
Entri ini saya tulis untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh saudara ‘Tanpa Nama’ dalam tulisan saya ‘Update Version: Piramid Wang Pos’
Jawapan ini bukan bertujuan untuk mencantas hujahnya. Sekadar untuk berkongsi apa yang saya tahu dan saya faham.
Persoalan Pertama
Dalam SSM(Suruhanjaya Syarikat
Tak mungkin untuk tunjukkan sijil syarikat yang harus di renew each year kepada semua. Cukuplah satu sekadar contoh membuktikan syarikat ini berdaftar secara sah under SSM.
Sijil yang saya tunjukkan dalam entri tersebut adalah sijil ‘Maklumat Perniagaan’. Apabila kita renew lesen atau sijil perniagaan, maklumat tentang ‘Tarikh mula berniaga’ syarikat tidak akan berubah.
Jadi kenyataan saya tentang syarikat tersebut baru wujud selama setahun lebih sahaja berdasarkan ‘Maklumat Perniagaan’ tersebut adalah benar.
Saya berikan contoh mudah kepada saudara. Semakin sesuatu syarikat tersebut dapat disahkan beroperasi dalam tempoh yang lama, semakin bertambahlah keyakinan orang untuk menggunakan produk atau servis syarikat tersebut.

Jadi, apa gunanya SSM mahu renew juga ‘Tarikh mula berniaga’ tersebut?
Persoalan kedua
Ana rasa enta lebih faham apa itu skim pIramid. Jika enta teliti betul-betul ia bukanlah skim piramid kerana dalam piramid system tidak ada istilah ‘terputus’ dan ia menggunakan pairing system. Dalam program ini jika menggunakan piramid skim, sudah tentu nama-nama dalam borang tersebut lebih dari 7,8 hingga 9 orang(sila rujuk semula).
Sebenarnya apa yang saudara faham tentang sistem piramid dan sistem pairing? Saya telah tulis satu entri khusus tentang perbezaan antara sistem piramid dengan sistem pairing. Boleh klik di sini.
.
.
.
Setelah memahami apa perbezaan antara sistem piramid dan sistem pairing seperti yang telah saya nyatakan, masihkah saudara mahu mengatakan skim wang pos ini tidak menggunakan sistem piramid?
Tidak kiralah ada berapa level sahaja yang dibenarkan untuk seorang ahli seperti yang digunakan oleh program wang pos tersebut, tetapi apa yang pasti ia langsung tiada ciri-ciri sistem pairing seperti yang ingin saudara utarakan.
Kelihatan seperti saudara sendiri tidak memahami apa itu sistem pairing.
Persoalan ketiga
Tak baik memperkecilkan orang lain. Nampaknya enta sudah tentu kenal dengan semua orang kaya di
Saya bukanlah mempersoalkan diri Prof Datuk Dr Farid Ismail tersebut. Saya mempersoalkan tanggungjawab saudara dan orang lain yang menyertai skim wang pos tersebut sama ada sudah atau belum menyiasat latar belakang Prof Datuk Dr Farid Ismail.
Melihat gambarnya pun belum tentu pernah.
Malah tidak ada pula saya katakan yang Prof Datuk Dr Farid Ismail itu kaya melalui program tersebut. Saudara memang pandai menambah-nambah.
Persoalan keempat
Memetik dari artikel Ustaz Zaharuddin. Ana dan sahabat ana sudah bertanya sendiri pada Ustaz Zaharuddin, Ustaz Zaharuddin sendiri belum jelas akan progam ini. Sebab itu ustaz belum buat kenyataan terbaru.
Kalau saudara sudah berjumpa dengan Ustaz Zaharuddin, baguslah. Saya sendiri mahu berjumpa dengannya tetapi masih belum ada kesempatan.
Cuma Ustaz Zaharuddin pernah mengatakan dalam entri beliau yang beliau tidak akan mengatakan sesuatu skim atau program itu halal atau tidak tanpa mengkajinya dengan lebih teliti.
Tetapi dalam artikel Ustaz Zaharuddin pada hujung tahun 2006 itu sudah jelas yang ustaz menyatakan bahawa program tersebut bukanlah satu bentuk pelaburan yang halal, malah tidak boleh dikatakan pelaburan langsung.
Persoalan kelima
Sebab itu tiga minggu ana mengkaji progam ini ternyata tidak terdapat sebarang keraguan. Ana harap enta rujuk semula dengan yang ahli dalam fiqh lebih lagi dalam muamalat Islam sebelum membuat sebarang kenyataan.
