Piramid Wang Pos: Apa pendapat anda?

 

wang pos

Ada satu bentuk skim cepat kaya baru semakin hangat di UIA. Sampai pusat operasi ceramah mereka pun dibuat di salah sebuah kelas dalam masjid.

“Jom la masuk sekali, bukan banyak pun. Lagipun niat ikhlas nak men’derma’.” Ajak seorang kawan.

Beginilah saya huraikan sedikit skim tersebut yang dipanggil ‘Program Ekspres’. Caranya mudah sahaja, beli 5 keping wang pos berharga RM5 setiap satu. Dan setiap keping wang pos tersebut ditulis nama penerima yang ingin kita ‘derma’ mengikut senarai yang diberikan. Kemudian poskan wang tersebut ke syarikat X.

Syarikat X lah yang akan menguruskan hal lain.

Selepas nama kita tersenarai di satu kertas lain pula, kita perlu cari orang baru untuk ‘derma’ supaya dia pula mendapat senarai nama baru yang ada namanya. Untuk menggalakkan orang ramai masuk program ini di UIA, maka tugasnya mudah sahaja - sms orang untuk datang ‘ceramah’ di masjid.

Selepas puas beberapa orang kawan saya nasihat supaya mengenal pasti betul-betul halal haram program tersebut, alasan mereka berikan senang sahaja. Kata mereka, dalam program tersebut mereka perlu mengucapkan aqad yang mengatakan duit itu hanyalah ‘derma’ ikhlas sahaja. Jadi, itu yang membuatkan program tersebut halal.

Halal ke haram?

Malah kata mereka, imam masjid pun dah turut serta dan beberapa lecturer syariah law(sebab dia budak law) pun dah menyertai dan kata hukumnya halal.

Apa yang saya lihat program tersebut tidak lebih hanya ‘money game‘ yang berlegar. Dan jelas ia tidak dibenarkan dalam Islam.

Apa pula pendapat anda?

P/s: Pakdi kena jawab soalan ‘ni.





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 16% [?]

13 Comments »

  1. avatar comment-top

    wah. perkembangan tak baik ni.

    azree, kalau mcm ni kena percepatkan marketing bengkel Cashflow 101. saya pun dah mula sebut di blog. ramai orang nak duit tapi tak tau cara yang betul, inilah dinamakan dakwah dalam perniagaan.

    lecturer law dah join? hehe… saya takmau komen sgt tang tu.

    psst… azree, link ke pakdi.net tu ada error. nantilah saya komen sikit pasal program mcm ni.

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Salam.
    Mungkin saudara boleh beri kupasan yang lebih tentang halal haram program kewangan seperti ini memandangkan dalam ‘posting’ saudara ini, kupasan diakhirnya agak ’simple’.

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    Pakdi, sedang kumpul strategi dulu untuk marketing bengkel cashflow 101. :D

    Abu Afham,
    Memang akan diberi kupasan dalam entri akan datang. Tapi kita tunggu dulu otai-otai menjawabnya macam mana. ;)

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    kalau perlukan bantuan marketing beritahu ya.

    benda sebegini muncul apabila tiada opportunity positif yang ditunjukkan. konsepnya sama dalam menangani masalah mat rempit. kenapa mereka jadi mat rempit?

    begitu juga. kenapa mereka nak join skim cepat kaya? kenapa mereka nak sertai “skim derma” sebegini?

    sebab itu masalah ada peluang bagi usahawan.

    usahawan pun terbahagi kepada beberapa lagi seperti usahawan yang fikir duit sahaja atau usahawan yg ingin membantu masyarakat :)

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    Bukan sahaja program ‘derma’ ini dijalankan secara offline…Tetapi ada juga yang sudah ke online dan saya ada gak dapat email spam nie….
    Takleh nak caya sangat program macam nie kan???
    Lagipun bukan kah ianya seolah-olah mengetahui keuntungan dengan kadar yang tetap??

