Buku: Bedar Sukma Bisu

bedar sukma bisu

 “Di sini kita akhirnya mengerti mengapa alam emas ini sering menjadi rebutan, menjadi tarikan dan tumpuan.”

Inilah novel yang saya tunggu-tunggu selama lima bulan untuk terbit selepas diumumkan memenangi tempat pertama sayembara jubli emas DBP. Saya mengambil masa selama tiga hari untuk menghabiskan novel ‘Bedar Sukma Bisu’ ini. Ternyata berat. Mungkin kerana terlalu sarat dengan pelbagai ilmu bantu dan fakta.

Pada awal pembacaan saya, saya sangkakan ini hanya kisah Wefada dengan perniagaan bedarnya. Tidak pula saya sangka pengenalan watak-watak yang digunakan oleh Faisal kali ini bukan sekadar pengenalan kepada watak-watak tetapi juga memuatkan kisah mereka dengan perniagaan mereka.

Pada saya novel ini menceritakan kisah pengurusan perniagaan bedar selama tiga generasi – Atuk dan Nenek Wefada, Bapa Wefada dan Wefada bersama abangnya. Setiap generasi melalui kepayahan masing-masing, ada konflik tersendiri dan ada cara penyelesaiannya yang tersendiri.

Novel ini berjaya membuatkan saya terpaku dengan pelbagai fakta tentang laut, bedar, bisnes dan lain-lain lagi. Daripada saya yang langsung tidak tahu apa itu bedar, akhirnya bolehlah juga membuat gambaran dalam kepala tentang bentuk bedar.

Cara Faisal memasukkan fakta-fakta dan ilmu bantu tersebut ke dalam dialog dan ceritanya membuatkan saya tidaklah merasakan ia macam disumbat-sumbat. Cuma pada satu babak sahaja yang saya rasa fakta-fakta tersebut disumbat-sumbat. Boleh lihat mukasurat 193 sampai 195 yang mana Faisal memasukkan beberapa fakta tentang undang-undang dan konvesyen-konvesyen yang berkaitan dengan laut dalam bentuk point. Dan akhirnya saya tertidur semasa membaca mukasurat tersebut.

Faisal turut menyentuh beberapa isu semasa dalam novel ini. Dan dia tidak sekadar menyebut-nyebutnya sahaja tetapi turut memberikan ulasan mengenainya. Ada kisah ahli politik yang merupakan pengurus salah sebuah syarikat di bawah syarikat Bedar Sukma yang dimarahi Wefada kerana pengurusan perniagaan yang teruk.

“Mereka ni mempunyai pengalaman politik, bukan dalam urus niaga.”

Setiap orang ada peranannya sendiri dan ada caranya yang tersendiri untuk memastikan peranannya itu berjaya. Mungkin inilah yang ingin disampaikan dalam novel ini. Apa yang pasti kisah perniagaan dalam novel ini bukanlah seperti kisah-kisah dalam cerekarama TV3 yang banyaknya hanya cinta, pergolakan remaja, mainan datin-datin dan sebagainya.

Bagi yang ingin membeli novel ini, bolehlah dapatkannya di www.ujanailmu.com.my. Kalau pergi ke kedai DBP pun belum tentu akan jumpa novel ini.

Manikam KalbuDan saya pula sudah tiada duit untuk membeli novel ‘Manikam Kalbu’ yang memenangi hadiah pertama kategori remaja. Bulan ini sahaja sudah empat buah buku dibeli. Terpaksa tunggu bulan depan untuk membaca ‘Manikam Kalbu’. Dengar kata Nisah Haron membacanya sambil berguling-guling dan Zaid Akhtar pula tersengih-sengih dalam dewan peperiksaan. Aduh, mesti baca cepat.

P/s: Tiga hari untuk saya menghabiskan sebuah novel itu boleh dikira rekod paling pantas untuk saya.





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 14% [?]

12 Comments »

  1. avatar
    hamba Allah Says:
    October 28th, 2007 at 2:18 am
    comment-top

    Pernah baca novel ‘1515′ karangan Faisal? Kalau belum, saya sarankn novel itu untuk dibaca. Walaupun jalan ceritanya sangat kompleks sehinggakan emak saya mengalah selepas membaca bab pertama, tetapi ianya sangat menarik. Ceritanya berkisarkan tentang cubaan penaklukan penjajah terhadap Melaka yang gagal, kesannya Melaka yang berjaya menjadi penjajah.

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Hamba Allah,
    Saya sudah membaca novel tersebut dan ada satu kisah sebenarnya antara saya dengan novel tersebut. Sesuatu yang membuatkan saya mula menulis. Nanti akan saya ceritakan dalam beberapa entri akan datang. :)

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar
    hamba Allah Says:
    October 28th, 2007 at 11:18 am
    comment-top

    Can’t wait for that:)

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    Selepas berfikir-fikir, saya rasa hendak beli novel ‘Tuhan Manusia’ dulu kemudian barulah ‘Manikam Kalbu’. Tapi masih dalam peringkat perancangan.

    Mana tahu esok lusa saya ubah fikiran. Kerja Tuhan siapa tahu?

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    [...] ini ditulis untuk menjawab pertanyaan ‘hamba Allah’ pada entri Bedar Sukma Bisu. Dan inilah juga sebab kenapa saya mula menulis. StudioMuslim menyarankan anda merujuk entri ini [...]

    comment-bottom
  6. avatar
    hamba Allah Says:
    October 30th, 2007 at 7:41 pm
    comment-top

    InsyaAllah, kesempatan pulang cuti akhir tahun ni akan saya gunakan untuk mencari novel yang anda sarankan.

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    Dulu saya memang mengumpul buku-buku Faisal.

    Tapi.. (lupaka tapi itu).

    Saya cuba pujuk semula diri saya untuk membaca tulisan Faisal.

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    Adeh.. tak beli lagi ni..
    Susah btul lah dok luar Malaysia ni.. x ada ke kompeni nak hantar ke luar eh? Kesian kitorang kt sini ni.. hehe..

    nak baca 1515 dgn Bedar Sukma Bisu ni..

    [Reply]

    comment-bottom
  9. avatar comment-top

    Sdr Irfan, boleh beli di http://www.ujanailmu.com.my. Dia boleh buat penghantaran ke luar negara terus.

    [Reply]

    comment-bottom
  10. avatar
    Ralphael Sulaiman Akhlaken Says:
    November 17th, 2007 at 6:26 am
    comment-top

    Sememangnya sebuah buku yang dinanti-nantikan selepas “1515″ dan “1511H [KOMBAT]“. Tak gitu En. Azree?

    [Reply]

    comment-bottom
  11. avatar comment-top

    Riduan Khiari?? patutlah..

    [Reply]

    comment-bottom
  12. avatar comment-top

    Saya sedag membuat penulisan berkaitan novel Bedar Sukma Bisu. Jadi kepada sesiapa yang sudi berkongsi maklumat berkaitan novel ini, bolehlah antar kat saya. Saya sedang mengkaji peranan wanita dalam bidang perniagaan melaluinovel ini.

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment