
Entri ini saya tulis untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh saudara ‘Tanpa Nama’ dalam tulisan saya ‘Update Version: Piramid Wang Pos’
Jawapan ini bukan bertujuan untuk mencantas hujahnya. Sekadar untuk berkongsi apa yang saya tahu dan saya faham.
Persoalan Pertama
Dalam SSM(Suruhanjaya Syarikat
Tak mungkin untuk tunjukkan sijil syarikat yang harus di renew each year kepada semua. Cukuplah satu sekadar contoh membuktikan syarikat ini berdaftar secara sah under SSM.
Sijil yang saya tunjukkan dalam entri tersebut adalah sijil ‘Maklumat Perniagaan’. Apabila kita renew lesen atau sijil perniagaan, maklumat tentang ‘Tarikh mula berniaga’ syarikat tidak akan berubah.
Jadi kenyataan saya tentang syarikat tersebut baru wujud selama setahun lebih sahaja berdasarkan ‘Maklumat Perniagaan’ tersebut adalah benar.
Saya berikan contoh mudah kepada saudara. Semakin sesuatu syarikat tersebut dapat disahkan beroperasi dalam tempoh yang lama, semakin bertambahlah keyakinan orang untuk menggunakan produk atau servis syarikat tersebut.

Jadi, apa gunanya SSM mahu renew juga ‘Tarikh mula berniaga’ tersebut?
Persoalan kedua
Ana rasa enta lebih faham apa itu skim pIramid. Jika enta teliti betul-betul ia bukanlah skim piramid kerana dalam piramid system tidak ada istilah ‘terputus’ dan ia menggunakan pairing system. Dalam program ini jika menggunakan piramid skim, sudah tentu nama-nama dalam borang tersebut lebih dari 7,8 hingga 9 orang(sila rujuk semula).
Sebenarnya apa yang saudara faham tentang sistem piramid dan sistem pairing? Saya telah tulis satu entri khusus tentang perbezaan antara sistem piramid dengan sistem pairing. Boleh klik di sini.
.
.
.
Setelah memahami apa perbezaan antara sistem piramid dan sistem pairing seperti yang telah saya nyatakan, masihkah saudara mahu mengatakan skim wang pos ini tidak menggunakan sistem piramid?
Tidak kiralah ada berapa level sahaja yang dibenarkan untuk seorang ahli seperti yang digunakan oleh program wang pos tersebut, tetapi apa yang pasti ia langsung tiada ciri-ciri sistem pairing seperti yang ingin saudara utarakan.
Kelihatan seperti saudara sendiri tidak memahami apa itu sistem pairing.
Persoalan ketiga
Tak baik memperkecilkan orang lain. Nampaknya enta sudah tentu kenal dengan semua orang kaya di
Saya bukanlah mempersoalkan diri Prof Datuk Dr Farid Ismail tersebut. Saya mempersoalkan tanggungjawab saudara dan orang lain yang menyertai skim wang pos tersebut sama ada sudah atau belum menyiasat latar belakang Prof Datuk Dr Farid Ismail.
Melihat gambarnya pun belum tentu pernah.
Malah tidak ada pula saya katakan yang Prof Datuk Dr Farid Ismail itu kaya melalui program tersebut. Saudara memang pandai menambah-nambah.
Persoalan keempat
Memetik dari artikel Ustaz Zaharuddin. Ana dan sahabat ana sudah bertanya sendiri pada Ustaz Zaharuddin, Ustaz Zaharuddin sendiri belum jelas akan progam ini. Sebab itu ustaz belum buat kenyataan terbaru.
Kalau saudara sudah berjumpa dengan Ustaz Zaharuddin, baguslah. Saya sendiri mahu berjumpa dengannya tetapi masih belum ada kesempatan.
Cuma Ustaz Zaharuddin pernah mengatakan dalam entri beliau yang beliau tidak akan mengatakan sesuatu skim atau program itu halal atau tidak tanpa mengkajinya dengan lebih teliti.
Tetapi dalam artikel Ustaz Zaharuddin pada hujung tahun 2006 itu sudah jelas yang ustaz menyatakan bahawa program tersebut bukanlah satu bentuk pelaburan yang halal, malah tidak boleh dikatakan pelaburan langsung.
Persoalan kelima
Sebab itu tiga minggu ana mengkaji progam ini ternyata tidak terdapat sebarang keraguan. Ana harap enta rujuk semula dengan yang ahli dalam fiqh lebih lagi dalam muamalat Islam sebelum membuat sebarang kenyataan.
Enta pasti lebih pakar dalam meletakkan sebarang hukum. Adakah hanya dengan tidak siasat dengan tepat dan terperinci enta boleh terus meletakkan sebarang hukum? Wah, hebat enta.