    P/S sekadara pandangan saya…Kalau saya silap tolong betulkan

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    Sekarang nih seolah-olah dah menjadi trend orang yang melabur utk sangat concern ttg status halal dalam pelaburan. Alhamdulillah bagusla tuh..

    Tapi yang menjadi masalah skarang nih, ada plak pihak2 tertentu yg mengambil kesempatan memanipulasikan hukum utk kepentingan tertentu.

    Hope Azree blh petik sama pandangan Ust Zaharuddin mengenai isu syarikat x ini yg dikhabarkan dah berleluasa ini.

    Jazakallah..

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    Firdaus dan Illias,
    InsyaAllah saya akan post update tentang perkara ini. Kupasan daripada Ustaz Zaharuddin dan beberapa pandangan pakar kewangan.

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    dulu heboh pasal skim cepat kaya kat uia, skrng benda ni plak,aiyaaa…aku dulu masa “memerangi” skim2x mcm ni,berapa ramai tak puas hati kat aku,tapi sekejap jer tuh,tengok 4 5 bulan lagi,bila dah lingkup,baru tahu…

    [Reply]

    comment-bottom
  9. avatar comment-top

    Betul tuh. Pelaburan yang bagus adalah bersifat jangka panjang. Kalau berterusan sikap asik nak kaya tanpa menanggung walau sedikit risiko, mmglaa akan mengkayakan tawkey2 skim cepat kaya nih.

    [Reply]

    comment-bottom
  10. avatar comment-top

    Apa pendapat anda tentang uptrend pula?

    [Reply]

    comment-bottom
  11. avatar comment-top

    Assalamualaikum…..

    Sye suke ble diberitahu tntg mne2 phak yg ingin mbela nsib mrke yg kurg bnasib baik. Tp usha i2 plu sldik dlu sjauh mne kbnarannye.

    Siape syrkt X?

    K mne duit2 i2 dslurkn?

    Bnar duit dtrme phak yg bhak?

    Jke ikut ikhlas, brp sje kte bleh derma. Stiap pd kte pstinye pntgkn kbkatan dlm stiap yg dlkukn. Status halal haramnye plu JELAS.

    Ape yg sye buat, bli nasi lauk n then bri pd mrk yg sye rsekan mmrlukn krn jke sye derma duit, blum tau dpt kt mrke. At least, mrke kenyang =). Atau bli bbrp kampit beras n then derma pd rumah anak yatim.

    Atau tnye direct k Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat dsb

    Mngenai skim plaburan, bgi kte yg bkmampuan lbh, mmg mguntungkn, plburan jgka pjg. Lg ple pd usia mude. Consider as our 2nd EPF/ KWSP. Tp plu pd saluran yg btul. Trough islamic banking, plburan kaunter syariat (green caunter) etc…

    Waallahu a’lam..

    [Reply]

    comment-bottom
  12. avatar comment-top

    [...] Sebenarnya program ini sudah lama. Tetapi modus operandi adalah berbeza. Ia pernah diletakkan di masjid-masjid (iyelah, ia dinamakan “derma”), dinamakan dengan pelbagai nama yang Islamik, lepas tu SPAM ke emel-emel orang lain, dan kini memakai program wang pos pula. [...]

    comment-bottom
  13. avatar comment-top

    Dan daripada Waabisoh ibn Ma’bad r.a. beliau berkata; Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda:

    Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
    Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.

    kekadang kite tak tau nk decide.betul or salah,halal or haram etc…mungkin hadis di atas dpt diambil pedoman darinya…

    dalam hadis laen nabi pon ade cakap…mafhumnye ‘yang halal itu jelas dan yg haram itu jelas. antara keduanya adalah syubahat’ maaf tak igt matan hadis yg penuh…

    tepuk dada tanyalah Iman…
    pilihan ditangan masing-masing…
    tapi balasan diakhirat, bergantung kepada rahmat dan kasih sayang Allah ALlah…

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment