• Update Version: Skim Piramid Wang Pos

     

    wang pos

    Saya memetik beberapa ayat Ustaz Zaharuddin mengenai Program Ekspress ini.

    Jelas kepada saya bahawa ia adalah pelaburan yang tidak halal di sisi Islam. Ia juga bukanlah pelaburan.

    Dalam kes anda, duit pelabur(peserta) dalam bentuk wang pos itu adalah untuk melabur dalam perniagaan itu. Tetapi tiada perniagaan tertentu, malah pelaburan itu pula dianggap sumber mendapat untung, atau dalam kata lain, ‘pelaburan’ atau duit penyertaan terkumpul itu adalah dianggap bisnes dan keuntungannya, lalu manakah perniagaannya sebagaimana yang disyaratkan? Apa produknya? Mana pula “profit sharing ratio” nya? Maka ini jelas tidak menepati rukun pelaburan dalam Islam.

    Produk menjual pusingan dan piramid penyertaan adalah tidak diteruima oleh Islam. Ringkasnya, ia seperti sistem piramid yang mengambil keuntungan di atas jumlah orang yang masuk di bawah. Dalam bentuk yang anda berikan, ia jelas tidak dibenarkan.

    Anda boleh membaca huraian panjang lebarnya di sini.

    Pendapat pakar kewangan

    Sebenarnya skim atau ‘program’ seperti ini telah diharamkan di mana-mana negara besar dunia seperti Amerika Syarikat. Skim seperti ini lebih dikenali sebagai skim PONZI. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang skim PONZI ini di Wikipedia.

    Ada beberapa ciri yang paling mudah dikesan sama ada sesuatu skim itu termasuk dalam skim PONZI ataupun tidak.

    1. Semua skim PONZI menggalakkan ahlinya me’rekrut’ ahli baru. Ini kerana dengan cara itulah mereka akan dapat wang baru atau modal baru.(Itulah yang mereka sedang lakukan sekarang iaitu men’derma’ di Program Ekspress itu. Tanpa pelabur baru, skim tersebut akan cepat berkubur.)

    2. Pulangan yang dijanjikan sangat hebat. Melebihi 50% dalam masa sebulan sekiranya lebih ramai ahli baru direkrut. (Samalah halnya dengan program ini, cuma ayatnya ‘derma ikhlas’. Tetapi ayat-ayat promosinya tetap merangsang orang untuk mencari ahli baru dengan cepat). Sedangkan pelabur-pelabur ‘world class’ seperti Warren Buffet dan George Soros pun hanya memberi pulangan 20-24% setahun! Tidakkah logik kalau betul program ini betul-betul tiada unsur penipuan/perjudian, mengapa pakar-pakar tersebut tidak membuat program seperti ini?

    3. Anda mendapat pulangannya kerana wang itu datang daripada pelaburan orang-orang yang baru masuk dalam skim tersebut. The money is being recycled. Just as your ‘investment’ is being used to pay others before you. Situasi ini mungkin akan bertahan satu, dua atau tiga tahun, tetapi apa yang pasti ialah ianya akan berkubur juga apabila tiada ‘pelabur’ baru.(Cuma dalam program ini, mereka menyuruh peserta aqad bahawa duit yang dilaburkan adalah ‘derma ikhlas’).

    4. Kebanyakan pelabur skim PONZI akan berkata, “Cuba dulu, sikit saja. Belum cuba belum tahu.”

    Penipuan dalam presentation Program Ekspress

    Saya telah cuba mendapatkan presentation power point yang digunakan oleh mereka semasa memberi ‘ceramah’ tentang program ini. Dan mendapati banyak penipuan untuk mengaburi mata yang melihatnya.

    1. Mereka mengatakan syarikat tersebut telah beroperasi lebih daripada 3 tahun.

    Sedangkan boleh dilihat pula pada sijil pendaftaran syarikat tersebut yang menunjukkan syarikat tersebut beroperasi tidak sampai pun satu tahun setengah. Pelik, pelik.

    2. Mereka mengatakan tiada unsur ‘skim piramid’ dalam program tersebut.

    Sedangkan dalam beberapa slide seterusnya ditunjukkan pula gambar rajah ini. Terang-terang menunjukkan adanya unsur ‘skim piramid’. Terang dan nyata. (Kalau empay, swisscash dulu tidaklah begitu terang dan nyata seperti ini).

    Ada satu slide mengatakan yang program ini dicipta oleh seorang bekas lecturer UIA yang kini bergelar dato’ yang mempunyai perniagaan dan pelaburan yang sangat luas termasuk pelancongan, kelapa sawit dan sebagainya.

    Tetapi bila ditanyakan sudah disiasat atau belum si ‘Prof Datuk Dr Farid Ismail’ tersebut? Betulkah sudah sekaya itu?