Enta pasti lebih pakar dalam meletakkan sebarang hukum. Adakah hanya dengan tidak siasat dengan tepat dan terperinci enta boleh terus meletakkan sebarang hukum? Wah, hebat enta.
Maaf, saya sudah baca semula artikel saya tersebut dan memang saya tiada menetapkan sebarang hukum pun tentang program tersebut. Saya cuma memetik kata-kata Ustaz Zaharuddin sahaja.
Anda boleh rujuk pada bahagian kesimpulan. Baca betul-betul dan nilailah baik-baik.
Persoalan keenam
Ana hanya mahu berkongsi. Maafkan ana kalau terkasar tapi sebagai senior di UIA ini, bagi ana, enta belum matang dalam berfikir. Maafkan ana.
Kita yang maha tidak tahu ini jangan cepat melatah. Siapalah kita? Ana pun tidak sebaik dan sehebat enta tetapi fikirkanlah.
Kalau saudara berpendapat yang saya belum matang dalam berfikir, saya menerimanya dengan baik. Cuma saudara juga kena banyakkan membaca dan lebihkan usaha untuk mengkaji dengan lebih baik lagi.
Kematangan tidak dinilai pada umur atau betapa senior nya seseorang itu. Malah saya rasakan saya lebih tidak matang kalau saya membiarkan sahaja program ini berterusan.
Untuk pengetahuan saudara sendiri, orang kuat skim wang pos ini adalah kawan baik saya sendiri sewaktu sekolah dahulu. Dan dia datang ke bilik, ajak saya menyertai program ini.
Semasa dia datang ke bilik saya, saya tidak terus mengatakan program tersebut halal atau haram. Tetapi saya cuma meminta file powerpoint tersebut dan mengambil masa berminggu sebelum saya sendiri mengajaknya berbincang tentang halal haram program tersebut. Sesudah diajak berbincang barulah saya menulis entri mengenainya.
Adakah ada unsur melatah di situ?
Kesimpulan
Tiada gunanya melabur dalam syarikat yang menipu kita.
Malah kalau mahu digunakan istilah ‘derma ikhlas’ itu juga, Pakdi telah menulis sesuatu di blognya. Boleh dibaca di sini kalau mahu.











ini memang sistem piramid. Betul cakap azri.
wang atas wang.
tiada produk, tiada unsur pelaburan
jadi, apakah ini?
sistem piramid la, kan?
rujuk artikel ustaz zaharuddin, di zaharuddin.ne
artikel 2006
salam..saya sgt setuju dgn pndpt penulis..
penerangan yg diberi cukup mudah utk difahami..thanks.
keep on going ur good work..
salam.
I’m Back
Tak payah aa main menda takde pekdah nih..klau nak duit, keje..nak expand duit, blaja melabur..tuh pakdi nak mai uia, join aa kelas2 dier..
takkan ader jalan short-cut yg dibenarkan dalam islam utk kaya. mungkin kalau ader yg nampak dengan cara melabur boleh cepat kaya, tapi perlu diingat pelabur juga perlu menghadapi risiko2 tertentu pulak.
kesimpulannya, dah jelas lagi bersuluh. alternatif untuk mencari rezeki halal ader. tepuk dada, tanya iman..~!
q-reen bgt dech……………..!^_^
hulla bros. apsal korang ana-enta?…poyo la…x kisah la skim ape pun yg diorg nak join asalkan dapat duit. DUIT ialah lambang keagungan dunia…yeeeehaaa…..
Erm. Yang menggunakan ana-enta adalah orang yang menyertai skim ini. Tetapi apa yang burhan hendak kisahkan sangat dengan panggilan?
maaf jika sy dh menyinggung mane2 pihak..tp sy nk kongsikn pengalaman sy hdr ke taklimat ttg skim piramid wg pos (swp) ni di tmn sri gombk if i not mistaken la…penyampai taklimt trsebut berasal dr penang…dia menyatakan bhw skim ini sama spt ‘main undi @ kutu’.pd pendapat sy skim ini x spt main kutu.sbb klu main kutu setiap peserta x trlps drp menyumbang kpd setiap ahli dlm kump.nya dan menerima sumbangan apb tiba gilirannya.ia adlh brkitar. ini adlh x sama spt swp. swp tidak mmbtk satu kitarn pun. maka tidak wujud keadilan dlm sistem ini. peserta d ats hanya terima sumbangan drp peserta/peserta2 di bwhnya.dia(psrta d ats) boleh utk menyumbg kpd org di atasnya atau sebaliknya. apa yg pasti ialah dia(psrta d ats) tidak prlu menyumbang utk org d bwhnya. so apa opinion bro…?
