Hubungi Saya

Perlukan Fotografer?

Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang persoalan atau cadangan, boleh hubungi saya dengan mengisi borang di sebelah.

Saya juga menerima sebarang jemputan ceramah dan khidmat fotografi untuk sebarang program dan aktiviti.

Piramid Wang Pos: Komen Seorang Peserta

Posted on Tuesday, 15th January, 2008

 

pening

Saya sekadar copy and paste satu komen panjang lebar daripada seseorang yang membaca entri ‘Update Version: Piramid Wang Pos‘ di blog seorang kawan yang memaparkan entri tersebut di blognya.

Komen ini terpaksa saya edit semula setiap perkataannya yang pada awalnya terlalu banyak menggunakan singkatan supaya anda yang membaca komen tersebut di blog saya tidak memandang rendah kepada yang memberi komen ini dan memandang serius terhadap apa yang dikomennya.

Ini komennya:

Ana tertarik dengan topik yang enta bawakan dalam blog ini. Cuma ana berminat untuk menjawab beberapa persoalan yang menjadi kekeliruan mungkin di pihak enta.

Persoalan pertama.

Mereka mengatakan syarikat tersebut telah beroperasi lebih daripada 3 tahun. Sedangkan boleh dilihat pula pada sijil pendaftaran syarikat tersebut yang menunjukkan syarikat tersebut beroperasi tidak sampai pun satu tahun setengah. Pelik, pelik.

Jawapan:

Dalam SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia), syarikat yang berdaftar as a enterprise menjadi kewajipan untuk renew setahun sekali. Jadi, sijil yang enta lihat itu adalah yang terbaru.

Reason - Tak mungkin untuk tunjukkan sijil syarikat yang harus di renew each year kepada semua. Cukuplah satu sekadar contoh membuktikan syarikat ini berdaftar secara sah under SSM.

Mereka mengatakan tiada unsur ‘skim piramid’ dalam program tersebut. Sedangkan dalam beberapa slide seterusnya ditunjukkan pula gambar rajah ini. Terang-terang menunjukkan adanya unsur ‘skim piramid’. Terang dan nyata. (Kalau empay, swisscash dulu tidaklah begitu terang dan nyata seperti ini).

Jawapan:

Ana rasa enta lebih faham apa itu skim pIramid. Jika enta teliti betul-betul ia bukanlah skim piramid kerana dalam piramid system tidak ada istilah ‘terputus’ dan ia menggunakan pairing system. Dalam program ini jika menggunakan piramid skim, sudah tentu nama-nama dalam borang tersebut lebih dari 7,8 hingga 9 orang(sila rujuk semula).

Ada satu slide mengatakan yang program ini dicipta oleh seorang bekas lecturer UIA yang kini bergelar dato’ yang mempunyai perniagaan dan pelaburan yang sangat luas termasuk pelancongan, kelapa sawit dan sebagainya.

Tetapi bila ditanyakan sudah disiasat atau belum si ‘Prof Datuk Dr Farid Ismail’ tersebut? Betulkah sudah sekaya itu?

Cadangan:

Tak baik memperkecilkan orang lain. Nampaknya enta sudah tentu kenal dengan semua orang kaya di Malaysia kan?

Ana rasa enta dahsyatlah. Hehe.

Nampak seperti ada unsur-unsur menghina di situ. Enta sudah pernah berjumpa dengan beliau?

Enta memang dahsyat.

Memetik dari artikel Ustaz Zaharuddin. Ana dan sahabat ana sudah bertanya sendiri pada Ustaz Zaharuddin, Ustaz Zaharuddin sendiri belum jelas akan progam ini. Sebab itu ustaz belum buat kenyataan terbaru.

Maafkan ana tapi ana suka untuk berbincang. Siapalah ana. Maaf ana tiada nama. Biarlah enta kenal ana sebagai ‘siapalah aku’

Ana tak marahkan enta. Tetapi ana mengalu-alukan soalan begini. Sebetulnya ana antara orang yang menyertai progam ini. Tetapi setelah berjumpa sendiri dengan beberapa orang ustaz dari kulliyah IRK, setelah diberi penerangan yang jelas, ustaz tersebut(pengajian ilmu fiqh) menyatakan program ini menjadi hukumnya harus. Tidaklah ana hebat seperti enta.

Sebab itu tiga minggu ana mengkaji progam ini ternyata tidak terdapat sebarang keraguan. Ana harap enta rujuk semula dengan yang ahli dalam fiqh lebih lagi dalam muamalat Islam sebelum membuat sebarang kenyataan.

Nak tahu mengapa dalam empay, swisscash dan sewaktu dengannya tak begitu terang dan nyata?

Jawapan: Dalam MLM(multi level marketing) ia dipanggil hidden in marketing plan – Sila rujuk semula -

Kebanyakan dalam MLM tidak akan ceritakan kesemuanya. Jika diteliti semakin besar pangkat semakin tinggi maintainance pada syarikat.

Tidak perlu ana ceritakan hal MLM dalam ini. Cuma mintak enta rujuk dahulu. Tidak salah enta hadiri dulu taklimat mereka kemudian, nilailah.

Enta pasti lebih pakar dalam meletakkan sebarang hukum. Adakah hanya dengan tidak siasat dengan tepat dan terperinci enta boleh terus meletakkan sebarang hukum? Wah, hebat enta.

Ana hanya mahu berkongsi. Maafkan ana kalau terkasar tapi sebagai senior di UIA ini, bagi ana, enta belum matang dalam berfikir. Maafkan ana.

Mungkin ada kekeliruan disini.

Dr. Farid bukan kaya melalui prog ini tetapi dia hanyalah pengasas dan yang banyak membantu dalam kewangan syarikat ini.

Kesimpulan:

Kita yang maha tidak tahu ini jangan cepat melatah. Siapalah kita? Ana pun tidak sebaik dan sehebat enta tetapi fikirkanlah.

Saya akan cuba menjawab komen ini dalam masa terdekat. Tetapi bagi anda yang mempunyai jawapan tersendiri, boleh juga menulisnya pada ruang komen di entri ini.

 

  1. aisy
  2. abahfateh
    • ashraflatif
  3. liberal but not kafir
  4. kyerule
  5. kyerule
  6. ashraflatif

 

avatar

Your name

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

latest news

Seminar Blogging 2010

Posted on Wednesday, 13th January, 2010

Yuran: Gratis(Percuma)

Siapa yang patut hadir: Penulis, Pekomik, Jurufoto, Agen takaful, Agen Amanah Saham, Cikgu, Kaunselor, Guru Besar, Pensyarah, Guru tadika.
Tempat: Setakat ini cadangannya di Masjid UIAM. Akan diconfirmkan esok!
Sila daftarkan diri di sini dengan memberikan nama, no telefon dan emel.

Testimonials

Snippet: Kain Pelikat Saya Berdiri

Posted on Thursday, 29th October, 2009

Musim ini sejadah-sejadah berpakat berdiri ramai-ramai. Mungkin bulan akan datang, saya akan minta kain pelikat di rumah saya itu panggil geng-gengnya yang lain berdiri juga. Boleh kain pelikat saya itu jadi terkenal sekejap.
Perkara-perkara seperti ini bukan baru berlaku atau bukan baru-baru ini diheboh-hebohkan. Dari saya sekolah dahulu lagi. Siap dijadikan bahan atau modal oleh penceramah [...]

follow me

twitter facebook

StudioMuslim - Copyright © 2009 - StudioMuslim - Azree Hanifiah