Archive for the ‘Dakwah Kampus’ Category

  • Snippet: Prioriti Kita Berbeza

    15

    sahabatBila suatu ketika kau menatap bintang di langit malam, lihat juga bintang di sisinya. Bintang itu adalah kau dan bintang di sisinya adalah aku. Kita semestinya tidak pernah bersendirian di muka bumi ini. Biar pengalaman memisahkan kita, kau akan sentiasa melihat bintang yang sama.

    Ada masanya kita berjauhan dan kemudian kita dekat semula. Ada masanya kita berduka dan kemudian kita sama bergembira. Ada masanya kita bertengkar dan kemudian kita berdamai. » Read the rest of the entry..

  • Kita Ibarat Bulan

    10

    Setiap orang ibarat bulan, memiliki sisi kelam yang tidak pernah ingin dia tunjukkan pada sesiapa. Tetapi cukuplah bagi kita memandang sejuknya permukaan bulan pada sisinya yang ingin ditunjukkan keindahannya.

    Begitulah setiap dari kita tidak lari daripada membuat kesilapan. Tidak kira dia, saudara dan juga saya. Malah ada beberapa perkara yang memalukan tentang diri kita yang ingin kita rahsiakan daripada orang lain. » Read the rest of the entry..

  • Usrah, perlu menyentuh hati

    4

    Usrah adalah sekumpulan manusia berkumpul dan berbincang dengan pengisian tertentu setiap sesi bagi memantapkan kepercayaan kepada Allah.

    Assalamualaikum.

    Saya Nurul(bukan nama sebenar), saya nak tanya pendapat awak. Usrah yang kami buat kurang bergerak disebabkan tidak mendapat sambutan. Mungkin salah satu faktor ialah sebilangan dari kami sekolah biasa-biasa sahaja, bukan dari sekolah agama. Jadi pengetahuan agama kami agak cetek dan mungkin pengisian kami agak lemah. Jadi, saya nak tanya pendapat awak apa kami patut lakukan nak mantapkan usrah kami. Bagaimana kami nak ajak junior sertai usrah?

    Teringat saya sendiri pernah bertanya kepada diri sendiri soalan sebegini. Walaupun saya datang dari sekolah agama, tetapi semasa sekolah dahulu tidak pernah saya ke hadapan menyampaikan tazkirah, selalu ponteng-ponteng program ceramah dan kalau ada program bersifat keagamaan sayalah antara mereka yang mencari alasan untuk tidak hadir. » Read the rest of the entry..

  • Usrah dan Naruto

    16

    Imej disalin daripada http://i93.photobucket.com/albums/l79/Fold39Crane

    * Bahan bacaan untuk mereka yang membaca Naruto

    “Sistem usrah ini umpama kumpulan-kumpulan ninja dalam cerita Naruto.” Saya menyeluruhi semua wajah ahli usrah.

    Semua anak-anak usrah saya juga merupakan naqib yang bermaksud ketua usrah dalam sekolah tersebut. Saya menerima tanggungjawab untuk membawa usrah bagi sekumpulan naqib di salah sebuah sekolah berasrama harian di Gombak.

    Objektif yang ingin dicapai oleh saya adalah supaya mereka semua boleh membawa usrah sendiri dengan baik. Zaman sekolah dulu tidak pernah saya pegang tanggungjawab sebegitu.

    » Read the rest of the entry..

  • Fanatik Kamera dan Dakwah

    16

    “Jangan beli DSLR jenis Sony. Membazir. Lebih baik beli Canon, lagi elok. Atau pun beli sahaja Nikon.”

    “Apa kurangnya Sony berbanding Canon dan Nikon? Gambar boleh jadi lebih cantikkah kalau pakai Canon?”

    Ini fanatik brand namanya. Apa yang penting, kita tahu guna setiap fungsi yang ada pada kamera tersebut. Beli kamera mahal-mahal pun tapi tidak explore, rugilah. Ada kawan pakai kamera DSLR brand mahal, tapi gambar macam itu juga – tidaklah cantik sangat. Ada seorang jurufoto sebuah badan kerajaan yang saya kenal, pakai Nikon D3, gambar yang diambil lebih kurang juga.

    Skil atau teknik kita mengambil gambar perlu diambil berat. Kamera mahal atau brand terkenal sekali pun tidak akan menjadikan gambar saudara itu cantik atau kelihatan profesional. Jurufoto professional bukanlah terletak pada brand kamera yang dia miliki tetapi terletak pada kemahiran yang dia punyai. » Read the rest of the entry..

