningkat sebanyak RM50 pula.

    Peningkatan sebanyak 41%!

    » Read the rest of the entry..

  • Isu Baju Kurung Sekolah

    10

    baju kurung perempuan

    “Apa pendapat saudara tentang isu baju kurung sekolah perempuan?”

    Saya mengerutkan dahi dan kemudian bertanya kepadanya semula. “Pendapat yang bagaimana yang kamu hendak? Menyokong atau membantah?”

    “Erm. Saya ada baca tiga pendapat yang berlainan. Satu daripada yang mengutarakan isu iaitu HEWI PKPIM. Pihak kedua adalah Muslimat PAS yang kelihatan menyokong tetapi pendapat ketiga adalah daripada Wanita JIM yang nampaknya membantah cadangan tersebut.”

    Saya menarik nafas panjang-panjang dan melepaskan perlahan-lahan. Betul, baru semalam juga saya membaca pendapat Wanita JIM tersebut di emel saya. Saya cuba menyusun semula pendapat-pendapat yang diutarakan oleh tiga pihak ini.

    » Read the rest of the entry..

  • Naruto Vs Samarinda

    20

    naruto

    “Azree, Naruto tu sunat tak?” soal Amir, adik kecil saya yang baru berumur 7 tahun.

    Dia kelihatan resah apabila saya mengusiknya yang dia kena sunat cepat-cepat. Tetapi yang menjadi persoalannya kenapa dia tanya Naruto sudah bersunat atau belum.

    Memang betul-betul terpengaruh. Tetapi secara amnya bukan dia seorang sahaja kanak-kanak yang meminati Naruto, malah terlalu ramai. Sampaikan berlaku lambakan jualan manga Naruto di mana-mana kedai runcit mamak.

    Dan sejujurnya, saya pun merupakan salah seorang peminat Naruto dan manga-manga Jepun yang lain.

    » Read the rest of the entry..

  • Pesta Buku dan Isu DBP

    4

     

    Tiga hari saya di PWTC pada minggu lepas. Pada hari Jumaat saya datang selepas pulang dari Putrajaya. Jadi, alang-alang singgah sebentar di sana. Hari Sabtu dan Ahad pula datang untuk berbincang dengan Tuan Shamsuddin Kadir untuk satu program kewangan bersama LHDN pada hari Isnin hingga Rabu.

    Begitulah jadual saya dipenuhkan pada minggu lepas.

    Berjumpa penulis-penulis lain di booth PTS. Berjumpa juga beberapa editor yang adakalanya membeduk saya. Termasuk juga Puan Ainon Mohd.

    » Read the rest of the entry..

  • Kita Berhak Memilih Sendiri

    18

    Time to change

    Semasa di bangku sekolah dia telah pun diberi dua pilihan. Sama ada mahu memasuki aliran Sains atau Sastera. Dan ketika itu dia memilih berdasarkan majoriti pilihan kawan-kawan dan juga abang juga kakaknya. Akhirnya aliran Sains dipilih.

    Selepas bertarung bertahun-tahun dalam aliran Sains. Daripada sekolah menengah sampailah ke matrikulasi. Dan semasa di matrikulasi dia mula menyedari pilihan dia tersebut tidak kena dengan apa yang dia minati.

    » Read the rest of the entry..

  • Piramid Wang Pos: Komen Seorang Peserta

    19

     

    pening

    Saya sekadar copy and paste satu komen panjang lebar daripada seseorang yang membaca entri ‘Update Version: Piramid Wang Pos‘ di blog seorang kawan yang memaparkan entri tersebut di blognya.

    Komen ini terpaksa saya edit semula setiap perkataannya yang pada awalnya terlalu banyak menggunakan singkatan supaya anda yang membaca komen tersebut di blog saya tidak memandang rendah kepada yang memberi komen ini dan memandang serius terhadap apa yang dikomennya.

    » Read the rest of the entry..

  • Mahu Menjadi Bintang

    0

     

    i

    Dan dia melompat lagi. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Terkinja-kinja ke depan terkinja-kinja ke belakang. Tangannya dihayun-hayun tidak tentu arah. Habis satu rangkap, dia berlari ke tengah pentas pula. Aksi lain pula mahu ditonjolkan.

    Entah dia faham atau tidak lirik lagu bahasa Inggeris yang dinyanyikannya itu. Kejap menjerit kejap … ops … pitching lari. Sedikit sumbang suaranya ketika menjerit satu baris lagu tersebut. Tidak sampai agaknya.

    Suaranya hampir hilang malam itu. Baru dia sedar rupanya sakit juga tekak menjerit-jerit walaupun sudah memakai mikrofon. Hurm. Sudah ada mikrofon pun mahu dijeritkan lagi suara. Dia sendiri tidak pasti mengapa. Tiada siapa yang mengajarnya kenapa mikrofon dicipta dan bagaimana menggunakannya dengan betul.

    Tamat saja program pada malam tersebut, terus saja ibunya diwawancarai oleh seorang pemberita.

    “Saya tahu anak saya memang ada bakat dalam bidang nyanyian. Dan insyaAllah anak saya ini akan berjaya menjadi artis yang popular satu hari nanti.”

    » Read the rest of the entry..

Page 1 of 212»