    Dan ada satu perkara yang agak membuatkan saya geli hati. Mereka mengambil satu ayat Robert T. Kiyosaki, “I want money, so I give money and it comes back in multiples.

    Memang Robert T. Kiyosaki ada mengajar tentang konsep menderma. Tetapi tidak pula dia mengajar konsep menderma dan kemudian meminta ‘derma simpati’ daripada orang lain.

    Kesimpulan

    Saya bukanlah seorang ustaz untuk mengatakan program ini halal atau haram. Sekadar mengambil pandangan Ustaz Zaharuddin jika betul mereka mahu menilainya dari sudut agama.

    Saya juga bukanlah seorang pakar kewangan untuk mengatakan program ini menipu atau tidak. Sekadar mengambil pandangan Azizi Ali jika betul mereka yang menyertainya ingin menilai program ini dari sudut kewangan.

    Dua hari lepas seorang kawan bertanya, “Kau tak takut ke tulis pasal program ni?”

    Saya tahu risikonya sebab kebanyakan yang masuk program ini pun merupakan kawan terdekat saya sendiri. Kalau saya takut, saya tak akan tulis mengenai baik buruk program ini. Sudah banyak kali saya cuba menerangkan kepada mereka, tetapi digelakkan sahaja.

    Samalah halnya dengan menyembelih ayam. Niat sudah dibaca betul dengan semuanya tertib. Tetapi cara atau bahagian yang disembelih itu salah. Halal atau haram untuk makan ayam tersebut?

    P/s: Kalau betul-betul mahu tahu pemikiran Robert T. Kiyosaki, saya mengajak anda untuk mengikuti bengkel Cashflow 101. Saya sanggup deal dengan penganjur untuk mengenakan bayaran yang murah sahaja.

15 Comments


  1. illias says:

    Skim yang bukan-bukan camni laa yg menyebabkan orang Melayu khususnya terus tak maju-maju ekonominya. Kesannya, bila peluang pelaburan yang betul dicadangkan, mereka sudah gagal menilai mana kaca yang mana permata. Ini satu cabaran sebenarnya untuk mendidik masyarakat kita untuk melabur di instrumtent yang betul. Untung mahu, risiko taknak.. Macammana tuh?

  2. Pak Im says:

    …kat JB iklannya banyak disurau-surau, belambak2
    sekali pandang pun aku tak yakin, berkali2 pandang lagilah tak yakin

  3. Abu Afham says:

    Satu kupasan yang menarik beserta fakta2 yang terang lagi nyata. aku copy paste masuk blog aku ek…. nanti aku letak la nama ko. hehe

  4. cha... says:

    bagus bagus bagus

  5. Syafrizal says:

    Hmm nasib la saya tak masuk, hehe tapi mmg diragukan dan terang2 haram.

  6. SangPelangi says:

    Isk2… mereka memang tahu pusat pengajian tinggi adalah tempat terbaik untuk menyebarkan promosi piramid.
    Mereka juga telah berani menyalahgunakan konsep “derma” dalam modus operandi mereka.
    Entah apa lagi taktik mereka akan datang.
    (*Mereka = Penganjur skim n*j*s)

    Kenapalah tak ada syarikat ABC yang buat program “piramid” pahala untuk membina masjid/sekolah/wakaf? Tak tahukah mereka program “piramid pahala” lebih berbaloi daripada program n*j*s itu?

    P.S : maaf jika TERemosi sedikit. Aku cukup alergi bila dengar perkataan “piramid” ni.

  7. Abu Afham says:

    Salam.
    Dijemput ke blog saya untuk memberi ulasan pada seorang penulis yang telah memberi jawapan pada segala persoalan yang saudara lontarkan dalam entri ini. Tajuk entri: LAGI ARTIKEL DARI STUDIO MUSLIM oleh AZREE MH.

    Saudara, ingin saya jelaskan disini secara terang-terangan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini. Saya akui saya menyertai program ini. Tapi, bila saya membaca tulisan saudara dan tulisan Ust Zaharuddin, saya telah berhenti seketika untuk mencari kebenaran yang sebenar memandangkan wujud perbezaan pendapat/khilaf. Jika terbukti halal, saya akan teruskan. Jika syubahah atau haram, akan saya tinggalkan.