member ana ada tanya timb.mufti ni n dia kata kerana ada 2 plan iaitu A dan B yg mana ianya saling membantu, maka hukumnya HARUS…….ana x nak cakap sape t.mufti ni tapi dia pun nak join…………jadi sapelah kita nak dibandingkan dgn T.Mufti ni ye…..ada guru tarikat ana ajar,solat ishtikhorah yg telah diijazahkan utk mendapat petunjuk…WALLAHUALAM
Sdr Polzan,
Saya sudah dengar macam-macam daripada orang yang join program ini.
“Ustaz Zaharuddin sudah kata harus.”, “Timb Mufti pun kata harus.”
Tapi bila disuruh tunjukkan bukti sebagai pengesahan memang mereka akan kata, “Buat apa hendak bukti? Bukan kerja mufti itu yang keluarkan bukti untuk kerja remeh macam ini.”
Remehkah perkara bila berkaitan hukum halal haram? Atau mereka sengaja mengadakan cerita.
Malah kalau saudara pergi website Ustaz Zaharuddin, tidak ada pun entri kata program yang dia kata dulunya haram sudah menjadi harus.
Cuba klik di link ini:
http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=229&Itemid=98
Kemudian baca komen orang yang join program ini di situ dan baca juga apa pula kata UZAR menjawab komen-komen tersebut.
“JIKA NAK TOLONG PUN, MESTI FIKIRKAN HALAL HARAM. HUJJAH NAK TOLONG ITU INI KEPDAA MUSLIM TIDAK CUKUP UNTUK TERLIBAT BENDA YANG TIDAK SAH HALAL ATAU SYUBHAT. ” -Ustaz Zaharuddin-
Ini memang sistem cepat kaya… Kat Malaysia sistem-sistem Piramid nie memang popular… Sebab kita nie nak sangat cepat kaya, sampai lupa, bagi yang kaya pun ade tanggungjawabnya, bukan nak sambar mercedes atau bmw dulu, kena tunai tanggungjawab atas jiran tetangga dulu…
Sistem jualan langsung pun banyak yang berdasarkan kepada sistem piramid dan struktur niaganya pun piramid…
Aku setuju kat consultant, kalau nak dapat duit keleja la… Tapi member-member nie boleh juga mencelah, kita buat skim nie pun keleja jugak, kena buat surat dan pos surat, bla..bla..bla…
Anyway, ade banyak benda yang dapat menjana ekonomi, dan bukan mengeksploitasi naluri manusia yang nak kaya cepat… Yang penting keleja kena ikhlas la…
as’kum semua..
harap maaf dulu buat semua…ni pendapat saya ler…kalau org melayu kita buat sesuatu yang bagus utk memajukan bangsa melayu kita sendiri maju dan berada dihadapan bangsa2 yang lain mengapa kita sering pertikaikan halal dan haram..cuba fikir sendiri dalam kehidupan kita sekarang ni pun kita taktau yang semua kita buat tu halal ataupun haram..cthnye..apa yang kita makan, kebanyakan dibuat oleh kaum cina…ha betul2 halal ke tu tapi semua pun lahap gak makan..
Senang crita tepuk dada tanya diri sendiri la..kalau rasa tak yakin dengan program apa pun yang org melayu terutama org islam buat bagi menaikkan bangsa melayu takpayah la join dan takpayah la nak pertikaikan halal haram..baynayk lagi benda yang haram dan takbetul org islam dan org melayu kita buat tapi kenapa tak pertikaipun…..duduk diam2 je la…
Minta maaf sekali lagi la nak kata memang patut la org melayu islam kita ni takkan maju sebab asik duk fikir yang negatif je..sampai bila pun jadi mcmtu je la…
Jadi renung2kan la ye semua..harap maaf la mana yang terasa..
Satu perbincangan yg menarik.Seharusnya sebagai muslim yg tidak arif berkenaan sistem muamalat islam, kita perlulah membuka minda untuk menerima pandangan mereka yg lebih arif dalam bidang tersebut. Sesungguhnya setiap peraturan yg telah ditetapkan dalam ISLAM memang tidak selalu mudah untuk diamalkan, kecuali bagi mereka yg benar2 ‘beriman’.Yakinlah setiap itu didatangkan sebagai ujian untuk kebaikan kita semua.
