• MLM: Mengenal Sistem ‘Pairing’ dan Sistem ‘Piramid’

    Ada dua sistem yang menjadi sebutan orang sebelum memasuki mana-mana program Multi Level Marketing(MLM) iaitu sistem pairing dan sistem piramid.

    Ini yang perlu anda tahu untuk menilai sejauh mana anda boleh pergi dalam satu-satu program MLM. Ramai yang tersilap sangka antara dua jenis sistem ini.

    Ada yang mahu mengelak daripada dikatakan MLM yang dimasukinya itu haram kerana sistem piramid yang digunakan, lantas mengatakan MLM yang dimasukinya menggunakan sistem pairing.

    Mengenali sistem pairing

    Ada dua sistem pairing yang paling popular dalam dunia MLM iaitu binary dan hybrid. Dua syarikat besar yang menggunakan sistem ini adalah Mannatech dan Usana.

    Kedua-duanya ada beberapa persamaan yang sama. Jadi, eloklah saya ceritakan persamaannya sahaja supaya kita jelas apa ciri-ciri utama sistem pairing berbanding dengan sistem piramid.

    1) Setiap ahli digalakkan mempunyai dua orang downline sahaja pada ‘direct level’ ahli tersebut.

    pairing

    Sekiranya terdapat lebih downline daripada seorang ahli, maka itu tidak termasuk dalam sistem pairing hybrid dan juga binary. Mungkin ada, cuma saya belum mendengarnya.

    Lebih senang untuk kita memahami konsep pairing ini dengan membahagikan downline terbahagi kepada dua bahagian. Kita bahagikan downline kepada side A dan juga side B. Rujuk gambarajah yang diberi.

    2) Kedua-dua bahagian mestilah seimbang satu sama lain atau sama banyak.

    pairing

    Jika salah satu side tidak seimbang, maka level downline bermula dari yang tidak seimbang tersebut akan terputus. Dan upline pertama hanya akan menerima komisyen daripada downline yang masih lagi berada pada level yang seimbang.

    Sebagai contoh, lihat gambarajah ini.

    pairing

    Upline pertama hanya akan menerima komisyen daripada downline pada level pertama sahaja. Manakala upline kedua di side A akan menerima komisyen kesemua level downline di bawahnya.

    Maka, tidak wujud perkara yang disebutkan orang siapa masuk dulu akan lebih kaya dahulu.

    Inilah yang disebut orang satu level terputus downline dan menyebabkan kedua-dua side tidak seimbang daripada bilangan downline atau dengan kata yang difahami pelajar Matematik sebagai tidak symmetrical.

    Contoh lain boleh lihat pada gambarajah yang ini pula.

    pairing

    Disebabkan bilangan downline tidak seimbang pada level ketiga, maka upline pertama hanya akan menerima komisyen daripada downline sampai level tiga sahaja.

    Ciri utama kedua inilah yang membezakan antara sistem piramid dan juga sistem pairing. Upline pertama tetap kena memerhati, tetap sentiasa kena menolong ‘downline’nya merekrut orang baru seandainya tiba-tiba sebelah side tidak balance kerana kekurangan orang.

    Saya harap penerangan ringkas ini dapat memahamkan anda tentang konsep pairing.

    Mungkin ada sistem pairing yang ahlinya boleh merekrut seberapa ramai orang pada satu level, tetapi ciri utama supaya setiap downline setiap orang yang direkrutnya perlu balance tidak wajar diketepikan.

    Sistem piramid

    Sistem piramid pula tidak mengira sebelah side balance ataupun tidak. Upline pertama tetap akan mendapat komisyen daripada semua level downline di bawahnya.

    Inilah yang menyebabkan upline pertama walaupun tidak melakukan apa-apa kerja, tetap akan lebih kaya daripada ‘downline’nya. Manakan tidaknya, kalau upline kedua mendapat lebih banyak downline daripada upline pertama, upline pertama tetap akan mendapat komisyen daripada semua downline kepunyaan upline kedua.

    Contohnya boleh dilihat pada gambarajah ini.

    pyramid

    Tidak kisahlah downline yang lain seimbang atau tidak, si ketuanya(orang yang masuk dulu) pasti lebih kaya berbanding yang di bawah(masuk kemudian).