Maaf, saya sudah baca semula artikel saya tersebut dan memang saya tiada menetapkan sebarang hukum pun tentang program tersebut. Saya cuma memetik kata-kata Ustaz Zaharuddin sahaja.
Anda boleh rujuk pada bahagian kesimpulan. Baca betul-betul dan nilailah baik-baik.
Persoalan keenam
Ana hanya mahu berkongsi. Maafkan ana kalau terkasar tapi sebagai senior di UIA ini, bagi ana, enta belum matang dalam berfikir. Maafkan ana.
Kita yang maha tidak tahu ini jangan cepat melatah. Siapalah kita? Ana pun tidak sebaik dan sehebat enta tetapi fikirkanlah.
Kalau saudara berpendapat yang saya belum matang dalam berfikir, saya menerimanya dengan baik. Cuma saudara juga kena banyakkan membaca dan lebihkan usaha untuk mengkaji dengan lebih baik lagi.
Kematangan tidak dinilai pada umur atau betapa senior nya seseorang itu. Malah saya rasakan saya lebih tidak matang kalau saya membiarkan sahaja program ini berterusan.
Untuk pengetahuan saudara sendiri, orang kuat skim wang pos ini adalah kawan baik saya sendiri sewaktu sekolah dahulu. Dan dia datang ke bilik, ajak saya menyertai program ini.
Semasa dia datang ke bilik saya, saya tidak terus mengatakan program tersebut halal atau haram. Tetapi saya cuma meminta file powerpoint tersebut dan mengambil masa berminggu sebelum saya sendiri mengajaknya berbincang tentang halal haram program tersebut. Sesudah diajak berbincang barulah saya menulis entri mengenainya.
Adakah ada unsur melatah di situ?
Kesimpulan
Tiada gunanya melabur dalam syarikat yang menipu kita.
Malah kalau mahu digunakan istilah ‘derma ikhlas’ itu juga, Pakdi telah menulis sesuatu di blognya. Boleh dibaca di sini kalau mahu.
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Popularity: 52% [?]
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
January 19th, 2008 at 12:00 am
ini memang sistem piramid. Betul cakap azri.
wang atas wang.
tiada produk, tiada unsur pelaburan
jadi, apakah ini?
sistem piramid la, kan?
rujuk artikel ustaz zaharuddin, di zaharuddin.ne
artikel 2006
[Reply]
January 20th, 2008 at 4:56 pm
salam..saya sgt setuju dgn pndpt penulis..
penerangan yg diberi cukup mudah utk difahami..thanks.
keep on going ur good work..
salam.
[Reply]
January 22nd, 2008 at 11:47 am
I’m Back
[Reply]
January 29th, 2008 at 1:53 am
Tak payah aa main menda takde pekdah nih..klau nak duit, keje..nak expand duit, blaja melabur..tuh pakdi nak mai uia, join aa kelas2 dier..
takkan ader jalan short-cut yg dibenarkan dalam islam utk kaya. mungkin kalau ader yg nampak dengan cara melabur boleh cepat kaya, tapi perlu diingat pelabur juga perlu menghadapi risiko2 tertentu pulak.
kesimpulannya, dah jelas lagi bersuluh. alternatif untuk mencari rezeki halal ader. tepuk dada, tanya iman..~!
[Reply]
February 2nd, 2008 at 2:12 am
[...] backed up on 02:01:2008Originally Published: Fri, 18 Jan 2008 04:23:29 +0000http://studiomuslim.com/bisnes/piramid-wang-pos-jawapan-ke… Entri ini saya tulis untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh saudara ‘Tanpa Nama’ dalam [...]
February 7th, 2008 at 1:49 pm
q-reen bgt dech……………..!^_^
[Reply]
February 14th, 2008 at 12:48 pm
hulla bros. apsal korang ana-enta?…poyo la…x kisah la skim ape pun yg diorg nak join asalkan dapat duit. DUIT ialah lambang keagungan dunia…yeeeehaaa…..
[Reply]
February 14th, 2008 at 5:32 pm
Erm. Yang menggunakan ana-enta adalah orang yang menyertai skim ini. Tetapi apa yang burhan hendak kisahkan sangat dengan panggilan?
[Reply]
February 18th, 2008 at 10:41 am
maaf jika sy dh menyinggung mane2 pihak..tp sy nk kongsikn pengalaman sy hdr ke taklimat ttg skim piramid wg pos (swp) ni di tmn sri gombk if i not mistaken la…penyampai taklimt trsebut berasal dr penang…dia menyatakan bhw skim ini sama spt ‘main undi @ kutu’.pd pendapat sy skim ini x spt main kutu.sbb klu main kutu setiap peserta x trlps drp menyumbang kpd setiap ahli dlm kump.nya dan menerima sumbangan apb tiba gilirannya.ia adlh brkitar. ini adlh x sama spt swp. swp tidak mmbtk satu kitarn pun. maka tidak wujud keadilan dlm sistem ini. peserta d ats hanya terima sumbangan drp peserta/peserta2 di bwhnya.dia(psrta d ats) boleh utk menyumbg kpd org di atasnya atau sebaliknya. apa yg pasti ialah dia(psrta d ats) tidak prlu menyumbang utk org d bwhnya. so apa opinion bro…?