  • Dakwah dan Bahasa

    6

    Dalam perjalanan pulang yang memenatkan dari Port Dickson selepas tamat program bersama pelajar-pelajar asing yang belajar di Malaysia. Kami bertiga dalam perjalanan tersebut – Nizam sebagai pemandu, saya dan seorang professor yang dijemput hadir ke program tersebut, Prof Thameem Ushama.

    Saya memerhatikan papan tanda di sepanjang lebuhraya juga papan-papan iklan. Tiba-tiba mata saya tertarik dengan salah satu iklan.

    Tertulis, “Have A Great Life” dan kemudian terjemahannya ditulis di sebelah perkataan tersebut, “Menyerikan Kehidupan!”. » Read the rest of the entry..

  • Ayam dan Itik

    16

    Malam yang tenang. Seusai mengambil seorang rakan dari UK yang pulang ke Malaysia, saya membawanya ke sebuah restoran. Teman lama, bersekolah dan dalam kelas yang sama dari tingkatan satu sehingga tingkatan tiga.

    “Kita menafsir sesuatu itu berdasarkan apa yang kita percaya dan dipengaruhi,” dia memulakan perbincangan.

    “Maksudnya?” Saya mula tertarik dengan kata-kata tersebut.

    “Pengalaman membentuk pemikiran kita. Pengalaman tersebut hasil daripada apa yang kita belajar, apa yang kita tahu dan apa yang kita lalui. Contoh pemahaman kamu tentang solat mungkin lain daripada apa yang saya faham.” » Read the rest of the entry..

  • Qada dan Qadar Membina Kegemilangan

    12

    “Saya ada satu persoalan yang berkaitan dengan isi usrah kita malam ini iaitu Qada dan Qadar. Mungkin boleh menghangatkan perbincangan usrah kita.” Hafiz Bai memulakan bicara.

    Semua mata tertumpu pada Hafiz Bai. Malam ini merupakan malam bagi usrah kedua kami bersama naqib baru, Dr. Sani Izan, pensyarah bidang kejuruteraan.

    Hafiz Bai menyambung, “Semasa kecil saya selalu berfikir-fikir tentang Qada dan Qadar. Bagaimana Allah menetapkan segala sesuatu tetapi dalam masa yang sama juga kita diberi untuk membuat pilihan.”

    “Satu persoalan yang menarik untuk usrah kita hari ini. Ada sesiapa punya jawapan untuk persoalan ini?” ujar abang Sani. » Read the rest of the entry..

  • Berfikir di Luar Kotak

    9

    Danial adalah seorang pelajar sekolah berasrama penuh. Suatu hari Danial diminta oleh guru untuk mengisi satu slot pada perhimpunan pagi dengan tazkirah. Itu merupakan kali pertama dia diminta berucap di hadapan ramai.

    Dia sedikit tergagap-gagap semasa menyampaikan ucapannya. Pelajar-pelajar lain mula menggelakkannya.

    Setahun berlalu. Kali ini dia diminta berucap di hadapan kelas sahaja. Perkara sama berulang. Dia sedikit gugup dan digelakkan akhirnya. Sejak hari itu dia berasa teramat malu dan takut untuk berucap di depan ramai lagi.

    Dia berkeyakinan yang dia adalah seorang yang gugup dan tiada bakat untuk berucap di khalayak ramai. Pengalaman membezakan kita dari segi perwatakan. Pengalaman membentuk diri kita.

    » Read the rest of the entry..

  • Usrah, dimulakan dengan tasbih kafarah

    16

    usrah

    Satu malam yang dingin. Sejuk.

    Malam yang menemukan saya dengan beberapa orang kawan baru. Saya baru di tingkatan empat ketika itu di Kolej Islam Sultan Alam Shah. Ada satu waktu yang memang ditetapkan oleh pihak sekolah untuk usrah atau dalam kata lain grup studi berkaitan Islam. Dan pada malam itu kami dibahagikan ke dalam usrah.

    Mentor usrah saya atau kami panggil ‘naqib’ pada malam itu lengkap memakai serban. Kemas. Dia memulakan usrah dengan beberapa tazkirah ringkas dan penerangan tentang rukun usrah yang tiga itu – Taaruf, tafahum, takaful.

    Mata saya mula kemerahan. ‘Ah, Benda sama lagi!’

    » Read the rest of the entry..

Page 1 of 3123»