    Penutup

    Mungkin timbul persoalan apabila setelah mengetahui perbezaan antara kedua-dua sistem ini.

    “Kalau macam ini, sistem piramid lagi banyak untung.”

    Tetapi sebenarnya, syarikat MLM yang menggunakan sistem pairing lebih mendahului daripada syarikat MLM yang menggunakan sistem piramid. Mungkin disebabkan peserta yang menyertainya memang betul-betul ingin berniaga.

    Bukan sekadar cari downline dan main taktik 4D(Duduk Diam Dapat Duit).

    Saya terpaksa mengerah akal untuk memikirkan cara bagaimana yang sesuai digunakan supaya orang yang membaca memahami perbezaan antara sistem pairing dengan sistem piramid.

    .

    .

    Pesanan: Saya bukanlah seorang yang bergiat dalam MLM. Harap kalau ada kesalahan dari sudut penerangan, boleh bantu untuk dibetulkan. Pemahaman saya tentang sistem pairing merujuk kepada sistem yang digunakan oleh syarikat Usana dan Mannatech yang merupakan founder kepada sistem pairing.

9 Comments


  1. Balqis says:

    mmmmm baru lah jelas senang nanti nak explain pasal perbezaan antara system binary dan system pyramid…..
    TQ

  2. karimi says:

    adakah sistem binary haram dalam islam &undang2 malaysia??

  3. Hamba Allah says:

    Salam…. sy ingin juga mengetahui @ pun mendapatkan perbandingan/penjelasan mengenai perniagaan yang mempunyai plan ‘unilevel’, ‘breakaway’ & ‘matrix’. Klu boleh beserta dengan rajah seperti yang telah ditunjukan berbezaan antara pairing dan juga piramaid. Mohon agar dijelaskan bagi membantu sy memilih untuk membuat perniagaan yang ade skrng ni yang terlalu banyak. t/kasih.

  4. khairul says:

    please answer…….
    adakah sistem pairing ini halal disisi undang2 agama.

  5. Hanif says:

    terima kasih saudara Azree,baru saya tahu sistem yang diguna pakai dalam mlm yang saya sertai tu rupanya sistem pairing.ramai juga yang tanya katt saya kata bisnes saya tu sistem piramid.alhamdulillah,mudah saya nk jelas kat dorang nnti

  6. MLM TULEN says:

    percaya x, sistem pairing boleh menjadi sistem piramid, kenaper…. sila perhatikan jika yang A berada diatas dan ia mempunyai 2 kali B dan C, kaki B laju, banyak pair bawah dia, C plaks slow, xramai join, btul pada masa itu A xkan untung banyak, tapi dalam jangka masa panjang, A tetap untung n boleh makan besar jika kaki C mula laju, mesti A akan mkn lebih besar dari 2 kaki dia itu tadi….. yg terbaik, cari comp yang mengamalkan MLM tulen yg menawarkan sistem breakaway, kerana, jika dah break, confirm org atas yg pemalas xkan kaya…. yer x?

  7. eijal says:

    pokoknye program ini untuk membantu ummah.jadi yang masuk perlulah ikhlas mengeluarkan duit dengan niat membantu dan orang lain akan membantu kita juga.bantu membantu.yang penting niat.Menderma kat orang lain dan orang lain menderma kat kita kan simple. tak kira le sapa yang buat.nak buat sisem piramid ke pairing ke coz ini bukan perniagaan @ pelaburan.cuma agihan duit yang didermakan kepada ummah.

  8. Callisto says:

    Walaupun sistem binary/pairing/pyramid apa sekalipun, kalau dah dapat keuntungan melalui kemasukan ahli dibawah dan bukan fokus kepada penjualan produk, sistem boleh dikategorikan haram.

Trackbacks/Pingbacks

  1. studiomuslim.com | Piramid Wang Pos: Jawapan Kepada Persoalan TanpaNama
  2. BlogBacker » MLM: Mengenal Sistem ‘Pairing’ dan Sistem ‘Piramid’ by Azree MH

Leave a comment