Written by Azree Hanifiah on Aug 20th, 2008 | Filed under:
Bisnes & Kewangan,
Kembara Hidup
Catur Bistari
“Macam ini saudara, saudara nak tak duit RM4 juta saudara jadi RM6 juta.” Saya memandangnya dengan wajah senyum. Cuba membuat satu urusniaga di luar permainan.
Bayangkan dalam kumpulan itu, hanya saya seorang terkapai-kapai cuba bermain Catur Bistari. Dan bukannya di peringkat daerah atau negeri, tetapi di peringkat akhir perlawanan antara lebih 20 kumpulan setiap universiti seluruh Malaysia.
Sebetulnya saya terpaksa mengganti seorang pemain dan kumpulan UIAM telah berjaya ke peringkat akhir. Permainan Catur Bistari ini masih baru untuk saya dan saya tidak pernah sentuh pun sebelum ini. Cuma pada andaian awal saya jika ia kelihatan seperti permainan Cashflow 101, maka tidak menjadi masalah untuk saya mewakili UIAM. (more…)
Popularity: 1% [?]
Written by Azree Hanifiah on May 20th, 2008 | Filed under:
Bisnes & Kewangan,
Pengurusan & Soft Skills
invest
Anda mungkin boleh bina sebuah rumah yang besar, tetapi akhirnya ia boleh repas(usang) juga. Anda mungkin boleh bina karier yang baik, tetapi lama-lama karier tersebut akan berakhir juga. Anda mungkin sihat hari ini, tetapi belum tentu esok-esok masih sihat lagi.
Ramai orang invest dalam perkara-perkara sebegini, tetapi yang pasti semuanya bersifat sementara. Jadi, benda apa yang kita boleh invest yang boleh tahan lama? Inilah yang akan saya bincangkan dalam entri kali ini.
Pernah berlaku satu kerugian besar dalam salah satu syarikat komputer terbesar, DELL. Kerugian tersebut berlaku kerana berlaku kesilapan seorang stafnya dalam membuat satu keputusan yang melibatkan risiko yang cukup tinggi. Dell terus memanggil pekerja tersebut ke biliknya.
(more…)
Popularity: 37% [?]
Written by Azree Hanifiah on Apr 15th, 2008 | Filed under:
Bisnes & Kewangan
Ini kisah seorang sahabat baik saya, Husaini, sewaktu zaman persekolahannya.
Sewaktu dia baru memulakan alam persekolahannya, dia hanya menunggang basikal kampung. Ala-ala basikal perempuan. Ada raga di depan handle basikal tersebut.
Sehinggalah apabila dia naik darjah dua, kawan-kawan mula mengejek.
“Adoi, malunya kau naik basikal perempuan.”
“Kau ni laki ke perempuan. Ha ha.”
Ramai kawan-kawannya pada waktu itu menunggang basikal BMX. Paling koman pun naik basikal yang tiada raga di hadapan. Dia mula berasa malu dengan basikalnya.
Suatu hari dia pulang ke rumah dan terus meluru ke arah ibunya, “Mama, along tak nak bawa basikal esok. Along malu. Semua kawan ejek along pondan sebab bawa basikal perempuan.” (more…)
Popularity: 23% [?]
Written by Azree Hanifiah on Mar 10th, 2008 | Filed under:
Bisnes & Kewangan,
Pengurusan & Soft Skills
“Saya daripada sekolah dulu belum pernah memegang apa-apa jawatan. Tapi saya memang yakin saya boleh buat kerja dengan baik.” Kata seorang pelajar yang sedang ditemuduga oleh saya untuk satu jawatan mainboard Engineus(Engineering Society).
“Adakah kerana populariti atau ingin menjadi terkenal bila dapat menjadi mainboard pada first year lagi?” Saya sengaja memberi soalan sebegitu.
“Bukan. Saya betul-betul mahu belajar cara-cara hendak manage sesuatu program dan cara-cara hendak menguruskan sesuatu meeting umpamanya. Dan saya rasakan jawatan ini memang dapat memberikan saya pengalaman seperti itu.” Jawabnya penuh yakin.
(more…)
Popularity: 24% [?]
Written by Azree Hanifiah on Feb 25th, 2008 | Filed under:
Bisnes & Kewangan,
Dari penulis
Cashflow 101
“Erm. Betullah game ni macam reflect kepada dunia sebenar.” Kata seorang peserta kepada saya sebaik tamat bengkel Cashflow 101 di UIAM semalam.
Seperti yang telah saya tulis dalam entri yang lepas, permainan Cashflow 101 memang berbeza daripada Saidina dan Monopoly. Betul-betul lain. Dalam Cashflow 101 anda akan diperkenalkan dengan amanah saham, fixed deposit, jual beli hartanah, perniagaan, dan macam-macam lagi. (more…)
Popularity: 24% [?]