  8. mat top says:

    sape kate kita nak kaya dgn cara mcm ni?
    cuba kita pasang niat dan tdk menjadikan program untuk jadi kaya… malah letakkan program ini dlm hidup kita di tempat yg ketiga (3)… jangan dok ghairah sangat tapi buat atas dasar tanggungjawab mung idup atas dunia buat sementara saja.

    matlamat untuk jadi kaya “mesti” tidak terlintas dalam hati mu’min…
    x wujud perkataan kaya @ miskin, yg penting mung duduk atas muka bumi ni dgn rasa “tanggungjawab”…

    pertama
    1)tanggungjawab thadap diri sendiri, keluarga dan yg perlu diutama
    2)berdakwah didalam masyarakat
    “kerana mu’min mempunyai 2 gol iaitu yg x sanggup turun kedalam masyarakat dgn yg sanggup turun dalam masyarakat” so tanggungjawab ini kita letakkan di no.2

    “dan mu’min juga mempunyai 2 gol dalam bab akhlak, mu’min yg tinggi akhlaknya itu lebih better dr mu’min yg rendah akhlaknya”

    maksud
    *mu’min=umat islam yg taat shj ,ia tdk merangkumi semua umat islam.

    3)buat program ini untuk membantu meneyelesaikan “keewangan” “org lain”…dgn cara bersusah payah dulu “cari org@dalam erti lain pelanggan tetap”

    kita berniaga pasar malampun kita tetap mencari “pelanggan tetap”.

    saya tringat kes nik aziz ulas pasal kahwin mut’ah (kontrak)

    nik aziz kata jika si perempuan itu dah setuju ,terpulanglah pada dia. tapi untuk tdk menjadi masalah pada masa akan datang, mesti kena ada hitam putih.

    mu stuju aku stuju habis crita…

    so jika timbul persoal pun?
    apa yg salahnya dari segi syarak dan siapa yg rugi…

    itu kita fikir sama2 dan cari penyelesaian…

    itu gunanya ber”debat”

    bak kata imam syafie maksudnya ” bila datang seseorang yg ingin berdebat dgnku, tidak lain yg aku harapkan melainkan timbulnya kebenaran dari perdebatan itu ”

    “aku risau kehilangan musuh2ku kerana aku tak dapat mengetahui aku berada ditahap yg mana dan adakah betul segala apa yg aku buat”

    PUN BEGITU KITA MESTI MENCARI JAWAPANNYA….

    “ahli sunah wal jamaah”

  9. mat top says:

    nama robert kiyosaki tidak perlu timbul, dia berakidahkan dgn apa?

    apa agama dia?

    perniagaan jenis apa yg halal dlm hidup dia?

    SAMA2 KITA CARI PENYELESAIAN TTG BISNES INI…

    ADAKAH SISTEM BATA HARAM DALAM ISLAM?

  10. Nizam says:

    Mantel Block

  11. ZUL says:

    STANDBY,SAYA AKAN MINTA PENJELASAN SAUDARA MENGENAI PROGRAM WANG POS.SAUDARA MACAM PAKAR LAH,KAGUM SAYA.
    TUNGGU TAU,A.S.A.P

  12. ali maju says:

    salah ke kita trima derma dari org?sbb tiada paksaan..atas keikhlasan sesama insan

  13. Saya bukan pakar. Apa yang boleh saya jelaskan, saya sudah jelaskan dalam artikel ini.

    Tapi, kalau ada persoalan lain timbul saudara boleh utarakan. Dan saya akan cuba jawab.

  14. ALbERt says:

    A’LAIKUM KEPADA SEMUA SEDARA KU…KLU NK SEBUT PSL HALAL HARAM NI KTE RENUNG DA TNYA DIRI KITA SNDIRI SBB JWAPNNYA ADE DLM DRI KTE SNDIRI…BG SAYA PROGRAM NI OK..TREND ORG MELAYU SKRG NI HNYA PNDAI MEMPERTIKAIKN DARI TRUS MEMAJUKAN…org melayu skrg ni sy lihat modal KLU BLEH HNYA RM1.00 TAPI NK UNTUNG RM1 JUTA.LEPAS TU BUAT FITNAH SANA SINI TNPA MNDAPAT KEBENARAN YG JELAS…KLU HARAM KLUARKAN STU PENJELASAN/ARAHAN DARI PIHAK JAKIM SUPAYA DIHARAMKAN PROGRAM NI…LAGI BYK KTA BERCAKP LGI BYK FITNAH YNG TIMBUL ….SERAH PADA JAKIM KLU RSE DIRI TU BLUM CUKUP PENGETAHUAN TNTNG HALAL HARAM..APER GUNA KERAJAAN KTA BG GAJI KAT DIORANG…SY PERNAH TNYA SENDIRI DENGAN PEGAWAI JAKIM JAWAPANNYA MASIH DALAM KAJIAN DIORANG…JD KEPADA SEDARA2 YG LAIN X PYH NK PENING KN KEPALA…KLU ADE SESIAPA YG TERTIPU ATAU X PERNH MENDAPAT PULANGAN MODAL SILA TAMPIL BUAT REPOT POLIS…X PYH PENING2

Trackbacks/Pingbacks

  1. studiomuslim.com | Piramid Wang Pos: Komen Seorang Peserta
  2. Program kutu wang pos dari sudut fiqh Islam - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia

Leave a comment