Walau telah diterangkan secara terperinci namun pilihan tetap di tangan kita. Tepuk dada..tanyalah Iman..Mana pilihan kita? Kebahagian sementara atau yang kekal di SANA…
Ps:Cuba nk akses web zaharuddin.net tapi gagal…kenapa yek? semalam ok je..kecewa sungguh…:|
aku dah join kutu ni dan dah jadi pun,alhamdullilah dapat gak aku selesaikan masalah aku,aku ada mintak duit dengan korang ke?ada orang letak parang kat leher korang ke suruh join?cakap pandai la!!!cuba jadi orang yang kesusahan ni baru ko tau,allah pun suruh usaha dah yang aku usaha edar flyer tu tak usaha ke?kang aku merompak cakap aku jahat la pulak?bagi aku sapa nak join boleh join sapa yang tak nak xpe boleh blah korang anak orang kaya xpelah.
masalahnya yang arif-arif tu semua pakai kot kerja dalam air-cond!.xmacam aku ni yang berpanas cari rezki.dah aku nampak ni satu usaha yang baik dan tak menyusahkan orang aku buatlah salah ke?.kalau nak zuhud sangat biar kita jalan kaki ramai-rmai barulah adil ye tak?kat luar negara kutu ni dah lama di amalkan sebab diorang open minded saling bantu membantu kita kat sini duk cerita halal ke haram sampai ke cerah!.mana mana yang berniat nak ubah nasib jadi lebih baik pun terbantut!melayu perangai ketam..nampak je ada member yang dah dapat panjat bakul untuk keluar pakat tarik ramai ramai ajak mati sama sama so korang fikirlah sendiri..bukan ente ana ni nak antar beras pun time kita lapar..poyo laa
Ini skim Wang Pos bukan program kutu. Harap faham dan jelas.
Saudara Azree,
Sbg seorang muslim, sy dapati saudara tidak dapat menilai sesuatu menurut perspektif Islam itu sendiri.
Lupakan dulu soal skim cepat kaya / skim pos ini. Kenapa tak bincangkan dari sudut perniagaan? Sejauh mana pengetahuan saudara dalam Fiqh Muamalat?
Perniagaan ini milik org Islam, dikaji oleh ilmuan Islam, disertai oleh org Islam. Kenapa tidak melihat dr. aspek yg positif terlebih dahulu? Ini yg diajar oleh Islam, tidak menyakiti saudaranya samada dengan tangan atau dgn lidahnya. (Dlm hal ini, dgn penulisan dr. idea cetek saudara)
Saudara sendiri tidak merendah diri dlm mengutarakn pendapat / memetik pendapat org lain.
Kalau saudara betul2 menyedari siapa yg mnjumpai ’site’ saudara ini, yg mana sudah pasti org yg menggunakan ‘keyword’ yg berkaitan dgn Program POS, Kristal Karisma, Dr. Farid Ismail, sudah pasti saudara mengetahui mereka ini ‘mencari’ sesuatu utk difahami atau utk diselidiki.
Bukan utk mencari kebencian atau mewujudkan sengketa antara muslim kpd mereka yg mengutarakan pendapat samada menyokong/menentang. Tetapi, saudara terima atau tidak ini yg sedang berlaku dlm site ini.
Secara tidak langsung, saudara boleh dikatakan sedang ‘menaja’ perselisihan/persengketaan antara muslim yg lain. Juga secara langsung memalukan imej pelajar UIA spt yg saudara umumkan.
Kalau benar saudara telah menjumpai ‘burhan’ atas setiap hujah saudara, knp tidak bawakan ia dgn penuh hikmah dan bijaksana? Tanpa menyinggung perasaan visitor yg lain.
Yg. baik dr. Allah. Sekian
Mohon maaf atas kelewatan menjawab persoalan yang ditimbulkan tuan.
Saya sebagai orang muda selalu buat salah dan silap. Entri ini saya tulis pada awal tahun 2008 dan ditulis untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh TanpaNama dalam entri saya yang lain. Boleh rujuk di http://abuafham.blogspot.com/2008/01/lagi-artikel-dari-studio-muslim-oleh.html
Persoalan kenapa tidak dibincangkan dari sudut perniagaan? Tuan boleh baca entri yang sebelum ini. Entri yang ini memang saya tulis untuk menjawab persoalan yang dikemukan TanpaNama. Sila rujuk entri http://studiomuslim.com/bisnes-kewangan/update-version-skim-piramid-wang-pos/
Stail saya menulis blog, saya jarang mengulang apa yang saya sudah tulis sebelumnya. Saya cuma minta orang yang masuk ke blog ini untuk merujuknya sahaja. Harap maaf jika stail ini juga salah dalam etika penulisan.
Salam…
Scr peribadi sy bersetuju dgn Hamba Allah…mmg x dpt dinafikn melayu Islam suka nak menjatuhkan sedara sebangsa n seagama…sbb tulah bangsa kita msh jauh ketinggalan dr > ekonomi…apabila ade prgrm sebegini n seumpamanyalah…adelah yg akn provok ngan skim cepat kaya, piramid n sbgnyerr…sy bkn nak hentam sape2 tp skdr tuk kongsi….x semua dr kita hdp selesa bak kata sdra KUTU lerr…dah ngan care tu dia dpt bebaskn mslh kwgn at least dia usaha bkn duk diam goyang kaki jer…sy x nmpk mana slh prgrm ni selagi kite usaha kita dpt hsl lain la klu yg msk cume nnti tangguk yg tu bru le slh…lg pun duit yg dikeluarkn tu tuk beli wang pos bkn bg duit gedabak cam skim cpt kaya…ape pun yg pntg adlh niat kita….mukmin yg baik adlah mukmin yg mbantu sedare mrk….
Yg baik dr Allah, yg buruk dr kelemahan n kekurngan diri kita sbg HAMBA ALLAH…
baru ni aku ada dapat flyer tentang GET RICH program,aku baca menarik dan aku cuba alhamdullilah berjaya modal pun tak besar sangat tak membebankan aku aku suka ayat dia”kalau anda sampai jatuh muflis sebab join program ni tak payah lah masuk”.aku join dan sekarang aku seronok pasal dah seattle semua masalah aku terima kasih pada hamba allah yang letak flyers tu kat keta aku yang 3bulan tak bayar.aku faham apa yang korang debatkan tapi bagi aku benda ni dah tolong aku..so korang fikirlah sendiri.
Nih apahal serang kawan patik yang telus dan sabar nih??
Kalau nak beri komen diblog orang lebih-lebih lagi untuk mempersoalkan pendapat tuan punya blog, seharusnya tuan-puan meletak identiti sebenar.
BUKAN MENYOROK DIBALIK SKRIN KOMPUTER MURAHAN ITU!
Semoga Allah mencerahkan hati mereka yang gelap dan kusam.
Hutang keliling pinggang semua tu adalah apa yang dilakukan oleh diri sendiri. Memang xde kes jiran berhutang, kita yg menanggung. Semuanya adalah salah oragn tu sendiri.
Jadi ada 1001 cara untuk selesaikan hutang2 ni. Dan anda adalah org yg berkuasa memilihnya.
Skim cepat kaya, MLM, mencuri, melabur, merompak, menipu, jual kain, jual di pasar malm, design dll semuanya boleh membantu dalam melangsaikan hutang.
Saya sengaja campur2kan semua perkara di atas kerana semuanya blh selesaikan hutang. Tetapi! seperti saya beritahu, anda yang memilihnya…
Halal dan haramnya pasti mesti dijadikan tajuk utama…
salam..skadar ingin mnambah sdikit info mngenai program wg pos ni.utk pngtahuan, antara syarat2 utk mnyertai plan B dlm program ini, stiap peserta d wajibkan utk mnyertai smula plan B ini slps mnerima smua wg imbuhan utk d sumbgkan kpd pserta yg mndftar slps mereka.. ini adlh utk mmastikan keadilan dlm program plan B ini…
sekian..wslm:)
huh.. Interesting, after reading the related info for 4days
“stiap peserta d wajibkan utk mnyertai smula plan B ini slps mnerima smua wg imbuhan utk d sumbgkan kpd pserta yg mndftar slps mereka”
Now it is clear (for me at least) where the extra money called “Imbuhan” coming from. Regardless of any situation below
a) More & more people join OR
b) same number of people, but invest with higher value
then the “Imbuhan” will grow higher
I bet the “Imbuhan” will be equal to “0″ (only receive capital) when both (must both) of the above situations are violated (which is quite unlikely if no “TOTAL STOP” is issued). Especially when human mind is always thinking about money
Sesuatu yang bagus haruslah jauh daripada perkara-perkara syubhat atau yang boleh menyebabkannya menjadi haram.