[Reply]
April 2nd, 2008 at 7:27 pm
member ana ada tanya timb.mufti ni n dia kata kerana ada 2 plan iaitu A dan B yg mana ianya saling membantu, maka hukumnya HARUS…….ana x nak cakap sape t.mufti ni tapi dia pun nak join…………jadi sapelah kita nak dibandingkan dgn T.Mufti ni ye…..ada guru tarikat ana ajar,solat ishtikhorah yg telah diijazahkan utk mendapat petunjuk…WALLAHUALAM
[Reply]
April 2nd, 2008 at 8:01 pm
Sdr Polzan,
Saya sudah dengar macam-macam daripada orang yang join program ini.
“Ustaz Zaharuddin sudah kata harus.”, “Timb Mufti pun kata harus.”
Tapi bila disuruh tunjukkan bukti sebagai pengesahan memang mereka akan kata, “Buat apa hendak bukti? Bukan kerja mufti itu yang keluarkan bukti untuk kerja remeh macam ini.”
Remehkah perkara bila berkaitan hukum halal haram? Atau mereka sengaja mengadakan cerita.
Malah kalau saudara pergi website Ustaz Zaharuddin, tidak ada pun entri kata program yang dia kata dulunya haram sudah menjadi harus.
Cuba klik di link ini:
http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=229&Itemid=98
Kemudian baca komen orang yang join program ini di situ dan baca juga apa pula kata UZAR menjawab komen-komen tersebut.
“JIKA NAK TOLONG PUN, MESTI FIKIRKAN HALAL HARAM. HUJJAH NAK TOLONG ITU INI KEPDAA MUSLIM TIDAK CUKUP UNTUK TERLIBAT BENDA YANG TIDAK SAH HALAL ATAU SYUBHAT. ” -Ustaz Zaharuddin-
[Reply]
May 16th, 2008 at 12:52 pm
Ini memang sistem cepat kaya… Kat Malaysia sistem-sistem Piramid nie memang popular… Sebab kita nie nak sangat cepat kaya, sampai lupa, bagi yang kaya pun ade tanggungjawabnya, bukan nak sambar mercedes atau bmw dulu, kena tunai tanggungjawab atas jiran tetangga dulu…
Sistem jualan langsung pun banyak yang berdasarkan kepada sistem piramid dan struktur niaganya pun piramid…
Aku setuju kat consultant, kalau nak dapat duit keleja la… Tapi member-member nie boleh juga mencelah, kita buat skim nie pun keleja jugak, kena buat surat dan pos surat, bla..bla..bla…
Anyway, ade banyak benda yang dapat menjana ekonomi, dan bukan mengeksploitasi naluri manusia yang nak kaya cepat… Yang penting keleja kena ikhlas la…
[Reply]
August 1st, 2008 at 6:13 pm
as’kum semua..
harap maaf dulu buat semua…ni pendapat saya ler…kalau org melayu kita buat sesuatu yang bagus utk memajukan bangsa melayu kita sendiri maju dan berada dihadapan bangsa2 yang lain mengapa kita sering pertikaikan halal dan haram..cuba fikir sendiri dalam kehidupan kita sekarang ni pun kita taktau yang semua kita buat tu halal ataupun haram..cthnye..apa yang kita makan, kebanyakan dibuat oleh kaum cina…ha betul2 halal ke tu tapi semua pun lahap gak makan..
Senang crita tepuk dada tanya diri sendiri la..kalau rasa tak yakin dengan program apa pun yang org melayu terutama org islam buat bagi menaikkan bangsa melayu takpayah la join dan takpayah la nak pertikaikan halal haram..baynayk lagi benda yang haram dan takbetul org islam dan org melayu kita buat tapi kenapa tak pertikaipun…..duduk diam2 je la…
Minta maaf sekali lagi la nak kata memang patut la org melayu islam kita ni takkan maju sebab asik duk fikir yang negatif je..sampai bila pun jadi mcmtu je la…
Jadi renung2kan la ye semua..harap maaf la mana yang terasa..
[Reply]
Azree Hanifiah reply on August 2, 2008 8:07 pm:
Sesuatu yang bagus haruslah jauh daripada perkara-perkara syubhat atau yang boleh menyebabkannya menjadi haram.
[Reply]