Mama, Along nak BMX

Ini kisah seorang sahabat baik saya, Husaini, sewaktu zaman persekolahannya.

Sewaktu dia baru memulakan alam persekolahannya, dia hanya menunggang basikal kampung. Ala-ala basikal perempuan. Ada raga di depan handle basikal tersebut.

Sehinggalah apabila dia naik darjah dua, kawan-kawan mula mengejek.

“Adoi, malunya kau naik basikal perempuan.”

“Kau ni laki ke perempuan. Ha ha.”

Ramai kawan-kawannya pada waktu itu menunggang basikal BMX. Paling koman pun naik basikal yang tiada raga di hadapan. Dia mula berasa malu dengan basikalnya.

Suatu hari dia pulang ke rumah dan terus meluru ke arah ibunya, “Mama, along tak nak bawa basikal esok. Along malu. Semua kawan ejek along pondan sebab bawa basikal perempuan.”

“Along, basikal tu basikal second hand. Cukup masa nanti kalau ada duit lebih kita belilah basikal baru. Along pakai dulu ye basikal tu,” Jawab ibunya dengan senyuman.

Husaini menarik muka masam. Esoknya dia diejek lagi. Dan keinginannya mula membara. Dia perlu dapatkan sebuah BMX. Ya, sebuah BMX!

Pulang sahaja dia dari sekolah, dia lihat berpapan-papan petai berlonggok di ruang tamu rumahnya. Ibunya sedang mengikat petai-petai itu menjadi beberapa ikat.

“Along pergi saling baju cepat. Kalau along nak BMX, pergi jual petai ni seringgit seikat,” kata ibunya sebaik sahaja melihat dia pulang ke rumah.

“Jual petai? Malulah along mama,” Jawab Husaini.

“Kalau Along mahukan sesuatu, Along usaha dahulu. Duit tidak akan datang dari langit,” Nasihat ibunya. Didorong dengan keinginan yang kuat untuk memiliki BMX, dia pun pergi menjaja petai.

Dari rumah ke rumah dia menjaja petai-petai tersebut. Mula-mula rasa malu, tetapi selepas beberapa rumah dia jaja dan petai-petainya dibeli, rasa malunya hilang. Berganti pula dengan rasa seronok. Habis semua petai-petai itu dijual pada petang tersebut.

Esoknya dia pulang ke rumah lagi, kali ini ibunya menyuruh dia menjual pisang goring pula. Lusa, dia menjual air soya panas pula. Ibunya mengajar dia berniaga sedikit demi sedikit. Selangkah demi selangkah.

Setelah beberapa lama dia menjual petai, air soya, pisang goreng dan macam-macam lagilah, pada suatu petang, alangkah terkejutnya dia bila dia pulang ke rumah, sebuah basikal BMX sudah menanti di depan pintu. Bukan main seronok dia petang tersebut.

Itulah pengalaman pertamanya berniaga. Dari situ dia belajar bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu. Bila ada keinginan, usaha sendiri dahulu.

.

Azree Hanifiah

2 September 2007





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 27% [?]

7 Comments »

  1. avatar comment-top

    ikut pengalaman kawan aku, dia ceritakan
    memang pada permulaan kita akan malu untuk berniaga
    dia malu nak berniaga air soya kat pasar malam,
    tapi sekarang ni, dia sanggup ulang alik dari tempat belajar dia di johor ke rumah dia di kajang
    setiap hujung minggu, hanya untuk membuka gerai air soya dia.

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    wa..nce story….
    cta ni bgz klau d public kan…bkn skdr d sni shja..
    biar budk2 zmn ni tau skit nk brusaha bkn skdr menadah tgn meminta pada org tua……hihi…

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    boss,
    Bila sudah mula rasa pahit maung dan bila sudah hilang semua malu, memang akan jadi kenangan yang manis dalam berniaga. Mentor saya kata, “Selagi kamu berada di universiti ini cuba buat sesuatu yang boleh memberikan kenangan paling manis yang orang lain malu nak buat.”

    fatin,
    Di’public’kan? Jom, tolong saya sebarkan cerita ini! :D

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    kisah benar rasanye kan. kadang-kadang terasa kisah ni seperti kisah-kisah cerpen yang dikarang, sekadar untuk menyajikan pengajaran buat pembaca. Tetapi, rupanya, hidup kita adalah satu novel panjang, dan hari-hari kita ibarat satu cerpen yang apabila dikumpulkan, akan menjadi satu novel yang tebal. ;)

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    menarik. emak dia mmg pendidik yang baik.

    eh, tapi sekarang basikal “perempuan” tu lah jadi kegilaan rempit2 junior sekarang.

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    Kak ‘Abyd,
    Ha, kalau nak tulis novel pasal kisah diri sendiri bolehlah emel pihak PTS Fortuna. :D

    Pakdi,
    Biar betul Pakdi? Nampaknya memang ibu bapa dia berpandangan terlalu jauh bab-bab dunia fesyen basikal. Hehe.

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    n..a..k….t..u..l..i..s….n..o..v..e..l~?

    err..tak berbakat langsung!

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment